Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Yazer, Ekin timang anak pertama (gambar baby)

Khamis, 17 September 2015

Tahniah untuk Yazer dan Ekin yang telah menimang cahaya mata pertama mereka, 15 September lalu. Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh pelakon, Marsha Milan di akaun Instagram miliknya.

Aidil Zafuan bayar kepada Rita Rudaini, RM500 untuk..

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan Abd Radzak membayar RM500 sebagai kos selepas gagal hadir pada prosiding mahkamah pada Jumaat lalu.

Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang memohon agar Aidil dikenakan kos kehadiran.

Tahniah Ashraf Muslim timang anak ke-2. (gambar)

Isteri kedua pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi, selamat melahirkan anak kedua pada pukul 1 pagi, 14 September lalu.

Ashraf menerusi akaun Instagramnya semalam melahirkan perasaan lega apabila isterinya selamat melahirkan bayi lelaki:
Alhamdulillah dan syukur pada Allah swt kerana pada tarikh 14 Sept 2015 jam 1 pagi.. Lega hati ini bila Isteriku Sakinah berjaya melahirkan seorang baby boy yg sangat comel. Alhamdulillah ibu dan anak dalam keadaan sihat serta baik belaka. Terima kasih sgt2 pada Allah kerana kurniakan lagi ahli dalam keluarga Ashraf. Rasa sedih dan happy sgt2 bila kita dapat rasa Allah sentiasa bersama2 dgn kita. Terima kasih yg tak terhingga kepada isteriku Dayana kerana sentiasa bersama2 kami n turn awak bulan Disember plak yer.. dan juga terima kasih kpd ahli keluarga kami dan sahabat2 kami yg sentiasa menyokong kami. Dan tak lupa kepada warga Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur kerana byk membantu dan memberi layanan yg baik kepada kami sekeluarga. Tak lupa mereka yg berada di Labour room malam itu.. Tq so much terutamanya Dr Ain dan akak nurse yg handle kami. Cukup lemah lembut dan sopan. Kalau ada salah silap dari kami, kami mohon maaf dan terima kasih semua. Doakan yg baik2 utk kami sekeluarga dan utk baby kami. InsyaAllah... Assalamualaikum." -Ashraf

Sekitar baby shower Erin Malek (9 gambar)

Rabu, 16 September 2015


Sekitar Majlis Baby Shower Erin Malek

Tahniah!, Lisa Surihani selamat bersalin (gambar)

Tahniah kepada pasangan selebriti suami isteri, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry yang telah meninamg seorang bayi berjantina perempuan pada jam 11:44 malam, 15 September semalam.

Butir-butir lain mengenai bayi berkenaan masih belum lagi didedahkan. Doakan semuanya dalam keadaan selamat dan stabil. :)

Farah Diana selamat melahirkan anak ke-2 (5 gambar)

Selasa, 15 September 2015

Tahniah kepada Farah Diana Anuar yang selamat bersalin anak ke-2 nya secara norman semalam kira-kira jam 9.30 pagi di Island Hospital dekat Pulau Pinang.

Bayi seberat 3.45kg berjantina perempuan itu belum diberikan nama lagi.

Ini ke kekasih baharu Dynas Mokhtar? muda orangnya..

Dengarnya Dynas Mokhtar kini diketahui sedang mengenali lelaki yang dikenali dengan huruf pangkal S berusia sekitar 33 tahun. Malah di laman Instagram, Dynas juga tak lokek berkongsi gambarnya dengan jejaka kacak itu. Saat ini juga Dynas dan S begitu terbuka berkongsi hubungan mereka di laman sosial.

Eina Azman kena tangkap khalwat? ini komen dia..

Beberapa hari lalu ada berita yang menyebutkan seorang pelakon tempatan ditangkap khalwat. Dan yang menjadi sasaran nitizen adalah pelakon Eina Azman.

Namun buat Eina, ianya sebuah fitnah yang mahu dilemparkan kepada nya dan dia serta suaminya hanya gelak sakan menerima khabar angin itu.
“Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar. Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH. Bertaubat la. Tiada yang sempurna,” jelas Eina sendiri di Instagram

Sekitar resepsi Raja Farah (17 gambar)

PANAS! Che Ta nekad keluar juri AF serta merta!, sebab..

Panas!, dengarnya Rozita Che Wan aka Che Ta dengan nekad tak nak teruskan lagi sebagai juri tetap Akademi Fantasia 2015 (AF 20015) untuk minggu mendatang.

Menurut laporan Hmetro, ini disebabkan pengetua AF2015, Edry Abdul Halim tidak berpuas hati dengan kritikan Che Ta kepada pelajar AF pada malam hujung lalu.

Engku Aleesya terkini.. cukup bahagia.. (11 gambar)

Isnin, 14 September 2015

Bahagianya melihat Engku Aleesya ni kan. Walaupun Engku Emran dan Erra Fazira bukan lagi suami isteri, tapi Aleesya dapat kebahagian kedua ibu bapanya ini seperti biasa.

Apa-apa pun doakan mereka boleh berbahagia semula kelakan. :) -instagram ErraFazira | iamkumbre

Sekitar pernikahan, persandingan Bollywood Kodi Rasheed (10 gambar)

Pelakon filem Ophilia, Kodi Rasheed, 25, selamat dinikahkan dengan Nor Fatihah Mahad, 27, di kediaman wanita tersebut di Selayang, pada 31 Ogos lalu.

Pada majlis persandingan semalam bertemakan Bollywood itu, pasangan pengantin mengayakan baju kuning cair dan merah dengan bertemakan perkahwinan Bollywood.

Selain itu, beberapa artis turut hadir pada majlis tersebut antaranya pelakon Que Haidar, Izara Aishah, Sharifah Shahora dan Lia Natalia. -mStar

Neelofar tiru Sugarscraf? makin panas bila Neelofar pula tak.....

