Pada:
Ahad, 12 Julai 2009
Majlis pertunangan Elyana hari ini telah dilangsungkan dalam majlis yang sederhana di Jeumpa D'ramo yang bertempat di Bangsar. Kakak kepada Khairul, Razika Haji Husin menyarungkan cincin pertunangan ke jari Elyana. Konsep yang dipilih oleh Elyana sekeluarga adalah 'Glam Punk Traditional Contemporary'.
Majlis pertunangan Elyana juga nampak berseri dengan sentuhan dan gabungan idea kreatif dari dua pakar dalam industri fesyen, Datin Lynda Rahim dari Butik Lynda Rahim Kuala Lumpur dan Zery Zemry dari Butik Zery Zemry Couture, Shah Alam yang turut menaja pakaian Elyana pada hari berkenaan (11/7). -mStar


Tag : Berita Artis , Elyana , Penyanyi , Pertunangan

