Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Elly Mazlein menang kes mahkamah isu nafkah, Azmi dikenakan....
Mahkamah Rendah Syariah Sepang semalam memerintahkan Azmi Mohd Hata yang juga bekas suami kepada Elly Mazlein membayar nafkah RM1,500 setiap bulan untuk bayi perempuannya, Putri Sara Sefhia, tujuh bulan.
Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan menetapkan perintah itu selepas Elly Mazlein selesai menjalani prosedur Sulh (perbincangan dalam kamar) dengan Azmi.
Mahkamah memerintahkan Azmi membayar nafkah RM1,500 setiap bulan kepada anak perempuannya secara terus di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di Selangor termasuk Sepang, Shah Alam, Ampang dan Hulu Langat berkuatkuasa hari ini.
Azmi turut diarahkan membayar nafkah persiapan Hari Raya berjumlah RM1,500 setiap tahun.
Dalam pada itu, Elly Mazlein ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau melahirkan rasa syukur kerana ia juga rezeki buat anak perempuannya.
Menurutnya, segala penderitaannya selama ini berbayar dengan keputusan dibuat mahkamah hari ini. -harianMetro

Elly Mazlein dedah sikap Azmi ketika melahirkan anak
Elly Mazlein akhirnya mendedahkan sikap tidak bertanggungjawab bekas suaminya, Azmi Hatta semasa dia sedang mengandung anak mereka sehinggalah detik-detik melahirkan bayi itu.
Paling menyedihkan ketika hendak bersalin, dia terpaksa memandu kereta seorang diri untuk ke sebuah pusat perubatan tanpa bantuan sesiapa.
Bagaimanapun katanya, selepas melahirkan Putri Sara Sefhia pada 9 Mac lalu, baharulah suaminya mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Faye Kusairi.
Azmi Hatta dan Faye Kusairi.

“Seminggu di hospital Naluri tu terus bekas laki mengaku bercinta dengan Fake (Faye Kusairi). Seminggu saya di hospital Naluri nasib baik tak meroyan… anak sakit kuning bapa tak peduli,”Kata Elly, semasa anaknya terkena demam kuning, Azmi langsung tidak ambil peduli namun sanggup menyebelahi Faye Kusiari kononnya dia menuduh wanita itu punca perceraian mereka.
“Dalam berpantang saya diugut akan disaman oleh Fake. Dalam berpantang saya tengok Fake nangis-nangis dalam TV kononnya dia dianiaya. Hmmm manusia ini,” luahnya di Instagram.
Azmi Hatta dan Faye Kusairi.
Zul Ariffn, Zarina McWilson putus cinta?
Dengar khabar memetik portal Utusan yang pelakon kacak, Zul Ariffin sudah putus cinta dengan kekasihnya Zahira McWilson.
Walaupun ramai tidak mengetahui mereka bercinta namun sumber ini mengatakan yang mereka berpisah disebabkan orang ketiga.
Tambah sumber itu lagi, ianya dikaitkan dengan Zul yang mempunyai kekasih baru dengan pelakon dari Singapura.

“Dari satu sumber, mereka dikhabarkan sudah pun memutuskan perhubungan tersebut. Cuma rasanya ramai yang tidak tahu tentang gosip ini kerana mereka bukan jenis yang canang satu kampung. Dengar cerita, punca perpisahan itu juga adalah kerana orang ketiga. Panas sungguh kisahnya apabila Zul dikatakan bermain kayu tiga dengan seorang pelakon wanita bertudung”
“Poklip pun buatlah kajian sikit. Sumber tersebut menyebut nama seorang pelakon berasal dari Singapura, sebagai wanita ?yang merampas cinta Zahirah. Poklip tidak berani hendak mengiyakan khabar angin tersebut, sebab macam rumit sungguh kisah cinta mereka ini. Mana tidaknya, Zul dikatakan sudah lama bercinta dengan pelakon itu walaupun sebelum ini menafikannya”
“Poklip tidak tahu mana satu yang betul. Disebabkan hubungan rahsia yang sudah lama terjalin di antara Zul dan pelakon wanita itu, Zahirah dikatakan membawa diri dan mengambil keputusan untuk putuskan saja hubungan tersebut. Harapnya cerita ini hanyalah khabar angin yang sengaja diungkit dan digembar-gemburkan,” katanya menerusi ruangan Pok Lip di Utusan Online.
