Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Perubahan mengejutkan dari Hanez Suraya selepas ada anak..
Tanggal 30 Disember lalu pasangan Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha Abd Rais, telah pun bergelar ibu dan bapa kepada cahaya mata perempuan bernama Putri Aleesya yang berusia tujuh bulan.
Menurut suami, sejak Hanez bergelar ibu banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya. Contohnya dari segi penampilan. Apabila dia berhijab, tingkah laku dia sememangnya banyak berubah tetapi selepas mempunyai anak, dia lebih lembut, tenang dan juga lebih matang.
Nak lanjut cerita, semuanya dalam majalah MediaHiburan edisi terbaru di pasaran.

Bukan wang Ringgit untuk pikat Adira - Datuk Red
Beberapa minggu lalu, satu video "panas" memaparkan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) sedang memeluk pelakon Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, dari belakang telah tersebar luas di media sosial.
Datuk Seri Adnan Abu berkongsi bahawa dirinya tidak menggunakan wang ringgit untuk memikat isterinya yang kedua, Adira sebelum berkahwin. Sebaliknya, beliau lebih terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh isterinya itu membuatkan beliau jatuh hati.

“Ketika pertama kali saya mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa material sebelum kami berkahwin. Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong wang ringgit. Sebab itu saya tidak kisah dengan pandangan orang luar ke atas diri saya, janji kedua isteri saya ini memahami”Selain itu, Datuk Red akui bahawa berita kehamilan Adira yang kini sudah memasuki 10 minggu .
“Sebab itu saya tidak kisah tentang pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini memahami. Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang. Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah,” katanya kepada Projek MMO
Awal akui tumpang rezeki Lara Lana
Awal Ashaari berkata, dia dan isteri, Scha Alyahya banyak menumpang rezeki anaknya iaitu Lara Lana (dua tahun), yang mempunyai lebih dua juta pengikut di Instagram.
Awal, 35, berkata, rezeki yang diterima anaknya itu tidak putus-putus apatahlagi selepas terlibat dalam program reality sendiri iatu Lara Oh Lara yang akan disiarkan pada 17 Ogos ini (9 malam di Astro Ria).

"Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja.
Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain," ujarnya kepada mStar Online.
Nurul Wahab diganggu lelaki gila seks...
Nourul Wahab Depp baru-baru ini menghubungi sebuah restoran makanan segera untuk membuat pesanan, malangnya pekerja tersebut menjawap panggilan dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga Nourul terkeluar satu perkataan yang agak kasar.
Gara-gara terlepas perkataan kasar itu, maklumat peribadi penyanyi Nourul Wahab telah didedahkan kepada sebuah kumpulan lelaki gila seks oleh seorang pekerja restoran makanan segera tersebut.
Tindakan pekerja tersebut mengakibatkan dia menerima gangguan daripada beberapa individu dengan tujuan tidak baik termasuk menerima pelbagai ugutan.

"Selepas kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat kononnya saya seorang janda,"Nourul berkata, dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada malam Jumaat lalu.
"Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.
"Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan," katanya. ujarnya.
Mira Filzah punca Fattah Amin, Sherry Ibrahim putus cinta?
Kisah percintaan Fattah Amin dan Sherry Ibrahim yang tidak kesampaian nampaknya masih lagi menjadi topik hangat.
Sebelum ini ada timbul spekulasi Fattah meninggalkan Sherry kerana mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usaha pengusaha tudung, terbaru ada yang mendakwa pelakon Mira Filzah adalah punca Fattah dan Sherry berpisah.
Menurut ruangan Cik Pang di Harian Metro, Fattah sengaja mencari alasan dengan mengatakan sikap Sherry yang terlalu kuat cemburu dan mengongkong adalah sebab utama beliau ingin berpisah.
Namun, sebenarnya ia hanyalah “sandiwara” Fattah untuk bersama Mira.
Katanya hubungan Fattah dan Mira mula akrab sejak beberapa bulan lepas dan mungkin mereka mempunyai hubungan istimewa, lebih-lebih lag i Fattah yang kini mempunyai syarikat pengurusan artis dikenali sebgai Myfastyle telah melantik Mira sebagai artis untuk bernaung di bawah syarikat miliknya itu.

