Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar kekasih anak Che Ta.. Wow!!

Isnin, 20 Oktober 2014

Dengarnya ini adalah kekasih kepada anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy. Walaupun sudah berusia 18 tahun, dia kini hidup dengan kemewahan dengan kereta BMW ntah berapa series tu.

Siapa tak nak menjadi kekasih kepada anak orang kaya kan. Kekasihnya berumur 16 tahun atau bertingkatan 4. Pasal siap wish kat caption gambar Instagram tu.

Siap pegang montot tu. Keh keh. Apa-apa pun semoga berbahagai til Jannah. Hoho.

Siapa selebriti tayang dada dan pusat (3 gambar)

Ahad, 19 Oktober 2014

Uish siapa ni. Bukan main macam retis Hollywood ko jah seksi membelah dada dan pusat. Sekali pandang bukan selebriti tempatan. Tapi dua kali belek, dia selebriti tempatan rupanya.

Dia adalah Nabila Huda. Ha tak percaya kan korang. Ni untuk majalah Glam edisi terkini. -Gambar www.glam.com.my

Hot! Miera Liyana, Fauzi Nawai ada hubungan sulit? pegang tangan?

Sabtu, 18 Oktober 2014

Dengarnya Miera Liyana kini didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Fauzi Nawawi yang juga suami kepada Lisdawati. Ini timbul berikutan ada pihak yang melihat mereka berpegang tangan untuk menghadiri satu majlis hari jadi kawan mereka.

Ini ditambah lagi dengan kerjasama mereka untuk sebuah telefilem di Jakarta, Indonesia bertajuk ‘Pacarku Kehabisan Ongkos’ yang akan ditayangkan di stesen televisyen Indonesia dan Malaysia.

Namun memetik HarianMetro, Miera dan Fauzi menafikan gossip itu dan melabelkan ia sebagai satu yang tidak masuk akal.

2 minggu lagi nak bersalin, Che Ta dapat tajaan Hospital

Dengar khabar yang Rozita Che Wan akan bersalin tidak lama lagi dan dijadualkan akan bersalin di Hospital Ampang Puteri. Tambhan lagi memetik portal mStar, Rozita akan bersalin di dalam kelas pertama di hospital berkenaan dan mendapat tajaan sepenuhnya daripada pihak hospital.

Kos akan dibiayai meliputi rawatan susulan secara percuma selepas kelahiran berkenaan.
"Alhamdulillah, saya kira ini rezeki anak. Tidak sangka pihak hospital sudi menaja segala kos bersalin dan termasuklah rawatan susulan.

"Bolehlah wang perbelanjaan bersalin yang kami simpan dilaburkan dalam simpanan untuk anak pula,"

"Doktor jangkakan saya bersalin dalam tempoh masa dua minggu lagi. Tetapi nak ikutkan bila-bila masa saja saya akan bersalin.

"Diharap semuanya berjalan lancar. Berdebar juga dibuatnya walaupun saya tidak sabar untuk melihat anak yang bakal lahir," -Rozita

Datuk Rahim Razali kumpul harta 40 tahun!

Jumaat, 17 Oktober 2014

Glam edisi October 2014 memaparkan muka Datuk Rahim Razali di muka depan majalah berkenaan. Dengarnya isinya adalah dimana Datuk Rahim Razali membuka rahsia kekayaan harta 40 tahunnya. wow dasyat tu, kaya pula pelakon vateran ni tapi kaya dari segi apa??.

Apa lagi dapatkannya dipasaran sekarang kalau nak baca lebih lanjut..

Azwan Ali dah semakin kurus (5 gambar)


Korang perasan tak yang Azwan Ali sekarang ni dah semakin susut berat badannya. Macam seperti mengambil ubat pelangsingan je kan. Sangat drastik perbezaannya.

Kalau nak ikutkan bersenam, rasanya takde Instagram dia upload dia time dia bersenam. Apa-apa pun baguslah ni, satu pencapaian yang patut dibanggakan.

Mungkin juga Azwan puasa kot, sebab tu diet jadi macam ni

Miera Liyana Berbikini depan Fizz Fairuz (2 gambar)

Wah kalau berlakon tahap berbikini rasanya memang ramai orang nak p tengok filem macam ni kan. Itulah babak berani mati yang harus dilakokan oleh Miera Liyana yang juga pelakon serba boleh untuk filem Dendam Orang Mati dengan digandingkan oleh Fizz Fairuz.

Kata Miera memetik portal GUA, pengambaraan filem itu sudah dilakukan sejak 2 tahun yang lalu dan seiring dengan gambar gaun seksinya di satu majlis.