Hobi Orang Melayu suka mengata orang lain - Fazura
Fazura beranggapan segelintir orang Melayu hari ini lebih gemar untuk bercerita dan memberi komen terhadap seseorang apabila timbul sesuatu isu.
Tambah Fazura. sebagai artis yang sudah lama berada dalam dunia hiburan tanah air, dia sudah lali dengan semua kritikan yang dilemparkan.
Tambah Fazura. sebagai artis yang sudah lama berada dalam dunia hiburan tanah air, dia sudah lali dengan semua kritikan yang dilemparkan.
“Saya sudah lama berada dalam industri dan saya sudah lali (dikritik). Memang hobi orang Melayu kita untuk bercerita dan memberi komen fasal orang lain.Fazura diminta komen selepas video persembahannya pada konsert Grand Prix Malaysia Formula Satu (F1) awal Oktober lalu menjadi viral apabila nyanyiannya dikatakan sumbang sehingga menerima kecaman daripada netizen.
“Sejujurnya, saya tidak peduli kata orang dan saya tetap akan menjadi diri saya dan terpulang kepada anda semua (untuk menilai),” katanya kepada mStar Online.
Isteri Awie terkena sihir selepas kahwin...
Selasa, 11 Oktober 2016
Isteri baru Awie, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin mendakwa turut terkena tempias penyakit misteri yang membelenggu suami selepas kaedah moden gagal mengesan punca masalah kulit yang dihadapinya, baru-baru ini.
Wanita yang mesra disapa Lady itu memberitahu, dia pada mulanya enggan percaya ilmu hitam.
Namun, Lady mula menerima hakikat wujudnya anasir lain selepas menjalni rawatan alternatif berasaskan kaedah perubatan Islam.
Enggan menuding jari, Lady mengambil keputusan menjalani rawatan perubatan moden selain mengamalkan bacaan ayat suci selain mengelak gangguan.

"Dulu saya sangsi adanya sihir. Tetapi selepas terkena batang hidung sendiri, saya mula mengambil langkah berjaga-jaga. Semuanya bermula dengan masalah gatal pada bahagian betis dan paha. Peliknya, ia hanya terasa menjelang waktu Maghrib.
"Enggan dibebani kepercayaan karut, saya mendapatkan nasihat pakar kulit. Pakar itu juga tidak dapat mengenalpasti punca kerana rasa gatal hanya pada waktu Maghrib," katanya kepada BH Online
Zarina Zainuddin kini bertudung (6 gambar bertudung)
Alhamdulillah, seorang lagi retis telah memakai tudung aka hijab iaitu Zarina Zainuddin. Dengar khabar Zarina memberitahu yang dia memakai tudung selepas mendapat hidayah menunaikan solat subuh baru-baru ini.
“Entahlah, tiba-tiba apabila melihat anak-anak, terasa sayu di hati. Selama ini, ketika saya menunaikan solat, sukar untuk saya melakukannya dengan khusyuk. Bagaimanapun pada Subuh Jumaat itu (30 September), sewaktu solat, hati terasa sayu dan tiba-tiba pula saya menangis ketika sujud”
Menurut Zarina, pada saat tersebut, dia merasa bagai ada suaru yang menyerunya untuk berubah ke arah kebaikan. Malah dia turut berdoa kemudiannya mengapa dia tidak mendapat hidayah dari-Nya. Kini, apa yang dimahukannya adalah penghijrahannya ini akan terus berkekalan.
“Sejujurnya, saya selesa dengan perubahan ini. Selama ini, pengikut laman sosial juga sering mendoakan saya. Mereka banyak memberi sokongan. Cuma saya tidak berani untuk bercerita lebih-lebih. Diharap saya dapat mengharungi kehidupan ini dan saya berdoa, sekiranya gagal, saya berharap Allah dapat membantu saya ke jalan yang lebih baik,” jelasnya memetik Bharian.
