Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar scan anak kehamilan Rozita Che Wan terkini

Khamis, 19 Jun 2014

Difahamkan usia Rozita Che Wan yang kini hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Zain Saidin mencecah nak masuk 4 bulan telah mendapat satu khabar berita baik untuk peminat mereka berdua ini.

Zain semalam telah memuatnaik gambar scanning terbaru kehamilan isterinya itu, kali ini betul-betul jelas disebabkan teknologi alat yang digunakan amat super power.

Namun tidak boleh masih disahkan jantina bayi berkenaan buat masa ini, kemungkinan besar berjantina lelaki jika dilihat dengan mata kasar terhadap foto berkenaan.

Untunglah Nora Danish..

Nedim Nazri ni memang semua orang kenal, anak VVIP aka anak pak Menteri. Memang sah memiliki kekayaan yang melimpah ruah dengan hasil mungkin dari businessnya sendiri atau dari dot dot dot (seperti pengomen di bawah ini).

Memang bertuah lah kan Nora Danish kalau dapat kahwin dengan Nedim, boleh bawa Lamborghini Aventador yang harganya mencecah RM2 juta lebih.

Memang mahal sangat ni kereta, tapi sayangnya tak boleh dibawa ke kubur bersama-sama. Kan bagus RM2 juta p buat sebiji masjid. hehe. pahala sentiasa mengalir gitu jah walaupun kita dah mati kelak.

Nabila Huda ke Eropah bersama kekasih hati (5 gambar)

Rabu, 18 Jun 2014


Memetik laporan Murai, Nabila Huda dikatakan telah pergi bercuti ke beberapa buah negara di Eropah, seperti London dan Barcelona. Kepermegiannya tidak keseorangan, namun difahamkan ditemani kekasih hatinya.

Namun tidak diketahui siapa, nama dan gambar kekasih hati barunya ini. Seperti biasa, mesti ada mainan teka teki disini yang harus dibongkar satu masa nanti. keke.

Bersemuka kalau tidak puas hati! - Nora Danish

Kasihan Nora Danish, akibat ada pendengki yang cuba menjatuhkan dirinya, dia kini berdepan dengan pelbagai persoalan dan juga tanda tanya dari pelbagai media.

Berikutan terdapat sebuah laman sosial yang dibina untuk memburuk-burukkan lagi nama Nora Danish. Namun bagi Nora, dia sentiasa cool, dan mahu individu yang tidak berpuas hati itu, berdepan secara bersemuka.

Tidak diketahui siapa yang dimaksudkan oleh Nora Danish dalam kenyataannya kali ini.
"I was at Pengantin Malam pc (Majlis Previu Filem). Press Interviewed me and I was shocked dgr berita ni. Pabila mereka menggunakan media social sebagai tempat menyindir dan lepas perasaan, malah account tidak diprivatekan, akhirnya saya sebagai celebrity yg kena jawab segala persoalan. Jadi, jgn marah pabila saya comment. Self reminder, reporters/bloggers r everywhere so think before u say simthing. It might get bck to u. To whom it might concern bersemuka if tak puas hati lebih baik dari perli memerli" -instagram Nora Danish

Gambar kekasih Nina Iskandar, nafi bertudung kerananya!

Sebenarnya, ramai yang telah mengetahui, Nina Iskandar kini sudah mula bertudung, namun ada sesetengah yang beranggapan dia bertudung adalah disebabkan kekasihnya sebelum pergi ke gerbang perkahwinan.

Namun Nina menyangkal tuduhan itu, dan dia bertudung kerana keterbukaan dan keikhlasan hatinya semata-mata. Dan Nina dan kekasihnya itu, belum merancang untuk berkahwin atau bernikah dalam masa yang terdekat.
"Kekasih saya sendiri tidak jangka dengan perubahan saya. Dia sendiri terkejut, namun dia memberikan sokongan yang positif terhadap perubahan saya.

"Sebenarnya sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba-cuba sahaja sama ada saya selesa atau pun tidak, akan tetapi baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.

"Lagipun perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?" -Nina Iskandar petikan Murai

Gambar bikini, Maria Farida dikecam

Agak terkejut juga melihat apa yang dimuatnaik gambar ke dalam Instagram oleh pemiliknya, Maria Farida iaitu gambar bikini aka baju dalam wanita. Namun akibat daripada tindakan Maria ini, ramai pengikutnya mula naik bulu dengan mengomen yang diluar batasan.

Gambar itu diberikan tajuk dengan berbunyi, Can't decide on which one... hmm

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal,"

"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" -Maria Farida petikan mStar.

