Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Harijadi pertama anak Fasha Sandha, Raysha Jemyma (15 gambar)

Rabu, 11 November 2015

Hidup lebih senang bila jadi duta produk - Mia Ahmad

Memang tak dinafikan kerja menjadi duta produk adalah kerja yang senang dan tidak memerlukan tenaga banyak untuk meraih pendapatan sampingan. Hanya bermodalkan populariti dah mencukupi.

Itulah yang mungkin diakui oleh Mia Ahmad apabila dia menganggap kehidupannya kini lebih senang kerana menjadi duta beberapa produk.
"Alhamdulillah, banyak syarikat yang menawarkan saya untuk jadi duta produk mereka, tetapi saya pilih yang terbaik di mana saya akan mencubanya dahulu sebelum mewakili pihak mereka.

"Untuk tahun ini sahaja, saya menjadi duta kepada tiga jenis produk. Syukur, ini semua rezeki dan pada masa sama sedikit sebanyak telah menaikkan taraf kehidupan saya,

"Jadi duta produk tidak semestinya saya dah tak mahu berlakon. Lakonan adalah minat saya.

"Cuma apabila sibuk dengan promosi produk, jadual saya terlalu padat dan terpaksa menolak tawaran yang bercanggah tarikh dengan hari promosi.

"InsyaAllah saya akan ada lebih banyak masa untuk lakonan pada tahun depan," -Mia Ahmad

Izreen Azminda anggap cinta mesti berduit.. Ahaks..


Izreen Azminda Hanya Tertarik Kepada Lelaki Berduit
Meski hidupnya pernah dikecewakan lelaki dan gagal dalam rumah tangga, tidak bermakna pelakon Izreen Azminda,30 serik untuk menerima kehadiran seorang teman baru. Namun buat masa sekarang kerjaya dan anak, adalah fokus utama. Bukan mencari teman hidup.
“Saya suka lelaki yang boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya. Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik.

“Sekarang ini semua perkara perlukan duit. Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya.

“Bukan sahaja dari segi wang ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama,” ujar Izreen tentang lelaki pilihannya memetik portal ManggaOnline

Sudah putus dengan Zul Ariffin.. Ini komen Gayatri..

Zul Ariffin memang ada buat gempak baru-baru ini berkait rapat dengan pelakon, Zahirah MacWilson. Dan ramai yang tak tahu kesudahan cinta diantara Zul dengan Gayatri Su-Lin Pillai.

Dan akhirnya cinta mereka sudah putus, namun bagi Gayatri, dia enggan mengulas apakah sebab dan punca mereka putus. sebab agama? sebab wanita? masih dalam tanda tanya..

Ebby Yus ditahan di wad.. GEMPAR!

Semalam dapat berita ni, semoga cepat sembuh dan pulih seperti sediakala pak Yus.

Karpet Merah Anugerah Skrin 2015 (100 gambar)

Selasa, 10 November 2015

Ika Nabella perjelaskan kenapa ditumbuk oleh Azma..

Penjelasan Ika Nabella Kenapa Dirinya Ditumbuk Oleh Pengarah

Tindakan pengarah, Azma Aizal menumbuk pelakon di bawah arahannya, Ika Nabella telah mengemparkan dunia hiburan tempatan. Sementara itu, Ika yang kini beransur pulih telah memberi kenyataan melalui rancangan Melodi yang disiarkan hari ini.

Faralyana Idris selamat bersalin (gambar anak)

Isnin, 9 November 2015

Pelakon Faralyana Idris selamat melahirkan anak sulung pada 29 Oktober 2015 yang lalu.

Mewahkan anak perkara biasa - Rozita Che Wan

Memang best jadi orang kaya dan anak orang kaya. Pastinya impian setiap manusia yang mahu kebahagian dari segi material yang bersifat sementara.

