Perkahwinan Sharifah Sofea

Pada: Isnin, 19 Oktober 2009
Seperti yang sedia maklum tengahari kelmarin (18/10) adalah perkahwinan aktress pelakon cantik manis Sharifah Sofea Syed Hussein, 24, yang selamat dinikahkan dengan jejaka pilihannya, Syed Ismail Syed Ibrahim Al-Ali, 31, kira-kira jam 12.15, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pasangan pengantin ini diijabkabulkan oleh ayah Sofea sendiri dengan mas kahwin RM100. Pihak Sofea menerima sembilan dulang hantaran - antaranya, wang tunai berjumlah RM20,000, telekung dan sejadah, al-Quran, set perhiasan mutiara dan sirih junjung - berbalas 11 buat pihak pengantin lelaki yang merangkumi telefon bimbit Blackberry dan laptop Dell. Sudah berkenalan sejak Sofea berusia 14 tahun, mereka hanya menjalin kasih dua setengah tahun lalu.

Tag : , , ,