Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

'kalaulah saya juga berada di dalam pesawat MH370.." -Eja

Selasa, 18 Mac 2014

Isu MH370 kini semakin masuk hari ke-11 dalam operasi pencariannya. Ramai juga selebriti memberikan sokongan dan pandangan masing-masing di dalam laman sosial milik mereka.

Terbaru Siti Shahrizah atau Eja memetik portal MalaysianDigest mengakui dia pernah berkerja 5 tahun sebagai pramugari MAS dahulu sebelum ke dunia anak seni dan dia menganggap ianya satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Saya berasa sedih nasib yang menimpa semua penumpang serta kru pesawat tersebut sekaligus berita insiden ini cukup menyentuh hati saya. Saya juga pernah berkhidmat dengan MAS. Jadi bila saya mendengar berita ini, saya cuba meletakkan diri saya seketika di kalangan kru pesawat tersebut. Saya tidak dapat bayangkan, kalaulah saya juga berada di dalam pesawat dan bertugas pada ketika itu. Saya juga tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa-mangsa.

"Saya sentiasa mengikuti perkembangan krisis ini. Sepertimana yang kita semua tahu, ini adalah kejadian kali pertama yang dihadapi negara. Sehingga ke saat ini semakin banyak persoalan yang bermain di fikiran kita. Tapi sebagai manusia dan umat Islam, kita semua menerima ujian dari Allah ini dan saya berdoa supaya segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan juga seluruh dunia dipermudahkan dan pesawat itu segera ditemui. Saya berdoa semoga semuanya selamat", -Eja

Zarina An Julie disamankan kerana menipu!

Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap pelakon Zarina Anjoulie, kerajaan dan empat lagi atas dakwaan berlaku kecuaian serta penipuan membabitkan sebuah kereta mewah milik arwah bapanya.

Kevin Shah Kadar Shah, 33, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Nov tahun lepas.

Beliau turut menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerani penghantar surat Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad sebagai defendan.

Pada prosiding, Isnin, Hakim Hue Siew Kheng yang mendengar kes itu dalam kamar, menetapkan 7 April depan untuk mendengar permohonan plaintif bagi meminda penyataan tuntutan dan permohonan Salleh bagi membatalkan saman terhadapnya.

Peguam J.Jev Anand mewakili Kevin Shah, peguam YK Leong mewakili Salleh manakala Peguam Persekutuan Nur Aqilah Ishak bagi pihak kerajaan, JPJ Negeri Selangor dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya pada 17 Mei 2010 dan menandatangani perjanjian sewa beli dengan Public Islamic Bank pada 11 Mei, tahun sama.

Beliau mendakwa bapanya meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, sekitar Jun 2010 untuk kegunaan harian dan kereta itu masih dalam milikan pelakon berkenaan sehingga bapanya meninggal dunia pada 19 Nov 2011.

Kevin Shah mendakwa selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian.

Ahli perniagaan itu mendakwa Public Islamic Bank memulangkan kereta berkenaan kepadanya pada 21 Feb tahun lepas setelah beliau melunaskan segala tunggakan ansuran bulanan.

Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858.

Kevin Shah juga mendakwa Kementerian Pengangkutan, melalui surat bertarikh 18 Mac 2013, memaklumkan bahawa nombor WTN 8850 telahpun didaftarkan ke atas kenderaan lain, iaitu sebuah motosikal atas nama bapanya, manakala nombor BLP 8858 didaftarkan bagi kereta BMW itu.

Beliau berkata JPJ, melalui surat bertarikh 3 Jun 2013, menyatakan pertukaran nombor pendaftaran antara kereta dan motosikal itu dibuat pada 14 Feb 2012 namun perkara berkenaan adalah mustahil kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum tarikh pertukaran.

Oleh itu, Kevin Shah mendakwa sebarang permohonan yang diterima JPJ tidak pernah ditandatangani bapanya dan mendakwa jabatan berkenaan gagal mengesan tandatangan yang terkandung dalam permohonan untuk pertukaran nombor WTN 8850 dari kereta kepada motosikal dan juga pertukaran nombor BLP 8858 dari motosikal kepada kereta.

Beliau juga mendakwa Zarina, Salleh dan Public Islamic Bank berkomplot melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor kereta dan motosikal itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milikan Kadar Shah.

Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kereta dan motosikal itu adalah tidak sah dan terbatal. -mStar

Gambar Ayu Raudhah, Zaquan tunai umrah

Akhir bulan Februari yang lalu, pasangan Ayu Raudhah dan suaminya, Zaquan Adha telah pergi menunaikan umrah bersama-sama ke Makkah dan juga Madinah.

