Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Kamal Adli luah perasaan mengenai Emma Maembong...
Kamal Adli meluahkan sejak akrab dengan Emma Maembong, pelakon wanita itu membuka matanya mengenai peri penting menghargai dan bersikap prihatin terhadap orang disayangi.
"Emma membuka mata saya untuk menjadi lelaki yang bersyukur dan menghargai kehadiran pasangan kita.
"Janganlah pada awal perkenalan saja kita bersungguh-sungguh cuba mengambil hati dan selepas berada di zon selesa, kita mengabaikan dirinya. Itulah diri saya sebelum ini,
"Percayalah, jika seorang lelaki sentiasa menghargai dan prihatin terhadap pasangannya, si dia takkan meninggalkan dirinya,
"Kami menjalinkan hubungan yang matang dan tiada sorok-sorok. Jika ada jodoh, kami menerimanya.
"Cuma, kami rasa lebih selesa andai perhubungan ini kurang menjadi bualan ramai. Apatah lagi ada segelintir pihak yang suka membandingkan pasangan pelakon lain dengan kami. Takut nanti orang benci pula," katanya kepada BH Online.
Amar cerita detik-detik Amyra Rosli disahkan hamil..
Tahniah kepada pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin apabila disahkan bakal menimang anak. Amyra Rosli disahkan hamil 7 minggu setelah berkahwin dengan Amar pada 11 November tahun lalu.
"Alhamdulillah, doktor baru mengesahkah Amyra hamil tujuh minggu malam tadi (Selasa) selepas kami buat pemeriksaan sepenuhnya termasuk imbasan.
"Sebenarnya saya sedar sejak beberapa minggu lalu dia mengalami simptom-simpom kehamilan, namun kami belum sempat buat pemeriksaan sehinggalah malam tadi dia mengadu sakit perut,
"Buat masa ini doktor menasihatkan agar Amyra berehat selama dua minggu untuk memastikan kandungannya benar-benar kuat.
"Mungkin selepas ini dia akan berehat sementara daripada bidang lakonan.
"Untuk menjadi pengacara pula, bagi saya tiada masalah kerana kerja itu lebih ringan dan tidak mengambil masa yang panjang" ujarnya kepada mStar Online.
Anak sulung Norman Hakim terkena pickup line.. Cia cia cia
Rabu, 15 Mac 2017
Kemesraan Norman Hakim dengan anak sulungnya, Marissa Dania Hakim memang tak dapat diperkatakan. Mereka sering meng-hot-kan laman sosial Instagram dengan isu yang sedih dan romantik taktala anak sulungnya itu hidup dengan ibu tirinya, Memey Suhaiza.
Terbaru, Norman cuba menyakat anaknya itu dengan ayat pickup line.
Terbaru, Norman cuba menyakat anaknya itu dengan ayat pickup line.
Suami Adira muatnaik gambar anak sulung mereka
Sebelum ini, ahli keluarga Adira ada memuatnaik gambar dan caption mengenai kelahiran anak sulung Adira. Namun kini semuanya sudah lengkap diketahui.
Memetik mStarOnline, Adira selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.15 kilogram pada pukul 10.08 malam di sebuah hospital swasta di ibu kota. Adira telah memberikan nama Anggerik dan mereka kini sudah berada di rumah dan dalam keadaan sihat.
Isteri okey sahaja 'hubungan' Shah Iskandar-Uqasha Senrose
Shah Iskandar Mahfuz menjelaskan tiada hubungan istimewa antara beliau dengan Uqasha Senrose. Sebaliknya, beliau menganggap aktres terbabit seperti adiknya sendiri berikutan usia mereka yang 10 tahun berbeza.
Menurut aktor itu juga, beliau bertuah kerana isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, tidak mudah melatah atau berfikiran negatif di sebalik gosip yang melanda dirinya.
Menurut aktor itu juga, beliau bertuah kerana isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, tidak mudah melatah atau berfikiran negatif di sebalik gosip yang melanda dirinya.
"Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.
"Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran?
"Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha? Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya," katanya kepada BH Online.
Luahan terbaru Elly Mazlein terhadap bekas suaminya...
Elly Mazlein meluahkan rasa tidak puashatinya terhadap bekas suaminya kerana tidak hadir ke majlis ulang tahun anak mereka minggu lalu. Elly memberitahu yang bekas suaminya, Azmi Hatta sibuk 'berperang' sampai tiada masa untuk mengambil tahu tentang hal anaknya, Putri Sara Sefhia, setahun.
Malah menutut Elly, Azmi selalu tidak memberi nafkah anak tepat pada waktunya.
Malah menutut Elly, Azmi selalu tidak memberi nafkah anak tepat pada waktunya.
“Sefhia tidak pernah dapat sehelai baju pun daripada bapanya. Mungkin dia rasa RM1,500 itu cukup. Tapi dia sepatutnya datang jumpa anak, itu tanggungjawab sebagai bapa," katanya pada Utusan Online.Paling merobek hatinya bila Azmi langsung tidak mengucapkan selamat hari lahir kepada anaknya yang menyambut ulang tahun pertamanya pada 9 Mac lepas.
