Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nora Danish, Nedim bercuti di Iceland (10 gambar)

Jumaat, 25 Mac 2016

Pelawak Piee meninggal dunia?

Berita mengenai pelawak veteran, Shafiee Jaafar, 85,atau lebih dikenali sebagai Pie yang dikhabarkan meninggal dunia, petang tadi dan tersebar di laman sosial adalah tidak benar.

Sahabat baik Pie, Omar Hashim berkata, dia kecewa di atas sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang cuba menyebarkan berita berkenaan.

Menurutnya, dia ada menghubungi anak perempuan pelawak yang tinggal di Teluk Bahang 11 malam tadi dan dimaklumkan keadaan bapanya baik biarpun agak kurang sihat sedikit ketika ini.

Katanya, perbuatan tidak itu perlu dihentikan segera kerana cuba mengaibkan keluarga pelawak yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Anak Mami, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.

"Penyebaran berita seumpama ini bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini pernah tersebar berita palsu yang menyatakan Pie meninggal dunia," katanya ketika dihubungi malam tadi melalui HarianMetro.

Omar berkata, dia terkejut kerana nama sebenar Pie adalah Shafiee Jaafar bukannya Shafie Hashim seperti yang dihebahkan.

Malah, individu yang dipercayai menyebarkan berita berkenaan menerusi WhatsApp turut mengakui tersilap maklumat.

Pada Ogos tahun lalu, Pie pernah dikatakan meninggal dunia sedangkan dia dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Yuna Yunalis block pengikutnya kerana soalan ini? ha ha ha.. (5 gambar)

Khamis, 24 Mac 2016

Sebenarnya amat sukar untuk peminat mendapat perhatian daripada artis pujaan mereka di media sosial. Namun, lelaki ini bertuah apabila Yuna dapat meluangkan masa untuk membalas soalan yang dikemukakannya di Twitter.

Lelaki yang bernama Akeem Sharyzal bertanya samada Yuna takut lipas atau tidak. Ikuti tweet antara Yuna dan peminatnya ini.

Achey Bocey dikecam kerana menyanyi ketika... (5 gambar)

Rasanya tak salah bernyanyi ketika memandu jika ianya dalam keadaan jem atau tunggu sesorang. Tapi adalah menjadi satu tidak kewajaran ketika menyanyi sambil memandu ketika kereta bergerak.

Ramai nitizen yang mengecam tindakan Achey Bocey kerana berbuat demikian yang videonya menjadi viral ketka ini.

Nama dan gambar anak Elly Mazlein

Awal Mac lalu Elly Mazlein telah selamat melahirkan anak sulungnya, berjantina perempuan, namun namanya tidak diberitahu ketika itu, semalam memetik Harian Metro, Elly telah memberitahu nama anaknya itu, Putri Sara Sefhia.

Erra Fazira temankan Engku Alessya di hari Sukan Sekolah (5 gambar)

Fasha Sandha, keluarga bercuti ke Bali (15 gambar)

Gambar Yusry, Lisa Surihani terkini tapi... (5 gambar)

Rabu, 23 Mac 2016

Lisa Surihani dan Yusry ditemui ketika pelancaran program eBu Babypedia yang diadakan di Grand Duchess, Fraser Place, Kuala Lumpur, Selasa.

Tapi sayangnya, anak sulung mereka, Yahaira Leanne yang berusia 6 bulan tidak dibawa bersama. -gambar mStar

Anak sulung Norman Hakim boleh tengok makhluk halus..

Norman Hakim telah berkongsi di laman Instagram tentang pengalaman beliau apabila anak sulungnya bersama isteri Memey Suhaiza dan Muhammad Darwisz Hakim berumur tiga tahun yang dikatakan dapat melihat makhluk halus.

Norman Hakim berkongsi beberapa cerita tentang 'anugerah' anaknya itu yang memanggil 'mereka' dengan nama 'abang' dan 'kakak'. Ada juga berlaku 'babak' di rumah beliau sendiri yang disifatkan sebagai insiden OK dan tak OK. Norman Hakim menyatakan bahawa anak sulungnya dengan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Muhammad Danish Hakim semasa umur sebaya Darwisz juga pernah mengalami kejadian serupa.

