Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fattah, Neelofa, Fazura bercuti bersama di Koh Samui?

Khamis, 6 Julai 2017


Dengar khabar yang tiga selebriti yang dikaitkan bercinta berada di satu lokasi yang sama, iaitu Fattah Amin, Neelofa dan Fazura.

Sejak Isnin, Fattah dan Fazura yang sudah beberapa hari tidak mengemas kini status Instagram telah memuat naik dua keping foto percutian bersama rakan-rakan yang menjadi perhatian netizen.

Izzue Islam dedah punca tak dapat zuriat lepas 4 tahun berkahwin


Izzue Islam dan isterinya Awin jika mengikut info sudah 4 tahun berkahwin namum masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sebaliknya Izzue Islam dan isteri tidak merasa apa-apa perasaan dari sudut tertekan dengan persoalan dari orang ramai tentang zuriat mereka.

Malah Izzue memaklumkan kesibukannya bekerja sehingga tidak bercuti menjadi salah satu sebab mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti. Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.

Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.

Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak tawaran kerja yang diterima kerana pada saya, selagi orang mahukan kita, selagi itulah saya tak mahu tolak rezeki.

Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti.

Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.

Luahan bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee paling menyentuh perasaan...



Perkahwinan Farah Lee dan Ally Iskandar yang sudah bercerai pada 17 Ogos 2016 lalu membuatkan ramai yang terkejut. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Maream Esabel.

Terbaru, Farah Lee telah menulis panjang lebar meluahkan isi hatinya melalui laman sosial miliknya

Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot ? Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.
.
Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.
.
Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan ? Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat ? Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.
.
Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.
.
Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.
.
Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita ? Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.
.
Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.
.

Isteri Saleem dedah kenapa suaminya ditahan di hospital

Semalam, Saleem dilaporkan kini berada di hospital. Isterinya, Juriah Bachok atau lebih mesra disapa Julia memberitahu Saleem dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara malam Selasa akibat demam panas.

Jelas Julia, penyanyi kumpulan Iklim itu mengalami demam hampir sebulan lalu namun keadaannya semakin teruk sejak dua hari lalu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Sebenarnya dia sudah mengalami demam sejak sebulan tetapi sekejap baik dan kemudian demam kembali.

"Dia gagahkan diri sebenarnya namun semalam (Selasa) keadaannya semakin teruk dan suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah celcius dan saya terus bawanya ke hospital," katanya.
Dalam pada itu, Julia berkata, Saleem sepatutnya melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian testis pada Khamis namun ia terpaksa ditangguhkan kerana demam dialaminya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada keadaan Saleem itu berpunca daripada ketumbuhan itu dan pihak doktor telah pun melakukan beberapa ujian bagi mengetahui keadaan sebenar.
"Setakat ini doktor masih belum tahu punca sebenar kenapa dia demam panas yang berlarutan atau sama ada ia ada kaitan dengan ketumbuhan di alaminya.

"Harap peminat-peminat dapat mendoakan kesihatan suami saya agar kembali pulih seperti sedia kala," katanya memetik mStarOnline.

Pelakon baru yang cantik.. (12 gambar)

Rabu, 5 Julai 2017

Wah bukan main cantik lagi pelakon baru ni, namanya Hannah Delisha. Agaknya bakal tergugat tak selebriti yang lain dengan kecantikan pelakon ini nanti.

Lagi gambar Raya Fiza Elite dan suami barunya (6 gambar)

Harijadi Amar Baharin dan rumah terbuka Aidilfitri (11 gambar)

Osman Zailani meninggal dunia..

Osman Zailani meninggal dunia pada usia 85 tahun di Hospital Khoo Teck Puat (KPTH), Singapura, 9.30 malam semalam.

Osman atau nama sebenarnya Mohammad Kechut dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 23 Jun lalu iaitu dua hari sebelum Aidilfitri.

Berita pemergian Allahyarham disampaikan cucunya yang juga penyanyi, Hady Mirza menerusi Facebook kira-kira 11 malam semalam.

