Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rita Rudaini muatnaik gambar keputusan sekolah Rayyan, ini komen Nitizen..

Rabu, 7 Disember 2016


Rita Rudaini baru-baru ini ada memuatnaik gambar keputusan mata pelajaran anak sulunya, Airit Rayyan. Dan difahamkan anaknya itu mendapat keputusan terbaik di dalam semua subjek.

Ramai yang memberikan ucapan tahniah dan memuji sifat ibu tunggal yang ada pada diri Rita dalam mendidik anaknya.

Adik Neelofa, Ameera buka tudung? (5 gambar)


Adik Neelofa iaitu Ameera difahamkan telah membuat keputusan untuk bertudung sekitar tahun lepas.

Namun, Ameera semalam telah mencetuskan kejutan apabila dia dikatakan memuat naik gambar tidak bertudung di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Ramai follower yang berasa terkejut dan ada segelintir mengecam Ameera.

Imej terbaru Natasha Hudson berpurdah.. (6 gambar)

Selasa, 6 Disember 2016

Fathia Latiff panas dengan Pramugari ini, tapi Fathia pula dikecam

Sharnaaz nafi tumbuk kekasih, Neelofa datang menegur..

Timbul spekulasi yang mendakwa pelakon, Sharnaaz Ahmad ada menumbuk kekasihnya yang juga kakak kepada Neelofa, di sebuah stesen minyak beberapa hari lalu. Namun

Namun Sharnaaz menafikan hal itu sekeras-kerasnya dan merasakan tahu siapa pembawa cerita berkenaan di laman sosial Instagram miliknya.

Neelofa juga sempat 'turun padang' untuk menegur Sharnaaz mengenai hal berkaitan.

Rozita Che Wan akui rumahnya bernilai RM5 juta!

Beberapa minggu lalu kalau tidak silap, Rozita Che Ta ada menayangkan dia bergambar dengan sebuah rumah besar di Kota Damansara. Rupa-rupanya itu memang sah miliknya apabila dia memberitahu di halaman Kosmo! semalam.

Rozita juga mengakui telah membeli rumah berkenaan dengan harga RM5 juta Ringgit.
“Ya, memang harga banglo yang dibeli itu mencecah RM5 juta. Kalau ikutkan, saya tidak mahu berkongsi akan hal ini kerana nanti dituduh riak dan sebagainya. Namun, apabila ada yang mendapat tahu mengenai harganya, lebih baik saya berterus terang sahaja,” jelas Rozita

Rahim dedah wajah isterinya yang ke-2 (5 gambar)

Isnin, 5 Disember 2016


Hangat menjadi bualan apabila gambar isteri kedua pelakon dan pelawak, Rahim Sepahtu telah menjadi viral. Isteri kedua Rahim ini dikatakan memiliki wajah yang ‘gojes’ dan seperti seorang model.

Isteri kedua Rahim dikenali sebagai Lily itu difahamkan berasal dari Simpang Renggam, Johor dan mereka berkahwin sekitar setahun lalu atas persetujuan isteri pertama malah kedua-duanya kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Wajah suami Lufya Omar disamakan dengan Barbie Ken..

Pada tarikh 26 November 2016, Lufya Omar selamat bergelar isteri dan juga melangsungkan majlis pernikahan bersama pasangan pilihan nya, yang juga seorang doktor, Hafiz. Namun ada pihak yang menyamakan wajah suami Lufya ini seakan-akan patung Barbie Ken.

Rasanya memang hampir sama kan. Hensem gitu.

Hamil 7 bulan, Akim dedah rahsia gambar Instagram Stacy (5 gambar)



Akim Ahmad membertahu isterinya, Stacy yang sarat hamil tujuh bulan, jarang berkongsi gambar terbaharu di laman sosial kerana kurang yakin dengan penampilan diri.

Mengaku berat badan isterinya bertambah sepanjang proses kehamilan, Akim memberitahu BH Online, Stacy lebih banyak berehat dan meluangkan masa bersama keluarga di rumah.

Ummi Nazeera tampil beri kenyataan gosip bercinta Aeril Zafrel

Kisah gosip dimana Ummi Nazeera dikatakan bercinta dengan suami, Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel masih menjadi bualan ramai orang diluar sana.

Mereka dikatakan rapat akibat daripada sebuah drama yang mereka bintangi bersama. Namun bagi Ummi, dia sudah tampil memberikan kenyataan mengenai gosip itu yang seakan-akan mereka kini di dalam cinta tiga segi.

Sekitar resepsi Amyra, Amar di Singapura (15 gambar HD)


Setelah berbulan madu di Jepun beberapa hari lalu, pada hujung minggu semalam, pasangan selebriti Amyra Rosli dan juga Amar Baharin telah pun meraihkan majlis resepsi yang ditaja oleh peminat mereka di Singapura.