18 Gambar Baby Shower Scha al Yahya, Awal Ashaari

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi yakni hujung bulan Julai untuk dijadualkan Scha al Yahya akan melahirkan anak, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari telah menganjurkan majlis baby shower baru-baru ini secara kecil-kecilan.

Sambutan yang dihadiri oleh rakan dan kawan taulan itu tidak diketahui dimana lokasinya, namun yang pasti sepertinya bukan di kediaman mereka.

Syafiq Kyle nafi ada hubungan dengan Uqasha Senrose

Selasa, 17 Jun 2014

"SAYA bukan orang ketiga seperti yang mereka maksudkan," tegas pelakon baru Syafiq Kyle tentang kisah perpisahan Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose baru-baru ini.

Sambil menolak kisah mengarut tersebut, Syafiq bertegas hubungan antaranya dengan Uqasha hanyalah teman biasa dan tak pernah lebih daripada itu.

Bagi Syafiq, dia langsung tidak mengetahui tentang kisah cinta antara bekas pasangan tersebut kerana itu adalah urusan peribadi mereka yang tak perlu dicampuri.

Yang membuatkan pelakon berusia 22 tahun ini terkilan apabila namanya mula dikatikan sebagai orang ketiga yang sedikit sebanyak mencemarkan reputasinya sebagai orang baru.

15 Gambar percutian Tasha Shila ke Australia

Beberapa hari lalu, Tasha Shila ada ke Australia untuk pergi bercuti. Namun kepermergiannya bukanlah dengan kekasihnya itu,tetapi dengan ahli keluarga serta rakan-rakannya.

Paling istimewa sekali, Tasha membawa ibunya bersiar bersama-sama. Memang sayang Tasha ni kat ibunya. Mungkin nak hadiah bersempena Hari Ibu.

Awie menyesal buat album lagu dengan KRU

Memetik laporan mStar, Awie mengakui dia berasa menyesal sebeb bekerjasama dengan syarikat KRU Music Group di dalam pembikinan album terbaharu mereka hasil terbitan syarikat itu. Ianya berpunca daripada isu album 'Menakluk Kosmos' yang dicetak rompak, namun tidak ada maklum balas dari pihak KRU itu sendiri.

Awie dan Wings yang bersama-sama menjayakan album itu berasa terkilan, dan membuat laporan Polis selepas itu kerana 4 lagu di dalam album Menakluk Kosmos, Peti Pandora Mu, Ingatkan Dia, Bisa Yang Tertunda dan Hei Lihat Sini telah dicetak rompak.
"Dulu, saya ditawarkan untuk bekerjasama dengan KRU Studios secara solo, tetapi saya tak nak. Kemudian mereka mengajak Wings pula dan pemain gitar utama kami, Joe bersetuju, dan saya pun ikut sahaja.

"Selepas album siap, kami bersemangat mahu lancarkan album tersebut sebaik-baiknya tetapi malang sekali, majlis dibuat seperti 'melepaskan batuk di tangga'. Malah tiada sebarang poster menunjukkan ia adalah majlis pelancaran kami.

"Sudahlah beberapa lagu dalam Menakluk Kosmos dicetak rompak. Dan apabila meminta penjelasan Norman (Presiden Eksekutif KRU Music) dia hanya memberikan komen menerusi YouTube. Kenapa mesti YouTube? Cukuplah satu album kerjasama kami dengan mereka," -Awie

Aksi lucah untuk majalah tempatan?

Mungkin bukan budaya kita untuk mempamerkan aksi seksi berlebihan di mata orang, apatah lagi jika ianya menjolok mata kerana kemahuan pihak tertentu.

Namun begitulah hakikat, apabila sebuah majalah tempatan edisi majalah lelaki berbahasa Melayu yang mempamerkan penyanyi Melayu, Arabyrd.

Arabyrd membuat sesi photoshoot untuk majalah itu dengan sangat menghairahkan aka seksi ianya juga seakan-akan Arabyrd berbogel.

Menurut portal Murai, mungkin juga Arabyrd tidak berbogel seperti mana yang ditayangkan majalah berkenaan kerana semuanya boleh menjadi pasti dengan bantuan kesan khas atau teknik fotografi.

Mungkin ramai pihak akan membuat kritikan terhadap majalah ini kerana kurang mengambil berat soal sensitiviti pembaca dan orang di luar sana.

Lisdawati selamat melahirkan anak lelaki (gambar)

Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti, Fauzi Nawai dimana isterinya, Lisdawati selamat melahirkan anak ke-3 hasil perkahwinan mereka.

