Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kesudahan pergolakkan rumahtangga Sharifah Shahora, Mukhriz...

Khamis, 6 Ogos 2015

Beberapa minggu yang lalu rumahtangga Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz bergolak apabila muncul orang ke-3 yag menjadi punca kepada pergolakkan itu. Namun kini, masalah itu sudah selesai dengan pengakuan sendiri Raja Mukhriz yang tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan memetik .

'Apabila Tunku Jalil ‘Sakat’ Tunku Aminah (video)

Apabila Tunku Jalil ‘Sakat’ Tunku Aminah
Sikap bersahaja yang ditunjuk ahli keluarga kerabat Diraja Johor khususnya menerusi laman sosial sering menarik perhatian rakyat jelata termasuk ada ketika ia mencuit hati ramai pengguna media sosial.

Anakanda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu Tunku Aminah Maimunah Iskandariah dan adindanya, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil dilihat mengejutkan pengguna media sosial apabila mereka saling berbalas ‘serangan’ antara satu sama lain memetik Malaysian Digest.

Melly Goeslaw terkini.. berhijab.. (14 gambar)

Reaksi Memey Suhaiza mengenai perkahwinan Abby Abadi..

Abby Abadi telah mengumumkan akan berkahwin buat kali-3 dengan pasanga hidupnya yang juga seorang wartawan akhbar politik.

Namun bagi Memey Suhaiza yang juga isteri kepada Norman Hakim mengakui tidak terkejut memandangkan Abby sebelum itu ada memberitahu mereka hasrat untuk mendirikan rumahtangga semula.
“Saya dan Norman memang tidak terkejut dengan berita itu kerana sebelum ini lagi dia sudah beritahu hasratnya untuk berkahwin lagi. Cuma baru-baru ini sahaja baru secara rasmi dia beritahu kepada umum pengumuman tarikh perkahwinannya,” katanya kepada Murai.

Anzalna Nasir sibuk buat persiapan kahwin tapi dia tak..

Rabu, 5 Ogos 2015

Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi bersama kekasih hatinya, Hanif Zaki.

Pada masa sama, Anzalna yang kini sedang giat melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya memilih untuk merahsiakan tarikh pernikahannya terlebih dahulu.

Zulin Aziz, Ariz Forteen sedang bercinta? (4 gambar)

Menurut portal Murai, pelakon dan pengacara Zulin Aziz kini menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon kacak, Ariz Forteen. Namun belum ada pengakuan cinta diantara mereka berdua dinyatakan.

Cuma mereka sering memuatnaik gambar bersama masing-masing di laman sosial Instagram. Dan yang terbaru adalah video berduet bersama.

Memang nampak hint sangat daripada hal ini, kita doakan kalau benar mereka bercinta, apa salahnya kan. Asal jaga batas-batas agama sudah.

Sebelum itu pernah kecoh bila peminat menuduh pelakon dan pengacara Zulin Aziz menggunakan bomoh untuk berkawan dan pikat Ariz Forteen, harap ini tuduhan liar dan fitnah semata-mata. :)

Keadaan terkini Pak Piee (4 gambar)

Saiful Apek melawat Pak Piee atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar yang juga popular ketika melakonkan Filem Mami Jarum, di gerai makan di Padang Serai, Kedah(dekat petronas) baru-baru ini.

Melihat kelibat Pak Piee, dia semakin kurus baut masa ini, namun diharap keadaan dia sihat walafiat dan semoga hidupnya diberkati. :)

Bila anak Fasha Sandha, Scha al Yahya bersama... (video)

Comelnya bila kedua-dua anak selebriti terkenal Fasha Sandha dengan anaknya, Rayfal dan Jemyma serta Scha al Yahya dengan anaknya Lara Alana.

Mereka bersama-sama membuat sesi photo studio untuk muka hadapan majalah MediaHiburan edisi terbaru.

Datuk Rafiena Ezanee sah cerai talak satu sebab suaminya...

Penerbit dan pelakon, Datuk Rafiena Ezanee Ramli sah bercerai talak satu secara taklik dengan suaminya, Mazlan Abd Hamid di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.

Hakim, Muhamad Hisham Zakaria, membuat keputusan itu mengikut Seksyen 57  Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas berpuas hati dengan pengakuan pelanggaran lafaz taklik oleh Mazlan dan permohonan plaintif, Rafiena,

Apa sudah jadi dengan hubungan gadis Terengganu? ini jawab Zizan..

Selasa, 4 Ogos 2015

Zizan Razak baru-baru ini saling berdolak dalih untuk memberitahu dan menjawab hubungannya terkini dengan gadis Terengganu yang bakal dikahwininya itu lagi. Bahkan ada ura-ura mengatakan yang hubungannya dengan gadis itu tidak kesampaian atau belum ada apa-apa lagi kesahihan.

Dan tanggapan Zizan mengenai itu adalah biarlah dia merahsiakan hal ini semua seperti yang dipetik daripada portal mStar semalam.
"Soal siapa yang akan berkahwin dengan saya sebenarnya saya nak rahsiakan. Buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia dan kalau sampai jodoh saya akan beritahu.

"Ia adalah rahsia saya bersama keluarga dan ia adalah bagi melindung privasi saya. Biarlah wanita itu menjadi tanda tanya sama ada dia wujud atau tidak,"

"Semua yang pernah dilaporkan bukan keluar dari mulut saya, malah gambar wanita yang tersebar itu pun saya tidak pasti mereka ambil dari mana?

"Perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana apabila sampai jodoh nanti sampailah. Saya minta pihak media dan peminat-peminat untuk mendoakan yang terbaik buat saya dan pasangan nanti," Zizan

Sharifah Sakinah bercomolot dalam lif.. Wow..