Ira Era Fm buka tudung.. Peminat marah!

Ira Mohd Ain (deejay Era) difahamkan tidak bertudung, tindakanya itu dimuatnaik oleh Nana Mahazan ke dalam laman sosial Instagram beberapa hari lalu.

Pelik, mengikut info, Ira sudah bertudung sejak bulan Ramadan yang lalu, tapi tidak tahu kenapa dia membuka tudung.

Sazzy Falak ke Kelantan ber'tudung' (7 gambar)

Hari rabu yang lalu, Sazzy Falak ada ke Negeri Kelantan atas urusan kerja katanya. Ke negeri Kelantan bukan calang-calang, Sazzy mengenakan penutup alas kepalanya.

Sepertinya mahu bertudung, tak penuh lah. Takpelah ok lah tu, sekurang-kurangnya menghormati acara atau majlis agama kan.

Dia ke Kelantan dijemput untuk ceramah di pusat GiaTMARA Machang. Cuma kelakar gambar diatas tu. haha.

Aku pi rompak duit bapak kau ke -Chef Wan

Khamis, 16 Oktober 2014

Wah bukan main garang lagi Datuk Chef Wan ni kalau dah berkata-kata. Terbaru di laman sosial Instagram miliknya, dia telah membidas kepada pembenci-pembenci dirinya.

Perkataan 'go to gell with your opinion' mungkin tak sesedap kita mendengarkannya, tapi itu lah Chef Wan, seorang yang lantang berbicara.

Ini berikutan ada pengikutnya yang mendakwa Chef Wan sengaja menunjuk-nunjukkan kemewahan yang dimilikinya.

Faizal Tahir kini kurus sebab.. (2 gambar)

Dengarnya, Faizal Tahir kini semakin susut berat badannya. Katanya dia sibuk disebabkan banyak kerja-kerja di belakang tadbir yang perlu diuruskan.

Kini Faizal mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu Faithful Music.

Akui Faizal yang memetik portal Utusan, disebabkan studio inilah Faizal sangat sibuk sehinggakan ramai yang menegur dia semakin kurus.

Zul Ariffin beli kereta baru.. (gambar)

Wah bukan main lagi rezeki abang Zul Ariffin kita ni. Katanya siap dah sambar sebijik kereta baharu. Tengok dari pengamatan, ianya seperti kereta Chevrolet, Bumble Bee.

Uish. Bukan calng-calang kalau mcam tu. Kereta idaman setiap peminat filem Transformer. Apa-apa pun semoga sukses la ye abang Zul selepas ini.

Ramai dah peminat dia ni katakan..

Erin, Suami ke kelab malam selepas berkahwin!

Agak mengejutkan apabila sekeping gambar yang tertera wajah Erin Malek telah pergi kelab malam selepas berkahwin dengan Farriz Fauzy.

Gambar yang dipetik melalui blog hiburan tempatan itu menunjukkan Erin dengan Farriz telah sama-sama pergi ke kelab berkenaan selepas tamat sesi resepsi mereka di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Tidak dipastikan apa motif sebenar gambar berkenaan diedarkan. Fikir secara positif, mungkin ianya untuk meraihkan secara kecil-kecilan bersama ahli keluarga terdekat. Yang penting dorang dah halal kan.

Peminat sokong jika Fahrin-Rafidah bercinta!

Lupa nak upload sekeping gambar pada post yang lalu ketika Rafidah Ibrahim bercuti ke England. Rupa-rupanya dia bersama Fahrin ke sana. Mungkin shooting kot. Yela takkan la bercinta pula kan, takde angin ribut mengenai dua selebriti ni.

Tapi ada rata-rata peminat yang mengomen dan menyokong jika mereka bersama-sama. Masing-masing juga single, dan belum ada lagi berita jika kedua-duanya sudah mempunyai kekasih hati. keke.

Kamal masih simpan gambar dalam poket, Intan no komen!

Rabu, 15 Oktober 2014

Hubungan kisah cinta di antara Intan Ladyana dengan Kamal Adli sudah berakhir 2 bulan lalu. Pastinya ramai yang sudah tahu. Namun disebalik kisah itu, ada juga yang masih mahu menanyakan benda yang sama sehinggakan Intan merasa sangat rimas.

Artikel daripada Astro Gempak telah menyebutkan yang Kamal Adli masih belum dapat melupakan Intan dengan masih menyimpan gambar Intan di dalam dompet milik Kamal.

Akui Intan memetik portal Murai, tidak perlu ungkit hal-hal yang lepas. Biarkan ianya berlalu.
“Saya sebenarnya tidak mahu panjangkan lagi isu ini kerana hubungan kami memang dah berakhir dan tiada apa lagi yang boleh saya komen.

