Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Punca Emma Maembong tampar Kamal Adli..

Isnin, 19 Oktober 2015


Angin tidak, ribut tidak, tiba-tiba pelakon popular Kamal Adli ditampar Emma Maembong.

Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika pasangan pelakon itu bersiar-siar di sebuah taman rekreasi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut sumber, Emma dikatakan berang dengan gelagat Kamal memerhatikan seorang gadis yang kebetulan berada berhampiran mereka ketika itu.

Sumber berkata, pasangan terbabit pada mulanya dilihat berjalan berdua-duaan sebelum Emma tiba-tiba memarahi Kamal dan terus menampar pelakon itu.

Difahamkan, kejadian itu turut disaksikan orang ramai yang berada di situ dan reaksi agresif Emma nyata mengejutkan mereka.

Menurut sumber, Kamal turut tergamam dengan tindakan Emma dan berdiri kaku tanpa sebarang tindak balas.

Kisah teman tapi mesra pasangan pelakon itu sememangnya bukan lagi rahsia.

Walaupun dilihat semakin terbuka berbicara mengenai hubungan itu, tetapi mereka tidak pernah mengiakan status sebenar sama ada pasangan kekasih atau sebaliknya.

Namun, apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan pelakon drama Jodoh Sebelah Pintu ketika bersiar-siar di taman rekreasi itu tidak mustahil mereka adalah pasangan kekasih.

Malah, reaksi Emma menampar Kamal juga jelas menunjukkan pelakon jelita itu cemburu dengan tindakan Kamal memerhatikan gadis terbabit.

Sementara itu, Kamal ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kejadian itu, manakala Emma pula gagal dihubungi apabila telefon bimbitnya tidak dijawab. -HMetro

Gambar anak terkini Cheryl Samad (18 gambar)

Nama anak Cheryl Samad ni Stella dan usianya kini dah masuk 3 tahun yang lahir pada Oktober 2012. Jom tengok anak kacukan ni. :) -instagram CherylSamad

Almy Nadia bengang gara-gara komen ini.. (4 gambar)


Baru-baru ini Almy Nadia agak sentap dengan satu komen yang menyuruhnya agar ikut penampilan d pelakon Che Ta. Nak kata kasihan memanglah kasihan, tetapi diharap Almy Nadia jangan ambil pusing komen-komen di Instagram. Tidak semua hanya pujian semata-mata. Namun tidak semua kritikan membina menandakan mereka haters. Tetapi iyalah kalau tidak dibalas komen tersebut, hati mungkin tidak tenang selagi tidak pertahankan diri. 

Kalau dilihat mungkin juga Almy agak tertekan dan terkesan (Almy tidak mengaku malah mengatakan dia sangat gembira) dengan isu-isu yang timbul melibatkan dirinya baru-baru ini. Bermula dengan kutukan terhadap berat badannya diikuti oleh kes kantoi WeChat suaminya, pelakon Fizz Fairuz. Sekarang ada yang membandingkan penampilan Almy dengan Ratu Show Off Che Ta. Siapa pun akan pasti terasa hati melainkan mereka yang benar-benar kental sahaja. -Sumber Forum Cari

Mila Jirin sudah edarkan kad perkahwinan, akan berkahwin pada..

Mila Jirin sudah mengedarkan kad perkahwinannya beberapa hari lalu. Mila memilih tarikh 11 November ini untuk bergelar isteri kepada Isz Mustapha.

Majlis penuh makna itu akan dilangsungkan di Masjid Husna, Pusat Bandar Puchong, Selangor.

“Semua rancangan perkahwinan saya lakukan sendiri dan mengikut apa yang saya mahu. Cuma ada sedikit idea yang diberikan oleh keluarga. Namun keseluruhannya adalah seperti yang saya idamkan.

“Saya tidak mengambil sebarang tajaan kerana bimbang akan timbul masalah kemudian hari. Jadi gunakan khidmat katering dan pakej perkahwinan sendiri sahaja. Inilah masa untuk saya perkenalkan perniagaan dan juga tanda saya yakin dengan perkhidmatan syarikat sendiri.

“Sememangnya sebagai seorang wanita, rasa tidak sabar untuk segera bernikah. Namun dalam masa yang sama pelbagai perkara yang bermain di fikiran terutama tentang bagaimana situasi selepas bergelar isteri nanti.

