Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gurauan Nabil keterlaluan.. -Alyah

Rabu, 18 November 2015

Alyah mengakui ada gurauan pengacara Nabil Ahmad yang boleh dikatakan keterlaluan apabila kerap mengusik dia dan suaminya, Datuk Ramli MS ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 2 di Astro.

Alyah mengakui belum berkesempatan menonton GV 2 tetapi dia tahu pengacara itu kerap mengusiknya dengan Ramli yang juga juri tetap program terbabit.

Putri Mardiana sah berkhalwat dan dendanya adalah...

Pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.

Turut didenda ialah pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, selepas mengaku salah atas tuduhan sama.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda.

Pasangan itu membayar denda berkenaan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi, 14 Disember 2014. -Bharian

Ibubapa Zahirah Macwilson bercerai?

Memetik portal Murai, ibu Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusoff telah membuat kejutan dimana tertera status 'single mum'.

Jika diikutkan ayah kepada Zahiran, yang juga pelakon dan bekas penyampai berita, Zainol Macwilson hubungannya dengan Maslinda baik-baik sahaja.

Anak RCW dibayar belasan ribu Ringgit untuk drama, anak yang mana satu?

Dengar khabar anak Rozita Che Wan (RCW) dapat tawaran drama dengan bayaran sekitar belasan ribu Ringgit untuk 11 episod.

Bukan anaknya yang dah besar tu, tapi si Aaisyah Dhia Rana yang baru berusia setahun lebih.

Badan Norman Hakim terkini.. WOW (2 gambar)

Selasa, 17 November 2015

Dah makin berjaya dah Norman Hakim untuk memberikan gambaran yang badannya kini seperti ahli bina badan. Terbaru gambar dibawah ini diambil dari blogger Budiey yang menujukkan sesi photo studio bersama Norman.

Bila anak Dato' Jamal Abdilah, Osama berduet bersama (mantap!)

Persembahan Khas Dato' Jamal Abdillah Bersama Anaknya Osama Yamani Dengan Lagu Hingga Tiba Saat Itu. Dah besar dah Osama ni. Suara dia pun tak kalah dengan ayahnya.

Umur 58, pelakon ini masih bergetah.. siapa dia.. (gambar)

Sesiapapun pastinya ingin kelihatan muda walaupun sudah mencecah usia di atas 50 tahun, terutamanya wanita. Walaupun kelihatan mustahil, namun Michelle Yim (58) berjaya melakukannya.

Personaliti Michelle menjadi bualan hangat di media setelah beliau memuat naik gambar-gambar beliau sedang bersantai di tepi kolam dengan mengenakan pakaian renang.

Dalam gambar tersebut, Michelle menunjukkan beliau tetap kelihatan muda dan bahkan kelihatan seperti wanita berusia 30an. Beliau ditanya mengenai gambarnya tersebut, Michelle lantas menganggap pekara itu bukan sesuatu yang menarik dan ia hanya hidup sihat sejak masih muda.

Majlis kesyukuran sambut bayi Fouziah Gous (12 gambar)

-gambar MUHAMMAD ZAMEER

Uqasha Senrose, Remy Ishak bercinta?

Dengar khabar yang Uqasha Senrose kini semakin rapat berhubung dengan pelakon, Remy Ishak. Ini dibuktikan lagi apabila mereka kelihatan duduk bersama dalam satu majlis anugerah baru-baru ini.

Namun bagi Uqasha hubungan itu tidaklah rapat dan mereka bukannya bercinta seperti yang dikhabarkan.
“Eh takde, Uqasha memang berkawan, kawanlah macam biasa. Saya memang berkawan, kawan je. Saya tak tau sebab saya tak tau apa yang jadi pada in future. Tapi for now memang saya berkawan saja”

“Takde pun fikir apa-apa ke takde, saya kawan, jumpa kat event, duduk sekali, nothing serious,” jelas Uqasha

Maya Matahari bakal bercerai? PANAS...

