Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Sharnaaz kini tuduh nitizen punca kemarahannya?
Akibat luahan Twitter oleh Sharnaaz Ahmad terhadap seorang individu (Fattah Amin). Beliau tak menyangka mendapat banyak kecaman selepas memberikan luahan itu.
Sharnaaz mengakui yang punca amarahnya juga berkaitan dengan netizen yang sengaja mencetuskan provokasi apabila mengaitakan nama Sharnaaz dan orang disekeliling beliau dalam isu #Lofattah.
Sharnaaz mengakui yang punca amarahnya juga berkaitan dengan netizen yang sengaja mencetuskan provokasi apabila mengaitakan nama Sharnaaz dan orang disekeliling beliau dalam isu #Lofattah.
"Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur langsung dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan nama saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial.
Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu. " kata Sharnaaz kepada Berita Harian
Catriona Ross susut berat badan 17kg!
Isnin, 20 Februari 2017
Pelakon Catriona Ross dan ibu kepada 3 cahaya mata ini katanya kini memiliki badan yang ideal. Penurunan dari 75kg ke 58kg dalam masa terdekat membolehkan dirinya kini menjadi perhatian ramai terutama suaminya.
"Alhamdulilah kini saya berjaya menurunkan berat badan saya hampir dengan bentuk badan ideal dan saya gembira dengan tubuh saya sekarang.
"Namun saya perasan sejak saya kurus ni, sikap suami saya berbeza sangat apabila dia semakin ambil tahu mengenai gerak geri saya ke mana saya pergi, yang mana sebelum ini tidak pernah sekali pun begitu.
"Dia seolah-olah cemburu dan mula insecured apabila menghubungi saya dengan kerap apabila saya berada di luar dan ingin tahu dengan siapa saya berjumpa.
"Tapi tidak lah sampai dia tidak mempercayai saya dengan apa yang saya lakukan.
"padahal sebelum ini, masa saya gemuk dulu tiada pula dia kisah," katanya kepada Astro Gempak
Akim akhirnya dedah nama anaknya yang simple sahaja..
Akim Ahmad dan Stacy, menamakan anak perempuan sulung hasil perkahwinan mereka dengan nama Eshaal memetik laman sosial Instagram Akim yang memuatnaik gambar sekeping kertas dengan tulisan nama penuh anaknya 'Eshaal binti Afiq Hakim'.
Stacy melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada Jumaat 17 Feb yang lalu.
Stacy melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta di ibu kota pada Jumaat 17 Feb yang lalu.
Neelofa 'warning' terakhir untuk Sharnaaz!
Neelofa menganggap isu teguran kepada Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan kurang enak aktor itu terhadap Fattah Amin sudah selesai.
Justeru dia berharap teguran yang dilakukan itu dapat menyedarkan semua penggiat seni supaya menghormati dan menyokong kerjaya seni artis lain.
Justeru dia berharap teguran yang dilakukan itu dapat menyedarkan semua penggiat seni supaya menghormati dan menyokong kerjaya seni artis lain.
"Saya sudah memberi kenyataan berhubung perkara itu dan berharap selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja.
"Cuma ingin saya tekankan, dalam soal ini kita yang berada di dalam industri kalau boleh jangan campur hal orang sebaliknya hormat dan saling menyokong antara satu sama lain,"
"Sebenarnya saya rasa bertanggungjawab untuk menegur dia (Sharnaaz) disebabkan orang yang dimaksudkan itu (Fattah Amin) tidak buat salah dengan dia.,” katanya kepada mStar Online.
Neelofa pertahankan Fattah dari bakal abang ipar
Sabtu, 18 Februari 2017
Neelofa mengakui beliau sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan bakal abang iparnya, Sharnaaz Ahmad yang meluahkan kata-kata seakan menghentam pelakon Fattah Amin di akaun Twitternya.
Menurut Neelofa sebagai seorang selebriti yang tindak tanduknya selalu diperhatikan, Sharnaaz seharusnya bersikap profesional dan seharusnya tidak begitu lantang meluahkan emosinya di media sosial.
Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran."kata Neelofa memetik portal Utusan
Berita mengejutkan dari Ika Nabella
Takziah kepada pelakon, Ika Nabella apabila dia dikhabarkan kandungannya yang sudah mencecah dua bulan gugur tiga hari lalu. Ika bagaimanapun berkata, beliau reda dengan takdir Tuhan dan percaya, ada hikmah di sebalik dugaan yang dialami.
"Kandungan itu masih lagi pada peringkat awal. Mungkin dek kesibukan saya menjalani penggambaran, ia menyebabkan saya keguguran.
"Pada mulanya saya tidak tahu diri sedang mengandung, lalu saya menerima tawaran berlakon drama Seharum Mawar, di bawah produksi JS Picture.