“Kami telah kenal lama dan sejak tiga tahun lalu barulah mula rapat dan serius merancang masa depan. Selepas sasaran untuk stabil dalam perniagaan tercapai, kami rasa ini masa terbaik untuk berumah tangga,” Mila memetik ManggaOnline.

Beli vape RM45k mampu, nafkah anak tak mampu?

Pasti korang sangka ini kes Rita Rudaini dan Aidil Zafuan kan. Bukanlah, ini cerita mengenai Dato' Ac Mizal dengan bekas isterinya dahulu.

Berikutan dengan pembidaan sebuah alat rokok elektronik vape sehingga mencecah RM45,000 oleh Dato' Ac Mizal pada satu majlis amal VapeFaest 2015 yang berlangsung baru-baru ini, hasil jualan akan disumbangkan.

Rita Rudaini mahu kurangkan berlakon, mahu tukar jadi..

Ahad, 18 Oktober 2015

Buat pertama kalinya kalau tidak silap, Rita Rudaini kini beralih arah dari bidang lakonan ke bidang personaliti TV aka pengacara.

Program itu akan diterbitkan sendiri berunsur segmen wanita dengan kerjasama pihak ASTRO. Program belum lagi ada nama, namun menggunakan 'emansipasi' sebagai salah satu tajuk yang berkaitan dengan statusnya kini, ibu tunggal.
"rogram ini memang tercetus daripada pengalaman saya melalui rumah tangga.

"Saya sendiri pernah lemah semangat, hati hancur kerana bukan senang untuk bangkit semula meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal. Saya sendiri terpaksa melalui prosiding mahkamah mendapatkan hak dan keadilan diri. "katanya kepada BHOnline.

Sebab Elfaeza Ul Haq kini bertudung penuh (7 gambar)

Alhamdulillah, pelakon Elfaeza Ul Haq yang juga pelakon drama Adam dan Hawa kini dah bertudung penuh. Hidayah sudah sampai kepada dirinya, semoga istiqamah dengan apa yang dilakukan.

Adiba Yunus bercinta dengan adik Johan Asari?

Sabtu, 17 Oktober 2015


Adiba Yunus menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Hazwan As'ari yang juga adik kepada Johan As'ari.

Adiba bagaimanapun tidak menafikan mereka saling mengenali dan hubungan mereka sekadar teman biasa.

Shah Rukh Khan bergelar Doktor (10 gambar)

Tahniah kepada pelakon dan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang telah menerima Phd, Doktor Falsafah yang bergelar doktor dari The University of Edinburgh, United Kingdom pada hujung minggu lalu.

Tak layak menang sebab dari Singapura, ini komen Sufi AF

Jumaat, 16 Oktober 2015


Respon Sufi AF2015 Bila Ramai Pertikaikan Kemenangannya
Pasti anda tahu tentang luahan tidak puas hati Michael Ang akan keputusan tersebut sehingga mencetuskan berita panas apabila pengetua AF2015, Edry KRU yang membalas balik kenyataan Michael yang menegaskan pengarah itu tidak berhak memberikan pendapat kerana tidak relevan dalam bidang muzik memetik Murai.

Sufi turut tampil untuk memberikan respon mengenai hal itu menerusi portal Murai dimana dia sama sekali tidak kisah jika kemenangan beliau dipertikaikan.
Bercakap mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana saya berasal dari Singapura, saya tak kisah. Saya tak rasa apa-apa.

Semuanya bergantung kepada rezeki. Sejujurnya, saya langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.

Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah menjadi satu bonus buat diri saya. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun saya sangat bersyukur atas rezeki yang diberikan. -Sufi AF

Nazim Othman vs Nazim Othman! apa cerita? (4 gambar)

Nazim Othman bakal membuat satu pementasan teater bertajuk Seyogia pada November dan Disember ini bertempat di Blackbox@Publika & Nusajaya, Johor Baharu.

Namun Nazim Othman yang dimaksudkan ini bukan pelakon yang popular itu, cuma nama mereka sama. Jadi poster yang tertera nama Nazim Othman itu adalah orang lain yang melakonkan watak di teater itu.

Ramai sebenarnya keliru mengenai hal ini. Namun buat empunya nama Nazim Othman yang bakal melakonkan watak teater itu tampil membuat penjelasannya dan permohonan maaf kepada peminat pelakon Nazim Othman agar orang ramai dapat tahu mengenai hal ini.

Pengurus pelakon Nazim Othman sudah menghubungi pihak produksi teater ini untuk mendapat penjelasan.

