Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar red carpet ABPBH 3.0 2017 (50 gambar)

Selasa, 16 Mei 2017

Nassier Wahab bergelar Datuk, tapi ini sikapnya yang korang tak tahu...

Nassier Wahab memberitahu, biarpun baru sahaja menyandang gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap 'low profile' dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.

Nassier, 55, berkata, sejurus dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada Isnin, di mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memakaikan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada penyanyi Nassier Wahab pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar pada Isnin. FOTO: Bernama
"Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini.

"Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.

"Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online

Soal tudung, ini jawapan Fasha Sandha

Isnin, 15 Mei 2017



Ada peminat yang bertanya kepada Fasha Sandha mengenai soal bertudung apabila dia memuatnaik gambarnya bertudung dengan seorang jejaka. Namun bagi Fasha, soalan itu telah membuatkan dirinya lebih yakin untuk bertudung satu hari nanti.

Menurut komen Fasha, dia enggan mengenakan tudung hanya sekadar trend zaman kini. Harapannya agar dia bertudung nanti kekal sehingga selamanya.

Hobi baru Siti Nurhaliza, mengejutkan...

Wah bukan main aktif lagi sebenarnya Datuk Siti Nurhaliza ni, semakin lama semakin menjaga kesihatannya. Aktiviti yang dilakukan Siti cukup lasak dengan berbasikal. Jom tengok bagaimana profesionalnya Siti bersukan basikal ini.

Sekitar Majlis Aqiqah anak ke-2 Erin Malek, Aisha (8 gambar HD)

Suami minta Nora Danish berhenti berlakon, ini jawapan Nora..

Nora Danish akur dengan kehendak suaminya, Nedim dimana, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarganya.

Bagaimanapun, tindakan untuk tidak berlakon itu bukanlah secara terburu-buru atau secepat mungkin namun sebaliknya, secara perlahan-lahan.

"Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak.

"Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang," ujarnya memetik mStarOnline.

Senarai penuh pemenang ABPBH 3.0 (2017)

Fattah Amin dipilih Bintang Paling Popular pada acara berprestij, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. Fattah turut meraih menerima trofi Pelakon TV Lelaki Popular termasuk dua anugerah online Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama.

Kemenangan itu membolehkan Fattah membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Peugeot 408 e-THP tajaan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd bernilai RM150,000 dan trofi

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Ratu Rock negara, Ella bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni selama 30 tahun. -HarianMetro

Senarai penuh pemenang ABPBH 3.0

1) BINTANG PALING POPULAR: FATTAH AMIN

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHER

3) PENYANYI WANITA POPULAR: SITI NORDIANA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: AKIM & MAJISTRET

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: SWEET QISTINA

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR:

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR:

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: JANNA NICK

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: RADIN AMIR AFFENDY

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: ELLA

GANDINGAN SERASI DRAMA : FATTAH AMIN & NEELOFA (Suri Hati Mr. Pilot)

GANDINGAN SERASI FILEM : SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK).

ARTIS BERPENGARUH DI LAMAN SOSIAL : NEELOFA

ARTIS SENSASI : FATTAH AMIN

PERSONALITI MEDIA SOSIAL : MAKHLOKMACHO

Anak bakal jadi poyo jika lakukan ini - Faezah Elai

Ahad, 14 Mei 2017


Agak mengejutkan bila Faezah Elai berani mengatakan anaknya menjadi poyo sekiranya berbuat perkara ini. Perkara berkenaan adalah mengenai membuka laman sosial lebih-lebih trend anak selebriti sekarang yang dari kecil sudah ada laman sosial berkenaan.

Memetik laman mStar Online, Faezah Elai langsung tidak terfikir untuk membuka Instagram buat dua anak perempuannya iaitu Dealova Heyrinna, 4, dan Aurora Heyrinna (setahun lima bulan).

Jelasnya, selain tidak mahu mendedahkan anak-anaknya dengan laman sosial kerana mereka masih kecil, dia juga tidak merasakan mempunyai masa untuk mengemaskini akaun itu nanti.

"Tak kuasa! Instagram saya sendiri pun saya kadang-kadang malas hendak kemaskini apatah lagi untuk anak-anak.

"Kalau saya hendak muat naik gambar mereka pun biarlah di Instagram saya sahaja dan tidak perlulah sampai hendak buka Instagram mereka.

"Nanti kalau mereka ada Instagram sendiri dan dikenali orang, mereka jadi 'poyo' pula. Biarlah mereka mereka membesar secara normal," katanya

Komen berani Fasha Sandha kes saman Nora Danish!