Kalau tidak silap, waktu menunaikan umrah itu, Ayu telah mengandung anak ke-2 dengan usia kandungannya ketika itu adalah 6 bulan lebih. Yang bagusnya mengenai Ayu ni, dia tak suka mempamerkan yang dia tu hamil atau menayangkan perut kehamilannya itu. :)

Video Aeril dengan Wawa Zainal

Jarang dapat melihat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama-sama buat masa ni, mungkin sibuk rasanya mereka. Namun MediaHiburan sempat merakamkan video mereka berdua menceritakan kemanisan rumahtangga mereka dengan seorang cahaya mata bernama Attar yang berusia 6 bulan.

Kerjaya Ebby Yus sebelum bergelar artis..

Menurut sebuah petikan sisipan Berita Minggu yang lalu, pelawak terkenal, Ebby Yus dulu sebelum dan semasa ke dunia seni dia sebenarnya adalah seorang penjual petai dipasar malam.

Kerjayanya itu adalah merupakan seorang yang berkehidupan sederhana. Sekarang dia sudah berjaya dan dikenali ramai.

Bahkan sudah membuka 3 buah restoran (di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati) masakan Cina Muslim iaitu, Restoran Adam Lai dengan dibantu oleh 3 partner yang lain.
“Jangan tak tahu, saya pernah berniaga petai di pasar malam, walaupun sudah bergelar pelakon ketika itu,” Ebby Yus.

Aura White hentikan Hanez Suraya?

Isnin, 17 Mac 2014

Dengarnya memetik sebuah blog hiburan, syarikat kecantikan wanita, Aura White telah memberhentikan atau menamatkan kontrak duta produk mereka, Hanez Suraya berkuatkuasa serta merta beberapa hari yang lalu.

Ini adalah keputusan yang diambil untuk mengelakkan jualan syarikat berkenaan diboikot atau tidak laku di pasaran gara-gara kontroversi yang melanda Hanez Suraya dengan hubungannya terhadap suami orang lain.

Kalau diikutkan selagi termaktub sebagai duta, seorang selebriti tu kena bersih daripada segala kontrovesi dan sekaligus tidak menjejaskan nama baik syarikat yang melantiknya sebagai duta.

Atilia ambil anak angkat Negeria

Bukan Atilia kahwin senyap dengan warga Afrika jika anda ternampak dia berjalan-jalan dengan seorang kanak-kanak berkulit gelap. Tapi sebenarnya Atilia mengambil anak angkat yang berasal daripada negara Negeria.

Anak angkat yang dipertemukan 6 bulan yang lalu itu menjadikan Atilia sangat sayang akan Ayo @Fatimah.

yang menarik mengenai Ayo, dia boleh memberikan ekspresi wajah yang berbeza serta sikapnya yang peramah dengan sesiapa.

Atilia juga kerap membawa Ayo kemana sahaja selepas Ayo selesai sesi persekolahan hariannya, dan ini menunjukkan kemesraan mereka berdua.

Baru-baru ini, pada 13 Mac yang lalu, Atilia sempat bertemu dan memberikan hadiah sempena harijadinya.
“Saya mula mengenali Ayo sejak enam bulan lalu kerana kedai tempat ibunya bekerja hanya di bawah tempat tinggal saya.

“Selepas kerap berjumpa dan mengetahui dia keseorangan kerana ibunya sibuk bekerja, hubungan kami semakin rapat dan saya memilih untuk menjadikannya sebagai anak angkat saya sejak itu itu,”

“Pada awalnya agak kekok kerana saya sendiri tidak mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak, tapi lama kelamaan keadaan semakin baik.

“Malah ibunya tidak pernah berkecil hati apabila saya menegur Ayo sekiranya dia membuat kesilapan. Sedikit demi sedikit juga saya mengajar Ayo budaya kita seperti mencium tangan apabila bersalaman dengan seseorang,” -Atilia. petikan portal Murai

Adi Putra buka agensi umrah, berlakon masih diteruskan..

Niat murni Adi Putra sememangnya perlu dicontohi oleh sebilangan selebriti yang mahu mencari pendapatan lain. Adi memetik portal mStar semalam, dia kini menguruskan syarikat pakej umrah, Hadid Travel & Tours yang baru berusia setahun.

Syarikat berkenaan memfokuskan jemaah umrah daripada Malaysia dan Singapura, namun tidak berhasrat untuk servis menunaikan haji.

Akui Adi lagi, dia tidak akan meninggalkan dunia lakonan, bahkan akan mengimbanginya.
"Tidak, saya akan masih terus berlakon selagi masih diperlukan dan perniagaan pakej umrah ini adalah satu ruang baharu untuk saya terus menimba ilmu dan bezanya ia dalam bidang perniagaan.