RM4000 untuk nafkah anak? tak masuk akal! -Awie
Penyanyi Awie enggan membayar nafkah terhadap dua anaknya sebanyak RM4,000 sebulan dan menganggap jumlah itu sebagai karut dan tidak masuk akal.
Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, jumlah yang diputuskan oleh mahkamah itu sebagai tidak munasabah kerana pihak mahkamah tidak mengambil kira pendapatan keseluruhan yang diterimanya.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Che Saupi Che Husin.
Jumlah itu merangkumi makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain keperluan iaitu sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal anak-anaknya itu pula sebanyak RM1,000.
Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana pada 5 hari bulan pada setiap bulan.
Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.
Dalam pada itu Awie yang ditemani peguamnya Mohd Shafiq Norizan berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan berhubung keputusan mahakmah rendah syariah itu.
Jelas Awie, adalah tidak munasabah untuk dua anaknya yang masih kecil iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, yang berada bawah penjagaan Rozana untuk melayakkan mereka mendapat wang sebanyak itu.
Awie berkata, mahakmah seharusnya memikirkan kesusahannya mencari nafkah dalam situasi kegawatan ekonomi ketika ini.
"Kos RM4,000 tu kos karut,” tegasnya.
Seorang lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana ialah Putra Ahmad Merah, 9, yang kini tinggal bersama artis itu.
Awie atau Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, jumlah yang diputuskan oleh mahkamah itu sebagai tidak munasabah kerana pihak mahkamah tidak mengambil kira pendapatan keseluruhan yang diterimanya.
"Jumlah itu tak munasabah bagi saya kerana mahkamah hanya fikir pendapatan tetap saya dan tak fikir keseluruhan (pendapatan) saya,” katanya kepada mStar OnlineTerdahulu, mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin mengarahkan Awie selaku defenden membayar nafkah kepada dua anaknya yang berada bawah penjagaan bekas isteri iaitu Rozana Misbun, 48, sebanyak RM4,000 sebulan berkuat kuasa serta-merta.
Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Che Saupi Che Husin.
Jumlah itu merangkumi makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain keperluan iaitu sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal anak-anaknya itu pula sebanyak RM1,000.
Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana pada 5 hari bulan pada setiap bulan.
Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.
Dalam pada itu Awie yang ditemani peguamnya Mohd Shafiq Norizan berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan berhubung keputusan mahakmah rendah syariah itu.
Jelas Awie, adalah tidak munasabah untuk dua anaknya yang masih kecil iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, yang berada bawah penjagaan Rozana untuk melayakkan mereka mendapat wang sebanyak itu.
”Umur baru 6 dan 8 tahun, berapa ringgit sangat dia nak pakai. Takkan sampai RM4,000?” soalnya.
Awie berkata, mahakmah seharusnya memikirkan kesusahannya mencari nafkah dalam situasi kegawatan ekonomi ketika ini.
"Kos RM4,000 tu kos karut,” tegasnya.
Seorang lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana ialah Putra Ahmad Merah, 9, yang kini tinggal bersama artis itu.
Siti Nordiana beli rumah mewah dengan tunai?
Selepas dikatakan mula meminta bayaran yang lebih untuk membuat persembahan, timbu pula gosip baru yang mengatakan Siti Nordiana baru-baru ini telah membeli sebuah rumah mewah secara tunai.
Walaubagaimanapun, Nana memberitahu berita itu tidak benar dan ia sengaja direka oleh pihak tertentu kerana namanya kini sudah kembali popular.
Walaubagaimanapun, Nana memberitahu berita itu tidak benar dan ia sengaja direka oleh pihak tertentu kerana namanya kini sudah kembali popular.
"Cerita itu tidak benar sekali kerana saya belum berkemampuan membeli rumah, apatah lagi yang harganya sangat tinggi.
Apabila gosip ini tersebar, ada yang menganggap ia serius memandangkan saya sudah terkenal.
Kalau fikir secara logik, wang itu mana mencukupi membeli rumah (wang kemenangan Gegar Vaganza)" Kata Nana memetik HarianMetro.
Raja Ema kini bertudung (10 gambar)
Ahad, 14 Ogos 2016
"Saya tidak mempunyai apa-apa perancangan tertentu untuk mengubah imej, cuma sejak beberapa hari lalu saya tiba-tiba mahu mengenakan tudung. Mungkin sudah sampai masanya saya berubah, malah saya sendiri rasa selesa dengan bertudung.