Bagi Rozita Che Wan, dia akui yang sering memanjakan dan memewahkan anak-anaknya. Namun bagi dia, ada sebab tersendiri kenapa dia berbuat demikian.

Siti Nurhaliza mengandung/hamil.... (gambar)

Dengar cerita yang Datuk Siti Nurhaliza mengandung. Ini diberikan sendiri oleh sumber terdekat oleh anak tiri Siti, Asyraf Khalid.

Bahkan dua gambar ini juga memberikan hint kepada berita baik itu. Kalau betul Alhamdulillah, setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid.

Namun bagi Siti yang di hubungi Bharian, enggan mengulas lebih lanjut mengenai berita itu, dan belum bersedia memberitahu hal sebenar.

'susu kambing + kurma ...selamat pagi'

Bila Krisdayanti tidak ber-make up.. OMG.. (5 gambar)

Jangan Terkejut Lihat Wajah Krisdayanti Tanpa Alat Solek
Pasti ramai mengenali artis popular bernama Krisdayanti ini yang sentiasa tampil dengan make-up yang tebal di setiap pesembahannya.

Tapi mampukah anda mengenalinya jika tanpa make up?

Krisdayanti yang kelihatan berpeluh tidak memakai sebarang alat solek semasa bersukan. Ibu empat anak ini menunjukkan wajahnya yang sebenar tanpa make-up yang di muat naik di akaun Instagramnya.

Saya hilang hormat dengan Zizan Razak! -Kamal Adli.. PANAS..

Walaupun dah berlalu, namun isu penglibatan dua nama aktor, Zizan Razak dan Kamal Adli untuk filem terbitan Datuk Yusof Haslam masih lagi menjadi perbualan.

Dengarnya Kamal yang sebelum ini redo dengan namanya digugurkan dar filem itu, kini dah mula rasa timbul kurang senang dengan Zizan Razak.

Kamal sepertinya dah kurang hilang rasa hormat dengan Zizan.
“Permainan macam ini tak sedaplah. Saya tak kacau periuk nasi orang. Saya dapat tahu pengarahnya, Syafik sudah buat skrip dan kena rombak balik dengan penyingkiran saya,

“Saya tak ada masalah. Saya boleh jadi diri sendiri untuk kepentingan bersama. Tapi kalau sudah letak isu peribadi mengatasi segala-galanya, hingga menutup periuk nasi, saya memang hilang hormat. Jika orang luar yang tak tahu menahu menuduh saya sebagai punca perpisahan dia dan Emma, itu tak wajar kerana kalian tak tahu perkara sebenar,” jelas Kamal kepada BH Plus
PS: kata orang sebab perempuan, negara pun boleh berperang.. hoho.

Sharnaaz Ahmad bagi komen panas dengan peniaga Vape

Ahad, 8 November 2015


Pesanan Sentap Sharnaaz Ahmad Untuk Peniaga Vape

Tarikh sebenar pernikahan Mila Jirin adalah...

Alhamdulillah, menerima perkhabaran yang Mila Jirin akan bergelar isteri kepada, Isz Mustapha, 34, yang juga pengurus peri­badinya pada 11 November ini. Majlis akad nikah pula akan diadakan di Hotel E-City @ One Utama, Subang Jaya, Selangor.

“Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Tabung Haji, Pulau Pinang pada 20 Di­sember depan manakala satu jamuan makan malam bersama wartawan pula akan berlangsung di Subang Jaya, Sela­ngor pada 23 Januari 2016,” kata Mila kepada Kosmo!

Saya akan bayar hutang Rita sekali gus.. -Aidil

Aidil Zafuan menjelaskan akan memberikan dan melangsaikan tuntutan bekas isterinya, Rita Rudaini sekali gus berjumlah RM30,000.

Amyra Rosli bercinta dengan kerabat diraja?

