Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Hanis Zalikha buat kenyataan mengejutkan...
Hanis Zalikha yang kini hamil telah mengambil pendekatan untuk berhenti dari bidang lakonan buat sementara waktu.
“Tidak dinafikan, sekarang rezeki saya dan suami lebih berpihak kepada perniagaan. Insya-Allah, akan datang pun kami akan melancarkan satu lagi produk baharu, jadi saya rasa lebih baik untuk berhenti dahulu buat sementara daripada dunia lakonan, lebih-lebih lagi selepas anak kami lahir nanti”
“Bagaimanapun, saya mungkin akan mempertimbangkan tawaran pengacaraan kerana komitmennya lebih fleksibel dan tidak memerlukan masa yang panjang di lokasi seperti lakonan,” katanya seperti dipetik di Kosmo! Online.
Suami Maria Farida buat report Polis gara-gara bekas isteri....
Suami kepada Maria Farida, Datuk Rahman Shakur, telah membuat laporan polis selepas mengalami kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan akibat dilanggar oleh bekas isterinya iaitu Karen Rayyan.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang pada jam 4 petang, semalam. Sementara itu, bekas isterinya turut membuat laporan pada jam 5.30 petang.
Menurut Karen, dia tidak melanggar lelaki terbabit, sebaliknya cuba mempertahankan dirinya dan menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka. Dalam kejadian itu, Rahman terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.
Untuk rekod, kes Rahman dan Karen akan dirujuk ke mahkamah untuk proses hak penjagaan anak mereka.
Izreen Azminda kecewa dengan juri Gempak Superstar!
Pelakon Izreen Azminda mengakui kritikan yang diberikan oleh para juri dalam program Gempak Superstar sedikit sebanyak mengguris hati peserta.
Dia yang telah tersingkir daripada program nyanyian itu pada minggu keempat berkata komen yang diberikan juga membuatkan mereka berasa stress dan tertekan ketika membuat persembahan.
Dia yang telah tersingkir daripada program nyanyian itu pada minggu keempat berkata komen yang diberikan juga membuatkan mereka berasa stress dan tertekan ketika membuat persembahan.
“Seperti kata Datuk Ramli MS, kalau intonasi menegur itu okay, maka kami pun akan okaylah dengan komen yang diberikan. Kerana bukan mudah hendak menghafal skrip lakonan, lirik lagu dan step tarian dalam masa yang singkat. Kalau diberi tugasan yang sama kepada penyanyi sebenar pun saya tak rasa mereka dapat lakukannya”
“Juri sepatutnya lebih memahami dengan situasi yang berlaku di mana masa untuk sesi latihan adalah tidak mencukupi. Saya tak kisah kalau mahu kata persembahan saya buruk atau seperti funfair, tak apa. Sebenarnya saya memang tak kisah cuma saya rasa juri harus faham bahawa masa latihan itu tidak cukup,” ujarnya kepada Astro Gempak.
Isteri Izzue Islam dah hamil ke? (3 gambar hamil?)
Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin telah menghadiri majlis Top 10 Celebrities Award for Face of Malaysia 2016 dan Anugerah Meletop Era 2016 beberapa minggu yang lalu. Dalam gambar-gambar yang memetik Instagram itu, terlihat Awin Nurin seperti berbadan dua, ada penampakan baby bump.
Ada juga komen yang turut mengatakan demikian dan bertanyakan adakah beliau sedang hamil? Namun tiada jawapan. Kalau betul, tahniah diucapkan.
Hormati lagu saya! - Ayda Jebat
Ayda Jebat meminta segelintir pihak agar menghormati sesuatu karya yang dihasilkan oleh setiap anak seni dan bukan hanya pandai mengkritik.
Ayda berkata, sesebuah karya itu dihasilkan menerusi satu proses yang panjang bukan mudah seperti mereka sangkakan.
Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir penulis blog yang menyenaraikan single keduanya Pencuri Hati sebagai lagu tidak berkualiti.
Ayda berkata, sesebuah karya itu dihasilkan menerusi satu proses yang panjang bukan mudah seperti mereka sangkakan.
"Mereka (pengkritik) hanya tahu menghentam sahaja, mereka patut belajar menghormati kerja orang lain biar nanti orang lain akan respek kerja mereka pula.
"Untuk buat sesuatu lagu itu bukan mudah dan banyak pihak yang terlibat dab berkorban masa untuk menghasilkannya,"
"Saya tidak ambil kisah pun kerana kalau saya ambil tahu akan buat hati saya sakit sahaja. Muzik itu subjektif dan kalau mereka tidak suka ada orang lain yang suka.
"Di luar negara ramai penyanyi terkenal membawa lagu yang berbeza mengikut tren semasa dan mereka diterima ramai dengan muzik tersebut. Tidak semestinya lagu genre balada itu sahaja boleh jadi lagu terbaik dan berkualiti,"ujarnya kepada mStar Online.
Ayda berkata demikian ketika diminta mengulas tentang segelintir penulis blog yang menyenaraikan single keduanya Pencuri Hati sebagai lagu tidak berkualiti.
Syanie dedah punca perceraiannya..
Syanie sudah bercerai dengan suaminya, Nadi Putera pada 23 Februari lalu kini memberitahu sebab mengapa dia berpisah dengan suaminya itu.