"Saya begitupun kurang selesa apabila orang mengatakan saya berhijab. Bagi saya, hijab itu besar maknanya bagi seorang muslimah. Hijab pada pandangan saya bukan semata-mata menutup aurat, tetapi perlu menutup segala kecantikan kita, dalam dan luaran, daripada tatapan umum.
"Namun sebagai orang baharu, saya mahu membiasakan diri dengan bertudung terlebih dulu. Malah, saya sendiri tidak pandai mengikat tudung mengikut gaya hari ini. Apa yang saya pakai sekarang adalah berdasarkan keselesaan sendiri, tanpa ada sesiapa yang memberikan tunjuk ajar pun," terangnya kepada Bharian Online
Ifa Raziah kini bergelar 'Datuk' Tapi negeri mana yang bagi?
Penyanyi dangdut Ifa Raziah berkata, darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk diterimanya adalah daripada penganugerahan yang sah dan seharusnya tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
Darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya pada Januari lalu itu adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.
Darjah Ahli Setia Diraja yang diterimanya pada Januari lalu itu adalah daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia.
"Ya… saya dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Diraja dari sebuah negeri di Malaysia pada Januari 2016, ia bukan Datuk dari orang yang menyamar jadi sultan atau saya mendapat gelaran dari negeri seberang.
"Namun, tidaklah perlu untuk ia diheboh-hebohkan kerana saya hanya guna gelaran itu untuk majlis-majlis rasmi dan atas tujuan perniagaan sahaja,"
"Saya menerima gelaran itu sebagai satu tanda penghormatan, tak kan pula saya nak menolaknya. Lagi pula gelaran itu diberikan dan bukannya saya yang minta.
"Dalam industri perniagaan ramai yang sudah tahu dan maklum tentang gelaran yang saya dapat ini, cuma di atas pentas, saya masih lagi Ifa Raziah yang dulu," ujarnya kepada mStar Online
Che Ta komen 'akibat menunjuk, harta dicuri orang'
Minggu lalu kereta Toyota Vellfire milik Rozita Che Wan (Ceh Ta) telah dibawa curi. Namun dalam kejadian musibah yang menimpa itu, ada juga pihak yang menyalahkan sikap Che Ta yang sering menunjukkan kemewahannya di laman sosial dan menyebabkan badi diambil oleh orang
“Biarlah mereka nak kutuk apa. Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli kerana mereka bukan penentu masa depan atau kehidupan saya. Kutukan seperti ini sudah biasa saya alami dan selama ini saya hanya menjadi diri sendiri.
Saya cantik pun orang kutuk, ini kan pula kenderaan hilang, memang macam-macam lah orang akan fikir dan cakap pasal saya”
“Lumrah hidup menjadi anak seni, setiap perkara dilakukan pasti akan ada pihak yang memerhati. Sama ada mereka memuji atau pun mengeji saya tidak kisah,” katanya kepada Projek MMO
Punca Shaheizy Sam terperangkap 7 jam dalam pesawat
Baru-baru dikhabarkan Shaheizy Sam telah terbang ke Switzerland bagi menghadiri Festival Filem Locarno ke-69 yang turut menyaksikan filem lakonannya, Interchange ditayangkan. Di sebalik kegembiraan itu, Sam dikatakan berdepan situasi menakutkan apabila terperangkap didalam pesawat selama tujuh jam akibat insiden sebuah kapal terbang lain terbakar.
Berikutan kejadian itu, pesawat yang dinaiki oleh mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai disamping kehilangan bagasi ketika tiba di Lapangan Terbang Locarno.

“Sam terpaksa menunggu bagasinya untuk beberapa hari dan terpaksa membeli pakaian baharu sementara mendapatkan begnya semula. Cabaran buat Sam, dia mendapatkan semula bagasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis berprestij itu bermula,” katanya kepada Berita Harian Online
Komen pasrah Zizan Razak mengenai hubungan Emma, Kamal
Jumaat, 12 Ogos 2016
Zizan Razak mendoakan yang terbaik mengenai hubungan bekas kekasihnya aktres Emma Maembong dengan aktor Kamal Adli yang dilaporkan sedang dilanda badai.
Zizan terkejut dengan berita itu selepas ditanya oleh beberapa rakan yang mahukan kepastian.