Jadi kesimpulannya, nama sama tapi orangnya lain. Lepas ni susah lah nak sebut nama mereka kalau bertembung. Haha.

Edisi lawak pecah perut, bila gambar selebriti di edit (28 gambar)

Penggunaan photoshop lah katakan..

Aksi sempoi Mamat Khalid, MB Zambry (5 gambar)

Pengarah Mamat Khalid semalam telah mengunjungi rumah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir. Paling unik mereka makan malam mee rebus sambil bersila di meja ruang tamu.

Memang sempoi dan bersahaja aksi mereka berdua, takde protokol sangat.

Raja Ilya dedah siapa kekasih dia sebenarnya..

Khamis, 15 Oktober 2015

Pelakon jelitawan, Raja Ilya mengakui dia dengan Syafie Naswip hanya lah kawan biasa seperti adik dan kakak serta ada juga timbul gosip mereka bercinta adalah tidak benar sekali.

Ilya mengakui dirinya kini sudah berpunya, dan jejaka bertuah itu adalah seorang yang berketurunan Mat Salleh yang menetap di Perth, Australia memetik portal ManggaOnline.
“Saya rasa itu gosip paling kelakar. Saya dan Syafie bila baca gosip tersebut, kami gelak besar. Saya dan dia dah macam adik dengan kakak,”

“Dia ada perniagaan sendiri di sana dan di masa lapang turut menjadi model sambilan. Kami mula bercinta awal tahun ini.

“Saya boleh katakan ini hubungan cinta jarak jauh kerana dia di Perth sedangkan saya di sini. Pasal kahwin belum fikir lagi. Untuk hubungan ini saya dan dia go with the flow. Belum ada perancangan serius tentang kahwin.

“Dia sibuk dengan urusan kerjanya di sana. Begitu juga saya. Dia bukan beragama Islam, namun keluarga kami sudah tahu hubungan cinta ini. Saya pula minta masa daripada dia sebelum fikir serius ke fasa seterusnya.

“Dia pula tidak mendesak dan sangat memahami. Walaupun saya sudah 30 tahun dan dia 34 tahun, kami tidak terburu-buru bincang soal kahwin.

“Semuanya saya serah pada takdir. Andai kuat jodoh saya dengan dia, akan adalah nanti. Doakan sajalah,” jelas Ilya.

Punca sebenar Siti Nordiana belum lagi mahu berkahwin.. (9 gambar)


Sudah 6 tahun menjadi 'single mother' tapi buat Siti Nordiana atau Nana rasanya belum lagi masanya untuk berkahwin buat kali ke-2.

Nana yang kini berusia 31 tahun mengakui hal itu kerana risau jika anak kandung dan sulungnya, Ryyan Nakhaie yang kini berusia 7 tahun tersisih.

Salma Mentor selamat melahirkan anak (gambar bayi)

Tahniah diucapkan kepada pasangan program realiti, Azri AF dan Salma Mentor yang selamat menimang cahaya sulung mereka semalam.

Anak berjantina perempuan seberat 4.1kg tu dilahirkan pada jam 9.30 malam secara pemebedahan di Hospital Serdang.

Sebab anak Harun Salim terkilan dengan ibu tiri..


Anak Sulung Harun Salim Bachik Rasa Terkilan Dengan Ibu Tiri

Anak sulung lelaki Allahyarham Harun Salim Bachik, Syafiqmeluahkan rasa terkilan apabila isteri kedua arwah yang juga ibu tiri Syafiq meluah perasaan di program Melodi Ahad lalu.

Syafiq melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya itu mengalami kesukaran hidup melalui Melodi sebelum ini.

Ibu tirinya itu (Suriati) mengadu tiada yang datang membantu setelah pemergian Harun, tetapi hanya dibantu Afdlin Shauki.

Syafiq berkata sepatutnya sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan dengan keluarga terlebih dahulu bukannya mendedahkan dengan orang luar.

Ini komen Syafiq:
“Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki),”

“Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?”

“Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti,”
Syafiq menambah dia akan cuba sekali lagi untuk merapatkan hubungan keluarganya dengan ibu tirinya itu selain mahu orang ramai ingat arwah ayahnya sebagai seniman yang dihormati bukannya dengan isu masalah keluarga.

Harun Salim Bachik berkahwin dengan Martinah Ahmad (isteri pertama) dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.

Selepas bercerai, Harun Salim Bachik kemudian berkahwin pula dengan Suriati Mohd Noor (isteri kedua) dan pasangan itu mendapat dua anak.

