Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hadiah misteri Dato Aliff Syukri buat ulangtahun isterinya.. (wajib tengok)

Selasa, 17 Mac 2015

Agak mengejutkan apabila jutawan kosmetik, Dato Aliff Syukri menghadiahkan ulang tahun ke-30 isterinya, Datin Shahida dengan penuh kejutan dengan pemberian hadiah mewah sebuah model terbaharu iaitu kereta Range Rover Evoque yang harganya lebih kurang RM500,000.00-RM700,000.00.

Memang beruntung Datin Shahida kan dapat suami yang sayangkan sangat kat isteri. -gambar Intrend.com.my

Nina Iskandar putus tunang lalu buka tudung?

Agak mengejutkan apabila mendapat tahu yang Nina Iskandar dengan tunangnya, Ahmed Haiqal dikhabarkan telah putus. Namun Nina yang memetik portal mStar, enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.

Bahkan dalam perkhabaran yang sama, Nina juga tidak bertudung lagi setelah putus tunang.

Sinar FM mohon maaf atas sebab....

Dengar kata yang radio station terkenal, Sinar FM membuat kenyataan memohon maaf terhadap pendengarnya. Kalau tidak silap ianya dilakukan atas sebab seorang deejay telah mengatakan sesuatu terhadap seorang pemanggil dengan ayatnya berbunyi "sakai betul lah ko nie".
Sinar FM ingin memohon maaf kepada semua pendengar setia kami. Kami amat kesal di atas kejadian yang berlaku hari ini di mana penyampai kami telah terlanjur kata kepada seorang pemanggil. Untuk makluman para pendengar, kami dikawal oleh kod tatalaku yang ketat dan tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang melanggar kod tersebut. Atas kejadian itu, tindakan telah pun diambil. Kami ingin memohon maaf sekali lagi dan berterima kasih kepada para pendengar yang setia di atas kerjasama dan sokongan yang berterusan. -Sinar FM

Watie Elite kalah kes mahkamah dengan Hana Elite..

Isnin, 16 Mac 2015

Khabarnya Hana Elite telah menang kes saman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Selayang ke atas Watie Elite kerana membuatkan Hana jatuh bangkrap
“Alhamdulillah, ketika ini saya tidak boleh berhenti senyum. Saya rasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana beri peluang kepada saya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Lepas kejadian yang menimpa saya ini, saya akan lebih berhati-hati dan akan make sure perkara yang sama akan terjadi lagi,”
Sebelum itu, Hana telah diisytihar muflis pada tanggal April 2013 kerana dikatakan gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.

Hana sebelum ini ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan dia beli kereta (Toyota Wish).
“Ketika itu, saya pernah beritahu dia untuk trade in kereta tersebut (kerana tidak mampu bayar) dengan sebuah Toyota Camry. Malah jika dia trade in kereta tersebut, siap dapat cash RM2,000 lagi, cukup untuk dia baiki atau bayar workshop if kereta ada problem”

“Saya banyak travel (menetap sekejap di Australia) ketika itu dan bila pulang, saya dapat tahu dia dah kahwin dan sudah ada Harrier. So saya pun anggap dah settle semua ini, mungkin dia sudah jual Wish dan beli Harrier,”
Selain itu, Hana juga memberitahu bahawa suami Watie (Joey) ada menghubunginya untuk berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan masalah ini namun menurut Hana perkara tersebut sudah terlambat.
“Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman. Sebelum ini, selama 5 tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini.

“Kehidupan saya selagi masalah ini belum selesai dulu, buat apa pun tak jadi. Saya harap dia (Watie) pun jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran,”

Tasha Shila tampil komen gosip putus dengan Hans

Akhirnya Tasha Shila tampil memberikan komennya mengenai gosip yang melanda dirinya mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Hans. Memetik portal Bharian semalam, Tasha akui yang Hans kini masih lagi kekasih hatinya dan menafikan mereka berpisah gara-gara Kaka Ashraf seperti yang diuar-uarkan media luar.
"Jika ingin bercakap mengenai orang lain (Kaka) saya memang tiada komen mengenai perkara tersebut. Namun apa yang boleh saya katakan adalah saya dan Hans masih seperti biasa malah saya sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan kami putus cinta.

