Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Maya Karin kahwin lagi senyap-senyap? (3 gambar)

Rabu, 23 September 2015

Maya Karin dah berkahwin lagi ke. Dia memakai gaun pegantin baru-baru ini mencetuskan tanda tanya apabila dikatakan berkahwin lagi.

Namun gambar itu adalah lakonannya untuk satu babak dalam filem Jwanita. Namun gaun pengantin berkenaan mempunyai ceritanya tersendiri.

Inilah nama anak Lisa Surihani, Yusry KRU

Lisa dalam satu kiriman mesej kepada portal berita Astro AWANI berkata upacara tahneek baru sahaja selesai.

"Yahaira Leanne membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan.

"Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zuhairee dan Ustaz Amru bersama isteri kerana sudi menjalankan upacara ini bersama kami sekeluarga," kata Lisa.

Che Ta tak serik nak jadi juri lagi jika...

Selasa, 22 September 2015

Isu menjadi menarik diri sebagai juri Akademi Fantasia pada minggu lalu oleh Rozita Che Wan aka Che Ta memang membuatkan ramai yang terkejut dan tak menyangka kerana Che Ta terkenal dengan sikap yang lemah lembut.

Namun ini bukanlah drama yang sudah dirancang di belakang tadbir tapi ianya berlaku betul-betul sebagai satu realiti atas ketegasan yang telah dilakukan oleh Che Ta.

Dihimpit pelbagai kontroversi mengenai perkara tersebut, Che Ta bagaimanapun memberitahu beliau sama sekali tidak serik. Malah, beliau juga tidak perlu memulangkan bayaran tugasan beliau untuk menjadi pengkritik selama 10 minggu meskipun sudah menarik diri.
Memang tak payah pulang sebab depa (mereka) dah kata okay cuma dalam bab-bab begini membuatkan saya mahu lebih berhati-hati pada masa depan. Ada juga yang tanya sama ada saya serik atau tidak untuk menjadi pengkritik.

Jawapan saya mudah, kalau kerja dengan toleransi dan profesional pasti saya akan buat lagi. Nak serik apa… sebab ini sebahagian daripada kerjaya saya. Yang penting esok saya akan ke Sydney (Australia) untuk bercuti. -Che Ta petikan portal Utusan

Anzalna Nasir, Hanif bakal berkahwin pada..

Tahniah buat Anzalna Nasir dan kekasihnya, Hanif Zaki yang merancang untuk berkahwin pada bulan Januari atau Februari 2016 namun belum lagi memastikan bila tarikh yang sesuai seperti yang dipetik di program HLive! hujung minggu lalu.
“Sekarangan ini semuanya sedang berjalan dengan baik dan sebagai manusia, kami hanya mampu merancang kerana selebihnya adalah kehendaknNya. Apa yang kami boleh lakukan adalah untuk berdoa yang terbaik.

“Jika tiada aral melintang, kami akan mengadakan tiga majlis kelak yang merangkumi majlis pernikahan serta dua majlis resepsi untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan,” kata Hanif sambil diperhatikan Anzalna ketika ditemuramah.

Nur Sarah Marie Hildebrand kini dah bertudung (6 gambar)

Dengar khabar yang model terkenal dan juga tunang kepada Nabil Mahir, Nur Sarah Marie Hildebrand sudah bertudung aka berhijab.

Kemungkinan besar mereka berdua bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, dimana info mengatakan yang mereka sudah pergi ke kursus kahwin baru-baru ini.

Miera Leyana didukung oleh Afiq Muiz?

Wah panas!, Miera Leyana dikatakan telah didukung oleh Afiq Muiz di KLIA baru-baru ini yang disaksikan oleh orang ramai.

Namun Miera menafikan itu adalah dia, dan orang yang didukung oleh Afiq adalah adiknya sendiri, Aisha yang secara tiba-tiba sesak nafas.

Tasha Shilla minta isu seksi jangan kaitkan agama...

Imej seksi Tasha Shilla memang menjadi perbualan sejak menjak ni apabila dia pergi ke majlis, majalah dan di laman sosial. Bahkan juga ramai yang sudah menasihati, kritik dan menegur pelakon ini, namun tidak diendahkan oleh Tasha kerana mempunyai alasan tersendiri.

