Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Inul Daratista buang lemak

Ahad, 27 Disember 2009

Demi kecantikan, penyanyi dangdut popular, Inul Daratista sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik. Menurut Inul, kemontokan tubuh badannya itu kini persis menyerupai pelakon Julia Perez dan sebelum ini dia pernah tertekan gara-gara berat badannya yang naik mendadak selepas melahirkan anaknya beberapa bulan lalu.
“Bayangkan, berat badan saya naik dari 56 kilogram (kg) kepada 72kg. Tetapi sekarang sudah turun sikit kepada 62kg. Bagaimanapun, saya mahu mendapatkan berat badan yang ideal iaitu 56kg. Saya sanggup menjalani rawatan laser untuk sedut lemak dua kali seminggu. Saya juga mendapat khidmat jurulatih peribadi, Betty Tilarso seminggu tiga kali. Biar badan saya cepat langsing,” ujarnya kepada laman web Kompas.
Tambahnya, dia sanggup berhabis duit demi mendapatkan tubuh badan yang cantik. Cuma wanita berusia 30 tahun itu enggan melakukan pelbagai jenis rawatan kerana masih memberikan susu badan kepada anaknya, Yusuf Ivander Damares.

Anne Ngasri buka tudung demi kerjaya

Aktres kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung. Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan. Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan. Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.

“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya. Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap. Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.

Adegan Gatal Jimmy terhadap Diana Danielle

Sabtu, 26 Disember 2009

Dalam rancangan Trek Selebriti di Astro, pengacara berkenaan iaitu Jimmy Shanley telah menjelajah dan mengenali ramai artis mengenai dalaman dan luaran kehidupan artis berkenaan. Terbaru, rancangan itu telah menjemput artis yang masih bujang dan cantik, Diana Danielle. Dalam tidak disangka-sangka Jimmy menampakkan taringnya secara spontan dalam babak-babak berkenaan. Kata orang, boleh lah dikatakan 'gatal' sedikit. Ngeh3.

Harun Salim pegang pinggang Nabila

Filem Duhai Si Pari-Pari yang bakal menemui peminat filem tempatan akan menampilkan lakonan Que Haidar, Harun Salim Bachik, Liyana Jasmay dan Nabila Huda. Filem yang menelan belanja RM1.4 juta ini menampilkan cerita Fairy Tale Comedy. Dikuatkan lagi dengan lakonan dari cameo seperti Hans Isaac, Zizan Raja Lawak, Farid Kamil dan Aziz Satar. Dalam sesi foto, Harun Salim Bachik (HSBC) sempat memegang pinggang Nabila yang ketika itu hamil, mungkin sekadar kebiasaan bergambar, namun wajar kah tindakan itu. Ngeh3.

Awal ditangkap Polis, Scha terlepas

Berikutan penahanan seorang pelakon dan pengacara lelaki berusia 28 tahun pada awal pagi kelmarin di ibunegara, timbul desas-desus mengatakan artis terbabit adalah Awal Ashaari. Menurut sumber yang berada di tempat kejadian, Awal disahkan antara 21 orang yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan tanpa lesen di bumbung sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini.

Artis itu ditahan kerana enggan menjalani ujian air kencing dalam serbuan pukul 3.15 pagi itu. Difahamkan, pelakon Scha Al-Yahya dan Juliana Evans turut berada di pusat hiburan berkenaan. Namun mereka dibebaskan setelah ujian air kencing yang dijalankan didapati negatif.

Bagaimanapun Pengurus Awal, Azlina Merican yang dihubungi berkata, dia amat terkejut dengan berita itu dan menafikan sekeras-kerasnya Awal terbabit dengan kes tersebut. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Supritendan Sharifah Hawariah Syed Idrus ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara tersebut namun tidak menafikan bahawa Awal terbabit dalam serbuan itu.Usaha untuk menghubungi Awal, Scha dan Juliana bagaimanapun menemui jalan buntu apabila mereka tidak menjawab panggilan.

Selain mereka bertiga, dua lagi artis lelaki, kedua-duanya berumur 40-an, dibebaskan selepas ujian air kencing mereka didapati negatif dadah dalam serbuan.

