Lan Bersama Kumpulan Baru

Pada: Sabtu, 8 Ogos 2009
Lan yang sebelum ini dikenali menerusi band Meet Uncle Hussain (MUH) kini bergerak dengan kumpulan baru bernama Azlan & The Type Writer akibat karenahnya yang membuatkan dia disingkirkan dari MUH. Entah kenapa nama kumpulan ini agak aneh & panjang, namun menurut Lan, nama kumpulan ini nampak lebih serius & mereka menetapkan untuk melangkah ke peringkat antarabangsa.

Kemungkinan besar band Azlan & The Type Writer akan muncul dengan album pertama ‘Peta Minda’ awal tahun hadapan.

“Kami sedang menyiapkan album penuh yang sudah siap 70 peratus dan baru menjalani proses ‘mastering’ dan ‘mixing’ dengan memuatkan 11 buah lagu”
“Antara lagu-lagu itu adalah single pertama, ‘Kelibat Si Penyair’, ‘Jiwa’ dan ‘Lipstik, Plastik, Kosmetik’ yang digubah oleh saya dan produser Lake” -mStar

Tag : , , ,