Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Instagram Mizz Nina kena hack

Selasa, 14 Februari 2017


Dengar khabar yang Instagram milik penyanyi Mizz Nina kena godam atau hack beberapa hari lalu sehingga ke hari ini. Mengikut ruangan komen Instagramnya itu, seorang telah tampil memberitahu yang Instagram milik penyanyi berkenaan telah digodam oleh orang Afrika.

Buat masa ini, Mizz belum tampil memberikan penjelasan mengenainya.

Sekitar perkahwinan anak sulung Nora Ariffin (5 gambar)


Anak sulung penyanyi, Nora Ariffin, dan komposer, Johan Nawawi, Mohd Syakir Iman, 24, selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Eilya Sofea Azman, dalam majlis sederhana di kediaman keluarga gadis berkenaan, di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Erra Fazira, Shahir AF kahwin senyap?

Dikhabarkan timbul desas desus yang pelakon, Erra Fazira dan Shahir AF8 sudah berkahwin dan majlis mereka diadakan secara tertutup.

Namun, Erra menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan beliau sama sekali tidak akan menyorokkan sebarang berita gembira terutama sekali soal perkahwinan.

"Sepanjang hidup saya belum pernah sekali pun menyorokkan perkara baik, apatah lagi berkaitan dengan urusan perkahwinan. Walaupun kelak saya akan bernikah walaupun takdirnya bakal suami bukan Shahir, apa alasan saya mahu merahsiakannya?

Berkahwin ini perkara baik dan bukan satu kesalahan, jadi mengapa saya mahu menyorokkannya? " katanya memetik Harian Metro

Buku pertama Fattah Amin dihentam, ini komen cool beliau..

Pelakon Fattah Amin menganggap kritikan pedas terhadap buku pertamanya berjudul "99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin" sebagai dugaan untuk dirinya.

Fattah berkata, walaupun dihentam teruk namun dia sentiasa berpegang kepada tujuan asalnya menerbitkan buku berkenaan ingin berkongsi tentang impiannya dalam menjadi insan sempurna dan memberi inspirasi kepada generasi baharu.

"Saya anggap ini dugaan untuk saya dan saya sentiasa beringat tentang tujuan asal saya meneribtkan buku ini iaitu ingin berkongsi tips, kata-kata positif serta nasihat.

"Saya berkongsi tentang impian saya dalam menjadi insan sempurna kerana ingin memberi inspirasi kepada semua terutama generasi baharu agar meletakkan impian dan strategi untuk berjaya.

"Paling penting saya ingin terapkan nilai untuk tidak mudah berputus asa selain tidak mudah lupa diri dan beringat dari mana kita bermula serta tidak mendongak membangga diri," katanya kepada mStar Online

Kerjaya terkini Ana Raffali bukan lagi penyanyi...

Isnin, 13 Februari 2017

Nama Ana Raffali memang dikenali satu masa dahulu, kini selepas berumahtangga dan begelar ibu kepada Aaydeen (2 tahun), dia semakin sunyi dan namanya semakin ramai tidak mengenalinya.

Memetik HarianMetro, Ana memberitahu, dia kini menjadi guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Cheras, Selangor, hampir setahun lalu dimana Ana memanfaatkan ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) yang dimilikinya sekarang

“Sekarang saya berehat daripada menulis lagu dan menyanyi kerana antara impian adalah untuk menjadi guru. Saya mendapat ijazah kelas pertama, jadi sayang jika tidak menggunakan ilmu yang dipelajari itu.

“Malah ibu bapa sangat berharap melihat saya menjadi pendidik. Bapa seorang saintis dan dia mahu lihat saya berjaya dalam dunia pendidikan.

“Sebenarnya nak kata saya berehat sepenuhnya daripada dunia seni tidak juga kerana ada cipta lagu dan lirik untuk syarikat korporat.

“Terbaru saya hasilkan lagu untuk Pelancongan Malaysia mempromosikan rumah inap desa atau ‘homestay’. Kali terakhir saya cipta lagu komersial pada 2013.

“Masih ada juga pihak yang menjemput saya membuat persembahan. Oleh kerana saya bergerak bebas tanpa terikat dengan mana-mana syarikat rakaman atau pengurusan, penganjur akan menghubungi saya terus.

“Saya juga seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah RPMB (Recording Performers Malaysia Berhad) yang memastikan setiap artis dan pemuzik dapat hak mereka dari segi royalti,” katanya


Sementara itu, Ana akui berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana atau doktor falsafah (PhD) suatu masa nanti.

Datuk Red bertaubat tidak sakitkan hati isteri-isterinya lagi..

"Saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mahu buat hal lagi yang menyakitkan hati mereka (Adira dan isteri pertama)."
Demikian dinyatakan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, apabila diminta mengulas tentang persiapan menyambut cahaya mata terbaharunya hasil perkahwinan bersama penyanyi Adira pada Mac depan.

Datuk Red mahu memberi perhatian kepada pembesaran anak-anaknya yang kini sudah memasuki tiga orang hasil perkahwinan bersama isteri pertama yang dikenali sebagai Datin Red.
"Kehidupan saya bahagia sekarang dan saya tidak sabar menunggu kelahiran anak keempat saya."
Sementara itu, Adnan memaklumkan dia sudah mempunyai nama untuk bakal bayi perempuannya iaitu Anggerik.

Fesyen rambut pendek Fasha Sandha (gambar & video)


Fasha Sandha setuju untuk mengorbankan rambut panjangnya dipotong pendek bagi memastikan watak tersebut berjaya di dalam filem Badang.

Kaption menyentuh hati Adam Corrie suap isterinya


Pelakon mualaf yang menjadi ikon di laman sosial, Adam Corrie membuat satu kejutan apabila dia mengajar untuk menjadi ketua keluarga yang sebenar dan hidup harmoni.

Adam beberapa hari lalu, memuatnaik gambar dia dan isterinya, sambil menyuap isteirnya itu. Dengan kaption yang menarik dan sangat menyentuh perasaan.

Sharnaaz Ahmad 'hint' kepada Fattah Amin! PANAS

Erin Malek selamat melahirkan anak (gambar baby)

Ahad, 12 Februari 2017

Tahniah kepada pelakon Erin Malek yang selamat melahirkan anak perempuan pada 10 Feb 2017 yang lalu. Nama anaknya itu adalah Nur Aisha memetik laman sosial Instagram miliknya..

Shahrol Shiro timang anak sulung berjantina...

Tahniah kepada pelawak Shahrol (Shiro) dimana isteri beliay, Nur Farhanah Syamimi, selamat melahirkan cahaya mata lelaki kira-kira pukul 9.36 malam Rabu lalu.

Bayi seberat 2.01 kilogram dilahirkan secara normal di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor. Bayi sulungnya itu dilahirkan sebulan awal daripada tarikh yang dijangka.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan isteri saya selamat bersalin pada malam Rabu lalu secara normal.

"Isteri saya bersalin 35 minggu iaitu sebulan lebih awal, namun dia dan bayi selamat dan dalam keadaan sihat.

"Mereka sudah pun dibenarkan pulang ke rumah semalam (Khamis)," ujarnya kepada mStar Online.

Zain Saidin minat kat 'satu' ni kat Che Ta

Jika diikutkan ramai yang tertarik melihat kecantikan Rozita Che Wan dan bentuk badannya. Namun lain pula bagi suaminya, Zain Saidin yang lebih berminat dan tertarik dengan isterinya jika tidak bersolek yakni dalam keadaan natural.

"Sebenarnya suami saya lebih suka melihat wajah saya tanpa makeup sebab itu saya suka mengenakan makeup untuk orang lain bila keluar. Jadi bila di rumah saya akan pastikan wajah saya bebas tanpa makeup untuk tatapan suami." kata Che Ta kepada AstroGempak

Raja Ilya sudah bertunang? ada cincin di jari manis?

Jumaat, 10 Februari 2017

Ada ebentuk cincin di jari manis Raja Ilya menimbulkan cerita yang dia sudah dilamar oleh kekasihnya dari Australia.

Walaubagaimanapun, Raja Ilya menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia sekadar tanda kenalan dan bukanlah cincin pertunangan.

"Saya akui cincin ini memang diberikan oleh si dia, namun ini bukanlah cincin tanda bertunang. Cincin ini hanya sekadar hadiah kepada saya.

Saya masih belum lagi bertunang dengan dia. Soal jodoh, kita sebagai manusia hanya merancang. Buat masa ini, keutamaan saya adalah keluarga dan kerjaya saya.

Kami menjalinkan hubungan jarak jauh, itu menjadi salah satu kerisauan saya. Saya berada di Malaysia, dia pula menetap di Gold Coast.

Dalam keadaan sekarang, saya boleh katakan yang saya belum bersedia. Biar saya tumpukan dahulu kepada kerjaya. Keadaan kesihatan ibu saya juga tidak begitu baik, saya perlu mengutamakan ibu saya terlebih dahulu. " kata Raja Ilya memetik AstroGempak

Tudung baru Fareeda, suasana MasyAllah.. (video)

Walaupun perniagaan tudung kini mendapat saingan, namun produk jenama Fareeda tetap menjadi tumpuan bila ada reka bentuk yang terbaru.

