Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Danny X-factor dah tak laku? buat kerja ini...

Isnin, 6 Februari 2017

Dah lama tak melihat dan berita mengenai Danny X-Factor, kelibatnya sepertinya sudah jarang kelihatan menghiasi drama-drama tempatan mahupun membuat persembahan nyanyian

Dikhabarkan yang Danny terkini buat kerja menjadi pemandu Uber. Danny menjelaskan kepada Harian Metro dengan mengatakan dia hanya menjadi pemandu teksi moden itu sekadar hobi serta bersifat sambilan sahaja.

Menurutnya dia masih menguruskan syarikatnya, Double Channel Sdn Bhd, cuma apabila isterinya, Zaidatul Norfazlin, ‘terbang di awan’ sebagai pramugari, dia berasa agak bosan duduk di rumah.


Fahan AF4 bakal melahirkan anak pada..

Farhan Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) dijangka menyambut kelahiran anak pertama penghujung bulan Mac depan. Memetik BharianOnline semalam, mengenai jantina cahaya mata yang bakal disambut nanti, beliau berkata, dia dan suami, Ahmad Rashadan Suhaimi, menerima apa saja rezeki yang dikurniakan kepada mereka. Sebelum ini, Farhan pernah keguguran pada Jun tahun lalu.

Azlee dedah kenapa Senario belum 'terkubur' lagi..

Kumpulan Senario mengakui bahawa kumpulan itu masih wujud dan mereka tidak pernah mengundurkan diri dari dunia hiburan tanah air.

Menurut pelawak Azlee berkata, ramai beranggapan bahawa kumpulan itu sudah berkubur kerana kewujudan mereka sudah tiada lagi di mana-mana rancangan sejak tidak bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu.

"Sebenarnya kumpulan kami masih wujud dan tidak menghilang dari dunia hiburan.

"Kami sebenarnya masih aktif namun mengakui sejak tidak lagi bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu tawaran yang diterima semakin berkurangan.

"Kumpulan Senario sudah bertapak selama 20 tahun dalam industri namun akibat daripada kekurangan tawaran kami dikatakan sudah berpisah sebenarnya perkara itu tidak betul.

"Senario sebenarnya masih ada seperti yang anda kenal dan kami tidak pernah mengundurkan diri cuma tidak banyak peluang yang kami dapat sejak tidak lagi bersama TV3," kata Azlee memetik AstroGempak.

Ruhainies tunai Ibadah Umrah (cantik bertudung)

Pengakuan mengejutkan Nora Danish..

Nora Danish yang sedang giat dalam akitivi berniaga tudung sering kali tidak diajukan soalan oleh pelbagai pihak bila agaknya beliau pula akan mengenakan hijab.

Nora akui beliau sudah ada niat untuk berhijab tetapi ingin berubah secara perlahan-lahan dan enggan terlalu membicarakan perkara itu yang belum lagi pasti.

Buat Nora, biarlah beliau melakukan perkara itu dengan ikhlas dan kekal sehingga akhir hayatnya.

"Seperti Elfira yang sudah pun berhijab, saya juga memasang niat ke arah itu, insyallah. Cuma saya tidak mahu menggembar-gemburkan perkara yang kurang pasti. Doakan saja yang baik-baik. Saya percaya semua orang mahu berhijrah ke arah menjadi insan lebih baik.

Saya sendiri tidak terburu-buru dalam hal ini. Saya tidak mahu nanti, selepas mengenakan tudung, saya kembali dengan imej tidak menutup kepala. " -katanya kepada BharianOnline

Imej rambut Que Haidar, ramai tidak suka.. (3 gambar)

Ahad, 5 Februari 2017

Que Haidar baru-baru ini ada menukar imej rambutnya ke ala-ala Mat Salleh. Namun penukaran itu mendapat reaksi yang berbeza dari pengikutnya. Rata-rata mereka kurang bersetuju dengan penampilan terbaru Que itu.

Fasha Sandha sudah temui pengganti? bakal berkahwin?

Fasha Sandha mengakui sedang berkawan rapat dengan lelaki hampir sebaya, namun belum bersedia melangkah ke fasa seterusnya dalam tempoh terdekat. Berkenalan kira-kira enam bulan lalu, kata Fasha, sikap menghormati wanita membuatkan dirinya terbuka hati menerima kehadiran lelaki lain dalam hidup selepas kembali solo sejak Januari 2016.