Dkhabarkan yang tudung Neelofar Hijab telah meniru tudung buatan ID Sugarscraf. Tambahan lagi, pemilik tudung berkenaan telah berhubung dan memberi amaran tapi pihak Neelofar, namun Neelofar masih membisu dan meneruskan peniruan design itu.

Sebelum ini Neelofar tidak senang duduk jika ada orang meniru hasil kerjanya, namun ini pula sebaliknya. Tak dipastikan lagi samaada cerita ini benar atau tidak, tunggu Neelofa sendiri yang ulas ye.

Bila Dato Siti, Tun M berduet menyanyi.. Mantap!! (video)

Siti Nurhaliza Tun Mahathir berada di atas satu pentas dan menyanyikan lagu bersama. Mereka berdua, Tun M dan juga Siti telah hadir pada satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, 11 September lalu.

Nazim Othman dedah wanita misteri jadi isterinya.. (gambar)

Akhirnya Nazim Othman mendedahkan wanita yang selama ini menjadi misteri siapa sebenarnya dia dan yang kini sudah bergelar isteri kepada Nazim.

Dia adalah Nedlyn Nazlan. Namun berita kad undangan yang dikatakan perkahwinan itu adalah gimik untuk sebuah filem web pendek.

Dan Nedlyn adalah salah seorang pelakonnya.

Bila jerebu melanda, ini Chef Wan buat dengan duitnya... Hoho..

Ahad, 13 September 2015


Chef Wan Lari Ke Australia Akibat Tak Tahan Jerebu

Chef Wan akui yang dirinya kini terjejas kesihatan akibat kesan jerebu yang melanda negara. Selsema, batuk dan sakit tekak menyebabkan Chef Wan terus ‘lari’ ke Australia.

GLAD TO GET AWAY FROM THE HAZE AS I AM STARTING TO FEEL ABIT OF A SORE THROAT.

Sekitar majlis pernikahan Haziq AF4 (62 gambar)

Haziq Rosebi AF4 sah bergelar suami kepada Maisarah Mohd Sidki pada majlis ijab kabul di rumah pengantin perempuan di Taman Setiawangsa, Jumaat, 11 September.

Haziq menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin perempuan. Keesokan hari mereka akan bersanding di sebuah dewan di Taman Melawati.

Pasangan ini akan diraikan sekali lagi pada 7 November hadapan di kampung halaman Haziq di Melaka. -Bharian

Linda Rafah, Aiman sah bercerai.. ini punca dia..

Sabtu, 12 September 2015

Linda Rafar akhirnya muncul di Mahkamah Rendah Syariah semalam untuk menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai pada Jumaat.

Linda tiba di kaunter pejabat pendaftar mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi ditemani oleh tiga kenalannya.

Terdahulu, Linda memberitahu akan hadir ke mahkamah pada Rabu lalu namun gagal menghadirkan diri kerana tidak sihat.

Linda mendedahkan suaminya, Syed Aiman melafazkan cerai terhadapnya di kediaman mereka di sini kira-kira pukul 7.30 pagi Selasa lalu.

Gambar bogel Rozita Che Wan?

Jumaat, 11 September 2015

Rozita Che Wan aka Che Ta menafikan yang dia bergambar bogel. Dan Che Ta tidak terkejut akan gambar berkenaan memandangkan dia yakin ianya adalah hasil edit photoshop teknik superimpose atau kembarnya yang lain yang berada di luar negara.

Malahan Zain Saidin juga berasa amat lucu dengan kreativiti peminat isterinya yang sanggup mengubah kepada bentuk sebegitu.

Erin Malek sudah bersalin?

Ekoran tersebar gambar bayi kembar yang bertulis tahniah Erin Malek atas kelahiran bayi, ramai yang mengucapkan tahniah

kepadanya selain dihubungi rakan wartawan. Setakat ini, Erin bagaimanapun menafikan perkara itu itu.
"Saya belum bersalin lagi. Anak dalam kandungan ini lambat lagi keluar," kata Erin ringkas sekali gus menafikan yang dia sudah bersalin. -Bharian

“Nanti kita bershopping atas katil k” - Abby Abadi punya laki (4 gambar)

Abby Abadi walaupun popularitinya di dunia anak seni semakin merundum tapi di laman sosial, dia adalah selebriti yang selalu mendapat perhatian.

Memang agak romantik juga ayatnya kepada suami baharunya, Muhammad Faizal Zakari. Baru-baru ini Abby ada post satu caption yang berbunyi.

Terima Kasih Kerana Sudi Menerima Saya & Menjadi Teman Saya Yang Setia Setiap Saat

Suaminya membalas dengan balasan ini.

“Balik nanti kita shopping atas katil k”

Sweet kan..

Nurul diganggu mesej berunsur seks! PANAS (5 gambar)


Baru-baru ini Nurul ada mendedahkan bahawa dia menerima gangguan seksual oleh pengikutnya melalui kiriman emel dengan mesej-mesej lucah.

Menurutnya, ini bukan pertama kali Nurul mendapat mesej sedemikian sehingga suaminya telah memberi amaran kepada pengikutnya tersebut namun ia tidak memberi apa-apa kesan.

Memang agak melampau apa yang dikirim oleh “Jaha Lat” ni, wanita manalah yang tak rasa rimas dan bimbang bila dapat mesej yang begitu rupa, lebih-lebih lagi bila dah jadi isteri dan ibu.

Namun begitu, ada peminat yang menganggap mesej itu tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada umum dan menganggap bahawa ia seolah-olah mengaibkan diri sendiri.

Nurul juga telah membalas komen itu..