"Alhamdulillah tahun lalu rezeki saya banyak dalam bidang lakonan dan tahun ini pula dapat terlibat dalam perniagaan,"

"Masih banyak perkara yang perlu saya belajar untuk menguruskan pakej umrah namun saya akan pastikan semua peserta akan diuruskan dengan baik sepanjang berada di Mekah," -Adi

Fasha Sandha hamil anak ke-2

Memetik portal forum Cari, Fasha Sandha kini dikhabarkan sudah hamil anak ke-2 dia dengan suaminya Jejai. Tiada angin atau ribut, usia kehamilannya seperti mencecah 3-4 bulan.

Beberapa keping gambar memperlihatkan Fasha dan Jejai bergambar bersama untuk satu majlis.

Gambar sekitar pernikahan Aidil, Zarema

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan yang telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Zarema Zainal pada hari Khamis yang lalu di kediaman Zarema dekat Pandamaran, Klang.

Pihak lelaki telah membawa wang hantaran, RM17,000 dengan 9 dulang hantaran beserta RM7000 mas kahwin. Pihak perempuan pula membalas 11 dulang kepada pihak lelaki. -gambar Facebook WunderClique.

Sam Bunkface dengan kekasih ke Pulau Tioman

Sabtu, 15 Mac 2014

Beberapa keping gambar Sam Bunkface pergi bercuti ke Pulau Tioman dengan seorang gadis telah menimbulkan beberapa persoalan, siapa kah gadis itu.

Sam mengakui dia adalah gadis yang menjadi pilihan hatinya. Oh kekasih Sam rupanya. Nama gadis berkenaan adalah Aida Azira Hussin dan bekerja sebagai wartawan hiburan.

Percutian ke Pulau Tioman itu bukan lah setakat mereka berdua sahaja, namun ditemani oleh rakan-rakan baik mereka juga. -gambar RotiKaya

19 Gambar sambutan harijadi Rozita Che Wan ke-43

Sebelum ni Rozita Che Wan telah menyambut ulang tahunnya dengan berita dirinya mengandung dan berita baik itu juga untuk suaminya Zain Saidin yang menyambut ulang tahun sebelum itu.

Kali ini Rozita telah mengadakan satu majlis sambutan ulang tahunnya kali ke-43 dengan dihadiri oleh rakan-rakan dan ahli keluarganya.

21 Gambar Awal, Scha ke London

Jumaat, 14 Mac 2014

Baru-baru ini Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al yahya telah dijemput oleh syarikat pengedar barangan elektrik, Senheng untuk melancong bersama-sama dengan 50 orang pemenang peraduan Power Up Shop & Win Contest anjuran Senheng ke London, Manchester dan Birmingham. Peraduan itu berlangsung pada 1 September hingga 30 November 2013 yang lalu.

Azad Jasmin digandingkan dengan adik Eira Syazira

Memang agak sukar untuk digandingkan bersama apatah lagi jika ada pertalian darah selain suami isteri dalam babak-babak romantik atau intim di sebuah filem mahupun drama.

Iutlah yang terjadi kepada pelakon, Azad Jasmin apabila dia mendapat tawaran untuk berdigandingkan bersama dengan adik iparnya dan juga adik kepada Eira Syazira, Syafnida Shuhaimi dalam filem Fobia Malam Pertama menurut portal MalaysianDigest.
"Saya tidak tahu yang dia turut berlakon dalam filem ini sehinggalah saya berjumpanya di set penggambaran. Mulanya saya hairan, kenapa dia berada di situ. Kemudian dia beritahu yang pengarah menghubunginya dan menawarkan dia berlakon. Saya terkejut dan terdiam sekejap masa tu. Tapi kami tiada masalah berlakon bersama,

"Kami memang rapat, dia dah macam adik saya sendiri. Kami mudah dapat keserasian untuk hidupkan watak masing-masing. Di set dia banyak gelak. Dia pun masih baru lagi dan banyak lagi yang perlu dia belajar dalam bidang ni

"Kalau babak romantik tu, kami tak ada masalah melakonkannya tapi saya tetap menjaga batas-batas. Isteri saya Eira, dia memahami dan tak timbul soal cemburu sebab dia pun seorang pelakon. Sebelum ni pun, saya dah ramai berlakon dengan pelakon wanita. Malah dia banyak bagi nasihat pada adik dia", -Azad

Sham Kamikaze kantoi?

Sham Kamikaze yang kini dikenali sebagai penceramah bebas telah membuat satu kenyataan yang rasanya memburukan nama Negara di dunia luar, ianya berlaku apabila sebuah blog tempatan memaparkan kepalsuan dakwaan Sham sebelum itu yang dikatakan Malaysia sangat bodoh dengan gambar dukun yang mencari MH370 di KLIA baru-baru ini melalui laman sosial miliknya.

