Pada:
Selasa, 9 Jun 2009

Sebaik muncul juara rancangan realiti tv pencarian bakat dalam bidang nyanyian, penyanyi baru yang berasal dari kampung ini dikatakan menghabiskan wang kemenangan dalam sekelip mata dengan berhibur dikelab malam bersama temannya.
Mujur perkara itu disedari syarikat rakaman tempat dia bernaung dan terus mengambil tindakan pantas dengan mengawal hadiah yang diterima. Terbaru, ada teman artis bercerita mengenai penyanyi baru ini yang masih lagi dengan tabiat lamanya. Kata mereka, penyanyi terbabit sering dilihat mengunjungi kelab malam terkemuka di ibu kota.
Kebanyakan mereka tidak kisah sekiranya dia mahu datang dan berhibur tetapi sikapnya yang 'bersidai' berhampiran bar kerana mabuk akibat minum arak terlalu banyak sangat memalukan.
Kata rakan artis itu lagi, syarikat rakaman tempat penyanyi muda ini bernaung puas membentuk imejnya sebagai gadis kampung yang baik, datang ke bandar untuk mengejar cita-cita menjadi penghibur.
Bagaimanapun apabila yang ditonjolkan penyanyi muda ini di khalayak umum adalah sebaliknya, sudah tentu usaha dilakukan syarikat rakamannya dalam tempoh dua tahun ini dianggap sia-sia.
Perkara itu terjadi kepada penyanyi muda ini kerana kejutan budaya. Maklumlah, dalam sekelip mata dia menjadi 'orang berduit' dan popular, pasti penyanyi ini berasakan hidup dalam syurga dunia.
Tag : Ayu OIAM , Gossip Artis

