Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shila Nafi Dapat Gaji RM2.5 Juta Setahun

Khamis, 16 Januari 2014

Semalam, Shila Amzah menafikan yang dia mendapat gaji setahun sehingga RM2.5 juta dan menganggap kenyataan itu mengarut tak masuk akal.

Tambahan gadis berusia 24 tahun ini juga merasa bimbang akan keselamatannya yang dirasakan terancam akibat kenyataan tidak beretika itu.

Menurut portal mStar, pihak berkenaan mungkin menganggap Shila sudah kaya disebabkan dana RM5 juta selepas menang Asian Wave di China.
"Terkejut juga apabila keluar berita seperti itu. Entah daripada mana sumber-sumber yang mereka peroleh mengesahkan saya seorang jutawan pun saya tidak tahu.

"Mungkin pihak yang membuat laporan tersebut salah faham. Memang benar selepas menang sebagai juara pada pertandingan Asian Wave di China tahun lalu, saya mendapat dana sebanyak RM5 juta untuk mengembangkan karier nyanyian dia negara itu.

"Bukannya dapat RM5 juta secara tunai sekali gus tetapi ia termasuk nilai kontrak dan perkara-perkara lain. Wah, kalau macam itu, seronoklah saya kalau dapat wang tunai RM5 juta," -Shila

Yuna di Majalah Canvas US

Tak sangka, kehebatan Yuna memang tak dapat di sangkal lagi di Amerika Syarikat. Negara uncle Sam itu sepertinya menghargai sumbangan nyanyian Yuna yang mungkin satu perubahan baru dalam dunia industri musik di sana.

Penghargaan terkini yang mungkin menaikkan lagi namanya apabila dia terpilih untuk menjadi cover LA Canvas Magazine untuk bulan January-February 2014. Sebuah majalah yang dikatakan popular ini merupakan tempat selebriti Hollywood sering dijadikan cover muka hadapannya. -gambar Issuu.com

Nora Danish Bertudung Sambut Maulud Nabi

Mauliudr Rasul sudah pun berlalu, namun cerita di sebalik sambutannya adalah di luar kebiasaan selebriti. Namun ada juga yang sama-sama memeriahkan sambutan mulia berkenaan. Seperti Nora Danish, Erma Fatima dan Datin Umie Aida yang sama-sama memeriahkan sambutan berkenaan dengan meraihkan Anak Anak tahfiz (hafizah) dari negeri Kedah. Baguslah macam ini, semoga diredhai oleh Allah.

Anita Baharom Hamil Anak ke-3

Tahniah kepada pelakon, Anita Baharom yang dikhabarkan memetik MediaHiburan semalam, dia kini hamil/mengandung anak ke-3 selepas 8 tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata.

Usia kandungan Anita adalah 3 bulan lebih.
"Alhamdulillah, ada khabar gembira apa saya kini berbadan dua. Usia kandungan sudah mencecah tiga bulan. Doakan agar semuanya selamat." -Anita

Didie Alias Hamil Anak Sulung

Rabu, 15 Januari 2014

Tahniah! menurut sumber Kosmo!, pelawak terkenal, Didie Alias mengesahkan yang dirinya kini hamil anak sulung dimana usia kehamilannya itu kini sudah berusia 3 bulan. Hasil perkahwinannya dengan suami keduanya, Norisham Ismail.
"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya.

"Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham,

"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," -Didie

Pengacara Farish Aziz Bakal Menimang Anak Sulung

Menurut sumber, pengacara dan juga personaliti tv, Farish Aziz bakal menimang cahaya mata aka anak sulung dia dengan isterinya, Zahrah Fowzi yang kini difahamkan tinggal menunggu waktu untuk bersalin.

Tahniahlah kan kalau macam itu, mereka ni dah lama kahwin kalau tidak silap pada bulan Februari 2011 di Kota Kinabalu, Sabah.

Bekas Isteri Ac Mizal Menang Tuntutan Nafkah Anak

Akhirnya sudah sekian lama turun naik tangga, Dato' Ac Mizal dengan bekas isterinya, Shafnie yang selama ini pergi ke mahkamah atas dasar tuntutan nafkah oleh Shafnie sendiri, telah dikhabarkan yang Shafnie telah memenangi tuntutan berkenaan.

Menurut portal Kosmo!, mahkamah mengarahkan Ac Mizal memberi nafkah kepada dua anak mereka daripada RM300 kepada RM1400 sebulan. Selain daripada tuntuntan kepada pakaian, rawatan dan pendidikan serta wang saku RM3000 untuk Hari Raya.

Tuntutan bermula bulan ini sehingga mana-mana anak mereka Muhammad Shafiq Iman, 18 dan Muhammad Shabil Iman, 15 telah tamat pengajian.

Kandungan Isteri Pierre Andre Digugurkan!

