Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Jawapan terbaik Johan tak pergi ke Tribute Mengenang Pak Yus..

Ahad, 6 Disember 2015

Rumahtangga Fasha Sandha bergolak? PANAS!

Sabtu, 5 Disember 2015

Sebelum ini ada posting menceritakan bagaimana hubungan Fasha Sandha dengan keluarga mertuanya, sini, namun kali ini keluarga Fasha memetik portal BeritaHarian dikatakan rumahtangganya sendiri dengan suaminya, Rizal Ashram (Jejai) bergolak.

Tambahan lagi Fasha ada pergi ke pejabat ahama dan seterusnya akan ke mahkamah nanti, kerana pergolakkan itu dikaitkan dengan pihak ke-3 dan dengarnya ianya melibatkan Nora Danish walaupun tidak berapa sahih.

“Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak anak untuk mengharungi segala galanya”. -Status di Instagram Fasha Sandha

Inilah nama anak sulung Fouziah Gous (gambar)

Fouziah Gous dan juga suami kerana baru-baru ini telah menimang cahaya mata sulung mereka. Dalam Instagram milik Fouziah semalam, dia da mengumumkan nama anaknya itu ialah Muhammad Zeeshan yang bermaksud. kekuatan dan yang terhebat.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru selesai bertahnik untuk @zhafoujr. Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran. Dilahirkan pada 26 November 2015, jam 11.37 pagi di DEMC Specialist Hospital. Zeeshan yang bermaksud Kekuatan / yang Terhebat – nama pilihan kami,”

Kerana rezeki, Normah Damanhuri sanggup buka tudung..

Jumaat, 4 Disember 2015


Normah Damanhuri menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.

Normah, 61, berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah mengikut kesesuaian watak.

"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak," katanya kepada mStar Online
.

Terbaharu, menerusi drama Tuan Anas Mikael (saluran Astro Ria), Normah juga dilihat tidak mengenakan tudung dan ada masanya dia hanya memakai selendang di kepala.

Dalam pada itu, Normah berkata, imej tanpa tudung yang ditampilkan dalam drama-drama lakonannya itu bukan kerana paksaan oleh mana-mana pihak, tetapi atas kerelaannya sendiri.

"Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik," ujarnya.

Sebab KimK, Fazura buat laporan Polis?


Kerana “KimK”, Fazura Buat Laporan Polis?
“KimK” perkataan yang agak popular dan kecoh disebutkan di media sosial selepas Nur Fazura menegur seorang peminat beliau kerana menyangka ia adalah perkataan kim*k.

Dek kerana isu berkenaan, memang teruk juga Fazura menjadi bahan lawak di Instagram, Twitter dan Facebook. Malah, ada juga segelintir pihak yang tetap mendesak beliau untuk tampil memohon maaf kepada peminat yang beliau sudah malukan itu.

Malam semalam pula, pembantu kepada Fazura ada memuat naik foto dimana Fazura kelihatan sedang membuat laporan polis.

Ini menimbulkan persoalan adakah laporan itu berkaitan dengan kes berkenaan? Erm, jika bena beliau membuat laporan polis berkenaan isu “KimK” mungkin ia agak tidak kena. Bukan apa, kami rasa dengan memohon maaf benda ini boleh selesai dengan cara baik.

Anak Rosyam Nor yang cun yang korang tak tahu (9 gambar)

Inilah anak Dato' Rosyam Nor yang korang tak tahu. Namanya Nur Anis dan kelihatan agak cantik dan anggun.

Baru berusia dalam 22 tahun, difahamkan Anis sudah mengusahakan butik muslimah sendirinya yang dikenali sebagai Bidadari Contemporary.

Punca Sharifah Haslinda menarik balik fail perceraian dengan Datuk Seri

Sharifah Haslinda semalam menarik balik fail perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Reezal Merican di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat. Namun kedua-duanya tidak hadir ke mahkamah tersebut dan hanya diwakili oleh peguam mereka.

Peguam Sharifah, memaklumkan, anak guamnya berhasrat untuk menarik balik permohonan cerai itu kerana sedang meneruskan perbincangan lanjut dengan defendan (suami).

Sebelum itu, Sharifah Haslinda memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 1 Oktober lalu.

Pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Lynn mendirikan rumah tangga dengan ahli Parlimen Kepala Batas itu pada tahun 2005 sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat cahaya mata.

Love u Fara Mendoza - Syafie Naswip. OMG! (3 gambar)

Khamis, 3 Disember 2015


Gambar yang dimuatnaik baru-baru ini di Instagram pelakon Syafie Naswip ada gambar Fara Mendoza dengan kapsyen "love u. Pls accept I" kemudian ditag namanya. Pengikut-pengikut di Instagram Syafie berasa hairan dan menganggap bahawa Instagram beliau telah digodam (hacked).

Iyalah tiba-tiba sahaja ber'love u' sebegitu dan memadam gambar-gambar sebelumnya bahkan kesemua gambar milik Syafie juga dipadam. Tak ke kejam macam ni kan.

Fazura sentap salah faham perkataan 'kimk' (3 gambar)

Respon Fazura Peminat 'Memaki' di Instagram Miliknya
"Jadi beginilah 'ibu' Islam yang memakai tudung dengan bangganya menggunakan perkataan kesat di media sosial.". 

Itulah respon Fazura apabila salah seorang pengikut menggunakan bahasa singkat yang disalah erti di salah satu post milik akaun Instagram miliknya.

Komen gadis yang bernama Vii.narza pada post terbaharu Fazura itu menarik perhatian ramai kerana mendapat respon dari Fazura sendiri. Namun akhirnya...

Marsha Londoh dah peluk Islam...

div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">Dengar khabar yang pelakon Marsha Milan Londoh kini sudah memeluk Islam dan khabar itu disampaikan melalui satu sumber yang rapat dengannya melalui satu Forum Cari.

Belum disahihkan lagi berita ini melalui empunya badan. Kalau betul, Alhamdulillah, semoga Istiqamah lah Marsha untuk menjadi seorang Muslim.

Bekas kekasih sambut harijadi dengan ibu Zul Ariffin

Baru-baru ini bekas kekasih Zul Ariffin, Gayatri Su-Lin Pillai telah memuatnaik gambar sambutan hari lahir di Instagram bukan saja bersama Zul, malah ibu Zul sekali.

Walaupun sudah putus tapi dengan cara ini hubunga mereka nampak rapat sebagai kawan. Mungkin inilah cara terbaik buat mereka, bukan putus cinta tak mahu menegur lagi, namun menjadi kawan baik yang tidak disangka-sangka.

Makcik dedah punca Siti Nurhaliza keguguran.. (3 gambar)

Beberapa hari lalu, Dato’ Siti Nurhaliza telah pun berkongsikan berita sedih mengenai dia keguguran setelah hamil dua bulan.

Bagaimanapun, tidak tercapai akal kami bahawa ada individu yang sanggup menyifatkan kejadian tersebut terjadi kerana muzik itu haram memetik sebuah blog hiburan.

Percutian Awal, Scha dan Lara Alana (21 gambar)

Rabu, 2 Disember 2015

Aksi cium Keith Foo dan Isteri.. (gambar)

Aksi video dan foto sweet yang menampakkan Keith Foo dan isterinya, Kim Raymond telah dimuatnaik sendiri oleh isterinya Kim Raymond.

Namun video itu dikatakan ada sedikit adegan yang boleh dianggap tak wajar bagi budaya kita untuk dilakukan.

Biarpun dah bersuami isteri, kalau dalam Islam ianya masih dilarang untuk dilakukan dan dipamerkan untuk umum

Jihan Muse dikritik tak tutup aurat ketika Arwah Yus Jambu meninggal dunia.

Berita kehilangan pelawak terkenal Pak Yus pada Isnin lalu amat memeranjatkan rakan-rakan pelawak. Dan semestinya Jihan Muse yang agak rapat dengan pelawak tersebut. Satu gambar Jihan Muse tanpa bertudung mengundang kritikan di media sosial.

Lawat Arwah Pak Yus Tidak Tutup Aurat, Ini Respon Jihan Muse

Punca Siti Nurhaliza keguguran anak sulung..

