Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Yatt ingin hamil anak ke-2 (5 gambar)

Isnin, 17 November 2014

Tip top usia anak Yatt Hamzah yang sulung, Suci Hanania Malika bakal masuk ke tabika tahun hadapan. Dalam usia yang meningkat, pastinya Suci inginkan seorang adik, mungkin sudah mengenali apa itu seorang yang bergelar 'adik'.

Memetik portal Bharian, Yatt Hamzah sentiasa inginkan hamil/mengandung anak ke-2 jika di izinkan Allah SWT. Ini digunakan sebaik mungkin untuk berdoa di Tanah Suci apabila Yatt akan menunaikan umrah kali ke-2 pada 15 Disember nanti.

Kekasih baharu Hanez Suraya? (5 gambar)

Dengarnya Hanez Suraya sudah memiliki kekasih baharu. Ini membuktikan yang hubungannya dengan suami orang itu sudah betul-betul sudah berakhir.

Namun dakwaan yang Hanez sudah memiliki kekasih baharu telah dibuktikan dengan beberapa keping gambar. Jejaka yang dikenali dengan nama 'S' itu adalah pilot syarikat penerbangan MAS.

Kalau benar, baguslah tu kan, segala kontroversi yang melandanya selama ini sudah berkubur. -gambar Murai

Yuna sambut harijadi di Hospital (2 gambar)

Ahad, 16 November 2014

Agak pelik melihat sambutan harijadi Yuna apabila sambutan hari jadi dilakukan bukan dengan orang yang lebih tersayang tapi Yuna meluangkan masanya itu terhadap kanak-kanak yang sakit di hospital, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menurut portal mStar, Yuna memberikan sedikit bantuan kepada lebih kurang 30 pesakit kanak-kaanak.

Sebelum itu, Yuna kini berusia 28 tahun dan berada di Malaysia sehingga Disember ini bagi memperbaharui visa dan persiapannya untuk menunaikan umrah.

Tiz Zaqyah bersinglet dengan 'kakak' (gambar)

Sabtu, 15 November 2014

Satu masa dahulu, Tiz Zaqyah cukup terkenal kerana lakonannya di dalam Nur Kasih. Namun kini semakin lama namanya semakin tenggelam yang itu diakui sangat.

Terbaru yang menghebohkan dunia internet mengenai dirinya adalah, dia berpakain singlet dan berselfie dengan juru makeup-nya yang dikenalinya sebagai 'kakak', bukan kekasih okey.

Seperti biasa foto yang dimuatnaik itu, tetap akan dikomen habis-habisan oleh peminatnya. -gambar Forum Cari

Zizan Razak tertekan akibat saman RM500,000



Zizan Razak yang kini dalam rasa tertekan akibat disaman oleh bekas pengurusnya, Marina berjumlah RM500,000 lebih, mengakui ianya sesuatu yang tidak boleh diterima di dalam kehidupannya yang kini berada di kemuncak.

Zizan juga menegaskan yang dia berada di pihak yang benar dan akan membela diri seadil adilnya.
"Ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui tentang tindakan saman ini ketika ia disiarkan melalui media.

"Saya berasa sedih dan kecewa apabila dia (Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar terlebih dahulu tanpa menghubungi saya atau peguam saya.

"Ini membuatkan saya benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat-saat saya sedang sibuk dengan pelbagai tugas kerja yang memerlukan saya memberi sepenuh perhatian,"

"Saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.

"Memandangkan hal ini berkaitan dengan undang-undang, saya tidak berani memberikan komen lebih lanjut dan hanya menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melakukan yang terbaik," -Zizan petikan portal mStar

Gambar anak kembar Ziana Zain usia 7 tahun

Jumaat, 14 November 2014

Dah besar dah anak-anak kembar Ziana Zain ni. Gambar Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang usianya kini dah 7 tahun atau darjah satu yang dimuatnaik di dalam laman sosial Instagram milik ibunya, Ziana Zain baru-baru ini. Jom layan.

Zizan Razak disaman RM500,000

Beberapa bulan lalu, memang ada kemelut yang melanda pelawak Zizan Razak dengan pengurusnya. Kini kemuncak kepada kemelut itu telah ditamatkan oleh bekas pengurusnya, Marina Juki yang telah menyaman Zizan pada 6 November lalu dengan nilai RM500,000!.

