Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Faye akhirnya mengakui bercinta dengan bekas suami Elly Mazlein tapi...

Jumaat, 7 Oktober 2016

Gosip kononnya pelakon Faye Kusyairi dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan bekas suami penyanyi Elly Mazlein terjawab apabila pelakon wanita itu akhirnya mengakui teka-teki berkenaan.

Tapi, Faye berkata, hubungan tersebut dijalinkan selepas Elly Mazlein dan suaminya iaitu pengarah drama Azmi Hatta bercerai.
"Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.

"Ketika perceraian mereka, saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.

"Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang,

"Saya malas hendak komen apa tujuan dia (Elly) yang kerap kali 'menyerang' saya. Saya juga tidak ambil tahu atau terasa hati dengan tindakan dia.

"Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada kami itu biarlah kami dan orang-orang sekeliling sahaja yang lebih mengetahuinya," ujar Faye." ujarnya kepada mStar Online
Faye mendedahkan perkara itu selepas tidak tahan dengan tuduhan kononnya dia menjadi punca perceraian Elly Mazlein dengan pemuda tersebut.

Azmi dan Elly hercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, dekat sini iaitu kira-kira 11 bulan berumah tangga.

Fasha Sandha bagi tips kepada ibu tunggal untuk bersemangat dalam hidup....

Ramai yang menyangka hidup sebagai ibu tunggal aka janda memiliki beban dan tanggungjawab yang besar dalam menjaga anak-anaknya. Namun bagi Fasha Sandha, dia tidak mahu masyarakat berfikiran sebegitu.

Tambah Fasha lagi, perpisahan bukan bermakna beliau harus berendam dengan air mata sahaja, apa yang penting ialah seseorang itu harus mempunyai pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil.
"Saya sedar ramai yang memberikan gambaran yang kurang tepat mengenai wanita seperti saya. Apabila berpisah bukan bermakna saya perlu berendam air mata atau bersedih dengan perkara tersebut sebaliknya menguatkan lagi diri untuk menjadi yang terbaik.

Bagi saya yang paling penting pastinya pegangan agama yang kuat dan emosi yang stabil. Kalau kedua-dua perkara itu seiring, insya-Allah tidak akan menjejaskan kita. Selebihnya kita perlu melalui hari-hari mendatang dan terus membesarkan anak-anak seperti biasa.

Dalam keadaan ini, saya beruntung kerana mereka sentiasa ada dengan saya. Ahli keluarga yang lain juga sentiasa menemani dan saya sendiri tidak pernah memisahkan kasih sayang dengan bapa mereka.

Sebab itu saya tidak berhadapan dengan masalah yang besar apabila bergelar ibu tunggal. Yang paling penting jaga emosi dan jangan sesekali mengalah dengan keadaan." kata Fasha kepada Utusan Online

Nabil Ahmad dedah kenapa dia enggan berlakon filem/drama..

Nabil Ahmad memberitahu yang dia sebenarnya tidak tahu aka pandai berlakon dalam filem mahupun drama. Namun bakat semulajadinya seperti melawak dan menjadi pengacara sememangnya diakui tidak membebankan disamping tidak terikat dengan jangka masa yang panjang.
“Sekarang ini tengah tidak berlakon dan tidak mengambil apa-apa projek lakonan. Terpulang kepada tawaran itu sendiri kalau lumayan saya akan fikir-fikirkanlah. Tapi terus-terang cakap dalam bidang lakonan saya tak berapa pandai sangat berlakon”

“Saya rasa dalam proses penggambaran itu sendiri mengambil masa terlalu lama dengan masa yang saya kerja ini. Itu yang akan membataskan masa saya bersama keluarga sekiranya saya berlakon,” kata Nabil

Erin Malek hamil anak ke-2 (3 gambar)

Khamis, 6 Oktober 2016

Erin Malek bakal menerima kehadiran cahaya mata perempuan pula. Menerusi akaun Instagram pelakon itu, dia memuat naik gambarnya bersama suami, Farriz Fauzy dan anak sulung mereka berserta kapsyen mengenai rasa gembiranya.

Aksi comolot Che Ta-Zain, Awal-Scha.. ini komen Mufti Kelantan

Pasangan suami-isteri yang ingin menggambarkan kasih sayang masing-masing ditegah berkongsi keintiman mereka dengan khalayak kerana perbuatan itu dilarang oleh ajaran Islam.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.

Siti Norsaida selamat bergelar isteri (4 gambar)


Kakak Datuk Siti Nurhaliza, Siti Norsaida Tarudin selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli perniagaan dalam satu majlis ringkas di masjid Al Muklisin, Alam Damai, Cheras kira-kira pukul 2.40 petang, 5 Oktober semalam, Rabu.