Zizan terkejut dengan berita itu selepas ditanya oleh beberapa rakan yang mahukan kepastian.
"Sejak saya dan Emma berpisah saya tidak pernah berhubung lagi dengan dan kami hanya terserempak jika menghadiri majlis hiburan sahaja.
"Saya juga terkejut dan baru tahu tentang berita ini setelah ramai yang bertanya, saya sendiri tidak tahu.
"Sebagai sahabat saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja," ujarnya kepada mStar Online.
Tabiat Stacy, Akim bila di dalam kereta yang korang tak tahu..
Berikut antara tabiat Stacy dan Akim memetik portal MediaHiburan;
1. Karaoke
Jelas Stacy ketika ditemui baru-baru ini, perkara yang selalu mereka lakukan bersama ketika berada dalam kereta, mereka akan memasang dan mendengar radio sambil berkaraoke. Tambah pula, mereka menggunakan masa itu untuk berlatih menyanyi.
2. Stacy Suka Selfie Tapi Tak 'Upload'
Menariknya, vokalis kumpulan Akim & The Majistret pula berkata, isterinya kerap kali berselfie namun gambar-gambar yang diambil itu tidak ada satupun yang akan dimuat naik ke dalam laman sosialnya.
3. Komen Cara Pemanduan Pengguna Jalan Raya
Seterusnya, masing-masing mengakui mereka suka komen tentang cara pemanduan pengguna jalan raya yang adakalanya tidak serius dan ambil berat dengan cara pemanduan mereka. Wow nampaknya pasangan ini boleh jadi guru memandu untuk ambil lesenlah.
Nasib malang timpa Kamal Adli ketika berada di Barcelona..
Kasihan pelakon Kamal Adli terpaksa menerima hakikat yang dia diragut ketika berada di Barcelona, Sepanyol. Keberadaan dia disana adalah atas urusan pengambaran program dan drama.
Pun begitu kisah sedih itu terjadi ketika beliau mengambil gambar persekitaran. Adli memberitahu dia kehilangan, duit tunai RM10,000, dan dokumen penting yang lainnya.
Pun begitu kisah sedih itu terjadi ketika beliau mengambil gambar persekitaran. Adli memberitahu dia kehilangan, duit tunai RM10,000, dan dokumen penting yang lainnya.
“Kesilapan sendiri juga memandangkan ketika kejadian itu saya leka mengambil gambar pemandangan sekeliling. Beg sandang berkenaan saya letakkan di atas bagasi pakaian. Kejadian berlaku dengan pantas, sekelip mata ia hilang. Memang peluh sejuk mengenangkan pasport juga disimpan dalam beg itu selain duit belanja sepanjang perjalanan di negara orang”
“Cuma proses penggantian pasport dan visa agak renyah, saya buat pasport baharu di London. Soal ini memang rumit kerana pasport dan visa bukan boleh dapat serta merta, dalam tempoh seminggu baru saya dapat. Pengalaman itu memang sedih untuk dikenang. Dalam kita berjaga-jaga pun, barang berharga lesap begitu saja,” katanya kepada Berita Harian Online.
Dipanggil Makcik, ini tindakan Ellie Suriati yang mengejutkan..
Elly Suriati memberitahu dia tekad untuk mengamalkan diet dengan tidak memakan nasi sejak lima bulan lalu bagi mendapatkan bentuk badan yang kurus.
Ellie berbuat demikian kerana sering ditegur oleh rakan-rakan lama dan disapa dengan panggilan makcik yang seolah-olah menggambarkan dia sudah terlalu tua.
Ellie berbuat demikian kerana sering ditegur oleh rakan-rakan lama dan disapa dengan panggilan makcik yang seolah-olah menggambarkan dia sudah terlalu tua.
"Dulu berat badan saya lebih 70 kilogram sekarang sudah nampak kurus tapi saya tidak timbang berat lagi, mungkin lebih kurang 45 kilogram berat saya sekarang dan saya boleh pakai baju saiz S."
"Saya tertekan dipanggil makcik, itu yang saya rasa nak kurus dan nampak muda sedikit. Lagi pula kawan-kawan lama yang jumpa saya pasti akan tegur tentang berat badan sehingga saya bosan untuk menjawab," ujarnya kepada mStar Online.