Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Uqasha Senrose pegang tangan Shah Iskandar? WOW

Isnin, 13 Mac 2017

Dengar khabar yang Uqasha Senrose buat kejutan. Dia dikatakan memegang tangan Shah Iskandar di satu program yang dijemput bersama-sama.

Menurut sumber, Uqasha dan Shah dikatakan sentiasa berpimpin tangan tanpa lepas sepanjang program berlangsung. Adakah mereka sekarang hangat bercinta?

Jika diikutkan Shah sudah berkahwin. Dan gambar ini juga menimbulkan kemusykilan seribu tanda tanya. AJL zaman bila ke ini?

Uqasha ni dah korang mesti kenal dah, ramai dah yang sentiasa berdamping dengan sebelum ini seperti Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly dan baru-baru ini kerabat diraja Tengku Bakar.


Tahniah, Adira dah bersalin Tapi

Memang berita yang mengemparkan. Adira selamat bersalin anak sulung semalam. Berita gembira itu dikongsi olehnya ahli keluarganya, Emma Suhaimi melalui Facebook miliknya.

Tapi berita ini belum disahkan lagi oleh Adira sendiri melalui mana-mana media.

Black bersikap biadap dengan Hattan?

Black menegaskan dia tidak pernah bersikap biadap terhadap penyanyi Datuk Hattan dalam program Mentor Milenia 2017 seperti yang kecoh diperkatakan di YouTube, minggu ini.

Sebaliknya, Black berkata, cemuhan dan kutukan sebahagian besar penonton program realiti itu terhadap dirinya timbul kerana mereka salah faham dengan keadaan yang sebenar.

Jelasnya 'pergeseran' tercetus antara dirinya selaku salah seorang mentor dengan Hattan yang bertindak sebagai juri tetap sejak Mentor Milenia 2017 bersiaran dua minggu lalu adalah berlandaskan profesionalisme semata-mata.



"Saya tak rasa saya biadap atau beliau mengguris hati saya dengan kata-katanya.

"Saya mempertahankan protege dan beliau (Hattan) menjalankan tugasnya untuk mengkritik sebarang kekurangan para peserta.

"Perbalahan yang dilihat dalam program itu memang berlaku tapi ia adalah demi kerja dan tanggungjawab kami semata-mata.

"Tiada masalah pun antara kami tapi keadaan itu disalah anggap oleh penonton," katanya kepada mStar Online.

Bila anak sulung Tomok speaking...

Ahad, 12 Mac 2017


Uqasha Senrose panggil BONTOT BESAR kat adiknya

Mungkin agak kasar sedikit kata-kata Uqasha itu apabila didengar di media sosial. Namun itulah cara dia dengan adiknya bermesra-mesraan ketika waktu terluang.

Ahya Rosli panggil Zulin Aziz 'sayang'

Sabtu, 11 Mac 2017

Pelakon Ahya Rosli (anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri) menjelaskan panggilan sayang kepada pengacara dan deejay radio Suria FM, Zulin Aziz tidak membawa maksud mereka sudah menjalinkan hubungan cinta.

Ahya berkata, panggilan manja itu sentiasa digunakan kepada kawan-kawan yang rapat dengan dia dan ahli keluarganya.
"Saya panggil sayang dekat kawan-kawan yang saya sayang terutamanya yang baik dengan keluarga saya.

"Zulin baik dan rapat dengan kakak saya, jadi tidak salah saya panggil sayang kerana saya sayang dia macam kawan-kawan," ujarnya kepada mStar Online.
Pasangan ini digosipkan bercinta sejak beberapa bulan lalu selepas Zulin Aziz sering mendapatkan khidmat Ahya sebagai jurulatih kecergasan peribadi.

Sekitar majlis ulang tahun pertama anak Elly Mazlein

Elly Mazlein bersama anaknya, Putri Sara Sefhia sempena ulangtahun hari lahir anaknya yang pertama di Hammock Club, Setia Eco Glades Cyberjaya baru-baru ini.

