Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Blog Abang Nasi Lemak

Khamis, 23 Februari 2012

Sekarang dah ramai orang-orang muda kita berani dalam menceburi bidang internet. Pelbagai kemudahan dan juga infrastruktur telah dibangunkan untuk melahirkan mereka yang celik IT. Terutamanya penggunaan terhadap aplikasi laman sosial yang kian meluas, namun kebanyakkan mereka tidak tahu yang dalam pada masa yang sama, ada kebaikan dan keburukannya. Facebook, Twitter, Blog, dan sebagainya merupakan fenomena baru di alaf ke-21 ini.

Ramai yang menghabiskan masa berjam-jam dihadapa komputer sehari-hari bagi melihat dan melakukan aktiviti yang kadang-kala orang menganggap kurang sihat. Namun begitulah yang terjadi kepada mereka yang mampu membahagikan masa mereka terhadap kepentingan sesuatu. Ada yang menggunakannya untuk memajukan taraf hidup dan tak juga untuk memberikan kemudaratan terhadap orang.



Ada yang juga memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan teknik dan rahsia tersendiri. Sepertinya blog ini yang dikatakan mempunyai contenct atau isi yang begitu bermanfaat untuk dibaca. Kelahiran blog yang diberi nama Kisah Cinta Nasi Lemak ini oleh seorang individu yang mahu bergelar dirinya 'Botaq' adalah bertujuan asal untuk menghimpunankan filem-filem dan drama-drama dari Korea, Malaysia dan juga hindustan dalam bahasa Melayu. Korang akan dibawa ke dunia hiburan internasioanal yang terkini dan langsung.



Selain daripada itu juga, anda juga akan dihidangkan dengan isi-isi yang anda rasa ianya adalah lumrah kehidupan sejagat. Pelabagai ragam dan budaya masyarakat kini juga dipaparkan, namun kepandaian blog ini mungkin menyebabkan isi daripada entry dalam blog berkenaan lebih panas daripada biasa. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai blog ini, terus sahaja ke LINK ini dan jadilah pelawat setia yang selalu meng'updates'kan diri dengan informasi terkini daripada blog ini.

Secara jujur, admin memang suka blog ini, sebagai pemerhati blog tempatan, kewujudan blog ini memang sangat dinanti-nantikan, apatah lagi pemikiran dan idealis yang begitu berani untuk dipertengahkan kepada masyarakat umum sekaligus membuka mata masyarakat mengenai perlunya proses pembacaan yang lebih agar kita tidak ketinggalan mengenai isu semasa.

Dato' Lee Chong Wei punya Ferrari

Rabu, 22 Februari 2012

Dato' Lee Chong Wei memang terkenal sebagai pemain badminton berstatus nombor satu dunia, dan kehebatan di gelanggang juga tidak dinafikan. Dah atlet yang berjaya, jadi dah secocoknya dia menerima banyak imbuhan dan insentif daripada kerjayanya itu. Kini dengan usahanya itu, dia memiliki Ferrari F430 yang dikhabarkan atlet pertama memilikinya.

Sebelum ini Chong Wei dikhabarkan memiliki Nissan GTR R35, namun kereta itu dikatakan dijual untuk membeli kereta Ferrari ini. Selain itu Chong Wei juga mempunyai kereta BMW X6 Coupe dan Proton hitam Inspira 2,0 (hadiah dari Proton)

Almy Nadia kena kencing jin

Almy Nadia mendakwa dirinya terkena air kencing puntianak sewaktu penggambaran drama Cinta Buat Emelda sehingga membuatkan wajahnya bengkak dan menggerutu. Insiden itu berlaku apabila dia melakonkan babak dikafankan dan selepas mencuci solekan pada wajahnya, Almy terkejut wajahnya terus berubah dan dia sendiri takut untuk melihatnya/

Pengarah filem berkenaan, Bob Ismail meminta Almy berehat selama seminggu dan buat rawatan secara tradisional. Kemudian, Almy pun ke Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan dan agak terkejut apabila ustazah yang merawatnya itu memberitahu muka saya terkena “air kencing puntianak”.

Ustazah berkenaan memintanya untuk berfikiran positif dengan menganggap insiden tersebut berlaku mungkin kerana kain kafan yang digunakan untuk adegan dalam drama itu kotor dan mempunyai hama. Selepas itu Almy dikatkan pulih seperti sediakala. -Via

Gambar Pertunangan Misha Omar

Tahniah kepada Misha Omar yang selamat melangsungkan majlis pertunangannya yang berlangsung dalam suasana sederhana di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pukul 1 semalam. Majlis pertunangan tersebut diadakan secara tertutup bagi memenuhi permintaan keluarga. Gambar layan dulu. Gambar Via

Fiza akui sayang dan cintakan Shahrizal

Selasa, 21 Februari 2012

Pelakon Fiza Elite dikatakan atau digosipkan mempunyai hubungan dengan Shahrizal. Namun belum ada lagi komen Fiza mengenai ini. Tapi mengikut portal GUA yang dipetik, Fiza memang betul-betul sayang dan cintakan Shahrizal banget. Korang masih tak percyaa ke? nah ni komen sebenar Fiza terhadap Shahrizal....