Kebanyakkan rakyat Malaysia sebenarnya tidak bodoh dan musyrik, sebab dah tahu melalui laman sosial lain, yang dukun berkenaan difatwakan sudah sesat sejak tahun 2007. Kan dah kantoi lihat gambar sebenar yang dipetik daripada White House Album.

Bob Lokman sudah meninggal dunia?

Tak dapat dipastikan berita ini benar atau tidak, atau sekadar motif untuk memburukkan seseorang atas faktor politik. Seorang individu yang bernama Jannah Margeret Stephen mendakwa Bob Lokman kini dalam keadaan tenat dan tidak bermaya.

Namun buat masa ini tiada kenyataan mana-mana media atau sumber sahih bagi meyakinkan lagi dakwaan Jannah ini. Kalau betul Bob Lokman tenat, kita doakan yang terbaik untuk dirinya, tak perlu masuk bab politik atau memburukkan lagi keadaan.

Tulisan macam orang indon je Jannah ni..

Jep Sepahtu kata MH370 di darat

Pelik dan sungguh misteri sungguh kenyataan yang dikeluarkan oleh Jep Sepahtu melalui laman sosial miliknya baru-baru ini mengenai kehilangan MH370.

Namun apa kah maksud disebalik kenyataan Jep ini adalah hanya dia pernah mengalami sesuatu yang aneh atau cuma tekaan daripada minda sahaja? wallahualam.

17 Gambar Diana Amir di Surabaya dan Bali

Khamis, 13 Mac 2014

Diana Amir serta suaminya pergi ke Surabaya dan Bali di Indonesia untuk satu rancangan slot TV al Hijrah berbentuk dokumentari pada minggu lalu.

Mereka ke sana telah pergi ke tempat-tempat menarik peninggalan penyebaran Islam awal kurun ke-19 yang dibawa oleh Wali-wali Allah.

Noh mahu berhenti menyanyi, Nina kejutkan bangun Subuh

Dengar khabar, Noh Hujan suami kepada Mizz Nina berhasrat untuk berundur daripada bidang nyanyian pada masa akan datang. Ini juga menyangkut faktor dimana Mizz Nina yang mempengaruhi rentak perjalanan karrier nyanyian Noh.
"Tidak mustahil untuk saya berhenti muzik satu hari nanti. Nina bagi 'hint' mengenai perkara itu dan ia buatkan saya terfikir mengenai masa depan.
Mizz Nina yang kini sudah bertudung dan sedang mempelajari ilmu agama sudah diketahui ramai yang dia kini berhenti daripada melibatkan dalam bidang nyanyian.

Noh cukup berbangga mempunyai isteri seperti Mizz Nina.
"Nina sekarang banyak bekongsi ilmu agama yang dipelajarinya di kelas dengan saya.

"Malah, dia juga yang mengejutkan saya untuk solat Subuh. Rasanya, kehidupan pagi kami lebih menyeronokkan berbanding sebelum ini. Alhamdulillah, kami sama-sama saling menasihati antara satu sama lain," -Noh Hujan. petikan mStar.

Chef Wan, Mila AF pernah bertemu anak kapal MH370

Datuk Chef Wan mengakui telah mengenali seorang anak kapal MH370 yang hilang iaitu, Rainhasnan. Mereka mengenali satu sama lain apabila Chef Wan kerap keluarg negara dan saling menegur antara satu dengan yang lain. Bagi Chef Wan, dia kehilangan seorang pramugara yang terbaik buat dirinya.

Julfekar, Min Yasmin akan berkahwin pada..

Memetik portal MediaHiburan, komposer Julfekar dan kekasihnya, Min Yasmin akan bergelar suami isteri tidak lama lagi. Mereka memilih tarikh 4 April 2014 untuk disatukan.

Acara bersejarah berkenaan akan dilangsung dekat Masjid Kota Damansara selepas solat Jumaat.
"Perasaan saya berdebar-debar menjelang tibanya hari pernikahan. Sehingga hari ini banyak perkara yang belum diselesaikan. Namun, terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu demi memastikan majlis kelak berjalan dengan lancar."

"Min hanya mengharapkan majlis yang sederhana sahaja. Paling penting, biarlah majlis ini berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh semua individu penting dalam hidup Min," -Min Yasmin.

Gambar Muhammad terkini anak Diana, Farid

Rabu, 12 Mac 2014

Tak lama lagi usia Muhammad anak kepada Diana Danielle dan Farid Kamil dah nak masuk setahun, pastinya ramai nak melihat anak ini pandai berjalan sendirinya kan..

Diharap semoga ianya dimudahkan. Selain itu, Muhammad juga sudah didedahkan dengan sukan berkuda, dan pastinya salah seorang kanak-kanak yang bertuah dapat melihat kuda dalam kelas usianya. Jom layan gambar terbaru daripada -gambar instagram dianadanielleb#