Menurut portal mStar, Marina selaku plantatif mendakwa Zizan melanggar syarat kontrak dimana Zizan menjalinkan kerjasama dengan syarikat lain, walhal perjanjiannya dengan Marina belum lagi tamat yakni Mei 2015.

Dengan nilai RM500,000 sebagai ganti rugi, ganti rugi am sebanyak 15% daripada pendapatan yang diperoleh Zizan daripada syarikat yang bersamanya ketika melanggar kontrak.

Marina juga turut memohon injunksi bagi menghalang Zizan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

RM500,000 kalau Zizan disabit bersalah, rasanya dia mampu untuk membayarnya.

Kekasih terbaharu Ammar Alfian, seorang.... (gambar)

Dengarnya Ammar Alfian yang satu masa dahulu pernah dikaitkan dengan Puteri Sarah, kini sudah menemui pengantinya. Dia adalah seorang model bertaraf antarabangsa yang cukup jelita dan cantik.

Namanya Casandra Azman berusia 22 tahun. Akui Ammar, mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta.
'Ya, saya sedang menjalinkan hubungan dengan sorang model dan dia baru berusia 22 tahun. Sekarang ini saya baru nak aktif semula dalam dunia lakonan manakala dia pula rancak dengan pentas peragaan. Belajar daripada perhubungan lalu, saya tak mahu terlalu merancang kerana bimbang ia tidak menjadi.' -Ammar

Duda, Janda bakal berkahwin Disember ini?

Siapa tidak kenal dengan pelakon vateran yang popular dimana-mana drama kaca tv, Fadilah Mansor. Terbaru dia difahamkan akan berkahwin dengan penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan pada bulan Disember ini.

Namun buat Fadilah, dia tidak mahu komen lanjut mengenai hal itu, tapi sepertinya tidak menafikan berita itu berlaku.
“Takutlah saya nak cakap dulu. Saya tak nak komen banyak buat masa ini. Insya-Allah, tapi janganlah kecoh-kecoh dulu,”

“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.

“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” -Fadilah petikan Bharian
Ikut informasi, Fadilah yang juga bekas isteri kepada pengarah filem veteran Ahmad Ibrahim (Mat London) sudah 4 tahun bergelar ibu tunggal memiliki 2 anak hasil perkahwinan itu.

Manakala A Rahman pula bapa tunggal kepada 3 anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman, selepas isterinya Datin Azizah Mohamad penyanyi 60-an meninggal dunia pada 26 April tahun lalu akibat kanser.

Nurul Syuhada terima Master UM (gambar)

Tahniah kepada Nurul Syuhada Nurul Ain yang menerima ijazah Master dari Universiti Malaya yang baru-baru ini berlangsungnya majlis konvoksyen Universiti terulung itu.

Walaupun baru beberapa minggu melahirkan anak kembar, Nurul yang dalam keadaan pantang, berani dan bersemangat untuk datang menerima sijil ijazah Master ini.

Ashraf Sinclair, BCL buat ritual 'sesat'?

Khamis, 13 November 2014

Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari difahamkan telah membuat satu ritual yang dinamakan 'vow renewal'. Kalau korang nak tahu vow renewal ni sebenarnya dibuat untuk menyambut anniversary perkahwinan mereka ke-6 yang diraikan di Bali.
There is no dark corner of your heart I will not explore, no flaw or feature too frightening to know – there’s no depth to which I dare not go, for you, my love, are a universe. And I mean to inhabit all of you”
Buat mereka yang tak tahu, ‘vow renewal’ ini kebiasaannya dilakukan oleh pasangan suami isteri di barat yang mahu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. -gambar hotlips

perkembangan terkini Shila Amzah...

Apa perkembangan Shila Amzah buat masa ini setelah diboikot oleh media-media tempatan gara-gara konsert yang tidak mendapat liputan media tempatan dan ditambah kecaman oleh ayahanya sendiri terhadap media.

Pastinya korang nak tahu juga kan. Dengarnya Shila kini sedang berusaha dan kuat untuk menghadapi ujian seperti ini dan mengakui ada peminat yang masih mendukungnya (instagram).
“Shila ambil dari sudut positif yang Shila kini semakin kuat dalam mengharungi kerjaya dan percaya yang para peminat masih setia bersama menyokong,” -Shila

Kekasih Marsha Milah adalah jejaka Islam.. soal kahwin?