Ini berita sedih yang kami terima melalui portal Utusan dimana isteri kepada pengarah, Pierre Andre iaitu Siti Nur Hidayah telah mengalami musibah iaitu dia mengalami keguguran kandungannya yang berusia 3 bulan.

Pierre difahamkan tabah dengan berita ini walaupun tidak menjadi ayah pada tahun ini namun bersyukur isterinya tidak mengalami apa-apa kesan.
"Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki," -Pierre

Gambar Merisik Puteri Sarah Liyana oleh Keluarga Syamsul Yusof

Akhirnya hubungan Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah Liyana terjawab, bila ibunda Syamsul, Datin Patimah mengesahkan mereka akan berkahwin pada bulan hadapan, Februari 2014.

Datin Patimah dengan suaminya, Datuk Yusof Haslam telah merisik Puteri di kediamanya dekat Damansara pada hari Ahad yang lalu secara sederhana dengan kedua-dua pihak keluarga turut hadir.

Niat Syamsul nak menikahi Puteri adalah disebabkan selepas Syamsul selesai mengerjakan umrah pada 28 Disember lalu yang mengikut Datin, anaknya itu selalu berdoa untuk ditemukan seorang isteri, dan Puteri Sarah adalah calon yang diberi petunjuk ketika berada di kota Suci Makkah. -sumber mStar | gambar forum Cari

3 Gambar Umrah Johan, Ozlyn

Selasa, 14 Januari 2014

Alhamdulillah, akhirnya suami isteri, Johan Raja Lawak dan Ozlyn telah pergi menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini, kelihatan mereka berdua pergi ke sana. Syukurlah, berkat menang saman kan. :)

Irma Hasmie Hamil Anak Ke-2

Isnin, 13 Januari 2014

Walaupun usia Redza Syah Irfhan belum mencecah setahun yakni 8 bulan, baru-baru ini Irma Hasmie disahkan hamil anak ke-2. Wah tahniah lah, Redza Syah Irfhan tak lama lagi dapat adik. Hehe. Ni gambar scan anak mereka yang ke-2 memetik instagram @redzasyahazmeer
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah...Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar! Terima kasih atas pemberian zuriat pada kami Ya Allah...Doakan #irmahasmie dipermudahkan untuk terima amanah Allah SWT...Im very proud of u mommy :) Me & #redzasyahirfhan love u so much...Syukur Alhamdulillah

Gambar Siti Nurhaliza Dengan ibunya

Gambar ni tak tahu majlis apa yang dihadiri oleh Datuk Siti Nurhaliza, suami, Datuk Seri Khalid dengan ibunya, Hajah Siti Salmah Bachik. Mungkin majlis perkahwinan ahli keluarga/saudara nya kot. Tapi melihat di sini, memang takde yang pelik mende, cuma nak tengok gambar Siti dengan ibunya tersayang bergambar bersama. Siap tagline,
Dia adalah ibu yg paling comel,baik hati ,sopan,penyayang,sabar dlm di alam maya ini.

Lana Nordin Bercinta dengan Doktor?

Lana Nordin yang berpisah dengan Johan Asaari beberapa minggu lalu, kini digosipkan melalui satu laporan mingguan akhbar tempatan yang mendakwa Lana sudah menemui penganti Johan. Malah dia digosipkan menjalinkan hubungan dengan orang yang bukan calang-calang orang, pangkat doktor.

Doktor berkenaan adalah bukan berdarah tempatan, dia adalah kacukan Pakistran dan Inggeris. Namun memetik portal mStar, Lana yang ditemui menafikan dia ada hubungan dengan doktor.
"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available,"-Lana

Scha al Yahya Sudah Mengandung/Hamil?

Menurut portal Utusan semalam, Scha al Yahya dimaklumkan sudah mengandung/hamil. Berita itu sungguh mengemparkan taktala tiada angin atau ribut kuat yang melanda.

Ianya bermula apabila dia jarang memuatnaik gambar ke dalam laman sosial beberapa hari ini akibat demam, namun temannya mengatakan dia sedang mengandung atas pembawakan anaknya itu.

Kalau betul, tahniah lah kan. 

Gambar Suami Linda Onn

Akhirnya Linda Onn yang sebelum ini membuat satu majlis tertutup daripada lensa kamera media mengenai pernikahannya kini dia sudah bersedia memberikan gambar/foto wajah suaminya, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan.

Mereka yang dinikahkan pada 27 Disember lalu sekarang sudah 2 minggu bergelar suami isteri.

Sharifah Aleya Bergelar Isteri

Ahad, 12 Januari 2014

Tahniah kepada deejay radio, Sharifah Aleya, 31 yang sudah bergelar isteri semalam dengan suaminya, Mohammed Azam Abdullah, 29 yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Mengikut portal mStar, mereka dinikahkan di masjid al Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira jam 10 pagi semalam, 11/1/14, dengan Aleya menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta hantaran sejumlah RM3,000.