"Biarlah saya berterus-terang. Orangnya bukan VIP, selebriti atau teman dalam industri. Sebagai wanita berdikari, saya bukan memandang lelaki berduit kerana saya sendiri mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Bukan mahu cakap besar, namun hakikatnya sejak belum berkahwin lagi saya kuat bekerja.

"Apa pun, persahabatan kami agak baharu. Cukup saya katakan usianya dalam lingkungan 30-an. Dia lelaki paling akrab dengan saya kini, yang ucap 'Good Morning' dan 'Good Night' setiap hari,

"Biarlah saya berkahwin semula ketika anak-anak masih kecil. Namun, bukan dalam masa terdekat ini. Mungkin selepas satu setengah tahun lagi saya kembali berkahwin. Bukan takut atau serik, cuma sekarang biarlah saya penuhi masa dengan kerja dan anak-anak," katanya memetik Bharian Online

Akhirnya Zila Seeron tampil beri komen tidak bertudung..

Beberapa minggu lalu, Zila Seeron telah memuatnaik gambar/video dia tidak bertudung di Instagram miliknya. Ramai yang terkejut dengan tindakannya itu. Ada yang mengecam dan ada juga yang mendoakan.

Banyak media mengulas mengenainya. Namun Zila enggan memberikan komen terhadap mana-mana media. Dan akhirnya dia telah komen di ruangan gambar tidak bertudung itu.

Buat masa ini gambar/video berkenaan telah pun dipadam oleh Zila.

Alif Satar timang anak ke-2, namanya diambil nama tempat..

Baru-baru ini Alif Satar telah menerima kelahiran cahaya mata keduanya. Isteri Alif, Shadila Halid yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak hari Selasa lalu melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.42 kilogram secara normal kira-kira jam 6.45 pagi tadi.

"Alhamdulillah, keadaan anak dan isteri saya baik-baik saja. Anak saya dilahirkan sihat walafiat. Kami sepakat menamakannya Ariana Mecca. Ariana bermaksud penuh kehidupannya. Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya. " kata Alif memetik Bharian

Komen Fazura digelar 'girlfriend' oleh Deejay Randy

Jumaat, 3 Februari 2017

Nur Fazura menyifatkan gelaran 'girlfriend' yang digunakan oleh deejay dari Amerika Syarikat iaitu Randy Seidman dalam sebuah video eksperimen sosial bukan suatu perkara pelik.

Fazura berkata, penggunaan kata itu bukan bererti dia menjadi kekasih lelaki itu sebaliknya ia adalah perkara biasa dalam merujuk kepada kenalan wanita di negara itu.

"Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaiKan sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut 'girlfriend' bagi rakan wanita mereka.

"Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu," katanya kepada mStar Online.

Bentuk badan terkini Izara Aishah, ini komen peminat...

Dengar khabar yang Izara Aishah kini semakain langsing dan amat menawan. Peminatnya di Instagram juga mula perasan akan perubahan ini. Ramai yang ingin mengetahui tips dan penjagaan Izara berbadan demikian.

Gambar Saharul Ridzwan, Deena Emir tunai Umrah

Mimie Haris sah bercerai

Penyanyi MyStarz LG, Mimie Haris mengakui sudah pun bercerai. Perkahwinannya dengan ahli perniagaan hanya kekal lapan bulan sahaja.

“Benar kami berpisah sejak lima bulan yang lalu. Secara rasminya kami bercerai pada bulan November tahun lepas,"

“Sudah tidak ada jodoh antara kami lagi. Walau bagaimanapun perkara ini sudah berlalu dan selesai,” katanya.
Untuk info, Mimie berkahwin sekitar akhir bulan Disember 2015 dan menetap di Dubai. Kini MImie sudah pulang ke tanah air dan meneruskan karier baru sebagai pengacara program TV CJWOW Shop. -MediaHiburan

Elly Mazlein bertudung bawal akikah Sefhia (23 gambar)

Khamis, 2 Februari 2017

Sekitar percutian Rita Rudaini di Jepun (20 gambar)

Fathia Latiff dikecam kerana berpakaian macam ni? (5 gambar)

Hairan nitizen ni, pakai tudung salah nampak salah. Habis mereka kecam selebriti bertudung tapi tak kena dengan tempat. Tapi kalau selebriti tak pakai tudung atau nampak rambut seperti biasa, senyap je nak komen.