Lana Nordin umum kejutan buat anaknya

Dengar khabar yang Lana Nordin akan memastikan puteri sulungnya hasil perkahwinannya dengan David atau Mohd Daud McKienzie, Gia Quinn McKienzie, dihantar ke sekolah agama bagi mendapat didikan sewajarnya.

Lana mahu Gia, yang baru berusia setahun dua bulan, mendapat bimbingan sepatutnya dan berpengetahuan dalam ajaran Islam.

"Sebagai ibu, saya mahu anak saya mempunyai asas pendidikan agama.

"Selain ke sekolah biasa, saya akan pastikan Gia ke sekolah agama bagi mendapatkan pendidikan formal ajaran Islam.

"Pastinya setiap ibu bapa mahukan anak mereka membesar menjadi insan yang berguna kepada agama dan bangsa," katanya kepada BH Online.

Video lawak Hafiz Hamidun ketika berlakon..

Jumaat, 10 Mac 2017

Nabila Huda berbohong?


Nabila Huda sebelum ini ada me
nyatakan yang dia menolak tawaran berlakon untuk filem Munafik 2. Namun lain pula ceritanya dari Syamsul Yusof yang mendakwa dia tak mengambil Nabila kerana watak Maria yang dilakonkannya mengikut cerita sudah pun mati.

"Nabila tak berlakon bukan sebab dia menolak, tapi saya tak ambil. Saya juga yang memilih Maya dan ia memang betul," katanya pada Rojakdaily.com.

Syamsul juga mengesahkan yang pelakon jelita Maya Karin akan membawa watak utama dalam sekuel filem itu.

“Saya tak terkejut pun dengan keputusan ini kerana saya juga yang menulis skripnya. Watak Maria memang sudah dimatikan dan tak boleh disambung."

Bekas suami kacau Fasha Sandha? HOT

Fasha Sandha mendedahkan beliau pernah mendapat seribu panggilan telefon tidak berjawab, selain mesej dan rakaman suara yang dikatakan mengganggu kehidupan peribadinya.

Mendedahkan perkara terbabit di laman sosial Instagram semalam, Fasha bagaimanapun tidak mendedahkan individu berkenaan. Berdasarkan entri terbabit, dia membayangkan beliau sudah lama memendam sesuatu dalam hati, namun tidak suka berkongsi mengenainya di media sosial.
"Tetapi mungkin malam ini (semalam), saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya.

"Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga.

"Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia supaya saya tidak bersama dengan dia. Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan 'hasutan' orang yang lama.

"Apapun, (dengan) takdir Allah kami bersama. Masa telah berlalu; ia tidak berkekalan di atas 'sebab-sebab tertentu'. Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya," tulis Fasha kepada BharianOnline.
Caption IG Fasha..
fashasandha

Bismillahirahmanirahim.
Bila kita diatas; selalunya nasib lebih memihak kepada kita.
Tapi jangan lupa, keadilan di Akhirat kelak.. Allah lebih mengetahui, satu persatu amalan kita dan segala yang kita lakukan.
.
Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. .
.
Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia.Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan 'HASUTAN' orang yang lama.
Apapun, Takdir Allah kami bersama.
Masa telah berlalu; ianya tidak berkekalan diatas 'SEBAB2 TERTENTU'
Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya..
.
Saya cuma berharap; ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila2 ; bukan saya; tetapi DIA. Semuanya berBUKTI

Selepas tidak bersama;
Kalau nak dihitung, dah dekat beribu missed calls di masa2 yang weird; beribu messages, beribu voice notes yang telah saya rakam;
saya akan gunakan demi membela diri saya; demi MARUAH saya.
Belajar menghormati privasi saya
.
.
Please Get well soon, to u and family;
Akan ku buka satu demi satu.
Biar semua orang tau...kisah sebenar.
Demi membela diri. .
Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. .
Agar mereka sedar siapa yang GILA

#akudahmoveonkaucariPASAL #semogaINSAF #semogakeluargakausedarKAUGILA #akankubukasatupersatu
#biladahgelabahkauSAMANsanasini #akuadabukti
#akubaikkaupijakkepala
#kaumasihlagigila
#dramaseribuepisod

Datuk Seri Vida dah bayar RM4.2 juta cukai (tayang resit)

Semua 16 pertuduhan terhadap Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman, yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 hingga Julai 2016 ditarik balik selepas jutawaan kosmetik itu membayar kesemua cukai berkenaan hari ini.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan permohonan pihak Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran untuk menarik semua pertuduhan itu selepas mempertimbangkan pembayaran keseluruhan tuntutan cukai dari tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai 2016 yang berjumlah RM4.2 juta.

