Pada:
Selasa, 23 Jun 2009
Dan ini pula gambar yang (kononnya) diambil didalam video panas (kembarnya) satu masa dahulu (awal 2008), yang tidak tahu kebenaranya, ada yang mengatakan dia, dan ada yang juga mengatakan bukan dia, yang last2 dinafikan sendiri oleh Ida Nerina.. u'all fikir lah sendiri yer.Punca bagaimana pelakon dan tenaga pengajar Akademi Fantasia 7 (AF7), Ida Nerina, boleh terjatuh di tingkat 4, kondominiumnya di Persiaran Syed Putra, di sini, kelmarin, sehingga menyebabkan tulang belakangnya patah dan berdepan risiko lumpuh, masih lagi menjadi satu tanya.
Pelakon filem Layar Lara dan Pontianak Harum Sundal Malam itu telah dilaporkan telah terjatuh di rumahnya itu selepas pulang daripada beraksi dalam teater The Good Body di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, di sini.
Difahamkan, sejurus selepas tragedi dan kemalangan tragik itu berlaku, Ida terus dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) sebelum dirujuk kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).Menurut laporan akhbar hari ini, Ida telah menjalani pembedahan tulang belakang yang telah patah itu semalam tetapi kedua-dua kakinya masih belum dapat digerakkan lagi.
Sementara itu, pelbagai spekulasi telah diperkatakan tentang kemalangan itu termasuk Ida dipukul, ditolak dan sebagainya tetapi pihak Ida telah menepis tanggapan itu dan mendakwa dia telah tergelincir dan terjatuh ketika tergesa-gesa menaiki tangga kondominiumnya itu.
Ida bersuamikan bekas anggota kumpulan Blackrose, Shahrin, tetapi beliau tidak dapat dihubungi setakat ini untuk memberikan penjelasan lanjut.
-Gambar xde-. anda boleh lihat sendiri gambar berkenaan di laman web Google Image dengan menaip 'Ida Nerina'.. (penulis tak boleh dedahkan gambar berkenaan, kerana ada sorang blogger yang sayangkan Ida Nerina dan mengugut supaya tidak ditayangkan. Watever.)
Tag : Berita Artis , Ida Nerina



