Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kejutan dari WHI buat Fahrin Ahmad

Selasa, 6 Jun 2017

Slot rancangan tv, Wanita Hari Ini telah membuat satu kejutan dimana Fahrin Ahmad telah dipilih sebagai lelaki pertama yang mengacarakan rancangan berkenaan bermula semalam.

Memetik portal BharianOnline, Fahrin berasa amat teruja sekali buat dirinya.

"Apabila diajukan tawaran ini, saya turut terkejut kerana maklum tiada hos lelaki ditampilkan sebelum ini. Saya difahamkan, dulu Nazril Idrus juga pernah terbabit dalam WHI, namun beliau hanya mengendalikan segmen khas.

"Sebaik saja diberikan peluang, saya tidak berfikir panjang kerana yakin mampu menggalas amanah diberikan pihak TV3. Sudah pasti saya sendiri teruja untuk bersiaran menerusi rancangan terbabit," katanya.

Ziela Jalil berbelanja beribu Ringgit beli tudung?

Akhbar minggu lalu ada menceritakan yang Datuk Ziela Jalil berbelanja tudung hampir beribu Ringgit setiap hari. Beliau tampil menafikan berbelanja mewah untuk membeli tudung seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Ziela yang kini berusia 46 tahun, dalam satu status Instagram miliknya menjelaskan bahawa dia hanya ke butik jenama terkenal tersebut sebagai terapi, namun tidak membelinya seperti didakwa.

"Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.

"Pemilik Bawal Exclusive selalu menaja saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja," tulisnya.
"Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja, jangan tak merasa," tambahnya memetik portal mStarOnline.

Tahun lepas 98 pasang baju raya, tahun ini..... WOW!



Raya tahun lalu, kita pernah dengar yang Rozita Che Wan ada memberitahu dia menyediakan hampir 98 pakaian pasang baju Raya. Namun tahun ni jumlahnya bukan makin menurun malah makin menaik kepada 104 pasang.

Dengan jumlah pasang baju yang banyak, Che Ta tampil menjelaskan mengapa baju rayanya pada tahun ini mencecah jumlah yang tidak masuk akal.

“Dilantik sebagai duta jenama pakaian Mina selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma.

“Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga,” jelasnya kepada BH Plus.
Tambah Che Ta Aaisyah turut menerima 30 pasang baju daripada jenama yang sama. Che Ta turut menempah 10 pasang baju raya dengan pereka Rizman Ruzaini sebagai tambahan dan pastinya ia adalah sedondon untuk digayakan pada 1 Syawal nanti.

Fattah Amin sudah berjumpa keluarga Fazura, tidak tolak dijodohkan!

Isnin, 5 Jun 2017


Fattah Amin mngakui dirinya semakin rapat dan sedang dalam proses mengenali hati budi Fazura. Dalam tak disangka, memetik portal AstroGempak, Fattah sudah bertemu dengan keluarga Fazura untuk bersilaturahim.

“Terus terang buat masa ini kami senang untuk berkawan dan mula mengenal hati budi masing-masing. Saya dah jumpa keluarga Fazura begitu juga sebaliknya.

“Buat masa ini semuanya amat positif. Jadi untuk pergi jauh lagi, itu kuasa Allah. Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima,”

“Dia seorang wanita yang sangat positif. Aura itu yang menyebabkan saya sedia untuk bekerjasama. Itu juga merupakan ciri-ciri wanita yang saya idamkan selama ini,” jelas Fattah dengan nada senyum.

Keith Foo temani isterinya selepas bersalin, Sweet Sangat (8 gambar)

Memang sweet Keith Foo melayan dan menemani isterinya, Kim Raymond yang ketika isterinya itu selamat melahirkan anak ke-2 baru-baru ini. Jom tengok Kim mengambil gambar mereka bersama di wad persalinan.

Sesi photoshoot isteri mengandung Saharul Ridzwan (7 gambar HD)

Saharul Ridzwan bersama isterinya Deena Emir baru-baru ini telah membuat sesi satu maternity photoshoot kehamilan/mengandung yang diadakan di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. -gambar IG KaratPhoto

Sari Yanti manis bertudung, ini ucapan sweet Jep Sepahtu (11 gambar)


Dengar khabar yang Sari Yanti kini dah bermula belajar memakai tudung. Hal itu mendapat perhatian suaminya, Jep Sepahtu yang tidak menyangka isterinya akan berubah dalam masa terdekat.

AC Mizal bakal ditangkap kerana Skim Piramid atau MLM Mface?


Akaun Mface Bernilai RM177 Juta Dibekukan, Disiasat Polis, Datuk AC Mizal Tampil Beri Kenyataan BalasAkaun Mface Bernilai RM177 Juta Dibekukan, Disiasat Polis, Datuk AC Mizal Tampil Beri Kenyataan Balas

Akaun Mface Bernilai RM177 Juta Dibekukan, Disiasat Polis, Datuk AC Mizal Tampil Beri Kenyataan Balas
Dulu Datuk AC Mizal dilihat antara orang kuat yang mempromosikan akaun laman sosial Mface.