Hasmiza, 45, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida pada 13 Oktober 2016 didakwa dengan 32 pertuduhan kerana gagal mengemukakan penyata dan membayar GST untuk tempoh berkenaan serta mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan.

Datuk Seri Vida pada 15 Disember 2016 bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah bagi 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata dan dia dikenakan denda RM80,000, manakala bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar dia mengekalkan pengakuan tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Perbicaran kes berkenaan sepatutnya dijadualkan pagi ini, namun atas perkembangan terbaru mengenai pembayaran tuntutan cukai berkenaan yang dibuat kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia hari ini, pihak pendakwaan menarik semula semua pertuduhan. -HarianMetro

Syuk Balas dituduh bersikap tamak?

Khamis, 9 Mac 2017

Sudah 2 bulan Syuk Balas menjadi deejay Radio Hot FM, ada khabar yang tak senang menceritakan yang dia bersikap tamak kerana mendapat tawaran di stesen itu.

Shuk bagaimanapun menepis dakwaan berkenaan, sebaliknya menyifatkan keputusannya menerima tawaran tersebut punca pendapatan stabil untuk keluarga.

“Alhamdulillah, kerjaya sebagai pelawak, pelakon dan pengacara berjalan lancar seperti biasa dan memperoleh pendapatan stabil untuk menyara keluarga.

“Bagaimanapun apabila mendapat tawaran daripada Hot FM, saya fikirkan peluang terbaik untuk mengukuhkan kewangan keluarga apatah lagi kini saya sudah mempunyai anak,

“Itulah faktor utama yang membuatkan saya bersetuju untuk menyertai stesen radio ini.

“Apabila saya membuat keputusan untuk berumah tangga dan berkeluarga sekali gus datang dengan satu tanggungjawab baharu. Jadi saya perlu merancang masa depan kami anak-beranak dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Utusan Online.

Aiman Tino bakal miliki kereta Audi R8 RM1 juta!

Aiman Tino bakal menerima kereta Audi R8 berharga kira-kira RM1 juta sebagai pembakar semangat daripada syarikat Wonder Glow di atas kerjasama strategik mereka menghasilkan produk kecantikan untuk remaja, Sweet Aiman.

Katanya, pemberian kenderaan mewah terbabit dianggap sebagai jentera pemangkin untuk bergerak ke seluruh negara bagi mempromosi dan memperkasakan jenama barangannya sendiri.
"Sudah tentu saya teruja. Pada masa sama terharu dengan kepercayaan pengurusan Wonder Glow yang menaruh keyakinan tinggi terhadap nama Aiman hingga sedia menyerahkan Audi R8 sebagai tanda usaha sama ini," kata Aimana selepas pelancaran Aiman Sweet semalam.
Bagaimanapun, pihak pengurusan syarikat menyediakan khidmat pemandu buat sementara waktu hingga penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu mengambil lesen penuh dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow, Datuk Ryzal Jamaludin, berkata Aiman dan syarikat pengurusan penyanyi muda itu tidak mengetahui mengenai pemberian kenderaan berkenaan.
"Ketika memeterai perjanjian awal, memang tiada disebut pun soal kenderaan mewah. Sebagai mentornya, saya nampak kesungguhan Aiman dan beliau juga dilihat sebagai ikon remaja.

"Penggunaan kenderaan ini secara tidak langsung menyuntik semangat anak muda lain untuk bergiat cergas dalam perniagaan.

