Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tasha temani kekasihnya bertinju. So Sweet

Isnin, 19 Mei 2014

Baru-baru ini kalau tak silap hari Ahad semalam, Tasha Shila pergi menemani kekasihnya yang juga peninju Muay Thai, Han Chen Wong di perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2) yang diadakan di Paradigm Mall anjuran Tune.
"Ia adalah pertama kali saya menyertai MIMMA kerana sebelum ini saya hanya fokus kepada Muay Thai sahaja tetapi kehadiran Tasha sangat bermakna buat saya kerana saya menjadi lebih yakin untuk bertarung.

"Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu,"
Atas sokongan Tasha itu, akhirnya Han berjaya menewaskan lawannya, Aaron Tan di pusingan kedua dan melayakkan dia ke pusingan suku akhir pada 21 dan 22 Jun depan. -mStar

Nazim Othman tolak 10 tawaran filem! sebab..

Ahad, 18 Mei 2014

Dengarnya Nazim Othman agak cerewet dalam menerima tawaran untuk berlakon filem tempatan. Selama 3 tahun kebelakangan ini, sudah 10 buah filem ditolak. Alasannya filem berkenaan tidak mencabar dan agak biasa-biasa buat dirinya. Ke nak digandingkan dengan pelakon cantik-cantik je. Keke.
"Semua pelakon bercita-cita untuk berlakon filem termasuk saya juga, namun disebabkan sikap cerewet, membuatkan saya sering menolak tawaran yang datang. Boleh dikira lebih 10 filem saya tolak.

"Saya mempunyai perspektif yang berbeza tentang dunia filem. Bagi saya jika mereka tawarkan watak yang sama sahaja dan pernah saya bawa dalam drama, lebih baik saya berlakon drama sahaja," -Nazim petikan mStar

Pakaian ketat 'nampak' pusat, Yuna di kecam

Sabtu, 17 Mei 2014

Semakin Yuna popular, semakin timbulnya pelbagai gosip termasuklah pakaian yang dipakai olehnya. Baru-baru ini Yuna dikecam peminatnya kerana berpakaian seperti memakai baju ketat paras pusat.

Ramai yang tidak menyangka akan perubahan seperti ini terhadap penyanyi yang sebelum ini seperti idol untuk bertudung.

Antara komen yang terbaik yang diberikan peminatnya adalah dengan memberi nasihat kepada Yuna seperti dibawah ini. -gambar Murai

Mak Mah selamat bergelar isteri Fatah Rahim

Ruminah Sidek selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman abang ipar pelakon itu, Klang, Sabtu, 9.20 pagi tadi.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, 68, menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran.

Ruminah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.

Pihak lelaki pula menerima satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Majlis persandingan diadakan sejurus selepas selesai akad nikah yang turut disaksikan oleh hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang dekat sini.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit. -mStar

Neelofa pasang niat untuk bertudung..

Jumaat, 16 Mei 2014

Dengarnya kini Neelofa mahu mendalami ilmu agama dan mula rajin ke kelas-kelas yang bersangkutan dengannya. Bahkan beberapa keping foto Neelofa bertudung juga kelihatan di laman sosial Instagram miliknya, seperti ke sebuah Forum Selebriti di Masjid Al-Falah Johor Bahru beberapa minggu lalu.

Neelofa yang ditemui pihak portal SinarHarian, mengakui itu semua dan memasang niat akan memakai tudung tidak lama lagi.

“Saya suka dengar ceramah dari dulu lagi. Malah sejak mempunyai rakan-rakan yang suka ke arah itu, saya lebih kerap pergi ke majlis ilmu bersama mereka. Saya tahu ada yang akan menilai saya sebab itulah saya tak suka hebahkan kepada umum yang saya pergi ke majlis-majlis sebegini kerana merasakan ia tidak perlu.

“Cuma kebelakangan ini sahaja beberapa teman ‘posting’ gambar-gambar saya di Instagram membuatkan ramai yang menilai saya,”

“Saya dijemput sebagai panel di forum tersebut bukanlah untuk memberikan pendapat mengenai agama. Namun, ia berkaitan dengan bidang perniagaan yang saya ceburi. Lagipun, saya tahu saya memang belum arif tentang agama jadi memang saya takkan berikan pandangan saya dalam hal keagamaan,”

“Memang semua orang akan berfikir begitu, termasuk juga saya. Namun, saya akan usahakan sedikit demi sedikit sehingga saya benar-benar bersedia untuk berhijab,” -Neelofa

Nama anak Liyana Jasmay adalah...