Lisda selamat melahirkan bayi lelaki berkenaan pada hari Sabtu, 14 Jun di Hospital Selayang. Dan nama anak ini adalah, Ahmad Nur Fyrdaus.

“Syukur alhamdulillah atas kelahiran Ahmad Nur Fyrdaus . Terima kasih Fauzi Nawawi & juga ibu peneman setia saat detik kelahiran ini. Terima kasih Hospital Selayang atas layanan yang dari semua staff,” -Lisdawati

Fahrin dilamar oleh seorang ibu untuk anak perempuannya..

Isnin, 16 Jun 2014

Memetik sumber portal Utusan semalam, Fahrin Ahmad kini dalam proses mencari cinta baharunya. Namun terdapat kisah pelik yang menyelubungi kehidupan Fahrin di dalam mencari cintanya itu.

Menurut sumber, Fahrin dilamar oleh seorang ibu yang ingin anaknya bercinta dan seterusnya kahwin dengan Fahrin. Dan yang pasti, kini hubungan Fahrin dengan anaknya itu dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Ibu yang melamar Fahrin itu merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital dekat Negeri Sembilan. Kalau inilah perkembangan betul, kami juga berasa amat gembira sekali. :)

Pelanggan doakan Fizo, Mawar jadi pengemis!

Agak mengejutkan jika kita mendengar orang akan mendoakan keburukan atau tidak elok ke atas diri kita, sedangkan doa seperti itu tidak di tuntun oleh mana-mana Agama.

Berita terbaru diterima, seorang pelanggan Fareeda bernama Salina Abu Zar melalui laman sosial Facebook miliknya menyatakan rasa tidak puas hati dan berdoa yang agak tidak boleh diterima iman di diri.

Doa yang meminta kaum kerabat pasangan Fizo Omar dengan isterinya, Mawar menjadi seorang pengemis dan tidur dikaki lima itu mendakwa kecewa di atas kegagalannya mendapatkan tudung Fareeda ekslusif pada tarikh 7 Jun yang lalu mengikut sumber terdekat.

Ibaratnya, bebaris panjang tapi habuk pon tak dapat, hanya peluh dan keringat yang membasahi badan. tanpa perhatian dan tanggungjawab sosial yang diberikan oleh butik yang dimaksudkan Salina, jadi kecewa adalah penghujung penantian mereka.

Mak Fasha Sandha berang dengan Nora Danish?

Dengarnya emak kepada aktress, Fasha Sandha sedang tak senang duduk apabila laman sosial palsu telah menggunakan namanya sebagai tiket untuk memanipulasi pengikut di Instagram.

Id berkenaan "Mamasandhamamasan" yang palsu itu dikatakan dibuat oleh seseorang yang mengutuk dan menyindir emak Fasha Sandha.

Namun hint tuduhan yang diberikan oleh Emak Fasha ini jelas menuju kepada Nora Danish memandangkan baru-baru ini, program TV, H-Live telah menemubual Nora dimana Nora mahu meraikan bersama peminatnya disebabkan akaun sosial Instagram miliknya kini mencecah 1 juta pengikut. Lagipula, Nora ada ikatan kekeluargaaan dengan Fasha Sandha.

Tapi tak tahu kenapa Nora Danish yang ditudu melulu tanpa usul periksa dan siasat. zz.. -gambar Forum Cari

Farish Aziz ke Brazil tengok Piala Dunia (gambar)

Semasa pembukaan Piala Dunia 2014 Brazil beberapa hari lalu, pelakon, Farish Aziz telah terbang ke Brazil untuk menyaksikan sendiri perlawanan pembukaan temasya paling berprestij itu.

Memang tak dinafikan Farish merupakan seorang yang Kaki Bola mengalahkan semangat mana-mana penyokong tempatan.

Tiket kena sana rasanya nak lebih RM10,000 lebih belum lagi penginapan. huhu. -gambar portal Murai

Neelofa, Hans Isaac Putus Cinta!

Sabtu, 14 Jun 2014

Akhirnya gosip yang melanda diri Neelofa yang selalu dikaitkan dengan Hans Isaac menemui jawapan. Walaupun mereka dikatakan bukan jenis yang suka berkepit namun percintaan mereka yang tersembunyi itu sudah berakhir sejak Februari 2014 yang lalu. Dan ini adalah sebahagian komen Neelofa mengenai itu.
Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.

Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali. Justeru, saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua. -Neelofa
Tidak dipastikan apa sebab utama mereka berpisah, mungkin faktor dan fahaman agama yang berbeza bagi kedua-duanya.

