Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar hari jadi anak Diana, Zamarul (7 gambar)

Khamis, 5 November 2015

Diana Rafar dan suami, Zamarul Hisham telah meraikah hari jadi ke-5 tahun anak mereka, Kashfi Haiqal pada 1 November yang lalu. Sambutan majlis tempoh hari diadakan di Restoran Alsham Castle di Shah Alam. Lebih istimewa majlis yang bertemakan dekorasi permainan Lego itu turut meraikan 40 orang anak yatim Al Firdaus Denai Alam di Shah Alam. Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis adalah Nabil Ahmad dan Johan As'ari.

Nora Danish pakai tudung ala Rahib Gereja? (7 gambar)

Kasihan Nora Danish tak pasal-pasal tudung yang dipakainya dikatakan menyerupai rahib gereja oleh segelintir pengikutnya dilaman sosial. Tapi apa yang dilakukan Nora rasanya tidak salah, Nora belajar memakai tudung.

Yang pelik nitizen ni cepat menilai sesuatu dengan menghukum sendiri. Taknak bersangka baik.

Neelofa dedah siapa sebenarnya stokis penipu.. (video)

Neelofa mendedahkan terdapat stokis Naelofar Hijab yang mengambil duit pelanggan dan seterusnya memburukkan perniagaan tudung yang dijalankannya. -video mStar

Aaisyah Dhia Rana dapat hadiah rantai berlian berharga...


Che Ta, Zain Saidin Hadiah Rantai Leher Berlian Untuk Aaisyah Sempena Hari Lahir Pertama
Untung dapat jadi anak orang kaya, tapi untung bukan dilihat dari segi material sahajakan, kebahagian juga dikira sebagai untung sesiapa yang memilikinya tak kira miskin atau kaya. Material hanya subjektif.

Bagi anak Rozita Che Wan aka Che Ta yang menyambut ulang tahun pertamanya hujung minggu lalu iaitu Aaisyah Dhia Rana telah dilakukan dengan penuh meriah dan cukup berwarna warni.

Dalam tak disangka Aaisyah Dhia Rana menerima hadiah emaknya berupa seutas rantai leher bertatahkan berlian buat puteri bongsunya itu namun dia enggan mengulas lanjut mengenai harga rantai leher tersebut. Mahu tidak mahu apa kelas harga RM10k kebawah kan. kiki.

Nabila kakak Neelofa syok sendiri upload gambar dengan Sharnaaz? (5 gambar)

Rabu, 4 November 2015

Kakak kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila menegaskan dia bukanlah mahu 'syok sendiri' apabila memuat naik foto-foto mesranya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Hubungan istimewa yang terjalin dengan aktor itu sejak lima bulan lalu adalah atas rasa keikhlasan kedua-dua belah pihak.

Kenyataan Zizan ini buat wanita bertudung sentap...

Dengar cerita mengikut sumber daripada portal Cari, Zizan Razak ada menyatakan kenyataan "wanita bertudung (sambil buat gaya pakai tudung) tak boleh berfikiran terbuka".

Kenyataan ini dikeluarkan ketika dia dijemput untuk program santai, Meletop. Ada yang terkilan dengan kenyataan ini lagi-lagi wanita bertudung yang menyifatkan kenyataan Zizan itu sebagai tidak masuk akal dan tidak bersumber.

Dan ini antara komen pedas yang dikeluarkan seorang Forumer terhadap kenyataan Zizan itu. Mungkin Zizan harus menolak balik kata-katanya dengan maaf atau membuktikan kebenaran kenyataannya itu.

Baby bump Fouziah Gous 6 bulan (11 gambar)

Padan Muka bila M. Nasir sound Nabil!

M. Nasir Sound Nabil Ahmad di Gegar Vaganza 2
Nabil Ahmad sekali lagi menjadi tumpuan ekoran lawaknya yang sememangnya dikenali sebagai membahan orang ramai dan artis-artis.

Dalam rancangan Gegar Vaganza 2 minggu ketiga semalam, Nabil telah membuat lawak tentang M. Nasir dan isterinya Marlia Musa.
Ini berlaku ketika giliran M.Nasir memberi komen kepada penyanyi Ezlynn. Ezlynn telah memanggil M. Nasir sebagai Hang Tuah dan kononnya Ezlynn sebagai Gusti Putri.
Kemudian Nabil mula membuat lawak tentang Marlia Musa yang kononnya jelous tetapi ditegur oleh Dato’ M. Nasir dengan berkata “jangan libatkan dia dalam hal ini”.

Kantoi dah pegang tangan Zul, Zahira.. (2 gambar)

Memang tak dinafikan lagi kalau melihat gambar ini hubungan yang terjalin diantara Zul Ariffin dengan Zahira MacWilson.

Gambar yang beredar ini dikatakan tangan kedua-dua selebriti berkenaan yang sempat ditangkap oleh seorang individu tidak dikenali.

