Pada:
Selasa, 22 Julai 2008

Baik atau buruk perangai seseorang artis, manusia tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan. Jadi tidak timbul kata-kata izyan.com memfitnah dan memburukkan artis pada masa akan datang. Jika anda seorang artis yang tidak senang cerita anda dicanang di sini dan merasakan anda betul-betul ada hak untuk meminta entri tersebut di padam kerana gambar adalah palsu atau gosip mungkin mengotorkan nama anda, sila hubungi kami dengan cara baik dan kami akan berkompromi pada bila-bila masa. Jadi hubungi kami dengan cara baik kerana kekuatan izyan.com bukan datang pada cerita mengenai anda sahaja malah ramai lagi artis lain yang kian menyinar.
Diingatkan, sebelum anda membaca mana-mana entri di sini, anda perlu mematuhi syarat-syarat yang telah kami tetapkan.
1. Anda perlulah memberikan respon berpadanan dengan entri.Harus diingat, sistem kami hanya mengawal perkataan yang kurang enak di baca iaitu mencarut atau sebagainya. Selebihnya, kami tidak sesekali akan memadam komen anda kerana awal-awal telah kami katakan, respon anda adalah 100% di bawah tanggungan anda sendiri. Kami juga mengamalkan kebebasan memberi respon kepada anda dengan penuh amaran, respon tersebut adalah tanggungjawab anda sendiri.
2. Jaga tatasusila perkataan anda semasa memberi komen. Kerana jari, badan binasa.
3. Segala respon yang anda berikan, 100% terletak di bawah tanggungjawab anda. Jika berlaku sesuatu yang tidak enak di masa akan datang, kami di izyan.com tidak langsung bertanggungjawab kerana bukan kami yang mengeluarkan respon yang anda keluarkan sendiri.
4. Berfikir sebelum memberikan komen. Jika anda telah terlanjur menghantar komen yang tidak sepatutnya, hubungi kami untuk request respon anda di padam.
Jika mana-mana gambar yang berada di website ini datang dari lensa kamera anda, kami pasti akan memberikan kredit sepenuhnya kepada anda di bahagian bawah entri (akan di link terus ke blog anda). Itu jika kami tahu hak milik siapa gambar tersebut. Kadang-kala, kami menerima email gambar-gambar artis atau terjumpa dari forum luar yang sedia ada tidak disertakan kredit yang itu gambar milik anda. Jadi kami tidak tahu kepada siapa kredit gambar tersebut harus diberi.
Jika gambar tersebut 100% datang dari lensa kamera anda, hubungi kami dengan segera. Kami akan memberikan kredit habis-habisan selayaknya kepada anda. Namun jika anda meminta kami untuk memadam gambar hakcipta tersebut, kami sentiasa bersedia untuk melakukannya pada bila-bila masa asalkan anda mempunyai bukti yang betul-betul kukuh, itu sememangnya gambar milik anda.
Tag :