"Salam semua. My atok sudah kembali ke rahmatullah jam 9.30 pm tadi di KTPH. Mohon sedekahkan al-Fatihah (Mohammad bin Kechut aka Osman Zailani)," tulisnya di Facebook.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang dari KTPH ke rumahnya di Yishun, Singapura dan akan kebumikan hari ini. -HarianMetro

Hafiz tak tahu isteri muatnaik gambar 'seksi' (2 gambar)


Akibat memuat naik foto di Instagram dengan berpakaian tidak sesuai imej sebagai wanita bertudung, isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun iaitu Joyrevfa atau Joy dikecam teruk oleh netizen!

Foto yang dimuat naik Joy pada Ahad lalu itu merupakan salah satu foto untuk promosi produknya, Merve.

Baju Raya Rebbeca sedondon, pembantu rumah juga dibelikan... (10 gambar)

Selasa, 4 Julai 2017

Akibat gambar seksi, akhirnya Zul Ariffin.....

Dengar cerita akibat daripada gambar seksi Zul Ariffin di laman sosial miliknya, akaun Instagram beliau sudah digodam. Ramai peminatnya yang mengeluh dan menanyakan hal sedemikian.

Fiza Elite dah kahwin dedah gambar suami barunya (3 gambar)

Fiza Halim, mendedahkan beliau sudah pun berkahwin buat kali ketiga pada Disember tahun lalu. Bagi perkahwinan terbarunya, Fiza memilih juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal yang juga duda beranak dua, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus, sebagai suami.

Datuk Siti Nurhaliza jadi pembaca berita? TAPI..... (7 gambar)

Baju Raya Zila Bakarin jadi perhatian..

Dengarnya pelakon Zila Bakarin memilih untuk memakai baju Melayu teluk belanga lengkap dengan sampin berona kuning bagi menyambut hari raya tahun ini.


Bukan dia seorang sahaja, malah dua anak perempuannya iaitu Kaseh, 8 tahun dan Chinta 5 tahun turut memakai baju Melayu warna merah jambu dan hijau pucuk pisang.

Sekitar Suasana Hari Raya Linda Rafar (16 Gambar)

Isnin, 3 Julai 2017

Sekitar Suasana Hari Raya Ella (7 Gambar)

Sekitar Suasana Hari Raya Shila Amzah (13 Gambar)

Sekitar Suasana Hari Raya Yana Samsudin (9 Gambar)

Diminta gambar bogel, ini jawapan Nad Zainal

Nad Zainal berkongsi paparan skrin individu tidak dikenali yang menggunakan akaun Instagram palsu meminta gambar lucah daripadanya.

Menerusi foto itu Nad meminta agar orang ramai berhati-hati dengan gangguan seksual sedemikian rupa.

Azmi kata Elly tak bagi anak beraya dengannya, ini jawapan Elly...

Dengar khabar yang bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta tidak dapat beraya dan bermalam dengan anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia, 1 tahun 3 bulan.

Elly yang juga dikenali sebagai Kak Lina, membidas kenyataan isteri Azmi, Faye yang memuatnaik status berkenaan walaupun pada hakikatnya itu anak kandungnya. Menurut Elly dia sudah memberikan alasan kukuh kenapa Azmi tidak dapat beraya dengan anaknya sendiri salah satunya adalah anak kecilnya masih menyusu badan, sekali gus memaklumkan perkara itu juga sudah diputuskan mahkamah sehinggalah kanak-kanak terbabit berusia lima tahun.

"Macam mana kakak Lina nak bagi pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai. Sefhia masih menyusu badan, ada hati nak ambil Sefhia sampai empat hari di hari raya.

"Sefhia pun tak kenal kamu dan juga orang keliling kamu. Kalau Sefhia menangis tak berhenti empat hari, tak ke kamu mendera budak itu. Persiapan Sefhia RM1,500 tak dapat lagi. Mahu cerita pasal heartbreak (patah hati)?" katanya menerusi Instagram.

Mia Ahmad dedah sikap sebenar suaminya....

Ahad, 2 Julai 2017

Mia Ahmad memberitahu selepas berkahwin baharu dia tahu perangai sebenar suaminya, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Mia tidak sangka suaminya suka memasak dan membantunya dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Daler Yusuf pegang 'apple' Nelydia Senrose (video)

Akibat terpegang aset buah 'apple' Nelydia Senrose, Daler Yusof dikecam kerana lakonannya yang spontan/tidak sengaja itu di dalam drama Encik Suami Mat Slaih Celup yang disiarkan di TV3.

Berikut adalah kecaman daripada nitizen.