Baru-baru ini skim piramid Mface Club telah dilumpuhkan dan akaun syarikat berkenaan dibekukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) dan pihak polis.

AC Mizal tampil memebri kenyataan apabila namany dikaitkan tentang hal berkenaan.
Pengacara Maharaja Lawak Mega ini mendedahakan beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Mface dua tahun lalu dan sudah tiada kaitan lagi dengan syarikat itu.

AC Mizal letak jawatan selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.
Ini komennya:

“Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang.

“Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka, ”

AC turut menghantar video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 6 Februari itu sebagai bukti.Suami kepada Emylia Rosmila ini langsung tidak terkejut syarikat Mface disiasat polis kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku.

Untuk pengetahuan, minggu lalu KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membekukan 91 akaun bank Mface.

Akaun berkenaan dikatakan bernilai RM177 juta hasil dari skim piramid.

Gosip Azza Elite menyara kehidupan keluarga, suaminya?

Ahad, 4 Jun 2017

Perkembangan terbaru Azza Elite yang kini sudah berusia 39 tahun, dimana timbul cerita kononnya bekas penyanyi kumpulan Elite ni bekerja kuat untuk menanggung keluarga dan mempersoalkan, di mana suaminya?

Memetik portal mstarOnline, Azza menafikan hal itu sebaliknya dia dan suaminya, Azlan, 30 tahun menjadi tulang belakang untuk kejayaan pernaiagaan kosmetik yang mereka bina.

"Eh, tak baik cakap macam tu. Suami saya sentiasa ada menjadi tulang belakang di mana kami sekarang sama-sama sibuk menguruskan perniagaan produk keluaran Azza Elite Empire HQ antaranya Azza Elite Make-up Base, Azza Elite Talkum dan banyak lagi.

"Sebagai artis dan lebih dikenali, di sini saya berperanan untuk mempromosikan barang dan seharusnya saya yang lebih menonjol kerana banyak di depan.

"Berbanding suami, dia uruskan bahagian pemasaran dan kami ada tugas masing-masing dalam memperkenalkan lagi produk-produk daripada Azza Elite Empire HQ," katanya kepada mStar Online.

Wajah pelakon Rafique, Maisara yang terkini (video)



Dulu kalau bulan puasa drama ni ler yang paling di tunggu-tunggu. Pelakon kanak-kanak bernama Rafique dan Maisara pun dah besar dah. Jom lihat wajah mereka yang sudah membesar ini.

Fizo Omar dedah punca isteri tidak hamil 4 tahun

Sabtu, 3 Jun 2017

Fizo Omar berkata, isterinya Mawar Abdul Karim, 28, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada 16 Januari 2016 bersama Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

Pun begitu Kata Fizo, dia percaya selain faktor ketumbuhan, ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada kesukaran isterinya itu untuk hamil.

"Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja.

"Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi... selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini,

"Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagian yang kita sendiri tidak sedar," katanya kepada mStar Online.

Lagi gambar Mawar Rashid, Raf Yaakob bercuti di London (10 gambar)

Cantiknya Emma Maembong dengan tudung lukisan sendiri (23 gambar HD)

Jumaat, 2 Jun 2017

Sekarang ni, Emma Maembong giat dalam perniagaan tudungnya. Tudungnya sangat unik dimana dia sendiri yang melukisnya. Bakat lukisannya ini diwarisi melalui ayahnya, Ismael Maembong yang juga pelukis terkenal Negara.

Video manja Sharnaaz Ahmad, isteri.. Apa pendapat korang?

Sharnaaz Ahmad baru-baru ini ada memuatnaik video kemesraan dengan isterinya, Noor Nabila. Kemesraan yang dirakam sendiri oleh Sharnaaz itu dan dimuatnaik ke dalam laman sosial itu mendapat pelbagai reaksi.

Ada yang bersependapat, video manja berkenaan tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum lebih-lebih lagi di bulan Ramadan. Tidak kurang juga berpendapat, video mesra seperti itu lebih baik disimpan secara peribadi suami isteri sahaja.

Tapi Sharnaaz yang selalu bersikap lantang dan terbuka, selalunya tidak menghiraukan komen-komen seperti berkenaan.

Sekitar sambutan hari jadi ke-34 Scha al Yahya (15 gambar)


Semalam selepas berbuka puasa, pelakon Scha Al Yahya telah meyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 34 di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

Nina AF umum tarikh berkahwin dengan arkitek

Finalist Akademi Fantasia 2014, Nina Nadira atau Nina AF dan tunangnya, Ahmad Farhan bakal menamatkan zaman tunang mereka dengan memilih tarikh 29 Julai sebagai suami isteri yang sah.

