Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Luahan terbaru Fara Fauzana mengenai perkahwinannya

Isnin, 19 September 2016

Seperti sedia maklum, pernikahan Fara Fauzana dan Mohamed Hafiz dibatalkan atas alasan peribadi yang dinyatakan Fara dalam kenyataan yang mengejutkan peminat, baru-baru ini.

Namun baru-baru ini, Fara berkongsi luahan hati berkaitan dengan perkahwinannya itu di laman Instagram dengan memuat naik gambar sijil kursus ibadat haji.
"Ikut tarikh ikut hati sudah tiba masanya. Tapi setiap apa yang kita rancang hanya Allah yang tahu apa yang terbaik.

Doakan supaya Allah izinkan saya untuk menjadi tetamu di tahun hadapan supaya melengkapi rukun Islam," caption gambar itu.
Tambah Fara, dibawah gambar berkenaan.
"Ramai yang berkata, ramai yang bertanya tapi siapalah saya untuk menahan semua kerana percaya setiap kata itu juga doa terbaik. Terima kasih semua kerana terus menjadikan saya kuat seperti hari ini. Semoga Allah terus membimbing kita. Sayang semua,"

'Kami tidak bercinta - Ruhainies', Azrel menipu?

Ruhainies menegaskan bahawa dia dan aktor Azrel Ismail tidak pernah menjalinkan hubungan cinta seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Ruhainies juga tidak pernah mengakui tentang hubungan istimewa itu sebaliknya lebih selesa berkawan rapat dengan pemuda berkenaan.

"Saya tahu ada kenyataan bercanggah tentang hubungan kami dan secara jujurnya kami tidak bercinta pun seperti dikatakan namun sekiranya ditakdirkan ada jodoh di antara kami saya tidak menolak.

"Bagaimanapun saya menghormati dia sebagai kawan baik dan turut mendoakan agar dia bertemu dengan wanita yang sesuai dengannya,"

"Kami sebenarnya tidak pernah keluar bersama atas urusan peribadi atau sekadar melepak dan kebiasaannya bertemu di majlis-majlis hiburan.

"Pernah juga kami rancangan untuk berjumpa keluar makan tetapi sehingga hari ini tiada masa tambahan pula kami masing-masing sibuk dengan kerja," katanya kepada mStar Online

Sekitar akikah anak kembar comel Fad Bocey (38 gambar)

Ahad, 18 September 2016

Fad Bocey telah mengadakan majlis akikah dua anak kembarnya, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada hari Jumaat lalu.

Hayyan dan Zayyan dilahirkan pada 11 Disember 2015 di Darul Ehsan Medical Center (DEMC), Shah Alam.

Disebalik cerita foto mesra Uqasha, Tengku Bakar (2 gambar)

Sering keluar bersama Tengku Bakar yang merupakan kerabat diraja Pahang, Uqasha sebelum ini menafikan yang mereka sedang bercinta dan hubungan beliau bersama lelaki itu hanya sekadar teman rapat.

Namun, ada sekeping foto bersama Tengku Bakar, dimana menunjukkan mereka memang sangat mesra dan berkasih sayang sekali. Tengku Bakar siap berlaga pipi bersama dahi mulus Uqasha.

Sekitar resepsi perkahwinan Saharul Ridzwan, Qaabila (46 gambar HD)


Sekitar pernikahan Saharul Ridzwan, Qaabila (50 gambar HD)


Saharul Ridzwan selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihannya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, kira-kira pukul 9 pagi Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki dalam sebuah majlis pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Qaabila Deena Emir.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja tanpa pihak media.

Saharul turut menghadiahkan lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi akan diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada petang Jumaat di Dewan Sri Siantan, Putrajaya.

Manakala, majlis bersama peminat akan diadakan pada Ahad di Shah Alam. -mStar Online

Raja Ilya tak kisah lakonkan babak ghairah..

Khamis, 15 September 2016

Pelakon Raja Ilya telah menerima tempias apabila filem lakonannya Luqman yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, dikatakan mengeksploitasi wataknya dengan babak ghairah untuk menarik perhatian penonton.

Filem tersebut merupakan sentuhan pengarah terkenal Dr Mahadi J Murat dan Raja Ilya melakonkan watak sebagai penari jelita bernama Ayu Kencana.

Melalui Harian Metro, Raja Ilya berkata dia tidak menganggap dirinya dipergunakan atau dieksploitasi melalui watak ghairah itu.
“Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita.

Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif”

“Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita,” katanya.

Irwansyah, Zaskia Sungkar bercuti, romantik beb (19 gambar)

Resepsi Nazim Othman, Bella (9 gambar)



Nazim Othman dan Bella Dally telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 10 September yang lalu.

Berita mengejutkan dari penyanyi Maulana (3 gambar)



Memetik laman sosialInstagram milik penyanyi Maulana, dia ada berkongsi mengenai berita kehamilan isterinya yang kini sedang hamil sebulan. Berita ini membuatkan Maulana sangat teruja seperi yang digambarkan daripada caption yang ditulisnya.

