Maizawati Tabah Dengan Sikap Akhil

Pada: Selasa, 18 Ogos 2009
Bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal atau lebih dikenali sebagai Maiza, yang bercerai dengn penyanyi itu pada 15 Julai lalu, Maiza sendiri akui memang sudah lama mengetahui tentang hubungan cinta antara bekas suaminya dan penyanyi lagu-lagu ‘World Music’ itu. Bahkan, Maiza pernah memberitahu yang Akhil pernah meminta izin darinya untuk menikahi Waheeda pada Februari lalu. Namun, selepas itu Akhil dilaporkan terus senyap dan meninggalkan rumah tanpa ada khabar berita untuk berkahwin dengan sang kekasih.

Ditanya kepada Maiza mengenai perkahwinan Akhil dan Waheeda pada hari kelmarin,(16/8)

“Apa pun, saya dah tahu mereka memang mempunyai hubungan sebelum ini dan masyarakat boleh menilai dari awal cerita sehingga hari ini iaitu bermula dari gosip sehingga ke jinjang pelamin. Saya tak mahu memberikan komen lanjut tentang hal ini cuma yang saya boleh katakan apa yang digembar-gemburkan selama ini adalah benar,” jawab Maiza
Pedih bagaimanapun perasaan yang dirasai sekarang, tidak perlulah dihebahkan kepada semua namun tekadnya lebih untuk menguatkan semangat untuk menghadapi hari muka.
“Saya tak jangka mereka akan bernikah dalam masa terdekat ini. Apa-apapun saya berserah dan berbalik kepada Allah. Yang baik itu selalu datang daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan saya sendiri..,” luahnya sambil melemparkan senyuman ayu mengalahkan Waheeda. Ngeh3.

Tag : , , ,