Babak Lucu Ayu Raudhah, Fizz Fairuz

Pelakon Nur Kasih, Ayu Raudhah kini semakin terkenal disebabkan filem berkenaan. Kemunculan Fizz Fairuz pula yang telah mengesahkan berlakon dalam filem untuk Nur Kasih telah dimuktamadkan akan lebih memantapkan barisan pelakon dalam drama berkenaan. Berbalik kepada tajuk asal, dalam studio milik Gua baru-baru ini, dua pelakon ini sedang ber'chat' dengan peminat, dalam tidak disangka Ayu telah dipanggil untuk sesi foto oleh media, si Fizz ni nakal sikit, cuba menutup bontot Ayu Raudhah melalui webcam komputer. Ishk3.

Fasha Sandha Kahwin senyap-senyap

Jumaat, 25 Disember 2009

Selepas pelakon jelita Zizie Ezette mengejutkan ramai pihak kerana berkahwin secara rahsia dengan Ahli Parlimen Kinabantangan, Datuk Bung Moktar Radin, tiba-tiba timbul pula cerita Fasha Sanda sudah berkahwin dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram. Kononnya, pasangan ini telah berkahwin di sebuah hotel enam bintang di Kuala Lumpur dan jemputan hanya terdiri daripada kenalan rapat sahaja. Malah, turut diberitahu setiap tetamu tidak boleh membawa kamera mahupun telefon bimbit kerana pihak pengantin tidak mahu perkahwinan mereka sampai kepada pihak media.

Bagaimanapun, Harian Metro edisi kelmarin melaporkan Fasha menafikan perkara tersebut. Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh ‘Ratu Kontroversi’ ini,
“Mana ada saya kahwin senyap-senyap, Cerita ini tidak benar dan sampai saat ini saya masih bujang dan belum mendirikan rumahtangga. Jika ada yang menuduh dan fitnah saya, minta sila tampilkan bukti. Jangan setakat buat spekulasi tanpa bukti tidak sah.”
Dalam masa yang sama, Fasha turut memberitahu yang dia masih lagi bersahabat baik dengan Rizal.

BMW X5 milik Ekin

Beruntung Ekin bersuamikan artis popular, Mawi. Berkat dan usaha Mawi yang bergelar artis selama beberapa tahun ini telah membuahkan hasil yang cukup berganda-ganda. Daripada menjadi duta, penyanyi, pelakon, kedai butik dan lain-lain lagi. Lihatlah isterinya, Ekin dibelikannya kereta BMW X5, kereta mewah yang digunakan seharian oleh Ekin kemana-mana da hendak pergi. Kereta Mawi pun agaknya biasa-biasa sahaja kot, kalau diikutkan Mawi ni bukan yang jenis menunjuk-nunjuk, kata orang lah. Ngeh3.

Tiz Zaqyah Seksi

Bila melihat Tiz Zaqyah dalam rancangan Nurkasih di TV3 memang tidak dinafikan dia lah paling comel dan ayu dalam siri popular berkenaan dengan pengayaan tudung serta pemakaian muslimah. Pelakon heroin ini drama bersiri ini juga memang tidak boleh lagi dinafikan apabila berada di luar drama berkenaan. Berpakaian seksi dan ketat ala kelas menampakkan bahagian tubuh badan. Yang tu, penulis no komen lah, terpulang kepada dia yang mana baik dan buruk. Ngeh3.

Bakal Suami Serina

Bukan main lagi resepsi untuk pasangan ini. ENAM atau 6 majlis resepsi akan dilangsungkan sempena perkahwinan anak dara Chef Wan, pelakon dan pengacara Serina Redzuawan, 26, yang bakal menjelang 1 Januari ini. Seperti yang dirancang, Serina dan bakal suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghaffar, 33, akan menyempurnakan majlis merisik pada pagi 31 Disember di The Royale Chulan, Kuala Lumpur manakala di sebelah petangnya akan diadakan majlis bertunang di hotel yang sama.

Kedua-dua majlis ini akan dilangsungkan secara tertutup dan dihadiri oleh 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat serta saudara-mara kedua-dua belah bakal mempelai. Hampir 20 orang ahli keluarga Gavin akan turun ke Kuala Lumpur untuk meraikan pasangan ini.

Mahkamah Arah Penyata Akaun Erema Disiasat

Khamis, 24 Disember 2009

Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, kelmarin memerintahkan Maybank mengeluarkan penyata akaun penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, mulai Januari 2007 sehingga Disember 2008 untuk disiasat. Ini kerana Erema didakwa telah memasukkan wang royalti lagu ciptaan suaminya, Seri Bayu ke dalam akaun miliknya.

