Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ini lah sebab mengapa Wan Nor Azlin kembali bertudung...

Ahad, 20 Mac 2016

Wan Nor Azlin pernah bertudung dahulu tetapi tampil dengan imej lebih seksi selepas episod perceraian beliau, malah ada yang terkejut dengan perubahan mendadak beliau dan mengkritik pelakon wanita tersebut.

Mengakui beliau jahil satu ketika dahulu, kini Wan Nor Azlin sudah kembali bertudung penuh dan menginsafi setiap perbuatan beliau.

Pengantin baru, Yatt Hamzah & suami berbulan madu Krabi, Thailand (7 gambar)

Majlis Akad Nikah Shahrol Shiro, Anna Danisha (22 gambar)

Sesi Fotografi Anak Kembar Eina Azman (4 gambar)

Syamsul Yusof, Puteri Sarah menunaikan ibadah Umrah (5 gambar)

Jumaat, 18 Mac 2016

Nabil Ahmad, isterinya bercuti di Santiago Bernabéu, Sepanyol (10 gambar)

DJ Lin dapat hadiah pakaian dalam. WOW..

Sepanjang 10 tahun mengendalikan segmen Suria Cinta di stesen radio Suria FM, penyampai radio popular DJ Lin mendedahkan dia pernah menghadapi trauma diganggu lelaki misteri termasuk menerima hadiah pakaian dalam.

Memetik laporan mStar online, Lin menyifatkan pemberian pemberian daripada peminat psiko yang mungkin ada masalah gangguan jiwa.

Filem dan lakonan pertama Rani Kulup.. Jeng-jeng..

Abdul Rani Kulup Abdullah yang terkenal dengan tagline 'kipidap' akan menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya serisu sekiranya kemunculan dia menerusi filem Kipidap! Selamatkan Hari Jadi dengan bergandingan dengan Atikah Suhaime diterima baik penonton.

Bagaimanapun kata Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu, dia menerima banyak tawaran daripada produksi termasuk KRU Studios dan Skop Productions Sdn Bhd.
"Saya sebenarnya tidak pernah berhasrat untuk berlakon tetapi apabila ada tawaran saya terima kerana ingin membuktikan kepercayaan diberikan pihak produksi.

"Alhamdulillah biarpun nashkah pertama ini belum masuk panggung tetapi saya bakal ke set penggambaran dua buah filem pada April ini,

"Filem ini bukan sekadar filem komedi tetapi ia mempunyai banyak pengajaran bertepatan dengan tagline 'kipidap' itu sendiri yang membawa maksud Kita Pilih Damai dan Perpaduan," katanya kepada mStar Online.

Komen Abby Abadi mengenai isu dia mengandung..

Pelakon Abby Abadi sebelum ini hangat diperkatakan yang dia sedang hamil selepas dia meninggalkan komen di gambar Instagram milik Norman Hakim. Melalui ayat yang dibalas oleh Norman, ‘mak buyung’ jelas menunjukkan bahawa Abby sedang hamil.

Namun selepas itu, Abby telah memuat naik gambar beserta kapsyen di laman Instagram miliknya berhubung isu ini.

Kanak-kanak Leukemia terima kejutan dari Shiro.. (5 gambar)

Khamis, 17 Mac 2016

Diana Danielle Halau Pelajar Tahfiz? (2 gambar)


Menerusi perkongsian di sebuah laman Facebook insan yang bernama Muazrin Mustapha, dirinya ada memuat naik foto dan juga kapsyen yang mendakwa bahawa Diana Danielle bersikap memperlekehkan seorang pelajar yang membuat jualan amal bagi Rumah Amal Bistari, Yan, Kedah setelah pelajar tersebut beredar.

Sedar dengan perkongsian tersebut, Diana Danielle lantas memuat naik status dan juga foto di laman instagramnya berkenaan perkongsian gambar dari Muazrin lapor Era.fm.

Remy Ishak, sudah jatuh ditimpa tangga. Sabarlah..