Siti Nordiana komen gosip bercinta dengan pengurus sendiri..

Selama lima tahun Siti Nordiana mendapat bantuan seorang pengurus lelaki bernama Ben, tidak pernah ada yang mengatakan mereka bercinta sebelum. Namun sekarang timbul pula gosip mengatakan Siti Nordiana bermain cinta dengan pengurus sendiri.

Siti Nordiana menegaskan tiada hubungan istimewa antara dia dengan lelaki tersebut. Malah Nana akui belum masanya untuk hubungan yang serius dalam masa terdekat.
“Saya sudah tahu pasti akan timbul isu sebegini. Sebelum ini orang tidak pernah ambil peduli, tetapi sekarang orang akan bercakap tentang saya.

“Memang kami tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Dia (Ben) sudah lama bekerja dengan saya dan menjaga jadual saya sejak lima tahun lalu.

“Dia hanyalah seorang pengurus dan disebabkan dia juga yang selalu menghantar saya apabila membuat persembahan, mungkin ada yang beranggapan kami bercinta.

“Saya lebih suka berdiam dalam hal ini untuk menutup mulut orang yang bercakap tentang saya,” ujar Nana

Kutipan terkini filem Munafik, jangan terkejut..

Filem Munafik arahan Syamsul Yusof setakat ini telah meraih RM17 juta dalam tempoh 26 hari tayangan sejak ianya dipertontonkan di seluruh negara pada 25 Februari lalu.

Andai mengambil kira tempoh tayangan, Munafik mengatasi filem aksi, Polis Evo yang memperoleh RM17 juta selepas 60 hari dipertontonkan. Sebelum ini, filem Ola Bola mengutip RM16 juta dalam tempoh 39 hari tayangan.
"Dengan izin Allah, filem kerdilku, Munafik sudah memecah rekod perfileman Malaysia, Singapura dan Brunei... Alhamdulillah. Masih hangat di pawagam sekarang," kongsi Syamsul di Facebook miliknya.

Luahan Ayda Jebat kerana dikritik sebab menang anugerah..

Pada Anugerah Meletop Era yang lalu, nama Ayda Jebat kelihatan menjadi bualan apabila dia berjaya merangkul beberapa anugerah. Namun kemenangannya itu dipersoal memandangkan reputasinya yang tidaklah berada ditahap sebenar.

Ayda memetik HarianMetro sempat meluahkan apa yang patut dia lakukan buat masa ini.

“Selepas kemenangan ini, banyak komen negatif dan luahan tidak puas hati saya dengar. Tertanya-tanya juga adakah menjadi satu kesalahan apabila kemenangan berpihak kepada saya? Dua hari selepas majlis itu berlangsung, saya bertemu dengan Johan, Ray dan Haniff secara kebetulan”

“Mereka banyak menasihati saya. Antaranya, jangan pedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan orang ramai. Mungkin juga kerana sikap saya yang suka membaca komen peminat membuatkan saya tertekan dan hilang keyakinan”

“Selepas mendengar nasihat Johan, saya abaikan semua komen tidak membina malah ada juga yang saya buang dan sekat di laman Instagram saya,” jelasnya

Bayaran show mahal? ini komen Siti Nordiana..

Selasa, 22 Mac 2016

Siti Nordiana meluahkan rasa kesal dituduh tidak boleh bertolak ansur soal bayaran persembahan selepas menjuarai program realiti 'Gegar Vaganza', musim kedua pada tahun lalu.

Siti Nordiana aka Nana berkata, dakwaan sebegitu datangnya daripada individu yang tidak senang melihat kejayaan yang diraihnya hari ini sekali gus berniat ingin melihat kerjaya seninya jatuh.