Permohonan ini dibuat oleh Seri Bayu selaku defendan yang didakwa tidak memberi nafkah kepada isterinya itu sejak 2007. Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Ghazalie Ahmad, Erema mendakwa suaminya tidak memberikan nafkah zahir dan batin serta memberikan tekanan emosi terhadapnya. Sehubungan itu, dia juga menuntut cerai fasakh itu kerana tiada persefahaman dengan suaminya lagi.

Mengenai wang royalti itu, Erema berkata dia telah memasukkannya ke dalam akaun EON Bank Seri Bayu setelah disoal oleh peguamnya, Ahmad Tarmizi Shariff. Dalam pada itu, peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz mewakili Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang ditemui di luar mahkamah berharap plaintif akan mematuhi arahan tersebut.

"Kami berharap plaintif tidak membantah untuk menyiasat penyata akaunnya kerana mahkamah sudah mengeluarkan perintah,” katanya lagi.
Hakim Syarie memutuskan perbicaraan kes cerai fasakh ini ditangguhkan pada 1 Mac depan di mahkamah yang sama. Erema dan Seri Bayu hadir ke mahkamah secara berasingan. Wanita itu berlalu tanpa memberikan sebarang komen sambil mengesat air matanya sejurus perbicaraan itu selesai. Sementara Seri Bayu yang berkerusi roda memaklumkan dia tidak berpuas hati dengan jawapan Erema di dalam mahkamah kerana banyak fakta yang tidak betul.

Awal bagi 'Warning' kepada Fahrin

Dan inilah yang terjadi mengenai kisah cinta tiga segi selebriti muda yang makin panas malah ianya bertambah menjadi lebih rumit tetapi menarik untuk diikuti bersama. Awal Ashaari dalam mesej yang didakwa Twitter miliknya telah menulis sebaris ayat yang akan mencetuskan kisah sensasi baru dalam episod perpisahan Scha al-Yahya dengan Fahrin Ahmad.

“And don’t f*king blame the third party if u are no longer be able to hit your gf, or have failed to be a succesful sex-maniac.”
Sepertinya keras dan kasar sahaja bunyinya kan. Namun semua sudah dimaklumkan bahawa beberapa hari lalu Fahrin Ahmad keluarkan kenyataan tentang orang ketiga dalam hubungan cinta beliau sehingga mengakibatkan perpisahan.

Awal Ashaari yang tidak pun disebut dan dinyatakan dalam kenyataan Fahrin Ahmad berkenaan mula melenting melalui Twitter miliknya dan disokong hebat oleh Scha al-Yahya sendiri. Mesej dan ungkapan Awal Ashaari di Twitter berkenaan menangkis ‘tanggapan’ segelintir ramai pihak bahawa beliau adalah orang ketiga yang Fahrin Ahmad maksudkan. Untuk memberi hint tentang apa sebenarnya yang terjadi, Awal Ashaari membayangkan yang Fahrin Ahmad sebenarnya gagal untuk memikat Scha al-Yahya dan dalam masa yang sama gagal untuk menjadi teman lelaki yang gila seks.

Acara 'merisik' Azwan Ali?

Ketika umat Islam sibuk menyambut Maal Hijrah baru-baru ini, selebriti terkenal Azwan Hj Ali dalam diam-diam membawa rombongannya seramai 8 orang ke Kampung Rahmat, Kluang Johor untuk menghadiri satu majlis 'merisik'. Sebaik menatap foto-foto yang dikirimkan oleh peminat Azwan, yang mahu dikenali sebagai Linda, sekitar majlis tersebut, berbagai pertanyaan bermain di dalam kepala.

Apakah itu 'majlis merisik' seperti yang pernah diramalkan sebelum ini? Dan siapakah pula gadis Kluang yang berjaya menambat hati Azwan selama ini? Ketika dihubungi, Azwan masih terus mengunci mulutnya dan membiarkan saja spekulasi tentang 'majlis penuh rahsia' itu tanpa ada sebarang jawapan.