Izham Tarmizi dedah cara nak 'ngorat' Mia Ahmad

Sabtu, 3 Disember 2016

Mia Ahmad mendedahkan perkenalannya dengan penjaga gol JDT Mohd Izham Tarmizi Roslan bermula di laman sosial iaitu Twitter setahun yang lalu.

Mereka akan berkahwin pada 13 Januari 2017 di rumah keluarga Mia di Taiping, Perak.

Deen Hot FM akhiri zaman bujang

Lapan tahun menyulam cinta, penyampai radio Hot FM, Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 28, mengakhiri zaman bujangnya dengan Siti Nur Warda Aminuddin atau Warda pada jam 5 petang semalam di Alor Setar.

Dengan dua kali lafaz, pasangan yang dinikahkan oleh Naib Imam Masjid Zahir, Md Isa Abdul Rahman, sah menjadi suami isteri pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ghufran, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Deen turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM 8,000.

Deen yang mengendalikan segmen Jam Hot bersama Issey dan Ammar. -BharianOnline

Bulan madu sweet Amar Baharin, Amyra Rosli di Tokyo (12 gambar)

Fynn Jamal kini sudah berpurdah (14 gambar)

Jumaat, 2 Disember 2016

Video Bocey dengan kanak-kanak comel ini jadi viral...

Seorang kanak-kanak perempuan yang mendendangkan lagu Memori Berkasih dengan Achey melalui aplikasi Smule telah menjadi perhatian ramai di media sosial beberapa minggu yang lalu.

Menurut BH Online, Achey sebenarnya sudah lama berhasrat untuk berduet dengan si cilik itu yang menggunakan akaun 'Putera Malaya', dipercayai milik bapa kanak-kanak berkenaan.

Achey mengakui yang dia kagum dengan bakat anak kecil itu kerana mampu menghafal beberapa lagu berserta rentaknya sekali.

Bila Ayda Jebat bertudung.. Manis.. (12 gambar)

Mia Ahmad diberikan masa dua tahun oleh Izham untuk ini...

Penjaga gol JDT iaitu Mohd Izham Tarmizi Roslan memberi masa dua tahun kepada bakal isterinya Mia Ahmad untuk memikirkan sama ada mahu terus bergelar pelakon ataupun sebaliknya.

Mohd Izham, 25, berkata, dia tiada hak untuk menyekat Mia kerana ketika mengenali wanita itu, dia sudah bergelar seorang selebriti.

“Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama, tahun kedua saya bagi dia teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan dia serta-merta tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa… dia kena fikir mana patut, mana tak,” katanya kepada mStar Online

Mohd Izham diminta mengulas mengenai perancangan perkahwinannya dengan Mia Ahmad yang dijangka pada Januari tahun depan.

Jangan sibuk hal orang! - Nabila

Khamis, 1 Disember 2016

Dah namanya gosip, belum tentu benar atau tidak kan. Kekasih kepada Sharnaaz, Noor Nabila menafikan yang dia dengan Sharnaaz sudah putus. Sehinggakan ada yang mendakwa dia ditumbuk dan ditinggalkan di sebuah stesen minyak.

Nabila juga naik hangin dengan dakwaan dan spkilusi pelbagai pihak

"Saya dengar rumours bodoh about me and Sharnaaz, saya doakan siapa yang buat fitnah tu dan penyebar cerita tak betul tu semoga mendapat hidayah dan keampunan dari Allah SWT."

"Jangan sibuk hal orang, belum tentu lagi awak ada tiket masuk syurga nak tambah dosa tu kenapa."

"Saya nak ajak semua orang yang follow saya untuk doakan orang tu semoga Allah bersihkan hati dia."

Keadaan terkini Wan Maimunah, akhirnya....

Wan Maimunah Abdul Aziz, 62, yang dimasukkan ke Hospital Jasin sejak Khamis lalu berikutan mengalami bengkak jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru kini berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang ke rumah petang Rabu.

"Terima kasih tidak terhingga ibu ucapkan kepada semua. Ibu juga ingin memohon maaf kepada rakan-rakan dan saudara mara kerana tidak memaklumkan kepada mereka tentang keadaan kesihatan ibu.

"Ada juga yang marah... bukan ibu tidak mahu beritahu tetapi ibu merasakan sakit ibu tidak begitu teruk," katanya memetik mStar Online.

Pengawal rampas telefon Ayda Jebat tampil buat kenyataan...


Beberapa hari lalu, ramai yang mengecam dan mencaci tindakan pengawal merampas telefon bimbit Ayda Jebat ketika nak selfie dengan bintang Running Man, Lee Kwang Soo.

Namun, seorang individu yang mengakui dia adalah pengawal berkenaan dengan nama Abdullah Aziri Pauzi tampil membuat kenyataan mengenai hal itu menerusi akaun Facebooknya.

Julia Zieglar umum tarikh kahwin..

Pelakon Julia Ziegler akhirnya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Julia mengumukan tarikh berkenaan semalam.

“Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri. Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru. Siang nikah malam resepsi”

“Konsep garden wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki. Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya,” katanya kepada portal Media Hiburan.