Dengan sekali lafaz, Saida, 40, sah bergelar isteri kepada seorang duda iaitu Hafiizh Che Mat, 36, yang bekerja dalam bidang pengurusan acara dan produksi.

Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin iaitu wang tunai RM80 manakala hantaran sebanyak RM10,000.

Pada majlis akad nikah berkenaan, pihak lelaki turut membawa tiga dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pengantin perempuan. -mStar Online | Foto Artixmotion by Kuain Ibrahim

Saiful Apek dekati dan mendalami ilmu agama

Dengar khabar yang pelawak terkenal, Saiful Apek kini sedang giat dalam usahanya mendalami ilmu agama. Aktiviti-aktiviti yang dilalkukan Saiful seperti banyak meluangkan masa di masjid dan surau-surau sekitar Kuala Lumpur.

Bahkan Saiful juga dijemput menjadi penceramah di masjid dan surau berkenaan.
“Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel bagi forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur.

“Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi. Alhamdulillah mungkin juga ada sebab mengapa saya dapat peluang tersebut”

“Sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama. Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.

“Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama,” katanya kepada mStar Online.

RM15,000 tuntutan edah Rita Rudaini

Rabu, 5 Oktober 2016

Meskipun sudah lama sah bercerai , masih ada lagi beberapa perkara yang Rita Rudaini ingin selesaikan bersama bekas suaminya Aidil Zafuan.

Rita tetap mahu bertegas dalam tuntutan edah sebanyak RM15,000 terhadap Aidil dan bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan diluar mahkamah jika bekas suaminya itu ingin berbincang secara baik.

Sepatutnya perbicaraan kes tuntutan itu dijalankan pada 29 September 2016. Namun sehari sebelum itu pihak Aidil menghantar surat menyatakan keinginan untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah.

Menerusi surat sama dia menyatakan jumlah yang hendak dibayar ialah sebanyak RM10,000, tetapi saya tak bersetuju kerana kenapa perlu satu pihak yang membuat keputusan tanpa mengadakan sebarang perbincangan?

Menurut Rita, beliau sudah menyampaikan pendiriannya itu melalui peguamnya dan pihak beliau masih lagi menunggu jawapan balas daripada Aidil.
Sepatutnya perkara ini dilakukan dari dulu lagi, jadi tak perlu saya nak membazir duit membayar kos guaman. Bukan senang untuk saya melalui proses yang panjang ini sejak bercerai tiga tahun lalu.

Namun, disebabkan keengganannya melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya, saya perlu membawa perkara ini ke mahkamah.
Sumber Berita : Harian Metro

Ainan Tasneem bakal berkahwin pada Jan 2017, bakal suaminya merupakan...

Penyanyi yang mula menaik namanya, Ainan Tasneem memaklumkan yang dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal berkahwin pada tahun hadapan, 7 Januari 2017. Calon suaminya itu bernama Ariff merupakan seorang jurutera di syarikat yang kurang pasti indentitinya.

Menurut Ainan memetik mStar Online, dia dan Ariff baru sahaja berkenalan selama dua bulan, namun selepas solat istikarah (minta petunjuk), Ainan yakin bahawa Ariff adalah bakal seorang suami yang bertanggungjawab.

Selain itu, kedua-dua ahli keluarga mereka juga telah bersetuju untuk menyatukan mereka tiga bulan daripada sekarang. Eloklah tu, yang baik harus dipercepatkan. Cinta selepas akad nikah itukan selalunya lebih romantik.

Pada masa yang sama Ainan juga memberitahu dia apabila sudah bergelar isteri dia akan berhenti dari bidang seni suara.

Untuk rekod, majlis pernikahan Ainan dan Ariff bakal dijadualkan di Hotel Blue Wave Shah Alam sekali gus mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah petang.

Rebecca Nur al Islam rupa-rupanya dia.. (19 gambar)



Ramai tak tahu rupa-rupanya Rebecca Nur al Islam seorang majikan yang baik hati. Baru-baru ini dia ada melawat pembantu rumanhnya di Indonesia.

Dengarnya sehinggakan Rebecca memasak sendiri makanan kat sana. Terliur juga tengok masakan Rebecca ni. Memang berbakat dan pandai memasak.

Aksi comolot Che Ta, Zain Saidin.. ini komen nitizen..

Setelah kes cium Awal Ashaari dan isterinya, Scha al Yahya menjadi perhatian beberapa hari lalu, kini tampil pula aksi cium lebih 'ganas' dari Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin.

Ramai yang tidak kisah dengan tindakan mereka ini. Namun budaya seperti ini walaupun terikah dengan status yang halal namun bukanlah budaya sebagai seorang Islam untuk mempamerkan kebahagian lebih-lebih lagi aksi seperti ini.

