Pada:
Jumaat, 19 Jun 2009
"Hati saya masih terbeban dengan kes ini dan berharap ia akan selesai secepat mungkin,"Luah Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 44, (Detektif Lim) pelakon drama bersiri popular Gerak Khas berhubung kes mahkamah yang sedang dihadapi kerana kesalahannya mencuri buku di sebuah kedai buku, Mac lalu.
Mahkamah Majistret akan menangguhkan perbicaraan kes tersebut kepada 29 Julai depan setelah seorang pegawai penyiasat yang juga merupakan salah seorang saksi kes itu tidak dapat hadir di mahkahmah.
Farid didakwa mencuri buku bertajuk Decoding The Heaven berharga RM105 dan The Sistine Secrets (RM89.90) di kedai MPH Bookstore, Mid Valley, di sini pada jam 7.15 malam, 27 Mac lalu.Dia pada mulanya mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan kali pertama oleh jurubahasa mahkamah pada 8 April lalu atas tuduhan mencuri dua buku milik MPH Bookstore dan dibenarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, apabila tuduhan dibacakan kali kedua, tertuduh menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas mendapat khidmat peguam. (pelik pula, sekali pandai bertukar pengakuan)
Detektif Lim berasa amat bersyukur kerana walaupun kes itu belum berakhir, dirinya masih mendapat kepercayaan banyak pihak, termasuklah Datuk Yusof Haslam yang masih memberi peluang untuknya membintangi Gerak Khas.
"Saya berasa syukur dengan Datuk yang memberi kepercayaan kepada saya untuk terus beraksi dalam Gerak Khas. Saya juga berterima kasih kepada sokongan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan," kata Farid yang cuba mengelak untuk mengulas lanjut tentang kes tersebut. -mStar
Tag : Berita Artis , Farid Amirul