“Tahap kesabaran ada batasnya. Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri. Tidak perlu diungkit lagi apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh dia (bekas suami) kepada saya”Katanya, dia mengambil pendekatan sedemikian kerana mahu menghormati bekas ibu mertua yang meminta agar kisah perkahwinannya tidak dihebohkan walaupun selama ini ramai pihak menuding jari menyalahkan dirinya.
“Apabila sampai satu masa saya sudah tidak dapat menahan sabar lagi, maka inilah sahaja keputusan dan jalan terbaik untuk kami,”
“Sebab itulah saya mengambil keputusan berdiam diri, namun lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’, yang menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami”
“Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan,” ujarnya memetik SiharHarian
Rakan artis SOKONG perkahwinan Hafidz Roshdi? PANAS!
Baru-baru ini kecoh dimana Michael Ang dan rakan-rakannya mengenai pelakon lelaki yang baru berkahwin, Hafidz Roshdi dimana mereka sedang membalas komen-komen yang mengutuk rupa isteri pelakon tersebut seperti katak dan mengatakan mereka akan bercerai.
Selain Michael Ang, Kamal Adli, Emma Maembong dan Syarul Ridzwan juga membalas komen-komen berbaur puaka sehinggakan Michael Ang bertindak memuatnaik gambar lelaki persis gayah tu.
Ish ish ish.. -Forum Cari
Selain Michael Ang, Kamal Adli, Emma Maembong dan Syarul Ridzwan juga membalas komen-komen berbaur puaka sehinggakan Michael Ang bertindak memuatnaik gambar lelaki persis gayah tu.
Ish ish ish.. -Forum Cari
Selepas berebut tudung, kini berebut air pula (video)
Belum pun reda isu mengenai perebutan tudung keluaran Fareeda tersebar dan mendapat maklum balas negatif daripada ramai pihak, kali ini pula Fizo Omar dan isteri, Mawar sekali lagi menghangatkan suasana apabila sebuah video menunjukkan orang ramai berasak merempuh pagar untuk mendapatkan produk keluaran terbaru mereka, kopi FizoMawar.
Dikhabarkan kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar.
Dikhabarkan kopi berkenaan diberikan secara percuma demi menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran bagi koleksi tudung terbaru keluaran Fareeda yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Mungkin sebab itulah ramai yang berpusu datang sampaikan sanggup berpanas terik matahari berdiri diluar.
Scha al Yahya dicop sebagai bapok! (video)
Ada follower Instagram telah memberikan komen menghina fizikal Scha al-Yahya sehingga digelar 'bapok'. Hal ini diketahui Scha sendiri dan Awal Ashaari.
Komen itu dibuat kerana melihat wajah Scha di dalam video yang dimuatnaik ketika sesi solekan sebelum sebuah acara dimulakan
Scha dalam masa yang sama turut membalas komen tersebut dan Awal juga nampaknya turut membalas komen berkenaan.
Komen itu dibuat kerana melihat wajah Scha di dalam video yang dimuatnaik ketika sesi solekan sebelum sebuah acara dimulakan
Scha dalam masa yang sama turut membalas komen tersebut dan Awal juga nampaknya turut membalas komen berkenaan.
Sharifah Khasif sah bercerai dengan Datuk Seri..
Johan qariah tilawah al-Quran 2009, Sharifah Khasif Syed Badiuzzaman, 34, mengambil keputusan berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Mohammad Hizal Othman, 44, pada 20 April lalu.
Rumah tangga yang didirikan pada September 2012, berakhir selepas talak dilafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Rumah tangga yang didirikan pada September 2012, berakhir selepas talak dilafazkan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
“Kami sudah berpisah secara baik baru-baru ini dan ia merupakan jalan terakhir yang terpaksa diambil walaupun berat hati untuk melafazkannya,” kata Rizal kepada sebuah akhbar tempatan.Sharifah Khasif bagaimanapun masih belum bersedia menemui media dan akan mengemukakan tuntutan hak penceraian tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC
Katanya pelbagai usaha sudah dilakukan termasuklah mendamaikan hubungan dengan isteri pertama namun menemui jalan buntu.
“Tiada sebab mengapa saya harus memutuskan silaturahim dengan bekas isteri kerana kami pernah menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.
“Saya berkahwin dengan dia secara baik begitu juga pada saat akhir jodoh kami. Kami berpisah secara baik,” tambahnya.
Isu orang Sabah tak puas hati, ini komen Liyana Jasmay...
Akibat luahan Liyana Jasmay yang takut hendak keluar rumah ketika berada di Sabah beberapa hari lalu, Liyana tampil memberikan penjelasan terhadap hal itu.
Liyana juga memohon maaf kepada warga Sabah yang terguris dengan luahannya itu.
Liyana juga memohon maaf kepada warga Sabah yang terguris dengan luahannya itu.
“Dari hati yang luhur, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan. Saya pernah sekali melalui pengalaman diekori tetapi ia tidak bermaksud saya menyifatkan semua penduduk di Sabah bersikap seperti itu”
“Begitu juga dengan peminat yang ingin bergambar dengan suami. Ia hanya berlaku beberapa kali di restoran,” katanya kepada Berita Harian Online






