Menurut portal GUA, Liyana Jasmay kini berpantang secara tradisional dan akan dipantau oleh bidan bertugas selama 44 hari (6 minggu) seperti pemakaian bengkung dan penggunaan jamu dilakukan. Dia yang selamat melahirkan anak perempuan pada 13 Mei lalu masih lagi tidak memuat naik gambar anak sulungnya itu di laman sosial Instagram.

Ibunya, Datin Habsah Simpon memberitahu yang mereka belum meletakkan lagi nama pada cucunya itu. Namun sudah ada gelaran bagi cucunya itu, iaitu 'Baby S'.
“Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Kami sekeluarga gembira dengan kehadiran ahli keluarga baru ini. Sepupu-sepupu Liyana yang masih kecil juga seronok dan teruja dengan kehadiran Baby S,” -Datin Habsah


Adik Nabila Huda yang korang tak tahu..

Dengarnnya Nabila Huda ada adik kandung yang kini berusia 16 tahun. Namanya Shsha atau nama betulnya, Irisha Myra Suhaimi. Namun mengikut sumber, adiknya ini tinggal di Texas, Amerika Syarikat. Dan jarang kita dapat melihat merke bersama bergambar, dan difahamkan hanya 3 kali berjumpa dengan ayahnya, Amy Search.

Shasha dan Nabila adalah adik beradik dari ibu yang berlainan. Nama ibu Nabila ialah Faridah Fadzil iaitu isteri pertama Amy Search dan ibu Shasha ialah Roslisa Ahmad, isteri ketiga Amy Search.

Risteena menipu pasal pendidikannya?

Pelakon, Itu Suami Aku, Risteena yang kini semakin dikenali ramai mula kedengaran desas desus yang dia seorang yang menyembunyikan kebenaran.

Menurut laporan HarianMetro, ramai orang sudah tertipu mengenai status pendidikannya. Risteena didakwa menjaja yang kononnya dia seorang graduan ijazah sarjana muda UiTM dalam aliran penyiaran.

Namun ada sumber memberitahu yang dia tidak menghabiskan pengajiannya itu pada semester akhir di UiTM berkenaan. Kalau betul, rasanya Risteena kena membuat kenyataan sebenar selepas ini.

Namun apa lah sangat dengan ijazah tu kalau dah bakat dah ada kan. Teruskan sahaja usaha anda ok, biasalah kalau orang dah nak naik kan, timbul gosip-gosip yang kurang enak di dengar. keke.


Makan bangkai untuk menang, Erin Malek puas hati!

Program realiti tv, Fear Factor Malaysia ke-2 yang telah berakhir baru-baru ini telah menimbulkan rasa janggal dan kritikan orang Islam di Malaysia.

mana tidaknya, kena suruh makan bangkai kambing bagi memenangi program yang emnawarkan wang RM200,000. Yang lebih sedih, perserta yang makan kambung itu adalah Erin Malek dan Redha.

Mereka sanggup makan bangkai itu untuk menang walaupun menyedari memakan bangkai itu haram. Walhal program itu tidak sensitif dengan hal-hal seperti ini.

Bahkan program seperti ini harus di banned jika perlu atau syaratnya untuk bukan orang Muslim sahaja.Mari kita lihat dialog daripada wartawan Utusan kepada Erin.
HITS: Bangkai kambing dimakan begitu sahaja, biar betul ni?

ERIN: Saya ingin jelaskan, itu bukan bangkai kambing sebenarnya. Itu hanyalah daging kambing biasa dan bukannya bangkai. Cuma daging kambing itu separuh masak. Mereka (pihak pengurusan) mempunyai cara yang tersendiri untuk membuatkan daging kambing itu berbau busuk dan kelihatan kotor. Janganlah salah faham.

Awak tahu kan, manusia yang waras tidak boleh memakan bangkai?

Tahu, memang saya tahu. Tapi itu bukan bangkai sebab itu kami masih boleh makan. Kalau itu memang bangkai, kita pun tahu sama ada ia halal atau haram untuk dimakan. Tetapi saya tidak nafi, itu adalah antara cabaran yang betul-betul menguji saya dari segi mental dan fizikal. Sepanjang program itu berlangsung, pasangan saya, Redha banyak sangat menolong. Kerjasama saya dengan dia sebagai sebuah kumpulan memang sangat kuat sehingga kami berjaya menghabiskan daging kambing yang agak berbau itu.