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin semalam, 1 Disember berkongsi berita sedih mengalami keguguran di laman sosial miliknya. Siti berkata, pada asalnya dia ingin berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya itu tetapi selepas kandungan itu stabil, namun terpaksa reda dengan ketentuan Ilahi apabila dia keguguran di usia kandungannya itu dua bulan.
"Mula-mula Siti ingin berkongsi cerita indah namun Siti pecaya semua dugaan ada hikmah dariNya. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia anugerah terindah yang lama Siti nantikan dan sudah pastinya peminat yang mendoakan juga.

"Nak mengiakan pun takut kerana anugerah ini terlalu baru dan fragile untuk dihebahkan. Hanya memohon masa yang sesuai. Ternyata, Allah SWT pinjamkan anugerah ini untuk seketika,

"Sempat dua bulan Siti kandungkan dan Siti keguguran. Siti reda dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Siti jawapan di atas doa Siti. Insya-Allah semoga ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya,” kata Siti memetik Portal mStar

Seniwati Mariani meninggal dunia disebabkan..

Seniwati Mariani meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat kanser usus, pada 7.32 malam semalam, 1 Disember.

Anaknya, Melissa Saila, 43, berkata ibunya meninggal dunia di rumah kakaknya, Shashah Abdul Hamid, di Sentul.

Melissa berkata, ibunya sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
"Arwah menghidap kanser usus dan sudah menjalani rawatan sejak setahun lalu,

"Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, keadaannya bertambah lemah dan hari ini, dia koma sebelum menghembuskan nafas terakhir," kata Melissa memetik HarianMetro.

Akim, Stacy bakal berkahwin pada bulan...

Selasa, 1 Disember 2015

Pasangan tunang selebriti, Akim dan Stacy (Ummu Shaikhah) telah memilih bulan Februari 2016 untuk bergelar suami isteri dan sekaligus menamatkan zaman tunang sejak September lalu dengan segera.

Memetik Bharian, bulan Februari dipilih disebabkan faktor kerja kedua-dua pihak yang memaksa mereka untuk menukar dari Januari ke Februari.
"Memang kalau boleh saya mahu cepat kahwin dan segera menimang cahaya mata. Sepatutnya bulan Januari namun disebabkan banyak sangat komitmen kerja akhirnya kami rasa Februari adalah bulan yang sesuai.

"Kami sudah memutuskan hanya ada dua majlis sahaja iaitu majlis pernikahan akan di buat di Sabah dan majlis resepsi di kampung saya di Johor Bahru," -Akim
"Kerjaya kami menyebabkan orang akan nampak kami selalu bersama. Tak manis rasanya. Lagipun kami pula sudah lama berkawan. Jadi adalah lebih baik jika kami cepat-cepat kahwin," -Stacy

Suami Hanez Suraya tak benarkan bekas isteri jumpa anak-anak?

Ingat lagi tak gosip antara Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan yang begitu panas suatu ketika dahulu? Sampaikan ada 'press conference' bagai. Siapa yang tidak ingat, terutamanya kepada ahli kelab anti pencaras. Bukanlah nak diungkit atau sengaja nak 'provoke', masing-masing dah mulakan hidup baharu pun, tetapi timbul cerita bahawa Hanez Suraya dan Romie tidak membenarkan Liyana Manan (bekas isteri) berjumpa anak-anaknya.

Gambar didakwa ada kalimah Allah di dahi arwah Yus Jambu..

Gambar Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
Terbaharu, ada seorang lelaki yang telah berkongsi gambarnya dengan arwah Yus Jambu beberapa jam sebelum meninggal dunia dan di gambar itu arwah kelihatan letih dan pucat selepas selesai persembahan.

Di gambar itu juga kelihatan seperti ada kalimah Allah pada dahi Pak Yus.

Tauke Jambu menangis di saat pemergian Yus Jambu (video)

Pelawak Helmi dedah 2 jam sebelum Arwah Yus meninggal..


Rakan Selebriti Dedah Peristiwa 2 Jam Sebelum Yus Jambu Meninggal Dunia
Pelawak Helmi The Gimmick memberitahu nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu ketika di Konsert Raja Band yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Ahad menyentuh perasaan penonton.

Helmi berkata, arwah menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip berjudul Bukan Kerana Nama, namun ditukar lirik yang menyelitkan beberapa nasihat kepada orang ramai.