Amir Raja Lawak kini dah bertunang

Tahniah Amir Raja Lawak yang kini sudah bertunang dengan pasanganya. menurut sumber dairpada Instagram rakannya, iaitu Tauke Jambu yang melampirkan gambar pertunangan mereka itu.

Uqasha Senrose akui belajar memakai tudung (8 gambar)

Jumaat, 13 Jun 2014

Syukur, sepertinya Uqasha Senrose mahu berubah ke arah ingin bertudung, ini dibuktikan lagi dengan beberapa gambar beberapa minggu ini yang dia bertudung.

Memetik portal Gua, Uqasha akui kini dia sedang belajar perlahan-lahan untuk ikhlas memakai tudung dan bukan kerana terpaksa.

Pakai je tudung tu Uqasha, ajal maut tak kira hari ini atau besok lusa.
"Saya rasa tak perlulah sampai saya nak kena beritahu satu dunia yang saya kini sudah bertudung. Saya percaya, lambat-laun orang akan tahu juga mengenai perkara ini,"

"Saya pakai tudung atas diri saya sendiri. Jika pakai kerana dipaksa, perkara ini tidak akan kekal. Saya mahukan yang terbaik untuk diri saya dan jika boleh, saya nak benda ini berterusan. Saya harap orang mendoakan yang baik-baik untuk saya," -Uqasha

Farhan seorang pembohong! -Abby Abadi

Sangat tidak menghairankan apabila Abby Abadi mengomen pasal kenyataan bekas suaminya, Farhan yang mendakwa dicedarakan oleh Abby Abadi semasa mereka bergelar suami isteri.

Abby di dalam komennya yang dihantar melalui laman sosial Instagram miliknya dengan mendakwa Farhan seorang yang menipu memandangkan kenyataan yang dikeluarkan selepas prosiding mahkamah tidak 100% mempunyai nilai kebenaran.

Lihat SMS dari Farhan yang dipetik daripada sumber dikenali, agak mengelirukan.
“Setiap kali ada yang tidak kena, gaduh bukan hendak selesaikan (malah) larikan diri. Saya ajak bincang, taknak alih alih untuk yang terakhir kali ini keluar cerita begini Sejujurnya cerita rekaan ini tidak terjangka dek akal saya. Hampir 95% cerita itu direka semata”

“Tak sangka cubaan dia mengaibkan saya sejauh ini. Untuk sahabat diluar sana, anda boleh baca, boleh dengar sahaja apa yang dia kata, tetapi percaya jangan. Sebab dia memang sudah terbiasa menipu. Jangan tokok tambah cerita, kalau tidak tahu lebih baik diam saja”

“Belum selesai lagi. Banyak episod lagi. Tunggu tindakan saya seterusnya di mahkamah nanti dan saya terima takdir ini sebagai ujian untuk saya,” -Abby Abadi

6 Gambar Aeril, Wawa Zainal terkini

Pasangan suami isteri Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ditemui ketika sambutan ulang tahun ke-30 TV3 yang berlangsung baru-baru ini di Sri Pentas. Aeril yang ditemui menjelaskan anaknya kini di dalam penjagaan yang ketat, pihak media dan majalah yang mahu mengambil foto nya tidak dibenarkan sama sekali.

Namun ini adalah diatas sebab-sebab Aeril dan Wawa enggan mahu melibatkan anaknya di dalam dunia seni.

Erin Malek akan bertunang pada...

Erin Malek mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan teman lelakinya iaitu Farriz Fauzy pada 21 Jun ini. Majlis itu diadakan bagi menghormati permintaan ibu bapanya yang mahu bertunang sebelum berkahwin memandangkan dia adalah anak pertama dalam keluarga.
"Benar saya akan bertunang pada 21 Jun ini tetapi ia hanya akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat, teman dan wakil media sahaja,"
Dalam pada itu, Erin berkata, pada majlis itu nanti dia akan memberitahu semua butiran tentang perkahwinannya termasuk tarikh nikah dengan lelaki tersebut kepada pihak media.
"Masa majlis itu nanti tanyalah apa sahaja mengenai perancangan perkahwinan saya akan beritahu semua,"
Persiapan untuk majlis pertunangan tersebut sedang dijalankan dan memberitahu ibunya adalah orang paling teruja apabila dia memberitahu ingin bertunang.

Jelas Erin lagi, ibunya juga orang yang paling sibuk membuat persiapan memandangkan dia adalah anak sulung dalam keluarga mereka. -mStar