“Saya rasa baik saya diamkan diri sahaja, jika tidak isu ini tidak akan berakhir,” -Intan

Anak Betty Benafe yang nak setahun (4 gambar)

Dah besar dah anak kepada Betty Benafe, Bruce Dargus. Kalau tidak silap usianya kini nak hampir mencecah setahun. Sihat dan gemuk kelihatan anak Betty ni. Aktiviti lapang Bruce pun tak juga kalah seronoknya, siap diajar berenang lagi.

Kakak Melissa Saila tidak puas hati terhadap Melissa sendiri!

Isu kemelut lakonan kepada Allahyarham A.R Tompel yang menjadi isu beberapa hari lalu melalui sidang media dimana warisnya telah menyuarakan rasa dukacita kerana watak yang dimainkan semula itu bercanggah dengan penamilan Allahyarham ketika hidup.

Kakak kepada Melissa Saila, Rozita Rohaizad juga turut menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap lakonan itu. Memetik portal SinarHarian, dia menganggap ianya tidak sesuai dilakonkan yang boleh mengaibkan seseorang dan tidak didedahkan.

Malah watak Allahyarham Puan Sri Saloma juga dipotretkan seperti ibu yang tidak menyayangi anaknya dan menyimpan dendam terhadap karakter Norizan yang ‘mencuri’ Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
“Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi tak ingat sangat babak dia. Namun sebagai seorang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang,”

“Saya ingat dia buat tribute macam dokumentari dengan cerita yang baik-baik sahaja. Selain tu, ibu saudara saya, Mimi Loma juga kurang senang menonton filem ini,” -Rozita
Filem biopik Saloma diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor, produksi milik pengarah filem ini iaitu Melissa Saila

Mizz Nina di Majalah, cuti-cuti di eropah (7 gambar)


Rezeki Mizz Nina sekarang tak putus-putus walaupun sudah bertudung. Banyak majalah yang ingin dia menjadi cover hadapan untuk majalah mereka. Terbaru majalah Mingguan Wanita.

Selain itu juga, Mizz Nina dan suaminya, Noh telah pergi ke beberapa buah negera di eropah terutama sekali England dan Perancis. Tapi baju mereka membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mempromosikan negara yang dijajah yahudi dengan perkataan Palestin. :)

Isteri Radhi OAG kini hamil, usia kandungan adalah...

Program HLive! yang ke udara semalam telah mewawancara ke atas penyanyi Radhi OAG. Di dalam program itu, Radhi telah memberitahu yang isterinya iaitu, Nur Shahira kini sedang berbadan dua aka hamil/mengandung.

Tambah Radhi lagi usia kandungannya itu kini sudah masuk lima bulan. Selain itu, Radhi dan isterinya mahu menyembunyikan identiti jantina anak mereka itu dan mahu diketahui selepas bersalin kelak.

Apa-apa pun tahniah diucapakan. :)

Tahniah! Ekin, Yazer bakal bergelar suami isteri (gambar)

Selasa, 14 Oktober 2014

Kalau tak silap tahun lepas bersamaan bulan Oktober hubungan cinta Ekin dengan Yazer yang kedua-duanya finalis Akademi Fantasia ini, telah putus.

Namun baru-baru ini pula, satu kejutan berlaku dimana hubungan mereka dikatakan pulih kembali dan bakal mengikat tali pernikahan yang sah setelah 9 tahun bercinta.

Sekeping gambar (atas) menunjukkan gambar yang tertera tarikh dan lokasi tempat bersejarah buat mereka berdua.

Tahniahlah kalau benar. :)

Raja Azmi bakal bercerai? sudah tawar hati katanya..

Dengarnya rumahtangga pengarah, Raja Azmi (Kak Mi) dengan suaminya Mohd Eddie kini goyang. Walaupun nak sambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 14 Oktober ini, tapi sepertinya tidak akan berlaku.

Ini disebabkan akui Raja Azmi menerusi ruang Utusan semalam menyatakan yang dia sudah tawar hati untuk teruskan bahtera perkahwinannya ini.

Selain itu mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi sejak 16 September yang lalu.

Amy Mastura awet muda (12 gambar)

Awet muda betul Amy Mastura ni kan. Dah rasanya menjangkau usia 40 tahun lebih (1971). Tapi masih kelihatan nak masuk 30.

Dua anak perempuan dia pun dah besar panjang juga. Lepas ni harap-harap kita doakan Amy akan bertudung pula. :) Jom layan gambar terkini Amy ini. -gambar Facebook Amy Mastura