Buat Tasha, ianya dilakukan atas kerjaya dan tidak mahu kaitkan ianya dengan agama, namun meminta maaf jika apa yang dilakukan tak senang dimata masyarakat.
“Saya mohon, jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi pernghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus,”

“Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama. Mungkin saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu,” -Tasha petikan Bharian Plus.

Keluarga bahagia Fasha Sandha terkini (19 gambar)

Isnin, 21 September 2015

Shah Iskandar, Siti Sarah bakal berkahwin tahun hadapan.. (3 gambar)

Akhirnya pelakon, Shah Iskandar, 33, bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihanya, Siti Sarah, 30, (seorang busineswomen dari Kulim, Kedah) pada tahun hadapan mengikut perancngan mereka.

Perkenalan selama 2 tahun itu membibitkan rasa cinta dan akhirnya ianya menjadi bualan apabila Shah memuatnaik gambar mereka bersama beberapa minggu lalu di Instagram miliknya.

Aliff AF, Nas Adila AF bakal berkahwin (gambar)

Tahniah Aliff Razali dan Nas Adila pula bakal menamatkan zaman bujang mereka bersama.
“Alhamdulillah, setelah tiga tahun bercinta, jodoh itu milik kami jua. Walau pun pernah putus sekejap dan sambung balik, tapi kami bersyukur dengan apa yang berlaku kerana pengalaman lepas banyak mengajar kami untuk lebih matang dalam perhubungan,” kata Nas
Sepakat memilih tarikh 12 Disember sebagai tarikh pernikahan dan persandingan, pasangan ini mengimpikan suasana bulan madu di Pulau Bali, Indonesia, tahun depan.

Malis pernikahan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi 12 Disember dan bersanding pada petang hari sama, di Kompleks Finas.

Sebanyak lima dulang berbalas tujuh serta RM25,000 wang hantaran dipersetujui antara kedua-dua belah pihak.

Keseluruhan majlis mendapat tajaan berjumlah RM45,000 dari barisan penaja seperti Ari Weddingcouture (baju sanding), Anas Abdullah (baju nikah), Sri Lagenda Bridal (konsultan majlis perkahwinan), Adika Series, Adeyna, Eryn Cosmetic, Ekin Amri (jurusolek) dan Mazzjeffri dari Romancinta Bridal. -SinarHarian

Rumahtangga Puteri Sarah, Syamsul bergolak?

Dengar khabar angin mengatakan yang rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kini bergolak. Hal ini timbul berikutan mereka dikatakan jarang bersama-sama.

Namun Puteri Sarah menyangkal khabar ini dan menganggap ianya satu bentuk lawak. Kini Puteri Sarah bahagia dengan butiknya di Bangsar bersama-sama suaminya mengurus butik berkenaan.
“Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain. Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak,” jelas Sarah kepada BH Online.

Diana Danielle kini hamil 7 bulan (5 gambar hamil)

Wah tip tup Diana Danielle kini hamil/berbadan dua anak ke-2 dia dengan Farid Kamil dengan usianya 7 bulan. Ada dua bulan lagi untuk dijadualkan bersalin.

Kita doakan agar dia selamat bersalin nanti dan Muhamad anak sulung bakal dapat adik.

Jimmy Shanley dedah gambar anak perempuannya.. (4 gambar)

Ahad, 20 September 2015

Akhirnya Jimmy Shanley mendedahkan gambar anak perempuannya pada bulan Julai lalu hasil perkahwinannya yang ke-2. Namun bukan lah wajahnya, hanya badan dan sedikit wajahnya yang kelihatan.

Buat masa ini Jimmy belum bersedia sepenuhnya lagi untuk memberi lihat dan berkongsi gambar wajah anaknya di laman sosial.

Ziana Zain sindir artis baru tak reti jaga fesyen..

Memang tidak dinafikan, Ziana Zain merupakan artis yang memetingkan penampilan dan gaya ketika berada di mana-mana. Dan bagi Ziana, dia beranggapan yang ada selebriti baharu ni tak peka dan kurang sensitif dalam menjaga imej bila berada di khalayak umum. Hanya perasan cantik tapi sebenarnya tidak.

