Velvet Selamat Lahirkan Anak?

Pada: Jumaat, 15 Mei 2009
Selepas musim artis kita mengandung, sekarang musim artis nak melahirkan anak pula. Antara yang tengah sarat mengandung adalah deejay Sharifah Aleya yang hamil anak kembar macam Ziana Zain, Rosma AF1, Sharifah Shahira dan Noorkhiriah.

Apa yang terperasan, artis yang mengandung itu rata-ratanya bersuamikan selebriti juga. Contohnya Aleya bersuamikan Ashraff (pretty Ugly), Rosma (Khai AF1) dan Sharifah Shahira (Ijoy).

Terbaru sekali, terdengar cerita mengatakan Velvet AF4 yang berkahwin dengan Rich Estranged telah pun melahirkan anak mereka, baru-baru ini. Waaa, tahniahlah! Namun faham sajalah, berita Velvet itu tidak mahu dihebahkan sangat sebab mereka berkahwin pun dulu secara tertutup saja untuk saudara mara dan rakan terdekat.

Seorang lagi artis yang menjadi ayah adalah Malique bekas anggota Too Phat yang berkahwin dengan Melissa Maureen. Berita baik itu telah pun diuar-uarkan sedikit pada malam AIM16 yang lalu. Kalau Rich kahwin senyap-senyap di Kota Kinabalu, Malique pula berkahwin secara tertutup di Pulau Bali.

Tag : ,