Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jangan terkejut berapa buah kereta musnah di Fast 7!

Jumaat, 17 April 2015

Kepada sesiapa yang telah menonton filem aksi popular, Fast & Furious 7 pasti mengagumi aksi yang dipaparkan dalam filem berkenaan.

Untuk menjayakan setiap aksi yang dipaparkan dalam filem ini, lebih daripada 230 buah kereta musnah sepanjang penggambaran.

Menurut penyelaras kereta untuk filem Fast & Furious, Dennis McCharty, beratus-ratus kenderaan rosak semasa menjalankan penggambaran filem ini dan 230 buah kereta untuk Fast & Furious 7. -MediaHiburan
"Untuk babak aksi di pergunungan Monarch Pass, Colorado lebih 40 kenderaan musnah semata-mata untuk menjayakan babak berkenaan.

Setiap kenderaan yang rosak semasa menjalani penggambaran filem berkenaan akan dilupuskan untuk mengelakkan sesiapa daripada membaiki dan ditimpa kemalangan akibat menggunakan kereta yang telah rosak.

Tambahnya lagi, setiap krew penggambaran perlu mengikuti protokol khas yang ditetapkan, mendokumentasikan setiap kereta yang rosak untuk tujuan akuan dan liabiliti.

Inikah kekasih hati Zizan Razak?

Ini bukanlah gambar wanita yang dimaksudkan Zizan sebelum dimana dia akan berkahwin dengan gadis dari Terengganu tidak lama lagi.

Gambar minum petang itu dibuat sempena sambutan ulang tahunnya ke-31 dekat kampung halamannya. Turut kelihatan adalah pengurusnya, Ashraf Rahman dan ibu Zizan.

"Bukan, itu kekasih abang saya (gadis bertudung sebelah Zizan)"

"Selepas beberapa hari bertemu, saya terus bawa si dia bertemu dengan ibu bapa. Saya tanya ibu, dia cakap okay. Saya tanya Abah, dia berkenan sangat. Jadi, saya rasa tiada apa yang harus saya tunggu lagi," -Zizan petikan Bpop

Aksi panas Remy Ishak, Izara Aishah

Bukan main lagi babak Remy Ishak dan Izara Aishah untuk filem Pilot Cafe. Salah satu babaknya adalah aksi mereka berasmara di tepi pantai. Filem arahan pengarah Osman Ali diadaptasi melalui novel Ahadiat Akashah.

Wow gambar Norman Hakim dengan anaknya (2 gambar)

Bukan main ko jah badan abang Norman Hakim sekarang ni, gagah perkasa berderau darah hidung tengok. Siap abadikan gambar bersama anaknya yang baru lahir lagi tu. -gambar camoraarts.com

Sekitar majlis harijadi ke-2 anak sulung Fasha Sandha (6 gambar)


Baru-baru ini anak kesayangan sulung Fasha Sandha, Putra Rayfal telah mengadakan majlis ulangtahunnya yang ke-2 tahun dengan tema Transfomers. -gambar camoraarts.com

Tasha Shila dedah wajah pengkriti pakaiannya tak ikut syariat!

Khamis, 16 April 2015

Dengarnya Tasha Shila hilang sabar akibat pengikutnya di Instagram telah menegur cara pemakaiannya. Bahkan paling sadis, Tasha mendedahkan wajah yang menegurnya dengan nasihat dimana cara Tashamenjalani hidup terutamanya dalam bab pemakaian yang tidak mengikut lunas Islam.

Remy ishak sudah bertunang? ini komen dia..

Desas desus mengatakan yang Remy Ishak sudah bertunang secara senyap. Ini berikutkan ada satu majlis pertunangan yang telah diadakan baru-baru ini.

Remy mengakui hal itu namun menafikan bukan dia yang bertunang tapi adik bongsunya yang bakal berkahwin pada September nanti.
"Gosip itu hanya salah faham sahaja. Saya tidak bertunang secara senyap-senyap seperti dikatakan sebaliknya adik bongsu saya yang bertunang.

