Ekuin Negara, Fasha Sandha Bercinta

Pada: Khamis, 20 Ogos 2009
Artis ni dah lah tak (tak banyak) berlakon dalam drama/filem, tapi gossip dia lebih-lebih pulak mengalahkan artis-artis popular yang lain. Almaklumlah strategi dalam pelarisan/mempopularkan diri akibat dek kena boikot media dan peminat hiburan. Tanpa segan silu akhirnya tampil ke depan juga jejaka hati Fasha Sandha mengiyakan perhubungan mereka. Rupa-rupanya, seorang ekuin negara yang berjaya menambat hati si pelakon ini. Pendedahan ini dibuat dalam akhbar Harian Metro kelmarin (19/08).

Walaupun masih enggan namanya didedahkan kepada umum, katanya perhubungan dengan Fasha sudah terjalin sejak setahun lalu. Dan pada bulan depan, akan dibuatnya satu pengumuman. Namun sehingga itu, tidak ingin perhubungan mereka diperbesarkan, lebih-lebih lagi bila tumpuan sepenuhnya perlu diberikan pada kejohanan akan datang. Ditambah pula ada banyak benda yang harus diselesaikan.

Fasha bila dihubungi, menjelaskan sebab dia berahsia hubungan dengan si dia kerana "masanya belum sesuai" dan jika ada jodoh, tidak akan menolaknya. (Ekuin Negara? si Qabil Ambak Dato' Mahamad kot (yang sukan berkuda tue))

Tag : , , ,