Fasha Sandha tampil memberi respon berkenaan isu tindakan saman yang dikemukakan oleh Nora Danish. Fasha meluahkan perasaannya itu dilaman sosial Instagram miliknya, dimana dia tidak gentar dengan tindakan saman yang bakal diambil oleh Nora Danish.

"Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak pihak penganjur pertunjukan jenama awak itu, yang telah menyebarkan perkara itu pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak menghalang kedatangan saya dan akan tarik diri jika saya hadir.

“Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. Permainan halus apakah itu? Tunggu apa pula tindakan yang saya akan ambil terhadap perkara ini,” jelas Fasha menerusi IGnya.

Malah Fasha turut menulis hashtag #taktakutpun #tungguangahbalikbercuti
#burungpsycho #jomkitatengokkangaroo.

Mawar cium pipi Janna Nick, lesbian ke? (Video)

Sabtu, 13 Mei 2017

kalau artis perempuan buat macam begini kelihatan normal je kan walaupun kawan-kawan. cuba kalau artis lelaki? mau kena kecam gay. Sehinggakan Janna pun berkomen yang Mawar macam lain sudah.

Nora Danish sahkan Saman Fasha Sandha, Blogger!

Nora Danish memberitahu, dia akan memfailkan saman fitnah terhadap aktres Fasha Sandha kerana telah memfitnahnya.

Menurut Nora, tindakan demikian diambilng selepas merasakan tuduhan yang dibuat Fasha ke atas dirinya tidak berasas.

Selain Fasha, Nora juga akan mengambil tindakan yang sama ke atas seorang penulis blog hiburan terkenal kerana menuduhnya menghalau pelakon tersebut daripada acara tersebut.
"Walaupun penganjur mengaku bertanggungjawab terhadap masalah ini, namun tindakan terburu-buru Fasha memuat naik gambar berserta kapsyen di laman Instagramnya termasuk mengaitkan jenama pakaiannya telah meninggalkan impak negatif terhadap perniagaannya.

"Jadi, saya failkan saman terhadapnya kerana sikap melulunya membuat tuduhan," jelas Nora
Sementara itu, Pengarah Glass Go, Amiruddin Rizuan Ali mengaku akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang membabitkan Fasha dan Nora ketika berlangsungnya acara Fenomena Aidilfitri 2017 kelmarin.

Bertindak selaku penganjur utama acara berkenaan, Amiruddin mengakui kesilapan dan kekeliruan berpunca daripadanya.

Bahkan, beliau berjanji akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian.
"Insiden Fasha dikatakan telah dihalau daripada berada di pertunjukkan fesyen tersebut adalah tidak benar. Begitu juga dengan dakwaan mengatakan Nora akan menarik diri turut tidak benar.

"Sebenarnya, wujud salah faham di situ dan saya akan selesaikan kekeruhan yang telah berlaku ini dengan kadar segera.

"Saya akan adakan pertemuan dengan Fasha dalam masa terdekat. Saya minta maaf atas hal yang berlaku," katanya yang turut serta dalam sidang akhbar itu. - UTUSAN ONLINE

Siti Nurhaliza puji penyanyi ini, sanggup berkali-kali lihat persembahannya..

Jumaat, 12 Mei 2017


Dato Siti Nurhaliza telah memuji seorang anak seni baru yang bakal mengegarkan dunia nyanyian tidak lama lagi. Memetik portal Utusan, Siti memuji bakat baru dalam dunia nyanyian iaitu Ernie Zakri yang dianggap mempunyai masa depan cerah dalam industri.

Selain daripada suara, Siti juga akui dengan sikap merendah diri Ernie.

Kuch Kuch Hota Hei versi Aeril, Wawa (mesti tonton, Sweet habis!)

Sekitar baby shower Sharifah Sakinah (8 gambar HD)

Nubhan dapat anak sulung, bagi nama anak sekali..

Isteri Nubhan iaitu, Afifah Hidayah Taufek, 28, selamat melahirkan cahaya mata perempuan kira-kira pukul 9.45 malam Rabu.

Bayi seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negari Sembilan.

Nubhan, 31, berkata, dia dan isteri sepakat memlih nama Aafiya Kamilia kepada bayi sulung berkenaan.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan cahaya mata secara normal malam tadi. Kami berharap zuriat ini membawa bahagia dalam kehidupan kami.

"Doakan bayi kami sihat dan membesarkan dengan baik," ujarnya.

Ashraf Muslim di gelar 'ikon poligami', Setuju?