Sabtu, 7 November 2015

Pelakon Amyra Rosli, menafikan yang dia kini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka berstatus kerabat diraja. Ini terjadi dimana gosip atau khabar angin itu menyatakan demikian

“Cakap saja dengan siapa? Sebab saya tidak dapat nak berikan penjelasan kerana tidak dapat bayangan lelaki itu. Macam mana saya nak jawab sedangkan saya bekerja tak berhenti. Jadi mana ada masa untuk bercinta”

“Macam mana cerita ini boleh timbul keluar? Tidak ada langsung berkawan dengan mana-mana kerabat mahupun anak kerabat diraja. Saya tidak pernah berkawan, apatah lagi bercinta dengan mana-mana kerabat,” jelasnya seperti yang dilaporkan BH Online.

Hello Mr Perfect dikatakan drama bangang? (5 gambar)

Azma Aizal akui memukul Ika Nabella TAPI....

Jumaat, 6 November 2015

Pengarah Azma Aizal Yusoof berkata ada sebab dia bertindak memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Klang pada Isnin lalu.

Azma, 33, bagaimanapun enggan berkongsi hal berkenaan namun menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.

Siapakah doktor viral yang muncul di Hot FM ni? (4 gambar)

Jom Kenali Doktor Say Shazril Shaharuddin yang Muncul di Hot FM
Inilah Biodata Say Shazril Shaharuddin doktor muda paling hensem di Malaysia masuk HOT FM. Pada 2 November 2015 lalu, Doktor Shazril telah dijemput ke konti HOT FM untuk ke udara secara langsung.

Paling mencetus kontroversi apabila ramai dikalangan wanita yang sudah berkahwin sanggup membuat panggilan ke Hot FM semata-mata untuk menempah doktor Say Shahzril ketika bersalin nanti.

Uqasha Senrose Dispeku Ambil Dadah? PANAS!

Dengarnya yang Uqasha Senrose memetik Instagram Miss Kepoh telah dispeku mengambil dadah setelah tersebarnya screen shot perbualan Uqasha dan rakannya. Beberapa kata kunci atau kod merujuk kepada dadah terdapat dalam perbualan tersebut.

Antaranya adalah nombor 5 dan fai yang merujuk kepada eramin 5 (sejenis dadah). Tak dipastikan apakah itu, memang tiada pengalaman atau pengetahuan sangat berkaitan kata kunci bab dadah ni.

Selain itu, informer Miss Kepoh juga memaklumkan bahawa Uqasha terlibat dalam aktiviti call girl atau escort girl. Sejauh mana keterlibatan Uqasha dalam aktiviti tersebut masih kabur dan tidak pasti. Mohon segera Uqasha mengomennya..

Ummi Nazeera terkini lebih anggun dan cantik (6 gambar)


Makin cantik dan aggun melihat Ummi Nazeera kan. Di hari Jumaat ni melihat keindahan seorang wanita bertudung memang tak salah juga.

Selain itu, Ummi dikatakan enggan bergambar bersama lelaki jika itu bukan hal kerja.

Inilah bakal suami Nadia Annuar, jutawan MLM tuu... (gambar)

Khamis, 5 November 2015

Personaliti TV, Nadia Annuar mengakui yang dia kini akan berkahwin dengan seorang jejaka muda yang bergelar jutawan MLM pada bulan November ini namun tidak menyatakan tarikh sebenar pernikahan itu.
“Saya tidak mahu dedah dahulu bila tarikh majlis itu, cuma pertengahan November kalau tiada aral, kami akan dinikahkan. Bakal suami saya bernama Hafiz, dan kalau ikutkan kami sudah bertunang beberapa bulan lalu”

“Sebelum ini saya pernah bercinta lama, tetapi tidak ke mana juga. Jadi bila berkenalan dengan Hafiz, kami belajar tentang apa yang kami mahu dalam hubungan ini. Tidak perlu lama-lama bercinta dan ambil keputusan untuk berkahwin lebih cepat,” jelasnya kepada Utusan Online.