Ziana mengakui membelanja RM300 sebulan untuk membeli majalah fesyen dan penampilan bagi rujukan dirinya.
Dalam pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feeling cantik tetapi sebenarnya bila ambil gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan, dalam berpakaian ini kena ada ‘try and error’. Sesekali kita kena jual mahal.

Kita berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik gambar. Bak orang putih kata,once in a blue moon.

Inilah sebab kenapa suami Umie Aida ditangkap PDRM

Suami Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan ditangkap oleh pihak Polis semalam di kediamannya. Seterusnya dia dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan.
“Segala yang berlaku ada hikmahnya, yakin pada Allah, Insya-Allah,” kata Umie Aida
Ikut pengamanatan, penangkapan ini dibuat untuk menyoal siasat berhubung dokumen yang dikemukakan kepada pihak berkuasa Switzerland berkaitan skandal 1MDB.

Mas AF2 jual sate kecil-kecilan.. (gambar anak)

Jumaat, 18 September 2015

Dengarnya dah 6 tahun Mas AF2 menyepi dari dunia seni, kini tip top dah ada dua anak dah. Namun statusnya kini adalah ibu tunggal.

Memetik portal Mangga Online, Mas kini bahagia bersama anak-anak, Nurfazilah, 17 dan Mohd Fadzil, 14 serta keluarga di Tawau, Sabah.

Mas juga mengakui masih hidup solo. Meski sudah lama tidak berada dalam dunia seni namun saling berhubung dengan teman-temannya semasa dalam akademi antaranya, Bob Yusof, Nurul, Zarina, Adam dan Fitri.

Pelakon Ruhainies iras Nora Danish (video)


Memang iras lah wajah pelakon baru, Ruhainies ni dengan Nora Danish, sehinggakan dia sendiri merasakan hal demikian kerana ramai yang beranggapan demikian.

Namun Ruhainies tidak mahu meniru 100% apa yang ada pada Nora Danish dari semua segi. -video mStar

Baby ke-3 Marion Rose Caunter (6 gambar)

Diana Danielle bakal bersalin anak ke-2 pada...

Farid Kamil memberitahu media semalam yang isterinya, Diana Danielle yang kini hamil anak ke-2 mereka bakal melahirkan anak pada bulan November ini.
“Harap-harap tarikh perlawanan (Equestarian Tournament) tidak berubah. Ini kerana doktor sudah menjangkakan Diana akan bersalin pada bila-bila masa di bulan November ini. Saya mahu berada di samping isteri di saat-saat penting iaitu ketika sarat mengandung dan melahirkan”

“Walaupun pada kandungan kedua ini Diana mudah letih, tetapi dia tidak mengalami apa-apa masalah. Alhamdulillah… perkara itu buatkan saya lebih teruja untuk menyambut kehadiran ahli baru dalam keluarga kami,” jelasnya kepada mStar Online.

Inilah anak Lisa Surihani, Yusry (gambar)

Inilah dia gambar pertama yang dikongsi oleh Lisa Surihani dan Yusry untuk anak sulung mereka kepada umum. Untuk pengetahuan korang, bayi perempuan ini dilahirkan seberat 3.4kg sekitar jam 11.44pm pada tarikh 15 September yang lalu di Hospital Pantai Bangsar.

Namun nama anak mereka itu akan diumumkan seminggu selepas dilahirkan.

Jangan terkejut Amelina Dangdut belum lagi bertudung, ini sebab dia..

Khamis, 17 September 2015

Penyanyi dangdut Amelina, 41 tahun, memberitahu keadaan ekonominya yang masih belum stabil membuatkan dia belum bersedia untuk tampil dengan imej bertudung.

Amelina meminta peminat dan pengikut laman sosialnya terus mendoakan agar dia melakukan perubahan untuk ke arah itu.
"Ramai yang komen dan bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab.

"Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi.

”Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu," ujarnya kepada mStar Online

Gambar Jue Aziz terkini, lebih anggun.. (6 gambar)

Makin cantikkan dan anggun melihat Jue Aziz terkini. Bertudung dan juga berpakaian jubah. Katanya dia kini lebih dihormati setelah berhijrah dan bergelar isteri orang, Alhamdulillah macam itu, semoga terus istiqamah dengan apa yang telah dilakukan. -gambar RotiKaya