Namun bagi kedua-dua selebriti ini, mereka masih lagi berkeras untuk menafikan yang mereka kini sedang bercinta.

Ha ha ha. kan dah kantoi.

Datuk K kena demam denggi, Siti setia menemani..

Selasa, 3 November 2015

Baru beberapa hari menyambut menantu, Datuk Seri Khalid ditimpa dugaan yang cukup mencabar. Beliau dikatakan diserang denggi.

Sebenarnya ianya sudah berlaku sejak 5 hari yang lalu dan kemungkinan dibenarkan keluar wad nekad untuk menghadiri majlis kahwin anak kesayangannya, Asyraf Khalid baru-baru ini. Iya lah kan ayah mana taknak lihat hari bersejarah anaknya kan.

Datuk Siti Nurhaliza adalah isteri yangs setia menemani ketika dalam rawatan itu.

Amar Baharin minta Izreen Azminda supaya beradap!

Hangat di laman sosial dimana ramai yang memperkatakan mengenai satu kritikan Izreen Azminda terhadap persembahan lakonan Amar Baharin di dalam teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang dipentaskan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Dalam teater tersebut Amar memegang watak Zainuddin bagi adaptasi novel karya penulis Indonesia, Hamka. 

Terdapat pro dan kontra mengenai kritikan Izreen terhadap Amar. Mereka pernah berkawan rapat dan dilihat intim sehingga dikaitkan gosip cinta setelah bekerjasama dalam drama bersiri popular, Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Namun, hubungan baik itu dilihat tidak berpanjangan. Kini, Amar dikaitkan pula bercinta pula dengan aktress, Amyra Rosli.

Panas! Ika AF6 dipukul oleh pengarah drama..

Ika Nabella AF6 dikatakan dipukul oleh pengarah untuk drama akasia, Dawai Asmara yang juga dilakonkan oleh Ika sebagai watak utama. Memetik portal Bharian, kejadian itu berlaku siang semalam di set pengambaraan dekat Hulu Kelang.

Ika juga dikatakan mangsa ke-3 selepas dua lagi pelakon sebelum dia juga menerima nasib yang sama. Ika dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi.

Difahamkan pengarah terbabit bertindak di luar kawalan itu kerana tidak dapat apa yang diinginkan daripada Ika ketika berlakon. Sumber itu berkata lagi, mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu.

Ika yang dihubungi menggunakan Whatsapp mengakui kejadian itu.

"Ya, saya memang dipukulnya," katanya ringkas

Sekitar ulang tahun pertama Aaisyah Dhia Rana (53 gambar)

Anak tiri Siti Nurhaliza kahwin (3 gambar)

Isnin, 2 November 2015

Dengan sekali lafaz, anak tiri kepada Datuk Siti Nurhaliza, Muhammad Asyraf Khalid sah bergelar suami kepada model dan pelakon, Nurtria Wulandari Ariffin, sebentar tadi.

Majlis berlangsung di Hotel Majestic dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -Bharian

Neelofa tipu stokisnya? panas!

Stokis Naelofar Hijab Mengamuk Dakwa Neelofa Tipu Dirinya
Tahniah Neelofa kerana menjadi ahli perniagaan tudung yang boleh dikatakan berjaya dengan memperkenalkan jenama tudung sendiri, Naelofar Hijab.

Asam garam dalam perniagaan ada sahaja halangan dan cabarannya, begitulah yang juga dihadapi oleh Neelofa sendiri. kali ini terdapat tuduhan yang dilemparkan dimana Neelofa didakwa telah menganiaya stokis beliau.

Menerusi Instagram Miss Kepoh ada individu yang mendakwa khidmat beliau sebagai salah seorang stokis Naelofar Hijab telah ditamatkan tanpa sebarang perbincangan. Malah,  individu itu juga mendakwa wang deposit yang sudah dibayar untuk menjadi stokis juga tidak dipulangkan oleh pihak Neelofa.

Selain itu, beliau juga mengadu pihak pengurusan Naelofar Hijab dengan sesuka hati boleh  memecat pekerja dan menurukan gaji  mereka tanpa notis.

Zizie temankan suami, Bung jalani pembedahan (8 gambar)

Baru-baru ini Zizie Izette bersama-sama terbang ke Nanning, China untuk menemani suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin yang menjalani pemeriksaan dan pembedahan di sana. Namun, maklumat lanjut pembedahan masih belum dikongsi.

Jika dilihat tiada sebarang kemaskini berkaitan pembedahan suaminya, mungkin Zizie hanya memaklumkan perkara tersebut kepada keluarga dan rakan rapat sahaja. Walau apapun, semoga Bung Mokhtar cepat pulih.

Pelatih berskandal dengan trainer?

