Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Adibah Noor nekad enggan berkahwin!

Rabu, 23 November 2011

Adibah Noor yang berusia 41 tahun nekad tidak mahu berkahwin kerana serik untuk bercinta lebih-lebih lagi dia pernah putus kasih sebanyak lima kali. Pengalaman pahit itu membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa itu tidak sanggup melalui masalah yang sama lagi.

"Bayangkan, lima kali saya putus cinta dan semua tak mahu berkahwin dengan saya. Dan sejujurnya, saya serik dan tak mahu kahwin. Dengan usia sebegini, lebih baik saya jaga diri sendiri serta keluarga dan fokus pada kerjaya seni. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah mendesak, malah mereka faham dengan apa yang saya inginkan

Selain keluarga, mereka inilah yang sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Bagaimanapun, saya tidak menolak sekiranya takdir telah menentukan jodoh saya,"
Sejak berstatus solo, dia mula membela kucing dan kini mempunyai hampir 20 ekor, malah binatang peliharaan kesayangannya itulah yang menjadi penghibur di rumah.

Bukan sekadar kucing, Adibah juga merasakan hidupnya cukup sempurna walaupun tanpa lelaki bernama suami di sisi kerana mempunyai teman-teman rapat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang.

Neelofa nak belanja dinner pemain Harimau Muda

Kemenangan ibu segala emas sukan SEA, dalam acara bola sepak Malaysia menentang Indonesia pada hari Isnin lalu memang mendapat banyak reaksi dan komen, lebih-lebih lagi golongan selebriti. Termasuklah Neelofa. Dalam laman sosial Twitter-nya, dia mahu belanja semua skuad Malaysia atau lebih dikenali sebagai Harimau Muda untuk dinner. Mungkin sekadar gurauan Neelofa. Namun yang jelas, sepertinya Neelofa ada menyukai diantara pemain skuad Harimau Muda ni la, tapi tak tahu yang mana satu. Jeng3.

-Gambar Via

Rahmat Ekamatra terima hidaya melalui buku

Selasa, 22 November 2011

Rahmat Ekamatra cukup popular bersama band rock, Ekamatra sekitar penghujung tahun 1980-an dan 1990-an. Bagaimanapun bertemu dengannya baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan perubahan 360 darjah bapa kepada tiga orang anak itu.

“Saya sedar ramai yang terkejut dengan penghijrahan imej serta diri saya termasuk rakan terdekat serta peminat tetapi penghijrahan ini ke arah kebaikan.

“Semuanya bermula di sebuah kedai buku pada tahun lepas. Saya terpandang sebuah buku yang menceritakan kisah Rasullullah S.A.W.

“Ketika itu saya tidak ambil kisah, tetapi apabila pulang ke rumah, fikiran saya asyik teringatkan buku itu sahaja. Dalam hati saya terdetik yang saya mesti dapatkan buku itu. Setelah membeli buku itu, timbul perasaan kagum terhadap Rasullullah S.A.W.

“Orang di kedai buku itu juga ada memberitahu saya, bahawa Yayasan Sofa ada menganjurkan kelas agama setiap hujung minggu jika saya berminat,” -Via
Ps: alhamdulillah, semoga Allah merahmati golongan artis yang ingin berubah dalam hidupnya kearah lebih dekat denganNYA.

Gambar Liyana Jasmay di Red Carpet FFM24

Red Carpet FFM24 memang ramai artis terkenal yang hadir, tak usah kata lah pelbagai fesyen dan ragam artis tue memang ada. Tapi dalam banyak-banyak foto yang diambil oleh Blogger Budiey ketika Red Carpet FFM24 tu, cuma gambar Liyana Jasmmay sahaja yang boleh dijadikan perhatian. Mungkin korang sendiri akan perasan, tapi biasa lah tu. mungkin suasana kat sana panas kot, sebab tu begitu. Tapi apa-apa pun, Liyana masih kelihatan comel dan manis dipandang. :) -siapa lelaki disebalik Liyana tue??

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Zizie Ezette kini bergelar Datin

Bermula awal tahun ini, Zizie Ezette telah mula bergelar datin. Ini berikutan Datuk Bung Mokhtar Radin menceraikan isteri pertama beliau, Nor Asidah Alimuddin.

Untuk yang tidak tahu, gelaran datin hanya boleh digunakan oleh isteri pertama sahaja. Perceraian itu dikatakan berpunca sikap Bung dan Zizie yang melanggar perjanjian dulu.