"Selepas beberapa minggu, baru saya mendapat tahu saya sedang hamil. Saya pula tidak boleh membatalkan projek lakonan itu kerana penggambaran sudah pun dijalankan," katanya ketika dihubungi BH Online
Ini ke Kerabat Diraja yang dimaksudkan Neelofa?
Sebelum ini, Neelofa ada memberitahu yang dia berkawan rapat dengan seorang kerabat diraja. Jika diikutkan kerabat diraja itu adalah seorang yang bergelar Raja Muda Selangor yang dikenali sebagai Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baru-baru ini foto Neelofa duduk bersebelahan Tengku Amir dalam sebuah majlis amal pada bulan Disember lalu mula menjadi perhatian ramai orang. Dipercayai foto itu dirakam ketika bulan Disember tahun lalu.
Siti Elizad diburukkan oleh bekas PA-nya (10 gambar)
Khamis, 16 Februari 2017
Kononya tampil seorang saksi mendakwa bekas pembantu peribadi (PA) pelakon Siti Elizad telah memburukkannya di laman sosial Twitter.
"Cerita dia macam ni. Aku dapat cerita ni pun menerusi kawan aku yang merupakan peminat Elizad.
"Sekitar bulan Disember lepas, ada kenyataan yang dibuat oleh Elizad yang melibatkan PA di sebuah akhbar. Kata Elizad, dia mahu mencari PA yang tidak panas baran.
"Membaca kenyataan yang dibuat oleh Elizad, si bekas PA ni pun mengamuklah. Habis terkeluar luahan hati kat laman Twitter. Ha, yang aku bagi ni screenshot amukan bekas PA Elizad.
"Kalau baca kau sendiri pun tak percaya. Aku terkejut sampai sekarang. Aku malas nak ulas panjang, kau boleh baca sendiri," kata Mr. Qalif kepada AstroGempak.
Jep sedia terima Sari Yanti sebagai isteri..
Memetik Bharian, Jep mengakui akan menerima Sari Yanti sekiranya dia adalah jodohnya yang dicari. Namun bagi Jep, dia menganggap Sari hanya sebagai teman baik sahaja buat masa ini.
"Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan kami selesa bersama. Begitupun untuk mengatakan kami sering berjumpa tidak boleh juga. Masing-masing bekerja seperti biasa, namun begitu kami kerap juga berbalas mesej menerusi WhatsApp.
"Apa yang penting, buat masa ini kami tiada sebarang komitmen. Cuma setakat ini, semuanya adalah menyenangkan dan tidak ada yang memeningkan kepala.
"Dalam berkawan, saya mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau betul dia (Sari Yanti) jodoh saya, tentunya saya mampu mengaminkan saja,
"Biarpun keluarga tidak bertegas dalam soal perkahwinan, namun ibu ada berkata, dirinya teringin untuk melihat saya mendirikan rumah tangga ketika hayatnya masih ada," kata Jep
Pakai baju ATM, Kan dah kena!
Pihak penerbitan rancangan hiburan Mentor Milenia milik TV3 memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung pemakaian baju bercorak celoreng salah seorang penyanyi yang terlibat dalam program berkenaan iaitu Hazama.
Menerusi kenyataan kepada mStar Online, pihak produksi rancangan berkenaan itu menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk memperkecilkan tugas badan berunifom itu kepada masyarakat dan negara.
Dalam pada itu, pihaknya juga mengakui kurang peka dengan situasi yang melibatkan ATM.
Berikutan insiden ini, mereka berjanji untuk memberi peringatan kepada semua krew produksi termasuk selebriti jemputan untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang. -mStarOnline
Menerusi kenyataan kepada mStar Online, pihak produksi rancangan berkenaan itu menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk memperkecilkan tugas badan berunifom itu kepada masyarakat dan negara.
"Syarikat penerbitan rancangan Mentor Milenia, Primeworks Studios Sdn Bhd memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia dan semua pihak yang tersinggung atas pemakaian baju celoreng oleh salah seorang daripada mentor rancangan tersebut.
"Kami ingin memaklumkan bahawa pemakaian baju celoreng oleh Hazama ketika berlangsungnya Konsert Mentor Milenia pada 12 Febuari 2017 tidak sama sekali berniat untuk memperkecilkan tugas dan pengorbanan ATM kepada masyarakat dan negara," ujar wakil produksi.
Dalam pada itu, pihaknya juga mengakui kurang peka dengan situasi yang melibatkan ATM.
Berikutan insiden ini, mereka berjanji untuk memberi peringatan kepada semua krew produksi termasuk selebriti jemputan untuk memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang di masa akan datang. -mStarOnline