Marsha Milan Londoh mendedahkan yang dia kini sedang mengenali jejaka Melayu yang berasal dari Pulau Pinang. Namanya jejaka itu tidak disebutkan, namun cukup dengan huruf dihadapannya, S.

Marsha juga akui yang jejaka berkenaan adalah teman kekasihnya buat masa ini, dan kini berfikir untuk berkahwin dengan dirinya.

Mari kita dengar wawancara Marsha oleh wartawan Utusan mengenai hal ini.


HITS: Betul ke awak akan berkahwin tahun hadapan?

MARSHA: Tidak tahu lagi. Saya tidak pernah cakap akan kahwin tahun hadapan. Mungkin orang yang bagi maklumat itu tersilap kerana sebelum ini saya pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

Habis, apa status awak sebenarnya?

Memang saya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. Lelaki itu saya kenal tujuh tahun lepas dan kami mula bercinta sejak setahun yang lalu. Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Kami juga tidak pernah berbincang dengan serius hala tuju hubungan ini. Semuanya kami letak atas takdir. Sama macam pasangan lain juga, kalau ada jodoh, kami akan berkahwin.

Adakah teman lelaki awak itu beragama Islam?

Ya, dia seorang Islam dan berasal dari Pulau Pinang.

Jadi awak sudah bersedia untuk memeluk agama Islam?

Kalau boleh saya tidak mahu komen tentang perkara itu buat masa sekarang. Lagi pula, soal agama kan sensitif. Biar masa yang menentukan segala-galanya.

Awak selesa dengan lelaki tersebut?

Sebenarnya, saya mahu elak untuk bercerita terlalu terbuka kepada umum tentang pilihan hati saya ini. Segala yang berlaku dalam kisah cinta saya yang lalu menjadi pengajaran paling berguna buat diri. Kalau terlalu bersikap terbuka, ia akan memakan diri sendiri. Soal keselesaan. Ya, saya selesa dengannya sebagai kekasih saya.

Boleh ceritakan lanjut setakat ini bagaimana dengan teman lelaki awak?

Kekasih saya seorang yang suka mengambil berat dan sangat memahami. Dia sentiasa memberi sokongan dan semangat terhadap apa yang saya buat. Dia juga sentiasa bersama saya kalau ada buat persembahan di mana-mana, sebab itu saya senang dengan dirinya. Semoga perasaan antara kami ini kekal.

Keluarga awak sudah tahu tentang hubungan itu?

Ibu bapa saya tahu dan mereka tidak kisah dengan pilihan buat masa sekarang.

Zahid 'bina' Instagram untuk anaknya

Sepertinya, anak-anak selebriti yang lahir akan dibuatkan satu akaun khas Instagram untuknya. Sekali terbina, beribu yang serbu.

Ini dimulakan dengan Scha dengan Awal terhadap anaknya dan kini Zahid AF yang baru menerima kedatangan cahaya matanya lalu dibuatnya satu akaun Instagram khas.

Sebenarnya bukanlah akaun baru Instagram dibina, cuma satu troll dan caption lucu yang menampakkan bayi berkenaan sedang mempunyai akaun Instagram yang dibina oleh ibu bapanya.

Seksi ketat giler pakaian Nora Danish (5 gambar)

Pakai baju ketat atau mengancam maka siap sedialah pekena komen-komen negatif, Islamik dan lucah. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Nora Danish apabila penampilannya memperagakan fesyen buatan Rizman Ruzaini untuk sebuah pelancaran produk kesihatan baru-baru ini.

Pakaiannya kalau tidak silap agak menjolok mata dan sesiapa yang terpandang pasti juling mata. keke. Nora seperti biasa enggan ulas lanjut mengenai komen-komen terhadap gambar berkenaan. -Gambar Murai

Afiq Muiz kini bahagia dengan ibunya..

Rabu, 12 November 2014

Kemelut Ibu dan anak yang berlaku diantara Afiq Muiz dengan Hasliza Mohd beberapa bulan akhirnya kini menjadi satu hubungan yang begitu tidak ternilai. Gambar diatas cukup menceritakan hubungan sebenar mereka yang terkini.