Syafiq juga mengaggap dua orang adik tirinya itu sebagai darah daging sendiri.

Atikah Suhaimie, Ammar Alfian terlibat video lucah?

Dengar khabar yang pelakon Atikah Suhaimie dan Ammar Alfian terlibat dalam satu gosip dimana mereka berdua terlibat dalam video lucah dan juga kelibat model, Idris Khan.

Namun buat Ammar dan Atikah, mereka berdua menafikan sekeras-kerasnya gosip video lucah itu, dan menyifatkannya sebagai melampau.
“Saya terkejut apabila diberitahu mempunyai video lucah bersama dua pelakon iaitu Atikah dan Idris. Benda itu tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana disebabkan gosip itu, saya kehilangan tawaran berlakon apabila produser tidak mahu mengambil risiko,” jelasnya melalui B*Pop, akhbar sisipan mingguan Berita Harian.
“Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya juga tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul? Kami memang berkawan baik kerana sama-sama berlakon dalam drama bersiri, Puteri Gunung Ledang. Mungkin orang tengok kami rapat dan mesra”

“Disebabkan itu, mereka mula menyangka yang bukan-bukan, malah mengaitkan saya dan Ammar bercinta,” -Atikah

Anzalna Nasir tak nak bertunang! tapi..

Selasa, 13 Oktober 2015

4 tahun bercinta adalah tempoh yang panjang buat pasangan bercinta terutama Anzalna Nasir dengan kekasihnya Hanif Zaki.

Bagi Anzalna sudah tiba masanya dia dan Hanif bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dimana mereka merancang untuk berkahwin awal tahun hadapan.

Tapi Anzalna engga bertunang sewajarnya cukuplah 4 tahun sudah mengenali hati budi masing-masing dan berkahwin adalah jalan terbaik buat itu.
“Memang debaran itu ada tetapi saya hadapinya dengan tenang. Nak berkahwin bukan satu perkara yang mudah tetapi Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan baik.

“Buat masa ini biarlah saya merahsiakan dahulu tarikh pernikahan kami. Yang penting akan berlangsung pada awal tahun depan.

“Siapa yang tak gembira mahu berkahwin tetapi yang lebih utama saya mahu majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan manis yang diingati sampai ke akhir hayat,”

“Orang kata kalau bertunang dugaannya semakin kuat. Hal kecil pun boleh menjadi besar kalau tak kena gaya. “Untungnya kami tidak menjalani proses pertunangan dan hanya menjalaninya sebelum majlis pernikahan nanti.

“Lagi satu dalam fasa sebelum menjelang hari besar itu saya dan Hanif sudah jarang berjumpa. Sebab itu antara kami tak ada masalah dan semuanya berjalan dengan baik,” kata Anzalna memeti portal Utusan.

Ibu Adira sedih sebab orang komen gambar ni..

Ada sekeping gambar (Adira berpakaian jubah sambil menaiki skuter roda elektrik) yang dimuatnaik oleh Adira baru-baru ini mendapat ejekan melampau daripada pengikutnya. Di laman Instagram milik Adira, ada yang mengatakan wajah Adira seperti putih hantu walaupun dalam nada bergurau.

Buat Adira ianya sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana ibunya, Rujinah terguris hati dengan gurauan seperti itu.
"Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu.

"Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram,"

"Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak... mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu," Adira petikan mStar.

Shukri Yahaya bakal berkahwin 20 Nov ini (4 gambar tunang)

Shukri Yahaya bakal berkahwin pada 20 November bulan depan dengan tunangnya, Tya Adnan. Mereka sebelum ini bertunang selama 2 tahun.

Dan kini persiapan perkahwinan mereka sudah hampir 90% siap memetik portal Murai.

Michael Ang kritik AF!, ini jawapan pedas Edry..

Pengarah filem/drama, Michael Ang telah mengkritik dan kurang senang pada malam akhir Akademi Fantasia (AF) di laman sosial Twitter miliknya dimana kemenangan pelajar Sufi dan pemilihan lagu ada kaitan dengan KRU Music.

Ramai juga yang difahamkan menghentam balik kenyataan Michael namun buat Michael dia membuat kenyataan itu sebagai gurauan.

Bagi penetua AF, Edry Abdul Halim menganggap kenyataan Michael itu tidak relevan kerana Michael bukan dari aliran orang muzik.
“Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.

“Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka," -sindir Edry memetik portal HarianMetro semalam