Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Nurhaliza jadi duta produk VIVO Malaysia (6 gambar)

Rabu, 23 November 2016


Disuruh buka tudung ketika berlakon, ini jawapan Zarina Zainuddin



Zarina Zainuddin berbelah bahagi sama ada ingin kekal bertudung, seperti dihajatinya, atau membuka pakaian itu untuk menjayakan lakonan.
Beliau sukar untuk berjanji tidak menanggalkan pakaian Islam itu demi memenuhi kriteria watak walau pernah menolak dua tawaran yang perlu menampakkan rambut.
“Sekarang saya dapat tawaran berlakon, mereka suruh buka tudung, saya tidak berani cakap saya bertudung sepenuhnya.

“Untuk drama akan datang, saya tidak tahu macam mana. Saya tidak janji apa-apa. Saya minta orang ramai doakan semoga saya kuat.

“Buat masa ini, masih lagi selamat. Alhamdulillah masih terjaga dan terpelihara. Doakanlah saya,” kata ZarinaD
Isteri Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar berkata suaminya tidak mengambil pusing soal berhijab, berbeza dengan pendirian anak-anaknya yang begitu menekankan pakaian itu.

Zarina menambah tudung bukanlah satu jaminan kebaikan seorang wanita kerana ia sekadar penampilan luaran.
“Suami saya tidak kisah pakai tudung atau tidak. Pakai tudung dan tidak pakai tudung sama saja. Ada dosa masing-masing.

“Jangan kata orang pakai tudung itu baik. Luaran saja yang kita nampak tetapi sebenarnya hati kena bersih.

-MMO-

Sekitar sambutan harijadi anak ke-2 Farid, Diana (7 gambar)

Selasa, 22 November 2016

Farid Kamil dan Diana Danielle menyambut ulang tahun pertama anak keduanya, Nur Aurora baru-baru ini.
‘Happy Birthday Aurora. Semoga menjadi anak solehah dan semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Ya Allah berkati dan rahmati keluarga bahagia ini. Amin ya rabbal alamin.’ -ucapa Farid di Instagram miliknya
Yana Samsudin dan suami Fadzil Zahari turut hadir memeriahkan lagi majlis.

Tudung rekaan 'pelik', ini komen comel Nora Danish

Jika diikutkan di laman sosial sekarang ini, ramai yang mengertawa dengan pelbagai bentuk viral atau versi dan ramai juga yang teruja dengan konsep terbaru rekaan yang dibawa oleh Nora Danish.

Namun bagi pemilik rekaan tudung berkenaan, dia enggan mengambil peduli hal itu, dan akan terus mengekalkan konsep sebenar tudung berkenaan yang difahamkan sudah ditempah oleh beberapa orang pelanggan yang inginkan kelainannya.

Adira dedah jantina anak sulungnya..

Penyanyi Adira semalam telah membuat satu kenyataan di laman mStar Online dimana dia yang kini hamil enam bulan mengesahkan bakal menimang bayi perempuan selepas melakukan ujian ultra bunyi baru-baru ini.

Tambah Adira, dia dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu tidak kisah dengan jantina anak mereka kerana yang paling penting kandungan Adira berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang masalah.
"Jujurnya saya dan suami tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan kerana paling penting saya dan bayi dalam kandungan sihat sehingga dia dilahirkan nanti.

"Insya-Allah, menurut doktor saya dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan," katanya kepada mStar Online.

Uqasha bangga pengikut bertambah selepas tidak bertudung?

Uqasha Senrose melihat keputusannya meninggalkan tudung beberapa bulan lalu telah memberikan kesan ‘positif’ di dalam kerjaya anak seninya. Uqasha kini gembira setelah pengikut di laman Instagramnya meningkat kepada dua juta orang, berbanding 1.2 juta sebelum ini ketika beliau memakai hijab.

“Saya gembira sekarang saya menjadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram naik mendadak.

“Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya) tetapi ikut. Sekarang dah sampai dua juta, dulu 1.2 juta saja,” katanya memetikh Malay Mail ketika malam Anugerah Skrin 2016, Jumaat lalu.

Kesudahan episod rumah tangga Farid Kamil, Diana Danielle....

Isnin, 21 November 2016

Farid Kamil anggap tindakan isterinya, Diana Danielle berjumpa ahli agama berhubung masalah rumah tangganya dilihat positif. Apa yang penting selepas kejadian itu, mereka masih bahagia.

Sharnaaz Ahmad putus cinta? ini caption IG dia yang mengejutkan!

Sharnaaz Ahmad sepertinya kini sedang mengalami putus cinta dengan kekasihnya, Noor Nabila. Ini dibuktikan dengan beberapa gambar yang dimuatnaik di laman sosial Instagram miliknya dengan beberapa caption yang sedih.

Dan ini adalah salah satu daripadanya, namun jika perkara ini benar, semoga Sharnaaz tabah sekali lagi. Bunga bukan sekuntum beb.

Sekitar majlis resepsi ke-2 Amar Baharin, Amyra Rosli (34 gambar HD)

Dira Abu Zahar akui sudah bercerai!

Teka teki pergolakkan rumah tangga pengarah dan pelakon terkenal iaitu Dira Abu Zahar akhirnya terjawab, Dira tampil mengakui rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
“Saya perlu menjelaskannya kepada khalayak terutama apabila rumah tangga kami tidak boleh diselamatkan lagi,” katanya memetik portal Kosmo! dan enggan mahu mengulas lebih lannjut.
Anaknya di bawah jagaannya dan Dira juga tidak menghalang seandainya bekas suaminya, Helmi Yusof mahu berjumpa dengan anak tirinya itu.

