Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Penampilan Ayda Jebat terkini yang mengejutkan... (2 gambar)

Khamis, 18 Februari 2016

Penampilan Ayda Jebat yang dikatakan semakin slim dan kurus. Maklumlah mungkin sibuk dan terjaga pemakanan.

Sebab yang mengejutkan mengapa Fara Fauzana tinggalkan Hot FM

Pada tarikh 26 Februari ini, Fara Fauzana akan meninggalkan Hot FM. Khabar itu membuatkan ramai yang sedih. Namun tidak ramai yang tahu apa sebab sebenar Fara bertindak sedemikian
“Selama 10 tahun saya mula-mula bersama keluarga HotFM banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat melalui kerjaya sebagai penyampai radio. Saya berhenti bukannya hendak berpindah ke stesen radio lain tetapi memberi ruang pada diri saya untuk mendekatkan diri pada Allah,”

“Contohnya kalau saya nak ke usrah kadang-kadang tak dapat nak hadir sebab dijalankan pada waktu pagi ketika saya bertugas. Selain itu, masa untuk saya memberi perhatian kepada kerja-kerja kebajikan juga terhad. Bila sudah berhenti inilah masanya untuk saya memenuhi tuntutan tersebut,” -Fara

Lagi gambar Majlis Perkahwinan Pereka Fesyen Ruzaini (40 gambar)

Rabu, 17 Februari 2016

Rumahtangga Dato' Aliff Syukri bergelora? (5 gambar)


Hubungan Dengan Isteri Retak Akhirnya Dato Aliff Syukri Nekad Muat Naik Status Dedah Segalanya Buat Orang Ramai Terkejut

Banyak gambar-gambar mereka bersama telah didelete dari IG keduanya. Tinggal sedikit sahaja lagi yang ada. Dan dari status yang masing-masing update samada di IG atau FB, mungkin menampakkan ada masalah sedang berlaku.

Mudah-mudahan tiada apa yang berlaku, doakan yang terbaik. :)

Zed Zaidi Digelar Bodoh (5 gambar)


Semalam Zed Zaidi mengemas kini post di Twitter mempersoalkan kedai makanan yang letak simbol ‘Pork Free’ dan kenapa tak letak simbol ‘HALAL’ je? Err.. Rasa-rasanya rakyat Malaysia semua tahu kot apa maksudnya ‘Pork Free’ tu.

Tweet ‘Pork Free’ Zed Zaidi Dikritik Hebat

"Saya Pentingkan Aurat Daripada Berlakon" - Mia Sara (video)

Sekitar majlis akikah anak Diana Danielle, Farid Kamil (6 gambar)


Baru-baru ini telah berlangsung majlis akikah yang diadakan untuk cahaya mata kedua Farid Kamil dan juga Diana Danielle iaitu Nur Aurora.

Awie didakwa Mahkamah lagi atas sebab..

Selasa, 16 Februari 2016

Belum pun selesai kes pukul membabitkan Awie dan bekas isterinya Rozana Misbun di Mahkamah Majistret Ampang, penyanyi rock itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin atas dakwaan mencederakan Rozana dalam kejadian pada 2014.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut ketika kes disebut dihadapan Majistret Husna Dzulkifly.

Zahnita dah berhijab.. Alhamdulillah (13 gambar)

Percutian hebat Maya Karin di Morocco (7 gambar)

Sesi photostudio mengandung Eina Azman (6 gambar)


gambar Teddyfilm.com

Stacy ketika zaman muda dan sekolah.. (10 gambar)

Mungkin ramai peminat stacy yang belum tahu perihal diri beliau sebelum menjadi artis dan seterusnya melonjak popular selepas memenangi program akademi fantasia ke-6.

Sepanjang berada di Akademi fantasia musim ke-6, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angle Anam, 18, senantiasa ceria berbanding segelintir pelajar lain yang adakalanya bersedih atau hilang fokus kerana masalah peribadi.

Istimewa untuk semua, jom kita lihat gambar-gambar Stacy sebelum dia menyertai AF6.. Mungkin ada peminat yang akan tergelak... :-)

Sekitar Resepsi Shaheizy Sam, Syatilla Melvin (15 gambar HD)



Tarikh pernikahan semula Raja Azmi, Eddie

Isnin, 15 Februari 2016

Raja Azmi, 57, berasa berdebar menantikan tarikh pernikahan semulanya dengan bekas suami, Mohd Eddie Ghazali yang dijadualkan pada 26 Februari ini di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.

Bagaimanapun kata Raja Azmi, majlis pernikahan tersebut akan berlangsung secara sederhana kerana hanya ingin menumpukan pada yang wajib sahaja iaitu akad nikah.
"Kami bernikah secara sederhana sahaja, jadi tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan.