Selepas makan daging kambing busuk, anda menang RM200,000, puas hati?

Puas hati sangat-sangat. Ini atas segala usaha bersungguh-sungguh kami. Duit yang saya menang bersama Redha ini adalah satu bonus buat kami. Sudah tentu saya dan Redha membahagikan sama rata duit tersebut. Saya akan simpan duit ini untuk diri sendiri. Ibu pun sudah berpesan agar simpan buat bekalan diri dan guna untuk perkara berfaedah.

Ajak Shiro letak ular hidup dekat anaknya

Khamis, 15 Mei 2014

Agak mengerikan bila anak yang masih kecil didekatkan dengan ular. Apatah lagi pastinya semua orang tahu ular adalah haiwan yang menakutkan. Itulah yang terjadi kepada pelawak, Ajak Shiro yang memuatnaik gambar anaknya yang sedang tidur ditemani oleh ular jenis ular sawa peringkat anak.

Mujurlah kan, kalau ular tedung atau cobra, tak tahu den nak kata apa. Kata Ajak dalam laman sosial Instagram itu sebab letak ular deka dengan anaknya yang masih kecil tu lagi..
masa mak dia mengandungkan dia, baba dia main ular dalam #fearfactor.. Ini penangan anak baba hehe.. Bangga baba ada anak gagah gini.. (Tengah tido bolehlah)

Baju tulisan 'merepek', Sakinah tak kesah!

Sekali lagi, pelakon Sharifa Sakinah membuat publisiti bukan murahan mahupun mahal tapi hanya mempamerkan baju yang dianggap tak kena pada tulisannya.

Namun baju itu kata Sakinah hanyalah untuk strategi pemasaran untuk menyertai kumpulan senaman yang ditubuhkan.
"Ia bukan gimik, pada saya kalau sesuatu perkara itu bagus orang akan ingat dan jika tidak bagus sekalipun orang lagi akan ingat.

"Lebih ramai yang kutuk, bermakna lebih ramai yang sedar tentang fitness saya dan bagi saya ia adalah satu strategi pemasaran sahaja,"

"Bohonglah kalau saya kata tidak penat dengan cacian masyarakat tetapi saya tidak kisah dan malas untuk ambil pusing.

"Saya buat tidak tahu sahaja kerana kalau saya melawan nampak saya seperti mereka terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," -Sakinah. petikan mStar.

Mawar sindir pelanggan Fareeda di Facebook?

Baru-baru ini tersebut al kisah, isteri kepada pelakon, Fizo Omar yang juga empunya duta Fareeda, Mawar dikaitkan dengan sebuah laman fan page yang bernama 'Mawar Fareeda Fanpage'.

Ada sesetengah daripada mereka, menanggap yang komen yang dikeluarkan oleh admin tersebut sangat keterlaluan sehingga menyangka ianya satu penyindiran terhadap pelanggan mereka.

Sebelum ini ada juga kes seperti ini, Mawar pergi meminta maaf dan mengakui dia bukan admin tersebut. Sudah banyak kali kenyataan seperti di dalam gambar ini berlaku sepertimana ramai yang mengadu mengenai komen yang dilemparkan oleh admin berkenaan, admin tersebut tidak serik-serik menggunakan kata-kata lantang dan tidak bersikap untuk lebih bersikap professional dalam mencerminkan empunya nama di dalam fan page tersebut.

Silap haribulan, nama baik Mawar dan Fizo akan tercalar.

Lisdawati sudah memaafkan Sharnaaz

Isu pergaduhan diantara Lisdawati dengan Sharnaaz beberapa bulan lalu kini menjadi sepi. Dan isu ini dikatakan selesai, apabila Lisdawati yang pulang dari umrah telah memaafkan Sharnaaz. Namun suami Lisdwati, Fauzi Nawawi sudah mengeluarkan kenyataan untuk menunggu surat saman dari Sharnaaz.