Sudah jatuh ditimpa tangga, Remy Ishak yang sebelum ini mendapat kesakitan di kakinya akibat bengkak nekad untuk membeli ais bagi mengurangkan bengkaknya tersebut. Namun apabila dia membeli ais, kereta yang dia naiki, Mitsubishi Tritin dilarikan pencuri memetik mStar.

Kejadian itu berlaku semalam di Seri Kembangan, Serdang selepas pulang dari latihan di Istana Budaya.

Limousine Dato Vida Baru Sampai di Pelabuhan Klang

Emma Akma sah bercerai, yang paling mengejutkan sekali adalah...

Pelakon Emma Akma, 47, mengesahkan yang dia sudah bercerai dengan bekas suaminya Omar Ramli, 48, pada 14 Januari lalu setelah 7 bulan mendirikan rumahtangga memetik Bharian.

Zahiril Adzim, Johan As’ari menunaikan ibadah umrah (8 gambar)

Rabu, 16 Mac 2016

Hairul Azreen, Hanis Zalikha bercuti di Poring, Ranau Sabah (8 gambar)

Bila Ifa Raziah bertudung, disamakan Siti Nurhaliza (4 gambar)


Ifa Raziah baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping gambar memakai tudung di laman Instagram miliknya.

Namun, rupa-rupanya Ifa memakai hijab hanya kerana berlakon untuk telefilem Mak Punya Pasal. Dalam hal yang lain, ada yang meletakkan gambar Datuk Siti Nurhaliza di sebelah Ifa sebagai perbandingan.

Azwan Kombos sudah merisik Ezzaty Abdullah

Memetik portal mStar, pelakon Azwan Kombos akan merisik pelakon Ezzaty Abdullah sudah menghantar rombongan merisik pada Isnin kelmarin.

Difahamkan majlis berkenaan diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
"Semalam (Isnin) saya bersama keluarga dari Sabah bertandang ke rumah Ezzaty untuk merisik dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

"Bagaimanapun kami hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti," kata Azwan

Disekitar majlis hari jadi isteri Dato Aliff Syukri (10 gambar)

Menurut sumber, Dato Aliff menghadiahkan isterinya itu, Datin Shahida dengan sebuah beg tangan berwarna pink yang bernilai RM300k.

Turut hadir di majlis sambutan hari lahir Datin Shahida ialah Roslan Shah sebagai pengacara,
Wak Doyok termasuk pengusaha-pengusaha kosmetik Malaysia.

Akim juga diemput sebagai artis undangan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan hari jadi beliau.

Gambar anak Elly Mazlein (3 gambar)

Selasa, 15 Mac 2016

Admin tak kata wajah ek, cuma kata gambar sahaja. Hehe..

Eizlan Yusof dah ada penganti Vie Shantie?

Sebelum ini, ramai yang mengetahui Datuk Eizlan Yusof sudah tiga kali meluahkan hasratnya untuk rujuk semula bersama Vie Shantie Khan, namun tiada jawapan yang diberikan oleh bekas isterinya.

Sedikit hampa rasanya lebih-lebih lagi dengan gosip percintaan Vie dan Zizan Razak, Eizlan memberitahu pintu hatinya belum terbuka untuk menerima mana-mana wanita dalam hidupnya meskipun ada yang cuba mendekati dirinya.

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan oleh Diva Kosmo! , ada sumber terdekat Eizlan mengesahkan aktor itu sudah bertemu dengan seorang wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Jelas sumber itu lagi, wanita itu bukan seorang artis tetapi usianya lebih kurang dengan Vie.

Abby Abadi dah hamil ke?

Dengar khabar hint daripada bekas suami Abby Abadi, Norman Hakim menerusi laman sosial Instagram miliknya mendakwa yang Abby kini hamil hasil perkahwinnnya dengan Jai Ezzany.

Buat masa ini kemungkinan hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu, kalau betul, tahniah diucapkan.