"Bagi saya kalau bergaduh itu adalah perkara biasa, sedangkan orang yang sudah berkahwin pun turut terkena tempiasnya. Biasalah jika pasangan bercinta bergaduh namun banyak pihak membuat spekulasi sendiri berhubung perkara ini,"

"Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Namun saya tidak menyalahkan pihak yang membuat persepsi sendiri kerana mereka mempunyai hak untuk membuat demikian," -Tasha

Faezah Elai kini bertudung (gambar)

Alhamdulillah, pelakon Faezah Elai kini telah tampil dengan penampilan bertudung sepenuhnya. Gambar Faezah dengan anak sulungnya, Dealova Heyrinna Heykal, membuktikan yang pelakon itu kini telah bertudung untuk menghadiri satu majlis.

Laman sosial Instagram Faezah bukanlah banyak dimuatnaik gambar dia bertudung namun sebaliknya gambar-gambar yang berunsur nasihat dan keagamaan telah dimuatnaik.

Umie Aida tidak boleh lagi hamil, bakal ambil anak angkat (7 gambar)


Dengarnya Umie Aida telah mengambil anak angkat di usianya yang kini mencecah 41 tahun. Ini disebabkan Umie dikhabarkan sukar untuk hamil disebabkan penyakit tertentu setelah berkahwin dengan Datuk Paduka Khairuddin.

Namun Umie merasakan dia mahu mengambil anak angkat sebagai penghibur kerana kesunyian walaupun sudah memiliki 2 orang anak yang kini sudah dewasa.

Sekitar pernikahan Amir Raja Lawak (11 gambar)


Amir (Raja Lawak) selamat bergelar suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari dengan sekali lafaz kira-kira pukul 5.30 petang, Sabtu.

Pada majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Kampung Gajah, Sungai Buloh, Amir menyerahkan masa kahwin berjumlah RM300 manakala RM13,000 sebagai wang hantaran.

Seramai 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat pasangan itu hadir memeriahkan majlis.

Amir turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada Ahad manakala pihak lelaki akan diadakan pada 2 April di Kelantan. -mStar

Gambar pernikahan Hanez Suraya, Romie (17 gambar)

Sabtu, 14 Mac 2015




Dengan hanya sekali lafaz, Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, kini sah bergelar isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Jais, 35, sekitar pukul 11.25 pagi tadi di Masjid Putra, Putrajaya.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang barang hantaran iaitu tepak sirih, Al Quran, mas kahwin dan wang hantaran, rantai, wangian dan alat solek, beg tangan dan sepasang kasut.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang iaitu sirih junjung, Al Quran dan sejadah, kek, buah-buahan, wangian, tali pinggang, baju dan seluar, beg dan sepasang kasut.

Manakala mas kahwin pula, Hanez telah menerima wang berjumlah RM20,000 dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Azri AF, Salma Mentor bakal bergelar ibu bapa!

Jumaat, 13 Mac 2015

Bekas pelajar Akademi Fantasia, Azri dan isterinya Salma Mentor bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila difahamkan Salma kini sah hamil anak sulung mereka.

Azri telah menghebahkan berita gembira itu melalui laman sosial Instagram miliknya. Mereka kahwin pada 31 Januari yang lalu.

Pakaian seksi oleh Tasha Shila (4 gambar)

Gambar seksi Tasha Shila yang difahamkan dia menghadiri satu majlis pertunjukkan fesyen baru-baru ini. Yang mengejutkan pakaian berkenaan bukanlah seksi dengan menggunakan skirt tapi menampakkan bahagian perut.

Ada ramai yang mengecam dan menasihat di ruangan komen mengenai tindakan Tasha memakai pakaian ini.

Anak Fizz, Almy mengalami masalah kesihatan..

Anak kepada Fizz Fairuz dan Almy Nadia dikatakan mengalamani masalah kesihatan iaitu menghidap demam kuning sejak dilahirkan pada 17 Februari yang lalu.

Menurut laporan mStar, demam berkenaan bukan makin menyusut tapi meningkat tiap hari, namun beberapa hari ini menyusut disebabkan kaedah tradisional.
"Dah lebih dua minggu demam kuning dia tak baik lagi ketika dilahirkan tiga hari dia ditahan di wad kerana tahap bacaan bilirubin meningkat kepada melebihi 340 kemudian turun 180 dan bila balik rumah ia naik semula hingga 344.