"Perkara itu menjadi heboh selepas ada pengikut Instagram saya mengucapkan tahniah kepada saya di bahagian komen tanpa mengetahui fakta sebenar dan seterusnya menjadi viral,"

"Selesaikan adik-beradik dahulu dan baharulah saya fikir tentang diri sendiri kerana tanggungjawab keluarga itu ada pada saya dan kami bukannya orang senang.

"Alhamdulillah semua sudah berkahwin dan seorang lagi bakal disatukan pada September ini dan selepas itu baharulah saya fokus kepada diri sendiri pula," akui Remy yang masih belum ada kekasih. Petikan portal mStar

Abby : kahwin dengan Norman bukan atas dasar cinta!

Agak pelik kenyataan yang dikeluarkan oleh Abby Abadi di dalam laman sosial miliknya beberapa hari lalu. Katanya dia berkahwin dengan Norman Hakim bukan sebab cinta.

Sepertinya ada rahsia yang ingin Abby sampaikan sehinggakan ramai yang geleng kepala dengan tindakan Abby ini. Paling panas lagi apabila dia bakal berkongsi bukti bergambar jika Norman bersetuju dengan hasratnya itu.

Wallahualam. kena hack kot laman sosial Abby ni. kuikui

Cincin merisik? ini komen Fara Fauzana..

Rabu, 15 April 2015

Dengarnya Fara Fauzana memakai cincin dan cincin berkenaan menjadi bahan guraun di Hot FM Am Krew pagi Isnin lalu dimana cincin berkenaan dikatakan cincin merisik.

Namun jelas Fara, cincin berkenaan dibelinya sendiri dan tiada kena mengena perancngannya untuk mendirikan rumahtangga lagi.
"Itu cuma usikan nakal rakan-rakan di Hot FM berikutan usikan Awal Ashaari di program hiburan Melodi semalam (Ahad).

"Rakan-rakan penyampai radio di sini sememangnya sentiasa mencari peluang untuk mengenakan saya, jadi pagi ini saya terkena.

"Saya harap tiada pihak yang keliru atau salah sangka pula yer," -Fara petikan portal mStar

Zizan nafi kahwin bulan Jun ini tapi...

Berita yang Zizan akan berkahwin dengan gadis kampung asal Terengganu pada bulan Jun ini adalah tidak benar, namun tidak dinafikan Zizan akan mengakhiri zaman bujangnya tahun ini jika jodoh menyeru.

Buat masa ini, Zizan enggan mendedahkan identiti gadis misteri berkenaan yang bukan dari golongan anak seni.
“Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu lagi pada bulan Jun seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab saya dan dia baru sebulan saja kenal,”

“Terkejut sangat bila baca laporan yang kononnya saya akan berkahwin pada Jun hadapan. Padahal saya baru sahaja hendak balik kampung dan berbincang dengan orang tua terlebih dulu,”

“Kalau sudah berjumpa dan berbincang nanti, barulah saya berani sahkan tarikh yang sesuai. Insya-Allah, jika semua berjalan lancar memang tahun ini sebab saya pun bukan makin muda, cuma bulan itu tak pasti lagi bila,” -Zizan petikan hMetro

Jep Sepahtu sambut harijadi dengan..... (4 gambar)


Jep Sambut Hari Jadi Bersama Kekasih
Jep Sepahtu mengakui bahawa pelakon cantik, Nazeera Sardi ini merupakan wanita yang paling rapat dengannya namun masih menafikan yang mereka sebagai kekasih hati. Baru-baru ini mereka menyambut ulang tahun Jep di satu lokasi yang tidak diketahui.

Punca Amyza Aznan enggan hamil lagi..

Dengar khabar yang Amyza Aznan kini enggan mengandung lagi. Dia membuat keputusan itu untuk mengikut rakan artisnya yang lain seperti Ziana Zain.