“Saya anggap dia pergi ‘berperang’ sahaja. Sibuk sangat sampai tiada masa hendak tanya soal anak. Sefhia sudah setahun usianya namun bukan sahaja hadiah, ucapan pun tidak ada."
Kamal Adli muatnaik video Emma-Aiman Hakim berpeluk... (Video)
Isnin, 13 Mac 2017
Emma Maembong bersedia andai lakonan babak romantik bersama aktor gandingannya Aiman Hakim Redza dalam filem Kimchi Untuk Awak menerima kritikan penonton.
Emma sedar perkara yang dilakukan itu adalah salah di sisi agama dan mengakui dalam proses untuk belajar memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Emma sedar perkara yang dilakukan itu adalah salah di sisi agama dan mengakui dalam proses untuk belajar memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
"Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab.Dan ini video Kamal Adli kekasih Emma yang memuat video berkenaan dengan aksi lucunya.
"Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Uqasha Senrose pegang tangan Shah Iskandar? WOW
Dengar khabar yang Uqasha Senrose buat kejutan. Dia dikatakan memegang tangan Shah Iskandar di satu program yang dijemput bersama-sama.
Menurut sumber, Uqasha dan Shah dikatakan sentiasa berpimpin tangan tanpa lepas sepanjang program berlangsung. Adakah mereka sekarang hangat bercinta?
Jika diikutkan Shah sudah berkahwin. Dan gambar ini juga menimbulkan kemusykilan seribu tanda tanya. AJL zaman bila ke ini?
Uqasha ni dah korang mesti kenal dah, ramai dah yang sentiasa berdamping dengan sebelum ini seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan baru-baru ini kerabat diraja Tengku Bakar.

Black bersikap biadap dengan Hattan?
Black menegaskan dia tidak pernah bersikap biadap terhadap penyanyi Datuk Hattan dalam program Mentor Milenia 2017 seperti yang kecoh diperkatakan di YouTube, minggu ini.
Sebaliknya, Black berkata, cemuhan dan kutukan sebahagian besar penonton program realiti itu terhadap dirinya timbul kerana mereka salah faham dengan keadaan yang sebenar.
Jelasnya 'pergeseran' tercetus antara dirinya selaku salah seorang mentor dengan Hattan yang bertindak sebagai juri tetap sejak Mentor Milenia 2017 bersiaran dua minggu lalu adalah berlandaskan profesionalisme semata-mata.

"Saya tak rasa saya biadap atau beliau mengguris hati saya dengan kata-katanya.
"Saya mempertahankan protege dan beliau (Hattan) menjalankan tugasnya untuk mengkritik sebarang kekurangan para peserta.
"Perbalahan yang dilihat dalam program itu memang berlaku tapi ia adalah demi kerja dan tanggungjawab kami semata-mata.
"Tiada masalah pun antara kami tapi keadaan itu disalah anggap oleh penonton," katanya kepada mStar Online.
Ahya Rosli panggil Zulin Aziz 'sayang'
Sabtu, 11 Mac 2017
Pelakon Ahya Rosli (anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri) menjelaskan panggilan sayang kepada pengacara dan deejay radio Suria FM, Zulin Aziz tidak membawa maksud mereka sudah menjalinkan hubungan cinta.
Ahya berkata, panggilan manja itu sentiasa digunakan kepada kawan-kawan yang rapat dengan dia dan ahli keluarganya.
Ahya berkata, panggilan manja itu sentiasa digunakan kepada kawan-kawan yang rapat dengan dia dan ahli keluarganya.
"Saya panggil sayang dekat kawan-kawan yang saya sayang terutamanya yang baik dengan keluarga saya.Pasangan ini digosipkan bercinta sejak beberapa bulan lalu selepas Zulin Aziz sering mendapatkan khidmat Ahya sebagai jurulatih kecergasan peribadi.
"Zulin baik dan rapat dengan kakak saya, jadi tidak salah saya panggil sayang kerana saya sayang dia macam kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online.
Lana Nordin umum kejutan buat anaknya
Dengar khabar yang Lana Nordin akan memastikan puteri sulungnya hasil perkahwinannya dengan David atau Mohd Daud McKienzie, Gia Quinn McKienzie, dihantar ke sekolah agama bagi mendapat didikan sewajarnya.
Lana mahu Gia, yang baru berusia setahun dua bulan, mendapat bimbingan sepatutnya dan berpengetahuan dalam ajaran Islam.
Lana mahu Gia, yang baru berusia setahun dua bulan, mendapat bimbingan sepatutnya dan berpengetahuan dalam ajaran Islam.
"Sebagai ibu, saya mahu anak saya mempunyai asas pendidikan agama.
"Selain ke sekolah biasa, saya akan pastikan Gia ke sekolah agama bagi mendapatkan pendidikan formal ajaran Islam.
"Pastinya setiap ibu bapa mahukan anak mereka membesar menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa," katanya kepada BH Online.