Isnin, 16 November 2015

Inilah berita terkini penyanyi, Maya Matahari mengenai keretakan rumah tangganya dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz. Hingga saat ini selepas dilihat seperti digantung tak bertali, Maya terus mengunci mulut. Maya sebelum ini menjelaskan dia dan suami sudah tidak tinggal sebumbung dan kemelut rumah tangganya sudah lama berlarutan.

"Mengenai masalah peribadi itu, sekarang ia hampir selesai. Sikit saja lagi. Berkemungkinan beberapa hari lagi atau minggu. Saya tunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya. Apa terjadi sebelum atau selepas ini, saya kena pandang ke hadapan," -Maya portal Bharian

Pra-perkahwinan personaliti TV3, Hazlin & Mior Abdul Malek (7 gambar)

Pengacara program 999, Hazlin Hussain, dengan tunangnya yang juga pembaca berita TV3, Mior Abdul Malek Raiyani bakal disatukan pada 12 Disember ini dan memilih Eropah sebagai lokasi bulan madu. -gambar Sixuca Wedding Photography.

Izreen Azminda anggap pengikut IG meroyan sebab.. (video)

Ramai beranggapan yang Izreen Azminda ni meroyan. Namun bagi Izreen apa yang dia lakukan adalah atas cara dan sikap dia yang tersendiri.

Izreen mengulas mengenai pengikut laman sosial yang bertelagah selepas dia memuat naik komen mengenai lakonan Amar Baharin dalam sebuah teater menunjukkan golongan berkenaan sebenarnya meroyan. -video mStar

Benarkah Uqasha Senrose jadi 'call girl' (pelayan kelas atasan)?


Uqasha Senrose buka mulut isu tuduhan jadi pelayan kelas atasan atau call girl
Panas, dengarnya Uqasha Senrose digosipkan menjadi call girl atau pun pelayan kelas atasan selain turut dituduh mengambil dadah.

Menjelaskan perkara berkenaan melalui BH Plus, Uqasha menyifatkan tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu adalah tidak berasas dan bijak menghadapi kontroversi tersebut dengan tenang.

Kereta mewah hadiah Gayatri dipulangkan semula Zul?

Episod putus cinta diantara orang kuat Astro, Gayatri Sue Lin dengan pelakon kacak, Zul Ariffin sudah diketahui minggu lalu.

Namun ada sumber yang memetik laporan Metro Ahad memberitahu, hadiah yang pernah diberikan oleh Gayatri satu masa dahulu sekitar Oktober 2014 iaitu kereta Maserati berharga RM200,000 lebih itu dipulangkan semula oleh Zul baru-baru ini.

Zarina An Joulie dah berkahwin? dengan jejaka... (4 gambar)

Dengar khabar yang pelakon kontroversi, Zarina An Joulie sudah menjadi isteri kepada seorang jejaka yang kini menetap di negara, Brunei (mungkin duda anak 2).

Ini dibuktikan lagi dengan gambar Zarina bertudung yang difahamkan kemungkinan mereka sudah bernikah di Ipoh, Perak. Difahamkan dia juga berharap perkahwinan ini akan merubahnya menjadi wanita yang berguna selepas ini.

Namun belum ada pengakuan daripada Zarina mengenai hal ini, kalau betul, Alhamdulillah..

Komen Ayda Jebat mengenai hubungan Zul-Zahirah

Ahad, 15 November 2015

Nama Ayda Jebat pernah kedengaran mesra bersama Zul Ariffin satu masa dahulu melalui lakonan bersama dalam drama Rindu Awak 200% terdahulu, namuun bagi Ayda, dia tidak mempunyai masalah jika Zul dan Zahirah Macwilson kini menjalin hubungan dan menyifatkan ia adalah hak peribadi pelakon lelaki tersebut.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu kerana ia tiada kena-mengena dengan diri saya. Saya dan Zul hanya mesra di set penggambaran. Malah di luar set ketika sedang melepak, kami bergurau kasar dengan membahasakan diri masing-masing sebagai ‘aku dan kau’”

“Dengan siapa Zul mahu menjalin hubungan, itu adalah hak peribadi dia. Saya bukan siapa-siapa untuk menghalang dia. Ingin ditegaskan, saya dan dia hanya rakan sekerja. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya kepada Kosmo! Online.
Selain itu, Ayda Jebat mendoakan agar Zul dan juga pasangannya baik-baik belaka dan tidak mahu campur tangan di dalam urusan perhubungan mereka berdua.