Amyza kini sudah mempunyai 3 cahaya mata lelaki. Dan pernah mengalami keguguran sebelum hamil anak ke-3. Jadi buat masa ini, hanya memfokuskan untuk membesarkan ketiga-tiga anaknya ini.
"Janji sudah lebih daripada dua orang anak. Alhamdulillah, tak kira lelaki atau perempuan, semua itu amanah Tuhan. Jadi memang saya sudah 'tutup kilang'... tak mahu mengandung lagi.

"Biarlah sekarang tumpuan saya membesarkan anak dan menjaga rumah tangga," -Amyza petikan Bharian

SMS cerai buat Rita tekanan dan menderita

Ush.. Masih tak selesai lagi kes Rita Rudaini dengan bekas suaminya Aidil Zafuan. Terbaru yang Rita mengalami tekanan perasaan dan penderitaan batin akibat SMS perceraian oleh Aidil.

Memetik laporan Kosmo!, ini disebabkan kes perceraiannya itu tersebar luas dan Rita terpaksa menaggung aib dan kerjayanya juga merundung tiada tawaran.
“Saya malu dengan masyarakat sehingga takut untuk keluar rumah. Saya juga mengalami tekanan perasaan kerana ditinggalkan seorang diri bersama dua anak yang masih kecil.

“Namun semangat untuk mempertahankan hak anak-anak saya menguatkan diri dengan mengatasi gangguan emosi tersebut,” kata pelakon itu ketika disoal balas peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd. Zain.

Rita Rudaini memberi keterangan sedemikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM300,000 pelakon itu di hadapan Hakim Mawardi Che Wan di Mahkamah Tinggi Syariah baru-baru ini.

Isu berpakaian seksi Diana Danielle, ini komen Farid Kamil..

Selasa, 14 April 2015

Suami Diana Danielle, Farid Kamil kini tampil untuk mengakui agak terkilan dengan apa yang terjadi kepada isterinya itu akibat daripada babak seksinya dalam beberapa buah majalah antarabangsa yang sudah beredar beberapa minggu lalu.

Sebagai suami, rasanya ramai yang menyalahkan Farid dalam hal ini kerana gagal membimbing isterinya itu. Buat Farid tanggungjawab sebenar berada di bawah pihak pengurusannya iaitu Prokuya Studio yang dimiliki oleh adiknya Fadzil Zahari.
"Saya tidak mahu komen tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi kami, cukuplah saya katakan bahawa saya terkilan dengan kontroversi tersebut.

"Perkara ini seharusnya dijawab oleh pihak pengurusan dia kerana ia adalah di bawah tanggungjawab pengurusan itu,"

"Perkara ini sangat tidak dijangka dan bagi saya dalam perjalanan seseorang untuk menjadi legenda banyak cabaran dan ujian yang harus dilalui," Farid petikan portal mStar

Kilafairy macam barbie doll.. (18 gambar)

Bukan main cantik sekarang ni Kilafairy. Bila bergambar di Instagram miliknya, tak sangaka memukau. Tidak dipastikan samaada menggunakan apps 360 atau memang wajahnya seperti itu.

Nampak seperti barbie doll pun ada.

Awal naik teksi, mahu cari pemandu (4 gambar kenduri)

Selepas mengalami kemalangan jalan raya beberapa minggu lalu, Awal Ashaari telah mengadakan kenduri bacaan doa kesyukuran di Marhaba Restaurant, Publika walaupun kesihatannya belum stabil/pulih sepenuhnya.

Disebabkan itu juga lah, Awal tidak dinasihati untuk memandu bersendirian dan digalakkan untuk mengambil atau mengikuti kenderaan awam. -gambar MediaHiburan

Langgan pelacur Indonesia? ini komen Zizan..

Isu seorang pelawak popular yang dikatakan menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita masih belum terjawab.

Terbaharu, pelawak dimaksudkan dituduh pula melanggan pelacur kelas atasan ketika berada di luar negara.

Menurut sumber, si pelawak yang tidak menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 itu sedang berada di Indonesia atas urusan kerja.