Azmi Hatta bersuara mengenai perceraiannya dengan Elly Mazlein

Kisah penceraian Elly Mazlein dan pengarah Azmi Hatta baru baru ini mendapat perhatian ramai selepas pasangan itu mengakui sudah bercerai ketika si isteri masih dalam tempoh mengandung anak pertama mereka.

Ramai menyuarakan pendapat yang Azmi Hatta sebagai seorang lelaki yang tidak berhati perut untuk menceraikan Elly Mazlein dalam keadaan begitu walau apa jua alasan yang diberikan.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Azmi Hatta mendedahkan yang keputusan untuk berpisah dengan Elly Mazlein bukan sesuatu yang mudah dan terkilan dengan tuduhan orang ramai.
“Saya terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar”

“Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan talak dijatuhkan di hadapan hakim ketika usia kandungan Elly berusia 5 bulan, secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah”

“Saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah,” ujarnya panjang lebar menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka.
Azmi Hatta turut menafikan kenyataan Elly Mazlein sendiri baru baru ini yang mengaitkan seorang pelakon wanita bernama Faye Kusairi sebagai punca penceraian mereka berdua.

Comelnya Alana anak Shah Jaszle (5 gambar)

Sekitar resepsi Jihan Muse, Ungku Hariz (25 gambar)

Faye punca perceraian Azmin-Elly Mazlein?

Isnin, 21 Mac 2016

Pelakon, Faye Kusairi menyifatkan dakwaan dirinya menjadi punca perceraian antara penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, dengan pengarah, Azmi Hatta, sebagai mengarut.

Faye memetik Bharian berkata beliau terkilan apabila namanya terpalit sebagai pihak ketiga dalam kemelut hubungan dua selebriti terbabit sedangkan dirinya tidak begitu rapat dengan pasangan itu.
"Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga.

"Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu. Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka," katanya
Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan hari ini, khabar angin mengatakan yang Faye menjalinkan hubungan dengan Azmi dan perkara itu dapat 'dihidu' oleh Elly. Dalam pada itu, Faye juga didakwa bercerita kepada beberapa pekerja belakang tabir dengan mengatakan Azmi dan Elly kononnya sudah bercerai pada Disember lalu. Menurut laporan berkenaan, berikutan kejadian itu Elly tidak boleh memaafkan Azmi dan akibatnya, mereka memutuskan untuk bercerai.

Fesyen Selerbriti di karpet merah Anugerah DFKL 2016 (35 gambar)

Inilah beg bernilai RM300,000 hadiah Dato Aliff kepada isterinya (5 gambar)


Romantiknya Dato Aliff Syukri apabila dia telah mengadakan satu majlis sambutan hari jadi untuk isterinya dengan meriah beberapa hari lalu.

Amat yang amat mengujakan ialah beliau telah membuat satu 'prank' kepada isterinya di mana katanya dia tidak dapat hadir ke majlis itu kerana perlu terbang ke China, namun beliau bersembunyi untuk memberikan kejutan kepada isterinya.

Inikah kekasih Maya Karin


Hangat diperkatakan apabila Instagram Maya Karin ada memuatnaik gambarnya bersama dengan seorang jejaka. Namun tidak diketahui siapakah lelaki yang bergambar dengannya itu

Difahamkan, Maya ketika ini sedang bercuti di Jepun sesambil main ski dan salji. Kalau betul ini kekasih Maya, wah memang sepadan lah juga kan.

Sekitar pernikahan Jihan Muse (5 gambar)

Dengan sekali lafaz, pelawak dan pengacara popular Jihan Muse selamat bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz Faizal, 31, kira-kira pukul 3.22 petang Ahad.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 33, dan Ungku Hariz, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan.

Pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran, manakala pihak perempuan turut membalas lima dulang hantaran.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam. -mStar

Malam berinai Jihan Muse (21 gambar)

Ahad, 20 Mac 2016

Jihan Muse akan menjadi isteri kepada Ungku Hariz pada petang Ahad, 20 Mac ini, Jihan semalam sempat melangsungkan majlis berinai yang turut dihadiri kenalan dan juga rakan selebriti.