Khamis, 11 Mei 2017

Memang ramai yang tidak suka dengan poligami terutama kaum hawa. Namun sebaliknya berlaku kepada pelakon, Ashraf Muslim yang mempunyai dua isteri yang kini hidup bahagia. Buat masa ini, Ashraf tidak mahu dilabel sebagai sebagai ikon poligami kerana ianya tidak sesuai buat dirinya.

“Apabila sudah ada tanggungjawab yang besar ni, kita sendiri pun kenalah disiplinkan diri. Kalau suami tak bijak dan tak sabar, susahlah untuk dapat kebahagian dalam rumah tangga. Bagi saya, kita kena bijak membahagikan masa antara kerja, dengan isteri juga kawan-kawan”

“Kalau ada orang anggap saya ini ikon, saya bukanlah yang terbaik. Saya pun menjadikan nabi Muhammad sebagai contoh. Baginda lah ikon dan paling terbaik untuk kita semua contoh,” jelasnya kepada portal Malaysian Digest.

Lawak Mentor Milenia yang korang wajib baca.. (9 gambar)

Photoshot baby shower terbaik dari Syatilla Melvin (12 gambar HD)

Berita mengejutkan dari Ezzaty Abdullah

Dengar khabar yang pelakon, Ezzaty Abdullah yang juga isteri kepada Azwan Kombos, mengesahkan dia kini sedang hamil anak sulung berusia sembilan minggu.

"Pada mulanya saya rasa pelik mengapa sudah 45 hari tidak datang haid. Saya tidak mahu berharap yang saya hamil kerana sebelum ini saya pernah kecewa.

"Saya beritahu Azwan tentang itu dan dia minta saya buat pemeriksaan terlebih dahulu. Alhamdulillah keputusan positif saya yang saya hamil," ujarnya kepada mStar Online.

Dia dijangka bakal melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada Disember depan.

Syatilla Melvin selamat melahirkan anak sulung TAPI

Syatilla Melvin selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 10 pagi Selasa, semalam. Bayi sulung tersebut dilahirkan di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Kuala Lumpur

Shaheizy Sam menerusi laman sosial Instagram menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan itu.
"Alhamdulillah, terima kasih atas dia yang baik-baik daripada anda semua. Apa nak bagi nama dia ek?," tulis Sam.
Sementara itu, ibu kepada aktor berkenaan iaitu Khaty Fauziah turut meluahkan rasa gembira apabila kedua-dua ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan selamat.
"Alhamdulillah, selesai sudah... hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki. Tahniah anakandaku," ujarnya Syatilla
Tapi buat masa ini mereka belum bersedia untuk menunjukkan muka bayi berkenaan kepada umum

Jep Sepahtu ditahan di wad sakit, tanda nak dapat anak?

Selasa, 9 Mei 2017

Baru-baru ini dengar khabar yang pelawak, Jep Sepahtu telah dimasukkan ke hospital kerana faktor kesihatan yang kurang baik. Berita ini telah dikongsi daripada akaun instagram Sinar Fm.

Foto yang dikongsikan di akaun instagram itu memaparkan gambar Jep terlantar di katil hospital dan sedang tidur.
“Kesiannya @jepsepahtu kena tahan di hospital. Jom sama - sama kita doakan supaya Jep cepat sembuh dan sihat ye. Aminnnnn.. #sinarkongsi #sepahtusinar,” tulis admin Sinar.

Di ruangan komen gambar ini terlihat banyak komen yang mendoakan kesihatan Jep tapi ada juga komen-komen yang turut mengusik pelawak terkenal ini sakit kerana pembawakan budak.

@batrisyia_zulkefli: Semoga abg @jepsepahtu cepat sembuh dan sihat seperti biase...

@joeanna7576: Orang rumah ada isi kot ....yea @jepsepahtu

@xulhaini: demam ke pembawak budak kot

@iskandar_markovic__: Syafakallah. Semoga @jepsepahtu dan isteri @sariyanti diberi kemudahan , kesembuhan dan kesihatan berpanjangan....Amiin Ya Rabbal Alamiin....salam dari Singapore

@sohailasamsulbahri: Pembawakn baby ni kot.. pe2 pn.. moge cpt smboh dgn izinNya.. aminn.

Boleh jadi murung dengar Fazura menyanyi? (video)




Dengarnya pelakon, Fazura dikritik selepas video persembahannya pada Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di Kuching semalam disebabkan suaranya yang tidak sesuai dijadikan nyanyian.

Dalam majlis itu, Fazura membuat persembahan bergandingan dengan penyanyi antarabangsa. Ada juga pengomen yang mendakwa dia menjadi murung selepas mendengar suaranya sebagai sindiran sinis terhadap Fazura.