Dia dikatakan telah melakukan perbuatan terkutuk itu apabila masuk ke sebuah kelab eksklusif dari malam sampailah awal pagi!

Selain Tauke Jambu, nama pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak turut terpalit apabila dirinya dituduh sebagai pelawak dimaksudkan.

Namun menerusi temu bual di program Melodi, Zizan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Arni Nazira selamat melahirkan anak (gambar bayi)

Pelakon, Arni Nazira selamat melahirkan anak ke-3 pada 10 April yang lalu. Anak berjantina lelaki itu merupakan hasil perkongsian hidupnya dengan Mohd Hazrie memandangkan dua lagi anaknya sebelum ini adalah hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya, penyanyi, Awie.

Tiada maklumat lanjut mengenai anak ini, namun melihatnya dalam keadaan selamat dan sihat sentiasa.

Inilah kekasih hati 8 tahun Jihan Muse (4 gambar)

Isnin, 13 April 2015

Rupanya Jihan Muse dah ada kekasih. Dan sudah berkenal dan bercinta hampir 8 tahun. Jejaka itu adalah Ungku Hariz Faizal berusia 30 tahun, 2 tahun lebih muda dari Jihan.

Namun penampilan jejaka berkenaan bersama Jihan dalam malam ABPBH yang lalu telah menimbulkan banyak persoalan kerana sebelum ini Jihan tidak pernah berkongsi cerita mengenai kekasihnya itu kepada umum.

Punca Ac Mizal bakal tinggalkan Astro..

Dengarnya memetik portal Hmetro semalam, pengacara Datuk AC Mizal akan meninggalkan Astro. Khabar angin itu ternyata menjadi jelas apabila kontrak AC akan berakhir pada pertengahan tahun ini.

Sebelum itu AC menafikan hal ini, namun lama-kelamaan sumber itu memberitahu ianya adalah muktamad. Punca sebenar tidak diketahui lagi secara rasmi.

Namun ada sumber memberitahu yang kononya AC tidak berpuas hati dengan syarikat pengurusannya yang melebihi bintang lain.

Keputusan terbabit dibuat berkait rapat dengan keputusannya mengusahakan stesen TV dan radio atas talian PeaceY’all FM yang sudah memulakan operasinya.

Kata sumber itu lagi, mengikut kontrak ditetapkan Astro, sebagai artis eksklusif, AC tidak boleh mengacara di mana-mana stesen TV. Perkara itu membuatkan dia tidak boleh muncul dalam stesen TV dan radio ditubuhkan.

Apabila memikirkan perkara itu, AC membuat pengorbanan paling besar dalam kerjaya seni­nya demi memastikan apa diusahakan dapat dijayakan dengan baik.

Apabila AC menggunakan pengaruh dan populariti dimiliki untuk muncul dalam stesen TV dan radio sendiri, ia akan membawa lebih banyak kebaikan dan pastinya secara tidak langsung membantu perkembangan PeaceY’all FM.

Zizan kahwin Jun ini dengan gadis dari...

Akhirnya segala teka-teki terjawab sudah apabila Zizan Razak mengumumkan yang dia bakal menikahi Gadis sekampung pada bulan Jun ini. Apa yang menarik, gadis tersebut baru dikenalinya dua bulan sahaja.

Dengan pengumuman itu, maka kisah cintanya dengan Emma Maembong boleh dikatakan kini berakhir.
"Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.

"Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

"Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,"

"Bakal isteri saya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik. Dia menghormati kedua ibu bapa saya membuatkan hati saya yang sedang terluka tertambat terus,"

Sekitar majlis resepsi Siti Elizad (19 gambar)

Walaupun sudah bergelar suami isteri yang sah pada 11 Januari lalu, Siti Elizad dan suaminya Shamsul Baharin tetap meneruskan majlis resepsi mereka yang berlangsung hujung minggu lalu  di The Sacred Garden Kuala Lumpur. -gambar Bharian