Aleya memberi 5 dulang hantaran manakala pihak lelaki membalas dengan 3 dulang hantaran.

Gambar Sambutan Harijadi Rayqal oleh Fasha Sandha

Sabtu, 11 Januari 2014

Walaupun Putra Rayqal anak kepada Nora Danish, tapi melihat kemesraan Fasha Sandha memang tak boleh lawan juga, bagi memberikan kasih sayang seperti anak sendiri, Fasha dan juga ayah Rayqal merangkap suami Fasha, Jejai turut membuat sambutan harijadi ke-5 tahun Rayqal secara berasingan di kediaman mereka secara kecil-kecilan selepas waktu majlis kenduri di rumah Nora Danish. Begini lah keluaraga yang rukun. Semoga bahagia.

Sepahtu Bawa Pulang Perodua Alza Baru

Tahniah kepada kumpulan Sepahtu yang dibarisi oleh Jepp, Rahim dan Shuib kerana memenangi undian tertinggi pada Maharaja Lawak Mega 2013/2014 semalam (10/1).

Mereka menerima hadiah kereta Perodua Alza keluaran yang terbaru dengan undian 65%. Rancangan ini masih lagi belum berakhir dan kumpulan Wala telah tersingkir dengan undian 46%.

Kumpulan Shiro mendapat 57% dan Comey 56%, ahli lain tidak dapat dipastikan mungkin berada bawah daripada mereka. -gambar myMetro

10 Gambar Flexia Yeap Manis Bertudung

Jumaat, 10 Januari 2014

Awal minggu lalu, kita di gemparkan dengan bekas model majalah Playboy Filiphine, Felixia Yeap yang kini mengenakan hijab sepenuhnya pada dirinya, menyedari kadang kala berhijab, Flexia telah mengenakan penampilan ini sekitar pertengahan 2013 yang lalu.

Flexia yang berusia 27 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak itu merupakan anak dari keluarga penganut Thiong Hua yang kini sangat suka apabila memakai pakain muslimah itu terutama hijab dan jubah.

Walaupun akui dirinya masih belum lagi muslim, tapi Flexia berasa tenang bila memakai pakaian muslimah ini. Walaupun kehilangan peminat yang rata-rata hanya meminati tubuh badannya, dia kini mahu dirinya dihormati sebagai seorang wanita bukan dari tubuh badan tapi daripada penjagaan aurat.

Kita berdoalah agar Flexia lebih terbuka memilih agama Islam untuk jalan hidupnya kelak, kerana Islam itu indah.

Gambar Terkini Anak Anne Ngasri

Dah besar dah anak hasil perkahwinan ke-2 Anne Ngasri dengan suaminya, Mohd Sumali, yang dah masuk usia 4 bulan dah. Ini juga adalah anak ke-4 bagi Anne sendiri. Namanya kalau yang dah lupa la kan, ni Sufi Harraz, dan yang dewasa tu pula, Wafri dan Zara. Semoga bahagia lah ye. -instagram AnneNgasri

Noh, Nina Tunda Umrah Sebab AJL28

Adeh ini lah nasib untuk memilih dunia atau akhirat. Noh Hujan terpaksa berbelah bagi telah memilih untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) yang difahamkan akan berlangsung di Stadium Putra bertarikh 26 Januari ini daripada menunaikan ibadah umrah kali ke-4 bersama-sama kedua-dua ahli keluarga Noh dan Nina pada 20 Januari ini.

Namun untuk pergi ke Tanah Suci itu, memetik laporan mStar, Noh dan keluarga terpaksa menundanya.
"Saya dan keluarga sudah merancang untuk menunaikan umrah pada 20 Januari ini dan semua persiapan sudah pun dibuat, ketika itu tarikh AJL28 belum diumumkan lagi.

"Pada awalnya saya mahu tarik diri sahaja atau tempat saya digantikan orang lain tetapi isteri dan keluarga memahami dan berjaya membuat pertukaran tarikh kepada sehari selepas AJL28 berlangsung,

"Saya tidak terlalu teruja untuk menghadapi pertandingan ini kerana ia adalah hiburan sahaja, sebaliknya saya lebih teruja dengan persiapan untuk tanah suci nanti," -Noh

Leauniey Umum Jantina Bayi, Bersalin Pada..

Memetik laporan MediaHiburan semalam, tahniah diatas berita untuk pemberitahuan jantina anak yang dikandung oleh isteri kepada penjaga gawang Negara, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Leauniey Natasha yang diumumkan anak mereka adalah perempuan.

Dan pada yang sama Leauniey akan dijadualkan bersalin pada penghujung bulan Januari ini.
“Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menyerikan lagi keluarga kami," -Khairul