"Sebenarnya, sejak syarikat pengeluar barangan kecantikan dan kesihatan ini beroperasi, kira-kira enam tahun lalu, kami pernah menyerahkan beberapa kenderaan mewah lain kepada jutawan kami, termasuk Lamborghini," kata Datuk Ryzal memetik BharianOnline.

Hari Jadi Rozita Che Wan di London (10 gambar HD)

Johan kena pukul jadi mangsa ugutan? (video)

Dengar khabar yang Johan kena pukul. Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan video yang dikongsi di laman sosial mendakwa itu adalah Johan yang menjadi mangsa ugutan.

Namun buat masa ini Johan masih belum lagi memberikan sebarang komen mengenainya.

Aksi cium Ruhainies dikecam

Kasihan Ruhainies kerana dikecam gara-gara memuatnaik video dicium mesra oleh seorang lelaki yang berstatus adik kandung. Namun kakaknya, Nur Risteena tampil memberikan penjelasan terhadap video berkenaan.

"Adik lelaki saya adalah adik yang paling bongsu dalam keluarga.

"Hubungan kami lima beradik memang rapat kerana kami membesar bersama-sama sejak dari kecil dan tak pernah berpisah.

"Jadi, video itu bukanlah satu isu yang perlu dipertikaikan," katanya.

Terdahulu, Ruhainies memuat naik video di Instagram yang memaparkan adik lelakinya mencium pipi sambil memeluknya sebelum mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Maria Farida bakal disaman RM5 juta!

Rabu, 8 Mac 2017

Abang Ipar dedah siapa janda yang dimaksudkan isteri Aqasha

Nampaknya abang ipar Aqasha yang juga abang Baizura, Yusri Sabri yang telah mendedahkan siapa janda yang menganggu rumahtangga mereka selama ini.

Siti Nordiana bercakap soal jodoh

Siti Nordiana tidak meletakkan keutamaan untuk mencari jodoh buat masa ini kerana belum menemui calon suami yang sesuai. Katanya bukan bermaksud dia terlalu cerewet sebaliknya menganggap perkara jodoh bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.

"Ramai yang bertanya Nana bila lagi nak bagi Rayyan seorang ayah dan apa yang boleh Nana katakan, Nana tak jumpa lagi calon sesuai

dan tidak mahu kalut fikirkan soal ini. Just follow with the flow.

"Lagi pula kalau ikutkan Rayyan, dia tidak mahu Nana kahwin sebab dia hanya nak abah dia sahaja... biasalah budak-budak kan," katanya ketika kepada mStar Online.

"Rayyan merupakan harta dunia akhirat Nana. InsyaAllah hajat tahun ini Nana rancang nak bawa dia bercuti ke tempat-tempat sejuk luar negara selain merancang menjalani Umrah,” katanya.

Yuna sudah bertunang dengan adik Ashraff Sinclair?

Dengarnya yang Yuna dengan Adam Sinclair (adik Ashraff Sinclair) sudah bertunang pada Disember tahun lalu. Berita berkenaan disampaikan oleh sumber memetik BharianOnline yang menyatakan Yuna ada menerima Adam minggu lalu.

Yuna juga ada memuatnaik gambar mereka bersama dengan pakaian yang sedondon.
"Selepas lebih setahun berkawan, akhirnya Adam melamar Yuna pada minggu lalu dan Yuna sangat gembira dan menerima lamaran berkenaan," kata sumber terbabit kepada BH Online.

Namun lain pula cerita pengurus Yuna, Nor Zaina Wardah atau Wawa yang menyatakan sebegini.
"Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu. "Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest," kata Wawa ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Hafiz Hamidun kahwin sebelum Ramadan ini dengan.......

Selasa, 7 Mac 2017

Hafiz Hamidun akhirnya mendedahkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal.

Hafiz merancang untuk menikahi wanita berkenaan sebelum umat Islam menyambut Ramadan pada Mei depan.

"Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini.

"Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah.

"Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya... insyaAllah,

"Kami kenal antara satu sama lain sudah lama tetapi sejak dua bulan lalu kami mula berkawan dengan serius.

"Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya," kata Hafiz kepada mStar Online