"Sekarang doktor masih pantau kalau tidak turun bawah 100 pada Isnin ini kemungkinan doktor akan ambil darah dan buat pemeriksaan hati, kita takut ada penyakit lain pula,"

"Ada beberapa cara rawatan tradisional ikut petua orang tua seperti berjemur di bawah matahari dan ada juga saya cuba mandikan dia dengan akar pokok Dukung Anak untuk kurangkan penyakit itu.

"Alhamdulillah ada sedikit nampak perubahannya dan berkurangan," -Fizz

Video Pre-Wedding Sharifah Sakinah atas katil

Khamis, 12 Mac 2015

Video Pre-Wedding Sharifah Sakinah
Memang unik dan lain daripada yang lain video pra perkahwinan dan save the date pelakon cantik Sharifah Sakinah ni. Siap berlari-lari anak lagi atas katil, mungkin ini kelainan yang cuba diterapkan pembikin video ini iaitu AutkazFilm agaknya.

Sakinah akan berkahwin pada 28 Mac ini dengan juruterbang MAS, Aliff Adha.

Killa Ferry anggap Wak Doyok nakal!


Wah bukan main lagi Wak Doyok apabila mengomen gambar 'belakang' Killa Ferry di laman Instagram ni. Killa juga menganggap Wak Doyok nakal dengan komen yang diberikan.

Ainul Aishah pula pakai 'bikini' (3 gambar)


Kali ini Ainul Aishah pula nak popularkan diri dengan memuatnaik gambar sepertinya dia memakai bikini ketika bercuti di Boracay Filipina.

Namun ramai yang menyangka ianya bikini, namun Ainul tampil memberitahu dengan mengesahkan baju yang dia pakai bukan bikini, tetapi dia memakai hot pants dan blaus yang longgar.

Zed Zaidi akui sokong Diana Danielle untuk sebab...


Zed Zaidi Respon Isu Seksi Diana Danielle
Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi tampil mengomen isu yang timbul berkaitan Diana Danielle memakai pakaian bra untuk sebuah majalah, bagi Zed, setiap artis perlu lebih bijak berfikir dan tidak memperbodohkan diri sendiri dalam melakukan apa saja tindakan kerana secara tidak langsung ia boleh memberi kesan buruk terhadap industri seni tempatan.
“Kita sebagai artis janganlah sewenang-wenangnya biarkan diri diperalat oleh mana-mana pihak. Apa saja job yang ditawarkan, itu rezeki masing-masing tetapi hati-hati.

“Artis juga seharusnya kaji terlebih dulu. Misalnya kalau dituntut untuk melakukan sesuatu, artis harus tahu atas dasar apa dia perlu lakukan perkara itu?

“Kadang-kadang artis itu sendiri mungkin tidak tahu agenda di sebalik perkara yang mereka perlu lakukan. Persatuan ada sediakan khidmat kaunseling dan mereka boleh rujuk sama ada wajar atau tidak mereka menerima job tersebut.

“Artis itu juga perlu fikir secara rasional, kalau sesuatu perkara itu tidak baik, janganlah buat. Kalau dia tahu yang dia pakai itu seksi dan sensitif, janganlah pakai.

“Sebab kalau ianya boleh memberi kesan negatif apatah lagi melibatkan sensitiviti masyarakat secara tidak langsung ia juga memberi implikasi tidak baik pada industri seni,”

“Tentang apa yang sudah sudah terlepas itu, kita maafkanlah dia (Diana).

“Tapi saya bersetuju dan sokong tindakan dia berdiam diri dan tidak bagi komen apa-apa sebab begini, cakap salah tak cakap pun salah.

“Kalau dia memberi penjelasan mungkin kenyataannya itu nanti akan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan keadaan jadi lebih buruk.

“Jadi, eloklah dia senyap dan biarlah perkara ini sejuk sendiri nanti,” -Zed

Bakal isteri Taufik Batisah (2 gambar)

Rabu, 11 Mac 2015

Dengarnya yang penyanyi terkenal Singapura, Taufik Batisah akan berkahwin pada bulan April nanti dengan seorang wanita yang difahamkan bernama Sheena Akbal berketurunan Pakistan menurut laporan tempatan akhbar di sana.