Kasihan Fathia Latiff gara-gara dikecam disebabkan bertudung dan pakaiannya tak kena dengan penampilannya ketika hadir di Gala Night anjuran Mood Republik.

Anis al Idrus di label sebagai playgirl bertudung?

Sebelum ini Anis al Idrus ada menjalinkan hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad dan kemudiannya dengan Raja Afiq, ada orang mengangap yang Anis Al Idrus sebagai 'playgirl bertudung'.

Walaubagaimanapun, Anis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan seperti itu, kerana selepas Raja Afiq, Anis kini masih mencari penganti.

Tidak! Saya bukan perempuan seperti itu. Ramai yang ingat saya asyik bertukar kekasih. Bercinta dengan lelaki ini, lepas itu putus dan terus ada penganti lain. Tetapi itu yang orang nampak dan tak tahu cerita sebenar. Kalau yang betul-betul mengikuti kisah saya, mereka tahu bukan mudah untuk diri ini menerima cinta baru dalam hidup.

Setahu saya, maksud playgirl ialah perempuan yang bercinta dengan ramai lelaki atau bertukar pasangan dalam masa yang singkat.

Di sini, sudah nampak berbeza dengan kisah cinta saya. Kalau diikutkan selepas hubungan dengan bekas kekasih putus, saya mengambil masa hampir setahun untuk menerima orang lain. Jadi, bila masa pula saya bertukar-tukar pasangan? " kata Anis memetik Utusan Online

Ada orang mengaku Fazura sebagai kekasihnya.. HOT!

Ada sebuah video memaparkan Nur Fazura yang berada di New York, Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian apabila lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Randy Seidman mendedahkan wanita itu adalah teman wanitanya.

Memetik portal mStarOnline, rakaman video berdurasi lebih 10 minit itu, lelaki itu yang juga seorang deejay secara spontan mempertahankan Fazura selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.

Besarnya, Auww.... - Ruhainies

Rabu, 1 Februari 2017

Apa yang besar sampai meraung Auww ni kat Ruhainies. Video kat bawah tu ha..

Ayat pickupline romantik dari Mira Filzah kepada Zizan

Ayat dia memang power juga dari Mira Filzah tapi sayangnya ianya hanya contoh dan bergurau. Ramai yang mensyorkan agar mereka berdua berkahwin di dalam ruangan snapchat berkenaan.

Namun yang musykilnya Mira dan Zizan Razak nak kemana tu, berdua dalam kereta? tak ke jadi persoalan?

Cinta baru Neelofa? bukan Fattah Amin....

Muncul gosip terbaru mengatakan Neelofa sebenarnya sedang rapat dengan seorang kerabat diraja. Sudah pasti peminat Neelofa-Fattah tidak senang duduk melihat khabar ini.

Memetik akhbar ruangan Bipop Berita Harian, kerabat diraja itu agak berpengaruh dan ada yang ternampak kereta kerabat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Neelofa pergi menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya baru-baru ini. Terdapat desas-desus mengatakan kerabat berkenaan menghantar Neelofa ke lapangan terbang.

Walaubagaimanapun, menurut sumber berkenaan, Neelofa dan kerabat berkenaan masih lagi mengenali hati budi masing-masing dan sejauh mana hubungan mereka masih tidak dapat dipastikan.

Berita mengejutkan dari Keith Foo

Dengar khabar memetik portal Kosmo!, pelakon Keith Foo yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isteri tercinta, Kim Raymond kini sah hamil tiga bulan. Bukan isterinya sahaja yang mempunyai alahan malah Keith turut merasakan perkara yang sama dan turut mengidam untuk memakan coklat setiap hari.

Secara tiba-tiba, saya mengidam coklat setiap hari. Walhal sebelum ini, saya tidak sukakan makanan manis-manis.

Isteri pula lebih sukakan makanan masam seperti jeruk. Nasib baik berat badan saya tidak bertambah kerana masih bersenam. Namun, ia satu perjalanan dan pengalaman paling indah buat kami berdua.