Memang romantik bila melakukan adegan cium bagi yang bergelar suami isteri, namun cara dan pemberitahuannya kepada umum menjadi salah apatah lagi di laman sosial.

Sharifah Sakinah pula baru-baru ini menimbulkan ramai reaksi pengikut Instagram nya apabila dia memuatnaik gambar dia bercium dengan suaminya di sebuah lif.

Gambar itu sepatutnya tidak memuatnaik walaupun ianya halal, sebab sebelum ini Johan dan Ozlyn juga pernah berbuat demikian dan mereka mendapat kecaman pelbagai pihak kerana melakukannya.

Jadi jadilah pasangan yang menuruti syariat dan panduan Islam. :)

Kehidupan terkini Jue Aziz bergelar isteri (15 gambar)

Ni lah kehidupan Jue Aziz dengan suaminya, Bayu Daniels serta bersama anak angkat mereka Darwish Naufal yang dibina sejak bulan Mac yang lalu. Bahagia kan walaupun sedikit sahaja gambar dia bersama . :)

Siti Nurhaliza, Lee Chong Wei makan bersama di Dinner In the Sky (7 gambar)

Baru-baru ini Datuk Lee Chong Wei dan Dato' Siti Nurhaliza serta suaminya turut makan bersama di Dinner In the Sky di Menara Kuala Lumpur.

Agak-agak korang berapa lah makan kat sini kan. Sure beribu juga satu kepala dikira ni. Vip je yang mungkin alami pengalaman paling manis seperti ini.

Bagi kaki gayat, memang tak kesampaian lah kot, dah transparent kat bawah dia tu ha. Kalau nak buang air besar, ha yang tu tengah fikir macamana nak settle. haha -gambar FB Lee Chong Wei

Abby dedah bagaimana jatuh hati dengan bakal suaminya.. (2 gambar)


Bakal suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada bekas anggota kumpulan Elite itu membuatkan dia tertarik hati untuk memperisterikan wanita berkenaan.

Chomel akui putus asa bila di kritik tomboi tapi kini dia... (video)

Isnin, 3 Ogos 2015

Penyanyi laman sosial, Chomel yang popular dengan lagu 'Andai Hatiku Bersuara' pernah akui yang dia nyaris putus asa apabila imejnya sebelum ini kelihatan seperti tomboi menerima kritikan dan tolmahan. Kini penampilan Chomel di wawancara mStar cukup anggun dan cantik sekali.

Neelofa makan 'siput babi'? (gambar)

Isu Neelofa Makan Siput Babi
Dek kerana sekeping gambar makanan yang kelihatan seperti siput babi, peminat-peminat Neelofa di Instagram mula berbalah.

Gambar tersebut dipercayai dimuat naik oleh Neelofa ketika sedang bercuti di Perancis dengan kapsyen “hands down the best escargot so far”

Setelah gambar itu dimuat naik, peminat-peminat Neelofa mula melontarkan pandangan mereka terhadap perkara terbabit. Antara isu yang dibahaskan oleh mereka adalah status halal makanan terbabit.

Aaisyah Dhia Rana yang sangat comel.. Hmm geram. (9 gambar)

Memang comel Aaisyah Dhia Rana anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin ni kan. Ditambah lagi dengan perhiasan pada dirinya, lagi berkilau-kilau mata memandang dengan kedebuannya.

Gambar bercium aka comolot, ini kome Abam..

Lihat foto memang bukan Abam Bocey, kasihan Abam kena fitnah seperti ini kerana bentuk dan size badannya yang hampir serupa dengan pelaku di gambar berkenaan. Sabar je la Abam ye, semoga yang menyebar fitnah itu akan terima balasannya kelak.

Mawi ke Palestin tapi gerun bila melihat... (6 gambar)

Baru-baru ini Mawi ada pergi membuat lawatan ke Palestin dan Israel kemungkinan atas kunjungan misi kemanusian. Selain itu Mawi sempat pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam Islam seperti masjid Al-Aqsa dan masjid Buraq.

Bahkan sehinggakan Mawi merasa terkejut dan gerun kerana ada seorang pemuda bersenjata M16 berkawal di pasar sekitar sana.

Abam kini dah kurang berat badan sebab tidak merokok lagi..

Ahad, 2 Ogos 2015

Pelawak Abam (Bocey) mendedahkan berat badannya mula menunjukkan penyusutan ketara selepas mula mengamalkan diet dan mengambil pemakanan sihat sejak Disember tahun lalu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia juga telah berhenti daripada mengambil nasi sebagai karbohidrat dan lebih tertumpu kepada sayuran dan buah-buahan selain membuang tabiat merokok dan ia turut membantu dalam proses mengurangkan berat badannya.

Abam memberitahu dia sebelum ini saiz pinggannya berukuran 58 sentimeter dan kini turun kepada 52 sentimeter.

Zizie Izette kini dah bertudung penuh (13 gambar)

Sejak mendapat anak angkat dan pulang dari menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini, Zizie Izette telah berubah. Berubah dari segi penampilannya iaitu kini dia kekal bertudung. Alhamdulillah semoga hidupnya lebih diberkati selepas ini.

Mawar Rashid dikecam kerana gambar mesra bersama kekasihnya.. (3 gambar)

Apalah nak jadi dengan selebriti yang dikatakan masih beragama Islam tapi tak menjaga sensitiviti mejoriti Islam disekeliling ni kan. Terbaru Mawar Rashid dikecam peminatnya sendiri apabila memuatnaik gambar berpelukan mesra dengan kekasih hatinya.

Kecaman dan kritikan itu dilemparkan bagi tanda tidak setuju dan kurang senang dengan tindakan Mawar itu berbuat demikian kerana memandangkan mereka masih bukan muhrim.