Gambar bogel tersebar, ini reaksi Arikah Suhaime

Gambar bogel yang didakwa mirip wajah Atikah Suhaime mendapat reaksi tuan punya badan. Memetik Harian Metro, Atikah akan mengambil tindakan saman terhadap penyebar fitnah itu.

“Saya tengah belanja raya dengan mak saya,”

“Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong,” jelasnya kepada peminat di laman Instagramnya.

Shahir mahu percepatkan kahwini Erra.. WOW

Rabu, 14 September 2016

Sejak Erra Fazira mula memuat naik foto Shahir, desas desus hubungan diantara mereka semakin hangat diperkatakan. Bahkan teka teki selama ini, bakal terbongkar tidak lama lagi.

Bagi Shahir memetik Bharian Online semalam, dia hanya berserah kepada Allah untuk jodohnya.
Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya. Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya.

Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan. Insya-Allah.

Sam Bunkface timang cahaya mata (gambar baby)

Sektiar ibadah Haji Hafiz Hamidun (17 gambar)

Sekitar khattam al Quran bakal isteri Saharul Ridzwan (6 gambar)


Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan, 27, dan bakal isterinya Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September ini.

Sekitar ibadah Haji Neelofa, Vie Shantie (17 gambar)

Selasa, 13 September 2016

11 sebab 'Pekak' tak sesuai ditonton, kena ban di Brunei

Menurut Syarifah Amani, “Rugi dan kasihanilah Brunei kerana mengharamkan Pekak”. Selepas menonton saya kira 2/3 filem tersebut, saya setuju, malah saya salute tindakan Brunei dan saya kecewa mengapa Malaysia tidak bertindak sedemikian. Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah.

Akhirnya saya keluar dalam keadaan menggigil tangan kerana menahan marah. Kesan dari filem ini, saya sudah “dengar” di dalam panggung ketika menontonnya. Kesan seterusnya? Saya tak sanggup bayangkan.

Sebelum itu, saya harus beri kredit pada pembukaan cerita yang segar, sudut kamera yang kreatif dan lakonan Zahiril Adzim dalam menunjukkan kesunyian orang pekak. Sayangnya filem ini bukan cerita tentang dia.

Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.


1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.
Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.
Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur.

Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama
Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca
Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.
Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya.

Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.
Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu memprovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kanak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah “Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?”
Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belakang tu selepas menonton filem ini.

8. Uda?
Uda sebenarnya cuma watak sampingan. Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan
suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit.

Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Seks & Dadah
Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus. Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?

10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.
Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat. Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip? Heh.

Kenapa saya marah?

Kata Syarifah Amani, “Kita jangan menipu atau jangan cuba sorok [realiti] … Itu cara kita berdakwah. Insya Allah, orang dapat kebaikan daripadanya” Saya anggap Amani tersasul menyebut “dakwah”. Siapakah sasaran penonton cerita ini? Pemimpin negara? Supaya mereka mahu buka mata pemimpin negara akan keseriusan masalah sosial di negara ini? Atau adakah mereka sasarkan ibu bapa yang mempunyai anak remaja? Supaya ibu bapa berjaga-jaga akan tingkah laku anak mereka? Jangan sorok fakta, sasaran penonton filem ini adalah remaja.

Seperti remaja-remaja yang duduk di barisan belakang ketika saya menonton. Adakah filem ini mampu beri pengajaran baik? Anda nilaikan sendiri dari cerita saya di atas. Sebelum keluar panggung saya sudah mendengar kesannya. Saya tidak pekak.

Bergiat secara aktif dalam NGO, membuka telinga saya dari kepekakan terhadap isu-isu sosial. Saya mengenali Puan Vimmi Yasmin Razak secara peribadi walaupon saya baru pernah berjumpanya sekali. NGO kami telah bekerja sama beberapa kali. Ketika beliau mula menubuhkan Rumah Kita (rumah perlindungan untuk ibu remaja dan anak tidak sah taraf), Our Touch menyokong dengan dana sewa selama setahun.

Saya membaca luahan rasa Kak Vimmi setiap hari di facebook beliau. Tentang anak-anaknya, tentang cucu- cucunya. Kerisauannya tentang gejala sosial yang melanda generasi muda negara ini dan jerit perih mencari dana untuk membela mereka.

Anak-anak yang tersasar ini, beliau peluk dan pelihara. Tapi siapa akan merawat puncanya? Kejahatan tak perlu di ajar, syaitan ada di mana-mana. Kenapa kita mahu membantu syaitan? Bukan ada satu saja rumah perlindungan seperti ini di negara kita, banyak! Bukalah telinga anda, dan dengarkan rintihan mereka.

Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah “normal”. Saya bukan marah kepada mereka.

Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah “hero”. Ringan-ringan tak apa.