Laman portal MediaHiburan telah menayangkan gambar yang didakwa wanita berkenaan.

Komen Diana Danielle isu pakai bra..

Diana Danielle yang baru-baru ini membuat penampilan berani mati dengan memaparkan tayangan dada nya di dalam sebuah majalah.

Namun ramai yang terkilan, Diana sepertinya enggan mengambil berat atas tindakannya itu. Diana hanya memaparkan beberapa perkataan di dalam laman sosial instagram miliknya untuk menjelaskan apa yang terjadi.

Ucapan harijadi dari Mia Sara kepada Rykarl.. sangat sweet!

Baru-baru ini pelakon kanak-kanak, Rykarl Iskandar telah menyambut hari jadinya ke-10 tahun. Namun dalam sambutan kali ini ada kejutan dari Mia Sara.

Mia mengucapkan ucapan yang agak sweet kepada Rykarl di dalam laman sosial Instagram milik Rykarl. Biasalah kanak-kanak, masih belum boleh bercinta cintun lagi. Hehe
"Hai. Hari ni birthday @rykarl_official. So mia nak ucapkan Happt Birthday Rykarl Iskandar.

"Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Semoga awak menjadi anak yang soleh dan baik untuk papa dan mama awak. Saya doakan semoga awak berjaya dalam bidang yang awak ceburi," -Mia

Julia Perez buang tatu selepas tunai Umrah


Gambar Julia Perez Buang Tatu

Julia Perez akhirnya memenuhi janji untuk membuang semua tatu pada badannya selepas menunaikan ibadah umrah bulan lalu.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Jupe melakukan proses memadamkan tatu itu di Jakarta Utara, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak tidur sepanjang malam sebelum menjalani proses berkenaan kerana bimbang menanggung kesakitan.
“Memang sakit. Tetapi dengan izin Allah, proses berkenaan berjalan dengan lancar,” katanya ketika dihubungi selepas menjalani kerja memadamkan tahu itu di Dataran Mangga Square.
Penyanyi yang juga pelakon itu mengaku mempunyai empat tatu pada tubuhnya dan membelanjakan kira-kira Rp30 juta (RM8,500) untuk memadamkannya.
“Duit bukan masalah. Yang penting saya mahu memadamkan semua tatu ini,” katanya.
Proses membuang tatu itu, termasuk satu dipunggung Jupe, tidak selesai dalam masa sehari. Dia dikatakan perlu datang sehingga empat kali, sebelum dapat memadamkan tatu itu, kerana ada yang dibuat dengan dakwat tebal lapor Harian Metro.

Abby Abadi dah kahwin dengan Ustaz?

Selasa, 10 Mac 2015


Gambar Pakwe Baru Abby Abadi
Dengar cerita yang Abby Abadi dah bernikah dengan seorang jejaka bergelar Ustaz. Ini menjadi perbualan setelah sekeping gambar dengan komen daripada salah seorang pengikut Ustaz berkenaan mengucapkan tahniah dan doa kerana mereka sudah dikatakan bernikah.

Tidak dipastikan kesahihan berita ini. Kalau benar, tahniah lah diucapkan.

Putri Mardiana kena tangkap khalwat? ini komen dia..

Pelakon filem Ngangkung, Putri Mardiana Zainal Abidin enggan mengulas mengenai dakwaan ditangkap khalwat buat kali kedua bersama teman lelakinya, Shahrizam Abdullah pada pagi Sabtu lalu.

Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina, 33, tidak menjawab panggilan yang dibuat kepadanya sebanyak beberapa kali sebelum menghantar mesej di aplikasi Whatsapp memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen.
"Tiada komen,"
Pasangan itu didakwa dicekup oleh pihak berkuasa kira-kira pukul 4 pagi di kediaman milik isterinya Shahrizam atau E-Jump di USJ 1, Subang Jaya di sini.

Malah wanita yang dikenali sebagai Nor Hasni Md Hashim itu turut mengesahkan mengenai tangkapan tersebut.

Terdahulu, pasangan berkenaan pertama kali diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Disember tahun lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana, Ampang dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat orang awam.

Nina yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata ketika itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya. -mStar