Cincin Tiada, Lisdawati dan Fauzi retak?

Pada: Rabu, 17 Jun 2009
Ketiadaan cincin perkahwinan di jari manisnya menjadi tanda tanya besar mungkinkah benar perkhabaran masalah rumah tangga yang dialami pelakon drama, Lisdawati Nazarudin, 30, bersama suaminya, Fauzi Nawawi, 36.

Ditanya sendiri mengenai ketiadan cincin pengikat kasih selama hampir 2 tahun mereka mendirikan rumah tangga itu, Lisda berkata cincin berkenaan sebenarnya sedang dibaiki.

"Memang, selalunya Lis akan pakai cincin perkahwinan kami itu. Tapi nak dijadikan cerita cincin itu rosak sedikit dan Lis telah menghantarnya ke Habib Jewels untuk diperbetulkan atau dibaiki," katanya. Dia ditemui ketika pelancaran telefilem arahan Osman Ali bertajuk Buih Buih Cinta di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lisda berkata lagi, tiada alasan untuk menyembunyikan soal cincin berkenaan. Malah seboleh-bolehnya dia mahu menyarungkan cincin berkenaan meskipun ketika menjalani tugas sebagai pelakon.
"Selalunya Lis akan memakai cincin kahwin mengikut watak yang diberikan. Sekiranya watak itu Lis belum berkahwin, takkanlah Lis hendak memakai cincin itu," katanya. -Murai
ps: ganas juga sampai rosak cincin tue. hurm..

Tag : ,