Memetik BharianOnline, 30 Julai pula mereka akan mengadakan majlis resepsi yang di adakan di hotel yang sama ketika bernikah di Shah Alam.
"Sehingga kini, persiapan yang dilakukan juga berjalan dengan baik. Untungnya, kami tidak perlu menguruskan segala-galanya kerana kebetulan majlis diadakan di hotel," katanya
Manakala majlis bertandang pula akan diadakan di Alor Setar, Kedah, pada penghujung tahun ini. Nina dan bakal suami, yang juga seorang arkitek, melangsungkan pertunangan pada 25 Mac lalu.

Berita mengejutkan dari Romana Zamzam

Sejak kebelakangan ini banyak berita yang kita tidak sangka boleh didengar, berita kehamilan diantara salah satu paling kerap didengar dari selebriti semakin banyak, terbaru Ramona Zamzam mengesahkan dia kini sedang hamil tiga bulan.

Sejak hamil, suaminya Rami Alashkar, 29, mula mengenakan pelbagai syarat dek kerana bimbangkan kandungan isterinya itu terjejas.

"Dua bulan sebelum disahkan hamil, saya mula jadi seorang yang kuat tidur siang dan situasi itu umpama anda tidur malam hari malah sangat nyenyak selain kitaran haid yang tidak normal.

"Perkara itu berlarutan beberapa hari sehinggalah kami mengesyaki sesuatu sebelum ke klinik untuk mendapatkan kepastian.

"Alhamdulillah doktor sahkan saya hamil dan kami memang terkejut kerana tidak menjangkakan perkara ini," katanya kepada mStar Online.

Gambar mesra Mawar, Raf di London. Apa kata nitizen?

Khamis, 1 Jun 2017

Bukan main mesra lagi kedua merpati sejoli yang bercuti di London, Mawar Rashid dan Raf Yaakob. Untuk pengetahuan korang, Raf merupakan adik kepada penceramah, Fazley Yaakob.

Namun apa reaksi nitizen dan follower mereka yang melihat gambar ini?

PANAS! kain Rozita Che Wan dianggap 'low class'?


Saban tahun apabila tiba hari raya, Rozita Che Wan atau Che Ta selalu tampil dengan koleksi baju raya. Tahun ini, Che Ta tampil berkerjasama dengan Minaz menghasilkan koleksi baju raya.

Memang cantik jika dilihat dari gambar. Namun ada komen dari seorang wanita yang menuduh baju raya dari Che Ta low class dan low quality malah menghina kainnya.

Kurang berlakon, populariti Aaron Aziz dicantas Fattah Amin?


Dengar khabar yang pelakon popular Aaron Aziz kini sering dimasukkan hospital kebelakangan ini. Ia disebabkan ecederaan sendi tengkuk yang dialaminya sejak empat tahun lalu masih belum pulih sepenuhnya dan menyebabkan dia harus mendapatkan suntikan streoid berulang kali dari doktor.

"Sekarang masih sakit, doktor suruh buat pembedahan untuk betulkan sendi leher tapi saya tidak mahu. Buat masa ini saya berehat dan mengelakkan kerja-kerja berat," ujarnya kepada mStar Online.

Buat masa ini Aaron terpaksa banyak berehat dan memungkinkan populariti Aaron untuk berlakon babak-babak romantik semakin dan mudah dicantas oleh Fattah Amin.

Mengulas hal itu, Aaron mengatakan yang semuanya adalah rezeki Fattah dan mengakui yang Fattah memang mempunyai pakej dan bakat yang tersendiri untuk menjadi bintang.
"Ini adalah rezeki dia dan tiada siapa pun boleh mempertikaikannya. Bagi saya jika orang kata dia tidak bagus dalam lakonan dia boleh belajar lagi.

"Susah untuk mengukur potensi seseorang pelakon kerana ada yang boleh berlakon romantik tapi tidak boleh buat aksi. Ia sesuatu yang subjektif," tambahnya lagi.

Khai Bahar akui tiada harta, bab kereta pula mengejutkan!

Walaupun banyak menerima anugerah industri tempatan sejak kebelakangan ini namun Khai Bahar, 23, memberitahu yang dia belum ada sebarang harta termasuk kereta berikutan mempunyai niat yang belum lagi dapat dilaksanakan.

Katanya, dia hanya akan memikirkan tentang perkara berkenaan selepas apa yang dihajati itu terlaksana.

"Saya belum beli apa-apa lagi termasuk kereta kerana saya ada hajat yang belum tercapai, jadi sekarang saya banyak menyimpan wang untuk melaksanakan perkara itu.

"Maaf saya tidak mahu berkongsi tentang perkara peribadi itu. Tapi Insya-Allah, selepas itu saya memang berniat untuk beli kereta dan sebuah rumah," ujarnya kepada mStar Online.

Keith Foo selamat timang anak sulung NAMUN..


Keith Foo kini sudah bergelar ayah apabila isterinya, Kim Raymond selamat bersalin semalam sekaligus menimang cahaya mata pertama mereka, semalam di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor.

Keith berkongsi berita baik ini di Instagram miliknya dimana terdapat gambar menunjukkan tangan si kecil menggenggam jari isterinya, Kim Raymond.

Namun secara perincian mengenai anak sulung mereka belum didedahkan sepenuhnya buat masa ini.