Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Ana Raffali dan Suami

Selasa, 28 Mei 2013


Gambar dibawah adalah gambar terbaru diantara Ana Raffali dengan suaminya, Ahmad Aznaim Abdullah. Mereka mendirikan rumahtangga pada Februari 2012 yang lalu, kini sudah setahun lebih bahagia mnjadi suami isteri. Namun yang pasti berita kehamilan Ana Raffali belum lagi kedengaran, belum ada rezeki juga nampaknya. Harap bersabar ok.




Gambar Siti Nuraliza Terkini

Ini adalah gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang diambil dalam minggu ni. Memang bahagia sungguh Dato' Siti ni. Orangnya periang disamping suaminya, Datuk Seri Khalid. Aish, bila lah nak ada baby ni, dah 2013 dari 2007, kami dah tak sabar dan tak sanggup nak tunggu ni. huhu.. lagi gambar di IG Siti.







Khalwat: Shahrizal Buka Mulut, Akui Diri Terperangkap!

Semalam, setelah seminggu berlalu yakni pada 16 Mei yang lalu apabila Jais mengeluarkan kenyataan kes khalwat di Apartment Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi yang melibatkan pelakon, Shahrizal Jaszle, akhirnya dia tampil membuat kenyataan media. Shahrizal mengakui dirinya diperangkap dan mengakui dirinya tidak bersalah. Tambah Shahrizal lagi, bila dia diikat jamin, dia terus menceritakan segala-galanya kepada keluarga.
"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.

"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November (2013) depan nanti,

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.

"Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," -Shahrizal. mStar

Fouziah Gous Bertunang 1 Jun 2013

Wah tak disangka, Fouziah Gous akan bertunang pada Sabtu ini bersamaan 1 Jun 2013. Fouziah akan bertunang dengan kekasihnya yang baru beberapa bulan bercinta, Md Zhafran Md Yusof.

Dan yang paling romantis sekali apabila Fouziah dilamar olok-olok ketika diajak oleh Zhafran menaiki pesawat ringan di Lapangan Terbang Subang dan kelihatan beberapa orang membuat kejutan dengan memampangkan tulisan lamaran terhadap Fouziah ketika sedang di dalam pesawat. -gambar Instagram Fouziah Gous





Gambar Terkini Putera Rayfal

Isnin, 27 Mei 2013

Ni la gambar terbaru anak kepada Fasha Sandha yang dimuatnaik oleh Fasha ke dalam laman sosial Instagram miliknya. Putera Rayfal juga dibawa bersama ke saloon milik Fasha. Memang comel lah anak Fasha ni. Nak gambar lagi, boleh ke Instagram Fasha






Zahid AF Kahwin Pada 7 Jun Ini

Dalam tidak disedari dah semakin hampir deejay Era FM, Zahid AF dengan tunangnya, Sarah Julifa Yusof yakni pada 7 Jun di Teluk Intan, Perak dan 15 Jun untuk majlis resepsi. Perkenalan melalui laman Twitter selama setahun itu telah membuatkan Zahid mahu menikahi gadis berkenaan tanpa mahu bercinta/couple berpanjangan.
"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang,"

"Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai.

"Kami sepejabat (ASTRO) namun tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi inilah yang dinamakan jodoh,"

"Seperti mana orang lain, saya juga mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami nanti," -Zahid. mStar

Kyla Fairy, Rohana Jalil Bercuti

Pelakon Kyla Fairy yang masih berumur 21 tahun dan emaknya, penyanyi Rohana Jalil telah pergi ke negara Eropah untuk bercuti. Keriangan dua beranak terkenal ini juga bersama-sama ahli keluarga mereka diabadikan di dalam laman Instagram. Jom lihat, siapa tahu dimana mereka bercuti ini..





Gambar Cucu Allahyarmah Datuk Sosilawati


Setelah melangsungkan dengan suami pilihan hati, Khamarul Azlan pada November 2011 yang lalu, kini anak kepada penguasaha kosmetik terkenal, Allahyarmah Datuk Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana telah pun memiliki seorang zuriat. Tanpa kita disedari mungkin usia anak sulungnya itu belum lagi cukup setahun.



Gambar Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi

Wah tak disangka, penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) kini dah beristeri 3. Yang terbaharu UAI telah selamat diijab kabulkan dengan isterinya yang ke-3. Majlis pernikahan itu berlangsung di Hulu Klang, Gombak.

Pada majlis pernikahan tersebut UAI Azhar berbaju kelabu dan berkopiah dan turut ditemani isteri pertama dan kedua beliau, Rogayah Sulong, 42, dan Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor, 26. Dengar kata nama isteri ke-3 UAI adalah Izyan berumur 27 tahun berasal dari Johor. Kuikui
Tahniah. -gambar HarianIslam








Nik Suryani, Saiful Bukhari Sah Suami Isteri

Sabtu, 25 Mei 2013

Personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman, 33, selamat diijabkabulkan dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu, tepat jam 3.30 petang tadi.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.

Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam ini, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. -Bharian

gambar SinarHarian

Anak Ayu, Zaquan dengan Auntie Rozita


Sebut je anak artis, memang ramai berpusu-pusu ingin melihat kelibat anak berkenaan, anak Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tidak menjadi ketinggalan. Muhammad Aisy Qaiser menjadi tatapan umum di laman sosial Instagram milik Zaquan, setiap kali dia memuat naik gambar Muhammad Aisy Qaiser. Kali ini Muhammad Aisy Qaiser bersama-sama auntie nya, Rozita Che Wan dan bakal uncle, Zain Saidin. Jom Layan.






Afiq Terima Sokongan Keluarga Saudara


Baru-baru ini Afiq Muiz mendapat sokongan keluarga dan datuk saudaranya sebelah ayahnya, Jalal Abidin memetik daripada SinarHarian dimana mereka sekeluarga mahu Afiq dan emaknya berdamai secara meja rundingan atau bulat.

Jalal berkata, seluruh keluarga di sebelah bapa Afiq, Azman Shah Kadir Ibrahim Shah, berharap tiada lagi adegan ‘serang menyerang’ menerusi media mahu pun laman sosial daripada mana-mana pihak.
"Kami mohon ibu Afiq menarik balik segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai Afiq (anak derhaka) sebelum ini dan berdamailah dengan Afiq,”

“Kesiankanlah Afiq. Kita hidup berkeluarga, turunkan ego masing-masing dan berjumpalah untuk berdamai. Itu jalan yang terbaik.

“Saya juga berharap bapa Afiq dapat membantu dan memainkan peranan untuk menyelesaikan hal keluarga ini, tanpa diketahui oleh orang luar,

“Kalau masih juga tiada jalan damai, kita harap persatuan (SENIMAN) dapat membantu, kerana ia bukan melibatkan hal keluarga sahaja, tetapi juga soal periuk nasi Afiq yang turut terjejas,” -Jalal
“Jika Umi (ibu) sedia untuk berdamai, saya juga begitu,” -Afiq

Tahniah! Hattan Nikahi Semula Bekas Isteri Pertama

Jumaat, 24 Mei 2013

Dikhabarkan komposer, Datuk Hattan memetik daripada Kosmo! semalam yang dia tidak pernah serik untuk menikah lagi, dan kini Hattan dalam perancangan nak bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Abidin.

Dulu mereka bernikah pada tahun 1996 dan bercerai pada tahun 2005. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Eiman yang kini berusia 15 tahun.
Saya rancang ingin menikahi dia (Arianie) pada 15 Ramadan ini. Tetapi saya ada juga terfikir untuk melangsungkan perkahwinan pada hari jadi anak kami, Adam, iaitu 21 Ogos.

Saya lebih suka kami berkahwin pada 15 Ramadan sebab mahu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama. Lagipun lebih elok jika kami berkahwin pada bulan Ramadan.

Majlis sederhana sahaja. Tiada hantaran pun. Tetapi mungkin ada majlis makan-makan.

Saya tidak jumpa wanita lain yang boleh dijadikan isteri. Kami juga sudah serasi bersama. Seluruh keluarga saya juga tidak mahu orang lain selain dia (Arianie).

Kami mahu lupakan perkara silam dan buka lembaran baharu untuk hidup bersama.

Zed Zaidi Nasihatkan Afiq Muiz


Ha ni komen orang kuat di kalangan seniman dan selebriti tanahair, presiden Seniman, Zed Zaidi yang memetik SinarHarian semalam tampil memberikan nasihat khas percuma kepada Afiq Muiz berkaitan isu keluarga yang dialaminya.
"Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga.

"Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita.

"Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan.

"Bukannya membuat sidang media dan 'menyerang' ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya," -Zed Zaidi

Gambar Syura Bertudung Terkini

Khamis, 23 Mei 2013

Semakin ayu nampaknya penyanyi Syura apabila mengenakan tudung setelah beberapa tahun yang lalu. Kini kehidupan Syura bersama-sama keluarganya semakin bahagia. Tak usah banyak berleter. Siapa yang setia dengan lagu Syura, pastinya korang merindui kelibatnya.



Leuniey isteri Apek Kini Belajar Pakai Tudung


Wah dengar khabar isteri kepada penjaga gol bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang bernama Leuniey sudah mula memakai tudung atau dalam proses memakai tudung pada dirinya. Alhamdulillah. Gambar dia memakai tudung itu dimuatnaik dari laman sosial Instagram miliknya dengan dilihatkan bersama Apek dengan memberi isyarat 'terbaik'. :)