Wak Doyok, Azrinaz Mazhar putus cinta
Ya, kami sudah putus cinta baru-baru ini".Itu penjelasan ringkas Wak Doyok mengenai hubungannya dengan bekas wartawan penyiaran Azrinaz Mazhar Hakim.
Wak Doyok bagaimanapun enggan berkongsi lanjut punca perpisahan mereka yang mula diperkatakan sejak kebelakangan ini.
"Saya berasa status yang dimuat naik di laman Twitter jelas menunjukkan situasi yang saya lalui kini. Butiran lanjut mengenai perkara itu tidak perlu saya perjelaskan.Pagi tadi Wak Doyok memuat naik status di laman Twitter yang berbunyi 'Semua sudah suratan. Terima sajalah dengan hati terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita'.
"Cuma ingin dijelaskan, kami hanya putus cinta kerana tidak pernah bertunang seperti yang tersebar sebelum ini. Jadi saya menganggap tiada jodoh antara kami," katanya kepada Harian Metro.
"Sesiapa pun tidak mahu perkara sebegini berlaku, tetapi saya akur dengan ketentuan Allah.
"Apa yang saya harapkan daripada semua orang agar berhenti membuat sebarang spekulasi. Biarlah apa yang berlaku hanya kami saja yang mengetahuinya," katanya kepada Harian Metro.
Status sama turut disertakan hashtag #HidupMestiDiteruskan beserta emotikon hati terbelah.
Terdahulu Azrinaz mengambil pendekatan dengan tidak mengaktifkan akaun Instagram miliknya sehingga menimbulkan persoalan.
Dalam masa sama, Wak Doyok turut membuang gambar mereka bersama di Instagram miliknya.
Ammar Alfian simpan foto bogel dua wanita?
Ammar Alfian kesal dan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis selepas tersebar mesej di laman sosial kononnya dia menjalankan kegiatan mengugut individu tertentu dengan menyimpan foto-foto bogel dua wanita dengan tujuan tidak baik dan bagi mendapatkan wang.
Ammar akan mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang cuba memburukkan serta mengaitkan namanya atas pelbagai tuduhan tanpa sebarang bukti kukuh.
Ammar akan mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang cuba memburukkan serta mengaitkan namanya atas pelbagai tuduhan tanpa sebarang bukti kukuh.
"Saya tidak ambil kisah apa yang orang nak tuduh tapi saya akan buat laporan polis tentang perkara ini.
"Saya mahu orang yang menuduh saya tanpa bukti akan terima akibatnya kerana dengan sewenang-wenangnya mengaitkan nama saya," ujarnya kepada mStar Online.
Hadiah RM100k, ini niat murni Johan agihkan wang berkenaan...
Johan berkata dia akan membahagikan hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 sebagai juara Super Spontan Superstar kepada anak-anaknya untuk simpanan masa depan.
Johan juga akan turut membahagi hasil kemenangan itu untuk ibu bapa, rumah kebajikan dan kelab peminatnya.
Johan juga akan turut membahagi hasil kemenangan itu untuk ibu bapa, rumah kebajikan dan kelab peminatnya.
"Saya percaya rezeki yang saya dapat selama hari ini adalah rezeki anak-anak saya, jadi sebagai ketua keluarga saya bertanggugjawab untuk membahagikan sama rata kepada anak-anak saya..
"Selain itu, saya akan bahagikan juga kepada ibu-bapa, rumah kebajikan dan peminat," ujarnya kepada mStar Online
Sekitar pernikahan Awie, Sharifah (6 gambar, video HD)
Awie sah bergelar suami kepada Sharifah Ladyana hanya dengan sekali lafaz dalam satu majliss akad nikah yang berlangsung kira-kira jam 12.10 tengah hari Jumaat lalu.
Majlis berkenaan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan anak-anak Awie. Awie dan isterinya masing-masing menitiskan air mata selepas mereka sah diijabkabulkan.
Difahamkan majlis resepsi Awie dan Ladyana yang berkonsepkan tradisional Melayu di tepi pantai bakal diadakan malam yang sama.