"Baju pun, biasa-biasa sahaja yang akan disediakan oleh pereka fesyen Pogy dari KL Wedding Ministry. Jemputan tetamu pula saya hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

"Yang penting persiapan kali ini saya lebih tumpukan pada jati diri dan kekuatan iman untuk bergelar isteri semula," tuturnya memetik mStar.

Zizan Nin dah bercerai sebulan lalu.. PANAS!

Pelakon Zizan Nin, 42, mengaku sudah bercerai dengan isterinya, Fazilah Hani Harun, 35, sejak sebulan lalu. Pelakon filem Tanda Putera ini ketika dihubungi berkata, perceraian itu berlaku kerana tiada persefahaman.
"Saya belum bersedia untuk komen lebih lanjut. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan berilah ruang untuk saya berdepan dengan semua ini," katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, dakwaan mengenai Zizan sudah bercerai sudah diperkatakan namun pelakon itu tidak pernah mengesahkannya.

Zizan juga menafikan dia mengelak daripada pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan berhubung perceraiannya itu.
"Saya bukan lari daripada media, cuma dalam kes ini saya tidak boleh komen lebih-lebih. Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita.

"Perkara sudah jadi. Saya reda dengan ketentuan Allah SWT. Siapalah kita ingin melawan takdir," katanya.

Inilah sebab utama mengapa Siti Nordiana naikkan harga persembahannya..

Nama Siti Nordiana aka Nana kini dah mula dikenali ramai apabila dia dinobatkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza 2. Dan kerana itulah, Nana mendapat tawaran untuk melakukan persembahan.

Namun ramai yang berbisik-bisik yang Nana sudah menaikkan harga untuk persembahannya. Bagi Nana, dia ada sebab tersendiri kenapa dan perlu berbuat demikian.

Sekitar malam Bollywood selebriti terkenal (18 gambar)

Sekitar pra perkahwinan Anzalna Nasir (9 gambar)

21Hb Februari ini adalah tarikh penting buat Anzalna Nasir untuk bergelar seorang isteri kepada Hanif. Sebelum itu, Anzalna sempat membuat satu majlis pra perkahwinan bertemakan barbie.

Kenyataan berani mati Amy Search buat Nabila Huda..

Ahad, 14 Februari 2016


Amy Search dengan nada yang serius mengakui ingin ada anak lagi. Dan hasrat itu kemungkinan akan berlaku persaingan sihat diantara anaknya, Nabila Huda yang juga baru berkahwin baru-baru ini.

Hubungan sulit: Isteri skandal Adel AF 2014 akhirnya buat pengakuan...




Beberapa hari lepas kami ada menyiarkan entri mengenai peserta Akademi Fantasia 2014, Adel yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang. Menurut dakwaan itu, mereka intim sehingga keluar masuk hotel’.

Perkara ini dinafikan oleh Adel yang mendakwa cerita keluar masuk hotel dengan teman lelakinya hanya fitnah. Tambah Adel, teman lelakinya mengaku duda semasa perkenalan mereka bermula dan kini dia sedang dalam proses perceraian dengan isterinya.

Isteri teman lelaki Adel yang bernama Hairin, 26, telah tampil kepada kami untuk menceritakan kisah dari pihaknya.

Komen berahsia Julia Ziegler kepada Putri Najuwa (4 gambar)


Isu berbikini Julia Ziegler telah mendapat perhatian orang ramai. Namun akibat daripada itu, Julia juga banyak dihentam oleh nitizen. Dan yang terbaru komen Julia yang cukup 'berahsia' disampaikan terhadap salah seorang akaun yang dikenali sebagai putrinajuwa.

Putri akui dia perasan akan komen-komen yang ditinggalkan Julia di Instagram miliknya.

PEDAS: Jangan poyo! nasihat Hans Isaac kepada artis baru..

Baru-baru ini, tiga penggiat seni telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang ( D.I.M.P) termasuk aktor Hans Isaac yang kini sudah bergelar Dato.

Buat Hans, ia sebagai satu penghargaan buat beliau yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama sekali pihak media dan peminat yang selalu menyokong kariernya.
Apabila saya menerima anugerah tersebut, perkara pertama yang mengamit nostalgia saya ialah arwah bapa saya. Sebelum ini arwah bapa saya turut menerima D.I.M.P.

Dikesempatan ini saya ucapkan terima kasih beribu-ribu kepada peminat saya, pengikut di Instagram dan tidak lupa juga kepada pihak media yang selalu menyokong perkembangan karier saya selama ini.

Paling penting dalam industri seni ialah mereka mesti ada disiplin diri dan jangan poyo. Sejujurnya untuk menjadi seorang selebriti mahupun artis di zaman ini sungguh senang. Ini kerana adanya platform yang tidak terhad berbanding di zaman saya dahulu adalah terhad untuk menonjolkan diri jadi tolonglah hargai dunia seni.