Baru-baru ini perniagaan yang diusahakan oleh Mawar dan suaminya, pelakon, Fizow Omar ini menjadi tumpuan seawal 8 pagi bebaris untuk mendapatkan tudung terbaru berkenaan.

Hebat aura tudung mahal ini. Mungkin ada yang datang jam 6 pagi juga rasanya.

Senarai penuh peserta Maharaja Lawak Mega 2017


Mana peserta pilihan anda?

1. Kumpulan Nice

Zizan Razak beli Lamborghini Aventador RM 2 juta?


Wow hebat Zizan ni. Kalau betul dia beli kereta ini, memang kaya sangat Zizan buat masa ini. Namun itu lah, sayang jika beli kereta mahal-mahal ni, boleh je bergaya tapi takde 'value' nak jual balik nanti. Huhu. Ni komen pengikut Zizan paling 'win' di dalam laman Facebook miliknya itu.

Amyra Rosli dikecam kerana bawa laptop ketika masak

Khamis, 9 Februari 2017

Gara-gara memasak sambil tengok laptop, Amyra Rosli mengakui menerima kecaman hebat netizen. Hampir semua netizen mempertikaikan tindakan isteri aktor, Amar Baharin ini kerana ia jelas membahayakan diri.

Bagaimanapun, katanya, semua aksi itu dilakukan demi menjayakan kempen syarikat komputer tersebut.

"Saya diminta untuk memasak sambil mencari resipi di Internet menggunakan laptop itu.

"Jujur, semuanya telah disediakan oleh mereka, jadi saya hanya menjalankan tugas.

"Nama pun bekerja, jadi mahu atau tak saya perlu ikut supaya mereka berpuas hati,"

"Saya sendiri pun tak gila nak buat semua itu.

"Bila saya baca semua komen itu, saya mampu gelak saja.

"Saya malas nak layan kerana mereka (netizen) tak tahu apa yang saya buat," katanya pada MediaHiburan.

Gambar terkini anak Faralyna, Fira Anggun (9 gambar)

2 tahun tiada zuriat, Siti Elizad dikecam?

Rabu, 8 Februari 2017

Siti Elizad meluahkan rasa terkilan apabila dituduh sengaja menghalang dirinya sendiri untuk hamil walaupun selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Malah Elizad seakan-akan hilang sabar apabila sesetengah pihak termasuk netizen memberikan komen negatif termasuk membabitkan keluarga dan suaminya, Shamsul Baharin.

"Bagi yang pandai-pandai cakap saya tak nak anak, mereka tahu atau tidak apa yang berlaku?

"Orang tuduh saya tahan rezeki. No! Saya tak tahan rezeki dan memang tengah mencuba, tapi perlukah semua hal dalam kain nak cerita kepada orang?

"Semua wanita pasti nak anak, tapi kalau belum ada rezeki nak buat bagaimana?

"Saya tak suka orang bercakap pasal suami. Mereka kata macam-macam kononnya dia 'tak pandailah'... melampau!

"Jangan suka bercakap mengenai hal orang kerana satu hari nanti pasti akan terkena pada diri sendiri, keluarga atau orang sekeliling anda," luah Elizad kepada mStar Online.

Kekasih Abam Bocey? Lawanya...

Dengar cerita memetik sebuah Forum tempatan yang Abam kini bercinta dengan seorang wanita yang tak boleh tahan lawa nya. Tak diketahui identiti si wanita berkenaan, melihat gambar dibawah ini pastinya mereka sangat mesra.

Kalau betul, ni awek Abam, tahniah lah seperti itu.

Deejay Feeya selamat melahirkan anak sulung (gambar)

Deejay Sinar FM, Feeya Iskandar selamat bersalin anak sulung berjantina lelaki semalam kira-kira jam 11.30 pagi. Feeya bersalin di sebuah pusat perubatan swasta Klang.

Memetik Bharian, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram itu dilahirkan secara normal. Feeya berkata, dia dan suami sepakat menamakan putera sulung mereka, Adam Malique.

Neelofa dikait kerabat diraja, ini luahan Fattah Amin..

Fattah Amin menerima dengan baik berita terbaharu iaitu persahabatan antara Neelofa dengan seorang kerabat diraja seperti disahkan aktres wanita itu.

Fattah berkata, dia sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Neelofa selain mahu melihat pelakon wanita itu menemui kebahagian dalam kehidupannya.

"Sebagai kawan dan sahabat, saya mendoakan kebahagiaan dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan. Saya juga sentiasa memberi sokongan apa yang baik untuk kehidupan dan masa depan dia,"

"Saya tidak boleh komen kerana ia melibatkan banyak pihak dan saya tidak mahu kenyataan saya akan menimbulkan perkara yang buruk,"
ujarnya kepada mStar Online