“Khabarnya dulu, Bung dan Zizie berjanji pada Nor Asidah tidak akan meuwar-uwarkan berita perkahwinan mereka. Bekas isteri minta mereka kahwin senyap-senyap supaya tidak menimbulkan persoalan.

“Tapi, malangnya berita perkahwinan Bung dan Zizie dapat dihidu wartawan dan menjadi berita besar. Kebanyakan akhbar meletakan cerita perkahwinan mereka di muka depan. Jadi Bung dan Zizie dianggap melanggar janji,” lapor akhbar berkenaan.

Gambar resepsi Eira Syazira, Azad Jazmin

Isnin, 21 November 2011

Pada 18 November yang lalu telah berlangsungnya majlis resepsi Eira Syazira dan Azad Jazmin di International Youth Centre, Cheras. Memamng sungguh cantik dan berseri-seri betul photo dibawah ni, penuh makna dan bererti memandangkan kedua-dua pengantin merupakan orang yang kita tahu sangat mesra sekali. Photo dibawah adalah majlis resepsi sebelah pihak pengantin perempuan k. Dalam hal yang lain pula, majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 26 Nov 2011 di Penang nanti.

















gambar Via

Gambar Anak Daphne Iking

Tahniah kepada Daphne Iking (Dahlia) diatas kelahiran cahaya mata sulungnya yang bernama Iman Danielle Iking Azmi. Anak perempuan Daphne ini merupakan anak yang dinanti-nantikan oleh Azmi memandangkan Daphne sudah pun mempunyai anak dahulu. Daphne dan Azmi dinikahkan pada Januari 2011 yang lalu, kini dah masuk 9-10 bulan maka hasilnya juga sudah kelihatan. Tahniah sekali lagi.

-gambar via

Ezlynn kini dah jadi isteri orang

Ezlynn telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin sekitar jam 6 petang semalam, 20112011. Dengan sekali lafaz, majlis akad nikah telah selamat disempurnakan oleh bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Ezlynn menerima sebentuk cincin bertahtakan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Adam bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang. Selain sebentuk cincin, Adam turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 serta wang hantaran sejumlah RM20,020.20.

Pada majlis bertunang yang diadakan sekitar jam tiga petang, pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang. Antara hantaran yang diterima Ezlynn adalah seperti kasut, senaskah Al-Quran dan tas tangan.

Sementara Adam pula, menerima hantaran berupa senaskah Al-Quran, kain songket, kemeja dan cuffling, pakaian untuk berbasikal, sepasang kasut, set haruman serta kaca mata.

Gambar Perkahwinan Zahiril dan Shera

Ahad, 20 November 2011

Tahniah kepada pasangan Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang dikhabarkan berkahwin baru-baru ini. Mereka bertunang pada 1 Mei yang lalu. Majlis akad nikah yang penuh bermakna itu diadakan di kediaman Shera Aiyob di Taman Tasik Indra, Ipoh, Perak pada jam 9.30 pagi dengan tema perkahwinan dalam taman. Mengenai hantaran pula, Zahiril akan menghantar 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM18,000 dan mas kahwin RM1, 001 manakala Shera akan membalas dengan 13 dulang hantaran. Gambar belum ada, tapi kad perkahwinan dorang ada. updates: 20112011

-gambar Via | Via

Gambar Anak Elyana

Sabtu, 19 November 2011

Anak Elyana yang kini berusia 3 bulan dah selepas Elyana melahirkannya pada akhir bulan Ogos yang lalu. Kini anak Elyana nampak semakin comel dan berisi, mungkin ikut mamanya yang sentiasa comel. Nama anak Elyana ni kurang dipastikan siapa namanya, namun yang jelas anaknya berjantina perempuan. Korang layan dulu gambar dibawah ni k.

-Gambar Via

Anuar Zain buat rawatan muka

Anuar Zain mendedahkan, beliau kini menjalani rawatan pembentukan wajah. Proses itu dilakukan bagi mengurangkan lebihan kulit di bahagian bawah mukanya. Bagaimanapun, berdasarkan kaedah rawatan yang dilakukannya itu, dia menyangkal dakwaan menggunakan suntikan botox. Dan kos pula dirahsiakan olehnya.

"Jangan salah sangka, apa yang saya lakukan ini bukannya botox. Kaedah rawatan yang baru saya jalani tahun ini berbentuk urutuan di bahagian wajah saya.