"Acara merisik itu amat bermakna kerana ia ada kena mengena dengan masa depan saya. Majlis yang diadakan tempoh hari sebenarnya diadakan untuk menyatakan kesyukuran. Selain beramah mesra dengan penduduk di situ, kami juga mengadakan tahlil, bacaan Yassin dan kenduri doa selamat di Masjid Al-Islah dengan anak-anak tahfiz al-Quran," kata Azwan.
"Kalau ingin tahu lebih lanjut, kena tunggu majlis pengumuman yang akan diadakan pada 13 Januari, 2010, pukul 3 petang bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses. Kad undangan sudah pun diedarkan dan majlis itu akan diserikan dengan ramai selebriti popular," jelas Azwan yang masih berselindung tentang majlis penuh rahsia yang bakal diadakan tahun depan itu.

Gambar Mesra terbaru Memey, Norman Hakim

Apa dah nak jadi dengan dua artis yang penuh kontroversi ni, Norman Hakim dan Memey. Terkejut juga penulis melihat gambar yang di kirim oleh sesorang kepada penulis. Bukan main mesra lagi dok tengok Memey dan Norman Hakim. Bukan setakat Norman sahaja didampinginya, anak Norman Hakim hasil perkahwinannya dengan Abby Abadi juga makin bertambah mesra gitue. Diharap percepatkan lah soal perkahwinan anda berdua nie, nanti baru lah hilang kontroversi lagi. Oh Auntie Memey~

Gambar Nik Maihan Myhan Rossihan

Rabu, 23 Disember 2009

Siapa gerangan manusia bernama, Nik Maihan Myhan Rossihan ni. Macam sepertinya kurang dikenali ramai. Rupa-rupanya, dia ni lah yang selalu membaca berita sukan di TV3. Personaliti baru ni berasal dari Kelantan. Walaupun masih baru lagi, mungkin ramai yang percaya, dia akan popular tidak lama lagi sebaris dengan penyampai berita yang lain, lebih-lebih lagi diambil bekerja di Media Prima. Memang menyeronokkan kerjaya sebagai wartawan, boleh melancong atau melencong sampai ke Stamford Bridge di England gitue~.

Fesyen Rambut Didi Alias Sehati Berdansa

Pelakon berpengalaman, Didi Alias memang jarang-jarang membuat sebarang kemunculan di kaca tv tidak berbayar, cuma bergiat aktif dalam rancangan realiti Sehati Berdansa musim ke-3 bersama pasangannya, Sham. Dalam tidak disangka kemunculannya Didi di satu Expo telah mengejutkan orang-orang disana dengan fesyen rambutnya yang tidak tahu nama fesyen berkenaan apa. Bersama-sama juga Enot yang merupakan pasangan Sehati Berdansa.

Papadom Tewas, Liayana Jasmay Enjoy

Filem terbaru arahan pengarah, Afdlin Shauki telah di calonkan untuk majlis penganugerahan Film Festival Asia Pacific 2009 di Taiwan baru-baru ini. Yang turut mengikuti rombongan berkenaan adalah pelakon dan juga penyanyi kecil molek, Liayana Jasmay. Memandangkan dia salah seorang daripada pelakon filem berkenaan, maka dia juga mewakili filem tersebut. Namun bukan rezeki mereka, mereka pulang ke tanah air tanpa sebarang Awards dari majlis berkenaan.

Majlis pertunangan Aida, Saiful Nizam

Walaupun usia percintaan mereka tak lebih setahun, namun itu sudah cukup buat juara Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaidah Zali, mesra disapa Aida, mengikat tali pertunangan dengan Saiful Nizam Ismail, penyampai berita TV3. Majlis telah berlangsung semalam di rumah keluarga Aida di Bandar Country Homes, Rawang. Aida menerima tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang buat pihak lelaki. Mengikut perancangan, majlis pernikahan akan diadakan sebelum Ramadhan tahun depan.

Aidil Zafuan kongsi kegembiraan

Selasa, 22 Disember 2009

Selepas puas membantu dan berjuang mati-matian tahap maksima terhadap skuad negara untuk memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA, tiba masanya pula bagi ketua pasukan skuad bawah 23 tahun negara ini, Aidil Zafuan Abdul Razak berkongsi kegembiraan menamatkan kemarau pingat emas selama 20 tahun bersama orang tersayang iaitu isteri, Rita Rudaini dan anaknya, Airit Rayyan Rizqin di kediamannya dekat Kangar, Perlis.