Kau tidak adil kau tidak menontonnya sampai habis
Durasi filem ini 1 jam 36 minit. Filem bermula kira-kira jam 8.05 malam dan saya keluar kira-kira 9.25 malam. Selama satu jam dua puluh minit filem tu penuh dengan adengan-adengan rendah moral dan ia belum berakhir. Adakah anda fikir beberapa minit terakhir filem tu mampu
memurnikan minda anak-anak remaja yang tercemar dengan segala kebejatan yang diajar selama sejam lebih sebelumnya? Dapatkah mereka memadam imej-imej rendah moral dan dialog-dialog rendah akhlak dari minda mereka?

Tindakan Brunei tepat
Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama saja. Adengan hisap dadah. Adengan panjat tembok sekolah. Adengan bercumbu. Adengan curi keluar malam dengan lelaki.

Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara?
Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita ‘terpaksa’ mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah.  Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?

Filem ini memang PEKAK
Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban
hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masaalah yang ada!

'Hero dengan wajah kacak, kualiti rendah' - Ako Mustapha

Ako Mustapha meluahkan rasa kecewa melihat perkembangan dunia lakonan tanah air ketika ini.

Pelakon-pelakon baharu yang memegang watak utama atau hero dalam sesebuah drama kerana tidak mempunyai standard tertentu. Kebanyakkan hero baharu yang dipilih oleh stesen televisyen hanya berdasarkan rupa paras semata-mata tanpa menilai kualiti lakonan mereka, jelas beliau.
"Kualiti hero sekarang sudah menurun, siapa sahaja boleh jadi hero jika ada wajah yang kacak.

"Mereka terus diberi peluang pegang watak utama tanpa watak-watak kecil terlebih dahulu. Tahap lakonan atau kualiti sudah tidak penting," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Ako, peluang juga seharusnya diberikan kepada pelakon-pelakon baharu yang mempunyai ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan.

Katanya lagi, ramai siswa dan siswazah yang mendalami ilmu dalam bidang lakonan atau seni persembahan yang tidak mendapat peluang tersebut.

Gambar bogel Atikah Suhaime, Idris Khan tersebar? PANAS! (3 gambar)

Cukup panas dan sensasi, apabila dikatakan memetik sebuah blog hiburan tempatan, dimana pelakon Atikah Suhaime dan kekasihnya, Idris Khan menjadi perhatian apabila beberapa keping gambar bogel yang didakwa mereka sudah tersebar.

Sebelum ini pernah kedengaran dimana Atikah, Idris dan juga Ammar Alfian sebelum ini juga pernah didakwa mempunyai rakaman seks bertiga. Dan ini dinafirkan oleh Idris sendiri sebagai satu fitnah tanpa sebarang bukti.

Buat masa ini, gambar bogel yang didakwa Atikah dan Idris belum dapat sebarang reaksi mahupun komen daripada kedua-dua pelakon tersebut.

Haziq AF4 selamat timang anak lelaki, TAPI...

Isteri kepada penyanyi Haziq Rosebi iaitu Maisarah Mohd Sidki selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.87 kilogram pada pukul 12.49 pagi, Isnin semalam bersempena Hari Raya Aidiladha/Haji/Kurban 2016.
"Welcome to the world my son...Tidak dijangka hendak keluar awal, sepatutnya 23 haribulan ini.

"Tetapi ini perancangan Allah yang tiada siapa tahu," katanya.
Dalam pada itu, Haziq turut melahirkan rasa syukur bayi pertamanya itu dilahirkan pada Hari Raya Aidiladha dan menganggap ia sebagai hadiah buat mereka suami-isteri.

PANAS! Emma tidak mengaku Kamal 'boyfriendnya' (video)

Ahad, 11 September 2016


Da'i Wan nasihatkan Safiey Ilias...

Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias.

Wan tidak punya panjang bicara lagi, kerana kita sudah bercakap dalam What's app hampir 1 jam tadi dengan bertujuan untuk pujuk Safiey, istiqomah semula.

Namun malam ini, Wan tak berjaya.

Safiey, kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up.

Wan tenangkan Safiey lagi, berkali-kali juga.

Untuk jangan..

Untuk sabar.....

Seluruh ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama.

Wan terfikir ditempat ahli keluarga Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan akan terasa:

"Kadang-kadang dia tak tahu betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja."

Mengapa disimpan pada hati sendiri dan biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap sahaja bersama.

Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh mengecammu.

Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.

Wan telah pesan tadi.

Kini bukan waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan terluka.

Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah. Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi, sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk.

WaAllahi, Allah akan bantu kamu Safiey.

Safiey,

Cuba lihat apa yang telah kamu miliki hari ini?

"Ahli keluarga yang selalu bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama & orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia."

Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers.

Ketepikanlah semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga.

Janganlah kembali seperti dulu, Safiey.

Sabarlah...

Sabar...

Sabar.

Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah, apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.

Safiey, this is for you.

"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan."

Ini ungkapan yang pernah Safiey ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana Hidayah-Nya.

Atas nama syukur, pertahankanlah ia.

Pertahankannya.

Yang benar, Facebook Da'i Wan.