Kita risau bakal jadi fenomena atau trend di kalangan pasangan muda, dan juga yang dah kahwin. Harap jangan buat lah ah.

Awie bakal berkahwin pada Jumaat ini TAPI..

Awie mengesahkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan bernikah seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Sharifah pada Jumaat ini tapi dia mengambil pendekatan merahsiakan beberapa perkara.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, pernikahannya akan berlangsung pada sebelah pagi di tepian pantai manakala resepsi perkahwinan itu akan diadakan di lokasi yang sama pada sebelah malam.
"Saya terpaksa rahsiakan lokasi pernikahan dan identiti bakal isteri kerana khuatir akan ada gangguan yang akan menyebabkan majlis tidak boleh berjalan lancar,” katanya memetik mStar Online.

Emma Maembong akui rapat dengan adik Fazley Yaakob TAPI..

Selasa, 4 Oktober 2016

Emma Maembong mengakui dirinya rapat dengan dengan adik Datuk Fazley Yaakob, iaitu Raden Ahmad Faizal (seorang ahli perniagaan dan Presiden bagi My Man United Official Fan Club.) tapi tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa, seperti yang didakwa baru-baru ini.

Emma berkata khabar angin itu dianggap mengarut kerana hubungannya dengan Faizal atau dikenali sebagai Raf sekadar rakan baik dan beliau mengenali pemuda itu sejak berusia 14 tahun lagi.

"Kami berkawan sejak kecil lagi. Ayah saya ialah pelukis di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) manakala arwah ayah Raf adalah pengurus di situ.

"Jadi ayah saya diberi bilik khas untuk melukis, manakala saya dan adik-beradik lain kerap berkunjung ke situ. Selama lapan tahun, kami banyak menghabiskan masa di PWTC.

"Jadi perhubungan kami rapat, bukan saja dengan Raf, tetapi seluruh keluarganya juga. Apabila keluar gosip seperti ini, saya jadi pelik. Kenapa baru sekarang ia diperkatakan? Bagi saya, gosip ini merepek dan tidak masuk akal," katanya yang dihubungi BH Online

Wak Doyok buat aksi lagak ngeri yang korang tak boleh tengok (video)

Agak kurang dipastikan siapa dalam video ini, ramai yang tak percaya jika ini adalah pereka fesyen, Wak Doyok, memandangkan dia yang memuatnaik video ini di bandar Melbourne, Australia baru-baru ini.

Namun tindakan seperti ini memang cukup berani oleh seseorang yang tak boleh ditiru oleh sesiapa.

Korang kalau tengok pasti berderau darah mengalir, dan kaki akan berpeluh. Percaya lah. Haha.

Zarol AF, Zila Seeron ber-video call, ada apa2 ke?

Zarol AF 2016 mengaku sering berhubung dengan bekas isteri pelawak Along (Cham) iaitu Zila Seeron menerusi aplikasi sembang WeChat sebelum menyertai program realiti Akedemi Fantasia 2016.

Zarol mengakui perbualan antara mereka hanya berkaitan tentang aplikasi nyanyian Smule semata-mata.

"Saya akui sering berhubung dengan Zila menerusi WeChat, itu pun sebab dia yang cari saya di laman sembang itu. Tapi kami hanya berbincang tentang nyanyian di Smule sahaja tidak lebih daripada itu.

"Biasa sebelum buat rakaman di Smule kami berbincang lagu apa yang akan dinyanyikan dan membahagi rangkap yang perlu dinyanyikan masing-masing,

"Saya tegaskan saya tiada hubungan dengan Zila Seeron dan saya tidak pernah sekalipun berjumpa dia di luar melainkan di berduet di Smule.

"Saya berduet dengan dia juga atas permintaan pengikut saya di laman sosial yang menganggap suara kami serasi, lagi pula saya sudah bertanya sama ada suaminya (Along Cham) memberi keizinan untuk berduet," ujarnya kepada mStar Online.

Datuk Seri Vida bengang dengan hotel ini... (video)

Datuk Seri Vida bengang dengan sebuah hotel terkenal yang tidak memenuhi kehendaknya sebagai seorang pelawat yang beragama Islam. Hotel berkenaan diantara hotel di serata dunia yang kurang peka dengan keutamaan pelawat yang beragama Islam.

Gambar cium Awal, Scha dikecam, ini komen spontan Awal.. (5 gambar)

Gambar cium diantara suami isteri Awal Ashaari, Scha al Yahya dikatakan mendapat kritikan sesetengah individu yang kurang senang dengan gelagat mereka di laman sosial.