Bagaimanapun proses ini akan menyebabkan muka saya membengkak untuk beberapa hari sebelum membuat urutan susulan bagi membentuk semula wajah saya, -Utusan"

Gambar Melda Ahmad Bertudung

Jumaat, 18 November 2011

Satu perubahan yang mungkin banggakan kepada seorang lagi penyanyi, Melda Ahmad. Baru-baru ni Melda telah menyambut hari jadinya. Melalu laman blognya, dia ada buat kenyataan yang menyatakan dia harus dan wajib melakukan perubahan terhadap dirinya yang kini dalam usia yang baru. Baguslah kalau macam tue Melda. Kami sentiasa menyokong sesiapa daripada golongan artis untuk berubah kepada kebaikkan sebab mereka ni roll model kepada peminat-peminat.

Perubahan mesti dilakukan untuk fesyen zaman sekarang ni. Jangan ditakuk lama, dengan fesyen tak cukup kain dan sebagainya, kan bagus bertudung aka menutup aurat, sejuk mata memandang juga. Tapi jangan bertudung, tapi sikap dan gaya tu mengada-ngada pula, dah tak sejuk mata, jadi bengkak mata memandang adalah. hehe. Layan dulu gambar Melda bertudung kat bawah ni.
Birthday kali ini sangat bermakna. Why? because I have promised to myself bahawasanya saya harus berubah to be a better person, near to the Creator. I believe that once I grow older (20 years old) I am one step closer to death. Jika sesiapa yang dah lama follow melda, dulu melda ada letak misi untuk memakai tudung once im 20. Alhamdulillah, hati langsung tak berat nak sarung tudung, excited ada. Mungkin berkat doa rakan2, mak terutamanya serta mereka-mereka yang pernah mendoakan melda. -Via

Anak Nora Ariffin dapat UPSR terbaik!

Tahniah lah kepada pelajar-pelajar UPSR yang meminati izyan.com. Kalau ada lah yang dok layan gosip kat blog ni dari golongan mereka. Hehe. Kalau takde pon, kepada emak n papa yang ada anak amik UPSR. Dan juga keapda golongan artis yang ada anak dia amik UPSR, terutama Nora Ariffin yang dikhabarkan anaknya mendapat keputusan cemerlang walaupun tidak dinyatakan berapa A dan selebihnya melalui laman Facebooknya.

Gambar Lisa Surihani Kahwin

Lisa Surihani dah kahwin? biar betul. Terjumpa gambar di bawah ni melalui satu laman web. Memang sungguh tak disangka, perkahwinan Lisa bukan sahaja menjadi bualan ketika itu. Malah Lisa juga mengenakan pakaian yang cukup kita banggakan, yakni bertudung. Cukup cantik dan indah lihat Lisa. Tapi dengan Yusri. Sudah tentu tidak. Sebab ini lakonannya dalam filem Ombak Rindu jerk. Jangan risau, tapi harap-harap nampak Lisa kahwin macam ni. Kan3.

Harith Iskander tak sabar nak jadi ayah!

Khamis, 17 November 2011

Harith Iskander (owner restoran Samsaraa, KL) mengakui bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim (dalam pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di HUKM, Cheras) sedang hamil 6 bulan. Mereka yang sudah setahun mendirikan rumahtangga (Julai 2010) dan kini bakal menunggu detik yang sangat bahagia. Bagaimanapun, Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012.

“Kadangkala saya akan mengubah sesuatu perkara itu mengikut keadaan. Jadi sebab itu saya tidak mahu lagi menetapkan nama anak saya walaupun sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai

“Setiap tiga hingga empat minggu, saya akan membawa isteri membuat pemeriksaan kandungannya dan kami sudah mula membeli barangan bayi sedikit demi sedikit.

“Saya juga sentiasa menjaga isteri sewaktu dia alahan teruk semasa tiga bulan kehamilannya tetapi sekarang dia sudah tidak alahan lagi,” ujarnya. -Via

Aksi Menghairahkan Aaron Aziz, Jasmin Hamid

Memang cukup menghairahkan betul aksi Aaron Aziz dengan pelakon hot, Jasmin Hamid. Aksi yang ditayangkan ini adalah bersempena teater Badai Semalam. Lakonan ini juga dijayakan oleh Erra Fazira. Tiket tak usah kata lah, peminat Aaron terutama wanita, dah banyak kebas tiket tu semata-mata nak lihat Aaron. Namun korang tak perlu bimbang dan risau, ianya lagi masih lagi dipentaskan di Istana Budaya sehingga 20 November ini. Tiket diantara RM30 bagi semua golongan dan hingga RM300 bagi yang berkemampuan. Berbaloi lihat theater ni. Tak caya? korang g beli dulu. hehe.

-gambar Via