Syatilla Melvin kini bertudung, tapi benarkan ini sebab dia? (11 gambar)

Pelakon Syatilla Melvin dikhabarkan sudah pun berhijrah memaakai tudung sejak dua minggu lalu. Namun pun begitu ada khbar-khbar negatif dimana penghijrahannya itu bukanlah kerana sudah mempunyai perancangan untuk berumah tangga.

Mira Filzah, Syarul Ridzwan bercinta? ya ke..

Sabtu, 14 November 2015


Pengacara cantik, Mira Filzah digosipkan menjadi punca perpisahan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Bagi Mira dia menafikan dia sebagai punca terhadap gosip berkenaan.

Dulu memang ada kaitan diantara Mira dan Syarul dimana dibuktikan beberapa keping screenshot Twitter tahun 2011 yang mereka saling berhubung. Namun itu semua kisah lama yang bagi Mira tidak perlu lagi diungkit kembali.

Perceraian belum selesai, Ezany bercinta dengan Datin Paduka..

Ezany Nizariff mendedahkan sudah mempunyai kekasih baharu yang dikenali sebagai Datin Paduka K. Walaupun kes perceraiannya masih belum selesai, namun dia perlu memikirkan masa depan dia dan anak-anak.
"Saya perlu akur bahawa saya memerlukan seorang isteri di sisi untuk menjaga saya, menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Alhamdulillah saya ada jumpa seseorang yang berfikiran matang dan memahami saya.

"Dia seorang janda yang mempunyai gelaran Datin Paduka. Saya gelarkan dia Datin Paduka K saja,"

"Saya pun sudah ada seseorang yang saya cintai. Jadi lebih baik kes (perceraian) diselesaikan dengan segera. Cuma itulah, sudah beberapa kali dia tidak hadir ke mahkamah dan saya pun susah untuk menjejakinya," ujar Ezany.

Nora Danish komen pakaian seakan rahib..

Nora Danish mengakui telah melaklukan kesilapan apabila tampil dengan fesyen penyerupai pakaian rahib pada pelancaran tudung jenamanya Owl by Nora Danish pada minggu lalu.

Nora menyedari selepas dia menerima kritikan daripada pengikut di Instagram yang menyifatkan pemakaiannya seperti itu tidak sesuai digayakan.
"Secara jujurnya saya seorang yang berfikiran positif dan tidak sedar tentang gaya saya itu menyerupai rahib seperti yang diperkatakan di laman sosial.

"Namun, saya akui ia adalah kesilapan saya sendiri yang kurang peka, saya yang minta baju dan tudung seperti hoodie tapi bila saya gayakan di pentas, tidak sangka ia kebelakang dan terlihat seperti itu (rahib),

"Ia silap saya dan Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam mengayakan sesuatu fesyen terutamanya apabila bertudung," ujarnya kepada mStar Online

Sah Dato' Siti Nurhaliza hamil 2 bulan..

Jumaat, 13 November 2015

Ika Nabella - selain tumbuk, kena tarik rambut dan dibaling dengan...

Sebelum ini pendedahan Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah, Azma Aizal telah menarik orang ramai ingin mengetahui kisah lanjutan daripada kes itu.

Ika yang memetik portal Murai semalam menambah lagi kes kejadian itu dimana Azma telah membalingnya dengan botol air mineral dan menarik rambutnya ketika set pengambaraan.

Buat masa ini kes ini masih lagi dalam siasatan, samada daripada pihak PDRM atau SENIMAN.