Raja Farah bawa baby comel mengerjakan Umrah (7 gambar)

Ahad, 2 Oktober 2016



Raja Farah dan suami akan mengerjakan umrah kali kedua Disember depan dengan ditemani anak tersayang, Imran Iskandar.

Afdlin Shauki selar pemandu ini macam 'sial, driverharamjadah'

Nadiya Nisaa kini dah bertudung.. Ini permulaan episod bertudung.. (3 gambar)

Nadiya Nisaa dikhabarkan telah nekad untuk mula bertudung. Berita baik ini disampaikan sendiri oleh Nadiya sejak hamil anak ke-2 nya. Niat sebenar Nadiya ini sebelum ini terhalang kerana kontrak kerja yang memaksanya untuk tidak berbuat demikian.

Kehidupan Johan As’ari terkini.. Alhamdulillah.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Tahun lalu, figura ini berkelana ke India demi mengikuti pengajian agama selama empat bulan.

Pemergian itu juga bagi memenuhi hasrat arwah ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang mahu dia terus mendalami ilmu agama.

Biarpun sudah lama pulang dari India, akui pemilik nama sebenar Johan Ariff As’ari, 29, dia masih lagi dalam proses mencari diri dan belajar apa itu erti kedewasaan.
“Saya sedar dahulu saya banyak kesilapan, saya tak matang, jadi selama saya mula memperlahankan karier dan menghilangkan diri, saya anggap ia sebagai proses kedewasaan.

“Kita kenal diri kita dan kita perlu perlu cari diri kita yang sebenar dan terus muhasabah diri untuk memperbaiki kekurangan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Umum mengetahui sebelum berlakon, Johan pernah belajar di Pondok Pesantren As-Syuhada Kabupaten Muara Sebunga Kecamatan Tanah Sepenggal, Jambi selama setahun untuk mendalami al-Quran dan hadis.

Habis sahaja pengajian, dia mendapat tawaran belajar di Kolej Universiti Islam Melaka.

Johan berkata, biarpun dia merupakan bekas pelajar sekolah pondok dan pernah berkelana mencari ilmu agama, namun dia tidak pernah merasakan dirinya sudah sarat dengan ilmu agama.

Tegas Johan, masih banyak perlu dipelajari, difahami dan apa yang penting, niat mencari ilmu itu tidak pernah padam.
“Sejujurnya, saya merasakan ilmu saya masih nipis, kefahaman saya masih kurang.

“Sebab itu saya masih mahu belajar. Mungkin kerana menjadi kebiasaan, jika saya kurang faham atau bermasalah, saya akan kembali kepada ALLAH SWT,” jelasnya.
Biarpun masih aktif di dalam dunia seni, Johan berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai hipokrit.
“Saya faham, ada orang yang sudah mendalami agama, mereka ada pegangan dan prinsip mereka yang tersendiri.

“Bagi saya hipokrit seseorang itu bila dia bawa watak baik di dalam skrip, tetapi di luar dia tidak sama dengan itu. Orang sebegini hipokrit dengan ALLAH SWT.

“Tapi untuk saya, saya mahu seimbangkan dunia dan akhirat. Saya tak sekat minda saya dan tidak mahu menerima ilmu yang lain.

“Bila di dunia, lakonan itu juga adalah ilmu. Sebab itulah saya terima watak antagonis kerana watak itu bukan fantasi dan sengaja diwujudkan.

“Secara realiti dalam kehidupan kita, memang ada orang baik dan tidak. Tapi bukan semua orang kurang baik, akan jadi tidak baik sepanjang hidupnya,” jelasnya kepada indahnyaislam.my.

UKM dan IUKL nafi berikan Phd dengan Azizan Osman

Belum reda penafian Universiti Malaya (UM), kini dua lagi universiti tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada pakar motivasi terkenal, Azizan Osman.

Berita Harian melaporkan, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan tiada nama individu yang bernama Azizan Osman tersenarai sebagai penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.

Azizan mendakwa memiliki PhD dalam jurusan psikologi yang dianugerahkan UKM kepadanya, namun tidak didedahkan tahun beliau menerima ijazah doktor falsafah berkenaan.

Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.

Dalam kenyataan hari ini, IUKL berharap penafian berkenaan dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang membabitkan universiti itu.

Azizan dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IUKL pada tahun 2009 diikuti oleh Doktor Falsafah dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan di universiti yang sama.

Maklumat mengenai pendidikan Azizan ini dipaparkan dalam profil syarikat miliknya namun kini semuanya ‘hilang’ selepas penafian daripada tiga universiti tempatan.

Sebelum ini, pernah ada pendedahan mengenai kelulusan Azizan yang mendakwa menerima penganugerahan PhD Sains Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat namun ianya turut meragukan. – MYNEWSHUB.CC