Bagi Lisdawati, dia tidak mahu mencampuri urusan lelaki, baginya jalan terbaik adalah berdamai dengan cara baik. Selain itu Lisdawati juga akan dijadualkan melahirkan anak ke-3 pada hujung bulan ini.
“Syukur alhamdulillah selepas balik umrah, I sangat tenang. Rezeki pun tak putus. I dah cuci semuanya di Mekah. I dah berdoa dan dah maafkan semuanya. I dah taknak ada apa-apa agenda lepas ni dan taknak ada sebarang cerita dan serahkan pada Allah yang selebihnya”

“Tiada sekatan untuk berlakon sama balik. Industri ni kecil. I tak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tak pernah create musuh. Cuma I minta maaf kalau ada yang tak suka kat I. jika ada yang tak puas hati dengan I, datang jumpa dan beritahu. I manusia biasa. Kita ceriakan hidup dan positif kan fikiran,” -Lisdwati

Bekas tunang Shahz Jaszle jadi duta produk

Rabu, 14 Mei 2014

Bekas tunang kepada pelakon, Shahz Jaszle iaitu Redzwani Puteri kini lebih dikenali dan familiar apabila difahamkan dia kini menjadi duta kepada sebuah produk kecantikan wanita.

Beberapa gambar menunjukkan dirinya sedang menjadi model dengan raut wajahnya yang berseri-seri cantik.

Memang sayanglah mengapa Shahz memutuskan tali pertunangan mereka, tak lama lagi Redzwani akan bergelar doktor, maka siap sedialah untuk ramai yang datang melamar. Keke.

Rozita Che Wan nak berikan penampar buaya!

Jarang kita dapat melihat Rozita Che Wan marah dan berang terhadap sesuatu di laman sosial. Namun baru-baru ini, Che Ta kelihatan tidak selesa dengan seorang followernya yang telah mengkritik gambar mesra sosial dengan suaminya ketika bercuti ke Paris.

Isu yang timbul adalah rambut Zain berwarna perang itu telah menjadi perbualan hangat di sana, dan Che Ta bertindak mempertahankan suaminya dengan membalas komentar pengikutnya. -gambar portal Murai

Pertemuan anak Ning Baizura, Nurul

Sempena sambutan Hari Ibu yang lalu, portal HarianMetro telah mengandingkan Ning Baizura dengan Nurul Wahab dengan anak mereka masing-masing.

Nurul membawa Zachary Depp manakalah Ning membawa Ryan Sky. Kedua-duanya dipertemukan memandang ciri-ciri perkahwinan mereka yang berkahwin dengan Mat Salleh dan menghasilkan zuriat kacukan ditambah dengan keakraban mereka sebagai kawan.

Hidung Nasha Aziz?

Admin tak dapat pastikan ini drama atau filem apa yang dibintangi oleh Nasha Aziz di Astro Prima di dalam gambar yang ditayangkan baru-baru ini. Namun melihat daripada lakonan Nasha ini, sedikit sebanyak seperti membuatkan kita tertanya-tanya.

Apakah Nasha pergi membuat hidung? dimana kelihatan sekali hidungnya agak pelik tidak seperti manusia normal. Atau adakah kesan daripada pemakaian spek yang dipakainya.

Hoho. Banyak spikulasi ni boleh di agak. -gambar Forum Cari

Gambar Kekasih Shila Amzah?


Dengarnya ini adalah kekasih baru Shila Amzah. Dengan nama bergelar AdamTunTuah, memungkinkan mereka ini sedang dilamun cinta. Beberapa gambar menunjukkan beberapa hint mereka sedang ke arah itu.

Kalau betul, baguslah, Shila pun tidak sunyi juga mengenai dunia hidup cintanya. -gambar Forum Cari

Gambar percutian Rozita, Zain di Paris

Selasa, 13 Mei 2014

Baru-baru ini pasangan suami isteri selebriti terkenal, Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin telah pergi bercuti ke Paris, France dengan diikuti oleh beberapa orang teman terdekat mereka. Shopping sakan nampak mereka, dengan barangan mewah dan berjenama siap dibeli yu.

Liyana Jasmay selamat melahirkan anak perempuan

Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin.

Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," Datin Habsah. petikan mStar

10 gambar Siti Nurhaliza edisi Mei 2014

Isnin, 12 Mei 2014

Sudah lama tak lihat gambar Dato' Siti Nurhaliza kan. Mari kita serbu dan lihat gambar terbarunya edisi Mei 2014 ini. Jangan tak tahu, Siti ni orangnya memang kuat berselfie juga taw. Hik hik.

Isu Hudud, Harith Iskander minta maaf!

Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud beberapa hari lalu bertujuan untuk berjenaka telah mendapat kritikan ramai.

Harith mengakui tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.
“Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

“Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

“Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu,” -Harith. petikan mStar