Afiq enggan bergelar tanggang moden sebaliknya berani mengakui kesilapannya demi ibunya tercinta. Buat masa kini mereka cukup bahagia dengan apa yang telah di berlaku ke atas diri mereka sebelum ini.
“Semua orang melakukan kesilapan. Saya juga tidak dapat lari daripada membuat silap. Saya anggap kemelut saya dan Umi sebagai suatu ujian oleh Tuhan.

“Saya akui masa itu saya tidak berfikir apa dan masih muda, namun syukur ke hadrat Ilahi perkara ini tidak berpanjangan dan saya kini kembali kepada keluarga, saya sedang bahagia,”

“Saya ambil masa untuk kembali tenang dalam berdepan dengan pelbagai kata-kata kurang manis tentang saya. Namun itu semua saya tak jadikan kudis yang berbekas dalam hati.

“Saya pernah berasa susah. Orang mencaci saya walhal mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apa yang saya dapat adalah komen negatif yang tiada kaitan dengan diri saya,” -Afiq petikan Utusan

Ini lah tunang Sam Bunkface.. (gambar)

Dengarnya, Sam Bunkface kini telah bertunang dengan seorang kakitangan TV3 yang juga seorang penerbit, Aida Azira.

Mereka bertunang pada 6 Oktober yang lalu di Masjid Tanah, Melaka yang juga sekitar kediaman Aida.

Mereka berkenalan selama 4 tahun sebelum bergelar tunang.
"Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," -Sam petikan mStar

Pelakon solat di parking sebelum masuk ASK 2014

Rasanya ramai yang selalu memilih tempat untuk bersolat, namun tak ramai yang bersolat dimana-mana (bersih) asalkan ada alas (sejadah) jika sudah masuk masuk solat.

Golongan artis difahamakn ada yang rajin beribadah dan baru-baru ini, ada orang awam yang terserempak dengan seorang pelakon yang didakwa dia adalah Zahiril Adzim yang juga pelakon filem Juvana sebelum masuk ke acara berprestij Anugerah Skrin (ASK) 2014.

Ikut andaian, mungkin nak elak jem jalan raya, jadi jalan awal, kemudian waktu tak banyak lagi untuk maghrib untuk mencari surau, jadi solat di tempat parking sebaik mungkin.

Ramai yang berkomentar mengenai tindakannya solat di tempat parking kereta itu. Rata-rata menyokong dan memberikan komen yang bernas dan membina.

Indahnya Islam.. -gambar forum Cari

Raja Azmi, Eddie jadi kawan baik (8 gambar mesra)

Semalam sah la jatuh talak satu ke atas pengarah Raja Azmi dan bekas suaminya, Eddie Ghazali yang berlangsung di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Punca sebenar perceraian mereka adalah kegagalana komunikasi rumahtangga. Tidak tahu pula secara terperinci, namun itulah tajuk utama perceraian mereka.

Namun walaupun disaat-saat perceraian mereka semalam, paling manis, mereka berdua masih lagi boleh bersenyum dan duduk bersembang seperti kawan biasa. -gambar Murai

Fazura keluar single album pertama (video)

Selasa, 11 November 2014

Fazura kini telah menjadi seorang penyanyi dan kemunculan sulungnya di konsert Ulang Tahun untuk majalah EH telah menarik ramai perhatian tetamu yang hadir.

Single pertamanya berjudul 'Sayangi Dirimu'.




Sekitar majlis resepsi diraja TMJ (30 gambar)

Majlis Resepsi di Raja yang berlangsung diantara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda telah selamat berlangsung pada Sabtu lalu di perkarangan Istana Besar, Johor Bahru.

Ramai tetamu yang hadir dan juga tetamu kenamaan diantaranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan pemain-pemain bola sepak JDT turut hadir. -gambar Facebook rasmi Johor Darul Tazim

Mas Anizan selamat melahirkan anak ke-3 (gambar bayi)

Tahniah kepada pelakon era 90-an, Mas Anizan yang selamat bersalin anak perempuannya pada 7 November yang lalu. Mas melahirkan anak berkenaan di Hospital Prince COurt kira-kira jam 9 pagi.

Menurut portal Bharian, nama anaknya yang ke-3 itu adalah Putri Ariana Meriss. Dua anak sebelumnya, Mas Aliza, 19 tahun dan Mohd Masli Danial, 14 tahun.