Finalis Bella Jom Kurus, Azlen, yang dikatakan kononnya telah menyemai bunga-bunga cinta dengan trainer dalam rancangan itu, Amirul Agam.

Tapi tidak dipastikan sejauh mana kisah dan gosip ini timbul, jika benar maka memang jodoh didunia program realiti lah kan.

Memetik portal Murai, buat masa ini, program Jom Bella Kurus tinggal 3 orang sahaja finalis yang akan merebut hadiah wang tunai yang bernilai RM20,000.

Pusingan akhir ini akan ditayangkan pada Ahad ini jam 7 maam yang akan disiarkan di saluran Astro Bella (133) dan Mustika HD (134).

Komen sedih Kamal Adli digugurkan dari filem ALF 2

Keputusan tidak menyenariaikan Kamal Adli sebagai pelakon filem terbaru, Abang Long Fadil 2 (ALF2) oleh Datuk Yusof Haslam adalah sebagai satu kejutan buat Kamal sendiri.

Dia tidak menyangka perkara ini betul-betul terjadi dan berasa amat kecewa.

"Tipulah kalau saya kata saya ok. Jujurnya saya kecewa keraba saya sudah 'lock' tarikh penggambaran setahun lalu.

"Tambah pula saya bersenam dan membuat latihan kecergasan untuk tampil bertenaga dalam filem berkenaan. Malah saya sukakan karakter yang diberi itu,

"Saya anggap perkara itu tidak ada rezeki dan tidak mahu bercerita panjang.

"Lebih baik saya fikirkan masa depan dan kerja-kerja lain yang akan dilaksanakan. Walaupun kecewa, saya cuba mengambil pendekatan untuk berfikiran lebih positif" Kamal memetik portal mStar

Fazura dedah punca dia putus cinta dengan Sam..?

Dengar khabar yang Nur Fazura bakal mendedahkan rahasianya kepada umum. Kisah dia dengan Shaheizy Sam yang pernah diperkatakan dahulu hangat sehingga ramai tidak mengetahui apa punca sebenar mereka berpisah.

Menerusi program TV terbaru musim ke-2 yang dihostkan sendiri oleh Fazura iaitu Facing Up To Fazura yang bakal ditayangkan di saluran E! (Astro 712) jam 10 malam setiap Ahad.

Bila selebriti bergaun warna merah (11 gambar)

Ahad, 1 November 2015

Warna merah digelar warna paling berani. Bukan semua orang mempunyai keberanian untuk menggayakan busana merah terang.

Warna merah dikatakan mampu menarik perhatian, seksi dan juga warna panas.
Menerusi hanasuva.com, kami senaraikan 11 selebriti yang cantik bergaya dalam busana merah sepanjang tahun ini.
Cantiknya 11 Selebriti Ini Tampil Dengan Busana Merah

Pengacara HLive ditumbuk di muka? (2 gambar)

Ada sekeping gambar wartawan penyiaran yang juga hos program HLive, Shenty Feliziana menunjukkan wajahnya dalam keadaan mencurigakan. Apabila diamati, terdapat kesan seperti luka dan lebam pada wajahnya.

Sejak semalam juga tumpuan kepada wanita kelahiran Singapura menjadi perhatian apabila dia memuat naik gambar di sebuah lokasi dengan catatan yang bermaksud.

Persoalan yang diajukan kepada pihak HLive juga tidak dijawab. Persoalannya, apakah yang terjadi kepada Shenty? Apakah sebenarnya maksud gambar yang menampakkan kecederaan di wajahnya.

Emma Membong akui rezeki bertambah bila bersama Adli.

Semakin banyak cabaran dan dugaan dalam berhubungan, Emma Maembong hubungannya dengan Kamal Adli kini lebih bahagia. Bahkan mengakui banyak rezeki datang sejak mereka bersama-sama.

Isu tampar yang dikatakan adalah suatu gimik dan menerima kritikan itu juga membuatkan Emma lebih berhati-hati dimasa akan datang.
“Kadang-kadang jalan terbaik ialah untuk berdiam diri kerana apabila bersuara dan sudah diberikan penjelasan pun (ada juga) yang tetap akan fikir negatif. Sebelum ini saya terang-terangan memuat naik gambar berlakon dalam drama Jodoh Sebelah Pintu arahan Michael Ang dengan keterangan gambar ia babak penggambaran pun ada yang cuba memanipulasinya”

“Ada yang siap kata kami kantoi berdatinglah. Malah gambar kami mengenakan baju kahwin dalam babak drama itu turut diviralkan kononnya kami berkahwin dalam diam. Kalau berlakon dengan hero lain sekalipun saya pasti akan muat naik gambar penggambaran kerana mahu mempromosikannya”

“Kadang-kadang terdetik dalam hati apa salah kami, sedangkan kami tahu kami tak pernah buat perkara tak elok,” jelas Emma kepada BH Online