“Saya memang sayang dan cintakan Shahrizal. Dia memang baik dan ambil berat tentang saya. Dia banyak bersama saya sepanjang berada di Australia. Lama-lama, memang saya ada menyimpan perasaan sayang terhadap dia”, ujar Fiza.
Jangan panik dulu wahai kaun Adam semua, admin pasti korang tak nak lihat Fiza berdampingan dengan Shahrizal tu yang mempunyai rekod 'terbaik' dalam percintaan. Hehe. Sebab kata-kata Fiza itu adalah gambaran untuk watak Fiza dalam drama Atas Nama Cinta lakonannya dengan Shahrizal. Auww..

Gambar terakhir Ana Rafali sebagai girlfriend..

Pernikahan Ana Rafali dengan Ahmad Aznaim Abdullah kurang seminggu lagi. Ketika ini Ana dikatakan sibuk menyiapkan hantaran pernikahanya yang kini hampir 90% siap untuk pihak lelaki pada 25 Feb nanti di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Hantaran itu adalah hasil kreativiti Ana sendiri sebagai tanda yang istimewa buat dirinya untuk bakal suaminya.

Menurut portal MURAI, acara pada 25 Februari itu akan dimulakan dengan majlis bertunang sekitar jam 10.30 pagi dan hanya sejam selepas itu akan berlangsungnya majlis akad nikah yang akan dilaksanakan oleh bapanya, Mohd Raffali Mod Nor.

Al-Fatihah, Latif Ibrahim meninggal dunia

Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,60 meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) semalam akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Ujar Adik Latif, Khatijah, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

"Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya.
Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu. -Via

Stacy, Akim hiasi majalah By'U

Isnin, 20 Februari 2012

Akim dan Stacy kini dipertemukan dalam sebuah Majalah By'U yang dipetik daripada laman forum Cari baru-baru ini. Memang ternampak sangat kemesraan Akim dan Stacy dalam majalah ni, dan tidak dapat dipastikan adakah 'dogeng' merepa hanya lah topeng semata-mata di dalam percintaan mereka berdua. Tak kisahlah, kalau ada jodoh, dorang kahwin juga tu. Hehe.

Selain itu, ada juga kelibat seorang pemain bola sepak yang mahu menjadikan dirinya dikenali ramai, dan mungkin sudah dikenali oleh peminat bola sepak tempatan, iaitu kemunculan Wan Zack Haikal dalam majalah berkenaan. Dah ramai sekarang atlet bola sepak menghiasi majalah selebriti, kuat aura nampak.

Gambar Bakal Suami Misha Omar

Jeng-jeng, akhirnya Misha Omar menamatkan spikulasi dan kontroversi mengenai siapa jejaka yang menambat di hatinya. Kini dia memperkenalkan jejaka itu dan akan bertunang tidak lama lagi dan dijadualkan akan bernikah pada tahun ini juga. Jejaka itu ada, Firos Ezzwan Rossly, 30, dan merupakan juruterbang syarikat Penerbangan Malaysia Bhd. (MAS). Apa macam cocok tak?

gambar Kosmo | GUA

Video Bogel itu bukan saya! - Melia

Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut. Melia berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.

“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?

“Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

“Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya,”

“Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.

“Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah,” katanya. -Via

Siti Nurhaliza di pelancaran produk terbaharu

Ahad, 19 Februari 2012

Dato Siti Nurhaliza ditemui semalam ketika beliau sempat meluangkan masa untuk bersama-sama melancarkan satu lagi produk dibawa naungannya dalam satu majlis pelancaran produk terbaharu SimplySiti, DERMAGIC. Selain itu turut menampilkan duta terhadap produk berkenaan, Shazween yang begitu cantik dan ayu. Korang layan dulu gambar Dato' Siti ni ok. Gambar VIA

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza


Gambar Terbaru Fahrin Ahmad

Sabtu, 18 Februari 2012

Pelakon dan Aktor, Fahrin Ahmad memang ramai peminatnya, manakan tidak, orangnya kacak dan serba macho, badannya juga cukup tuff. Namun sampai sekarang kita tidak tahu siapa kekasih Fahrin, belum ada gosip itu lagi melanda buat dirinya. Mungkin masih lagi single. Gambar dibawah adalah gambar Fahrin ketika sesi media untuk filem/drama Misi 12.

Ziana Zain akui suntik di muka

Penghujung tahun lalu, khabar angin pernah mengatakan bahawa penyanyi popular Ziana Zain, telah menerima suntikan di wajah. Bagaimanapun, perkhabaran itu senyap seketika bak angin lalu. Tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya.

"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat.

"Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya tanpa berselindung.

"Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya.

"Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya.

"Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang," katanya bersungguh-sungguh. -Via

Gambar Nora Danish, Mon Ryanti

Jumaat, 17 Februari 2012

Gambar dibawah adalah gambar Nora Danish dan Mon Ryanti (heroin filem Hantu Dalam Botol Kicap) dalam satu majlis doa selamat sempena pelncaran filem Akut Terima Nikahnya. Lihatlah kedua-dua heroin ini yang serba manis dan membolehkan anda semua diluar sana terumata lelaki tak duduk senang. Hehe. Gambar VIA

Gambar selebriti di pra-ABPBH 2011

Gambar dibawah adalah gambar yang dipetik daripada Blog Budiey, bersempena pelancaran hari Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada 8 April nanti dan berlangsungnya juga majlis pra-kemuncak pada 15 Feb yang lalu di Holiday Villa, Hotel & Suite, Subang Jaya dengan kehadiran ramai selebriti memeriahkan majlis berkenaan. Pelbagai ragam dan rekaan pakaian ditonjolkan, siap kena bagi beg Twitter lagi.

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH

Sidang Media ABPBH