Pada:
Jumaat, 12 Jun 2009
"Saya menceburi bidang perniagaan kerana menyedari bidang seni ada pasang surutnya. Apatah lagi, dalam zaman kemelut ekonomi global yang melanda di seluruh dunia sekarang.

"Saya percaya bukan saja artis, tetapi semua orang tidak kira apa saja profession perlu membuat persediaan awal pada zaman kegawatan ini.
"Sampai bila saya akan terus berlakon kerana usia semakin meningkat? Pada masa sama, saya ingin memberi laluan pada bakat baru sedia ada, sekali gus mewarnai persada seni tanah air.
"Apapun, tawaran berlakon tidak pernah putus diterima sampai sekarang. Apa yang penting, saya perlu bijak membahagikan masa antara lakonan dan perniagaan kerana saya tidak mahu prestasi lakonan terjejas kerana sibuk buat bisnes," katanya.
"Kini, saya sudah mempunyai tiga syarikat. Selain DRSB, saya juga mengembangkan lagi perniagaan dengan menubuhkan dua lagi syarikat iaitu DMB Kembara Sdn Bhd (DKSB) dan Bintang Dahlia Sdn Bhd (BDSB) yang terbabit dalam pengurusan hartanah.
"DRSB membabitkan pengurusan acara, penyewaan khemah dan sudah beroperasi selama dua tahun. DKSB pula membekalkan barangan saintifik dan peralatan untuk universiti termasuk pengurusan restoran. Terbaru, saya merancang untuk menubuhkan rangkaian produk kopi pula di bawah pengurusan DRSB," katanya lagi. -myMetro
Tag : Berita Artis , Zed Zaidi