Tudung terbaru Nora Danish, WAJIB beli! (video)

Tudung terbaru keluaran Nora Danish, tapi jenis apakah ni? Macam pelik je kan ada tak yang nak pakai atau teringin nak beli?

Sekitar red carpet ASK 2016 (60 gambar)

Ahad, 20 November 2016

Isteri Shahrol Shiro mengandung anak sulung NAMUN...

Isteri kepada pelawak, Shahrol Shiro, Anna Danisha telah hamil anak sulung merek. Berita berkenaan telah dikongsikan oleh isterinya di laman Instagram.

Namun isterinya tidak mendedahkan berapa usia kandungan dan jantina anak mereka.

Sebelum ini, Shahrol telah pun bercerai bekas isterinya dan dikurniakan anak lelaki Muhd Adam Danish. 

Che Ta tayang rumah baru banglo baru? (2 gambar)

Rozita Che Wan aka Che Ta telah berkongsikan gambar sebuah banglo mewah. Namun belum dikenal pasti samaada ianya rumah baru Che Ta yang baru dibeli atau sekadar gambar hiasan sahaja.

Nas Adila selamat bersalin anak sulung (2 gambar)

Jumaat, 18 November 2016

Aliff Razali dan Nas Adila yang telah dikurniakan seorang bayi lelaki. Bayi tersebut yang masih belum diberitahu namanya dilahirkan pada jam 6.35 pagi semalam dengan berat 3.39 kg di Hospital Selayang.

Ini yang terjadi dengan berat badan Saharul Ridzwan terkini!

Jika sebelum ini, peminat terkejut dengan pengakuan pelakon Saharul Ridzwan yang mengalami kenaikan berat badan secara mendadak sehingga 20 kg! Namun, kini melalui laman Instagram, pelakon itu dilihat sedang berusaha menurunkan berat badannya.

Menerusi gambar terbaharunya itu, Saharul berkata dia telah berjaya menurunkan sebanyak 3 kg!

Ini mungkin melalui kerja kerasnya di gymnasium, seperti yang diperkatakan oleh pelakon itu sebelum ini yang mahu kembali bergerak aktif.

Harta kekayaan Taylor Swift yang buat korang terbeliak mata!

Jangan terkejut melihat kekayaan artis Barat, mereka sememangnya cukup kaya hasil daripada pendapatan lakonan/nyanyian mereka. Taylor Swift disenaraikan sebagai seleberiti bawah usia 30 tahun terkaya dengan pendapatan AS$170 juta (RM748.01 juta), tahun lalu.

Bintang berusia 26 tahun itu berada pada kedudukan teratas dalam senarai Forbes 30 under 30 Richest Celebrities (30 Senarai Forbes untuk Selebriti Terkaya bawah 30 tahun).

Kumpulan One Direction, menduduki tempat kedua dengan pendapatan AS$110 juta (RM484.01 juta).

Penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi, berada di tempat ketiga dengan AS$81.5 juta (RM358.60 juta), yang diperoleh di antara 1 Jun 2015 dan 2016.

Hanya empat selebriti wanita tersenarai dalam kelompok 37 individu itu, namun tiga daripadanya, termasuk Adele dan Rihanna selain Taylor Swift, menduduki lima tempat teratas.

Adele dan Rihanna masing-masing memperoleh AS$80.5 juta (RM354.20 juta) dan AS$75 juta (RM330 juta).

Jennifer Lawrence, satu-satunya aktres dalam senarai dan menerima bayaran tertinggi Hollywood, berada di tangga ke-12 dengan AS$46 juta (RM202.40 juta).

Anggota termuda dalam senarai, Justin Bieber, berada di tempat keenam dengan AS$56 juta (RM246.40 juta). - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213679

Azwan Ali gelar Neelofa 'Anjing Siall'?

Azwan Ali telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Neelofa di Instagram baru-baru ini. Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan oleh Azwan Ali tersebut telah dipadam berulang kali. Jika dilihat daripada apa yang diamukkan di Instagram, Azwan mempertikaikan perwatakan Neelofa yang kini sudah bergelar Hajjah namun masih bersentuhan dengan Fattah Amin.

Sekitar hari jadi anak Que Haidar, Ratu (7 gambar)

Khamis, 17 November 2016



Anak kepada Que Haidar dan Linda Jasmine, Ratu telah menyambut sambutan hari jadinya dengan bertemakan Little Mermaid baru-baru ini.

Nabil tercengang bila Neelofa panggil dia ini... (video)


Semalam pengacara dan juga pelakon, Neelofa tersasul di dalam satu rancangan TV, Meletop. Namun yang paling mencuit hati, Nabil sampai tercengang dengan kata-kata Neeloa itu, mari kita tengok video di bawah ini. Kena panggil 'baby'!

Disangka anak Yana Samsuddin macam Shin Chan (10 gambar)

Gambit menyesal menyepi dari dunia lakonan

Gambit bersyukur kerana bakatnya masih dicari walaupun ‘hilang’ seketika dari industri lakonan.
“Pada 2010, saya menolak banyak tawaran dan apabila memikirkan kembali perkara itu, saya berasa agak menyesal. Mungkin pada ketika itu saya belum matang dan membuat keputusan terburu-buru tanpa berfikir panjang. Saya pentingkan diri dan menghampakan pihak stesen televisyen serta produksi,” katanya kepada Harian Metro
.Dia akui dirinya cerewet dalam memilih watak kerana mengutamakan karya yang berupaya memberi impak positif kepada penonton.

Gambit juga menceritakan kesukarannya menjiwai watak dalam filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng yang akan menemui penonton pada 24 November ini.